..:: "Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..tetapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia di dalamnya..begitulah dengan kehidupan manusia.. riang ketawa..tetapi ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.. jika kau terasa kecewa, pandanglah ke sungai..airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang..jika kau sedih, pandanglah ke langit..kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.." ::..


Followers

Showing posts with label fie's diary ♥. Show all posts
Showing posts with label fie's diary ♥. Show all posts

Friday, February 22

Blogging | jenguk-jenguk blog sendiri

written by; CikTupaii at 2:52 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Fuuhhhhhh.... *tiup dengan penuh semangat*

kalu nih bilik mesti dah penuh sawang. haiihhh.. dah tak rajin nak blogging skang. so skang sy banyak menghabiskan masa dan menghupdate tumblr. rasa lebih mudah. short blog n gambar-gambar. sesuai kot ntok post gambar-gamabr sebab skang dah tak rajin nak story. more to post picture n short post. ngeeee

dah masuk hari ke5 semester baru. rasanya sem nih mcm banyak sangat buku code nak kena bawak g klas. memerlukan beg lebih besar nampaknya. teman baru?? still kawan-kawan sedia ada, rumates yang masih meneruskan perjuangan, dan ehem, 'kawan' y masih setia mendengar segala luahan ketidakpuasan hati ini, rungutan, bebelan, memberi semangat. okey, terima kasih semua, terima kasih awk jugak.

azam semester baru? hope dapat result y lebih cemerlang daripada semester lepas, In sya Allah semoga dipermudahkan. 4 subjek harus score lebih baik daripada sem lepas. Hopefully result lebih gempak bak hang.haha.

Dah start merindui family dirumah. baru 6hari babe balik Gambang. :P

Saturday, January 19

origami | lily

written by; CikTupaii at 1:58 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |



bila hujung-hujung sem, time stdy week ke memang akan rajin mencari ilham membuat origami. kalu stdy week tu sebab mood stress, kalu hujung-hujung sem sementara nak balik sebab keboringan.

semalam google cari origami baru untuk belaja. jumpa lily flower. memang bunga febret nih. try wat tak berjaya. so.. sangat lah stress.



me: awak... tak jadi pun bunga lily sy
him: awak ada lupa tu... 
me: mana ada, dah buat ikot pic tu..
him: ada.. awak lupa awak bukan org seni
me: cesssss..
him: hahahaha

motif sangattt.. oke, arini sy dah bukti kan oke.. sy berjaya buat. finally berjaya lepas google link lain y gambarnya lebih detail. 


Friday, January 11

nota | ringkas

written by; CikTupaii at 11:01 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
mood nak menaip tade, tapi rasa nak meluahkan rasa tu ada.

tak mampu ku terbang tanpamu
ku lemah jauh dari cintamu
saat pedang takdir menghunus
hanya engkau sayapku..

Sunday, December 9

MOOD | saat makin genting

written by; CikTupaii at 12:36 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
saat makin genting, masa makin suntuk. Banyak betol kerja dihujung-hujung sem nih. Sampai nak pergi tandas pun kadang-kadang terlupa. Hadoi lah kan cabaran. Dahtu banyak pulak cabarannya, ada pulak cerita buruk sampai ke telinga nih.

kondisi badan pun dah tak menentu dan sekarang dah rasa nak demam, kejap nak demam, kejap okey,  dan sy masih boleh ketawa. sorok segala resah, susah hati. Tapi mak, orang yang paling dekat dan paling paham. mak dapat rasa yang anak dia tengah takut sekarang.

nak cakap, mak umpama painkiller, mengubati rasa sakit, rasa takut. Ayah umpama antibiotik, memberi kekuatan, daya tahan menghadapi semua masalah. Tadi masa cakap ngan sebelum g shooting ntok projek EIS rasa lega sangattt, tapi lepas tu, bila pikir kerja start sakit-sakit kepala balik.

YA ALLAH, KAU berikanlah ak kekuatan dalam menghadi ujian MU, berikanlah kesihatan yang sempurna ntuk menghadapi segalanya. Permudahkanlah urusan kami hambaMU YA ALLAH, dan bimbing lah kami kejalan yang KAU redhai.. AMIN YA RABBALA'LAMIN...

Sunday, November 25

hostel | cuti sem kami

written by; CikTupaii at 9:39 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
entry baru nak update. citer cuti sem dua minggu lepas. tempoh cuti seminggu diabiskan dengan rumate baru ntok sem nih, tengku june. so, destinasi pertama kami adalah giant kuantang laa... haha.
shopim barang dapur ntok main masak-masak dibilik. menu simple, sebab masing-masing bukan chef pun nak hebat masak kan. tapi Alhamdulillah, dapat kenyangkan perut kami berdua sepanjang cuti. *kenyang sangat, bukan alas perut dah nih*

menu hari pertama kami |

air tangan kami dihari pertama ; nasi putih, tomyam dan ulam cicah budu.. *budu beli yer* menu lunch dan dinner..


menu hari kedua kami |

sardin dan sayur sawi. simple tapi cukup mengenyangkan.. Alhamdulillah

menu hari ketiga kami |

sambal telur dan kacang bendi goreng

menu hari keempat kami |

sup ayam.. tapi kaya dengan cendawan. heee

cendawan goreng ntok minum petang.. Ju cendawan y goreng :P

menu hari kelima kami |

OFF --- AHAHAA


menu hari keenam kami |

nasi goreng paprik.. nyum..nyummm.. hias molek lg tu :P
murtabak maggie for dinner.. erkkk, Alhamdulillah kenyang :D

menu hari ketujuh kami |

telur masak kicap dan oke, sayur tak tau nama apa.. hahaha :D


menu hari kelapan kami |

beli di cafe ja, sebab dah kemalasan. Cafe pun dah beroperasi normal seperti biasa .. :D


rasanya cuti nih enjoy dengan memasak je. bangun buat keje masing-masing masuk tengah hari mula persediaan memasak. prepare barang-barang memasak bersama, memasak bersama-sama, basuh bekas-bekas yang digunakan bersama, makan bersama dan kemas balik bersama. semuanya boleh dikatakan bersama. suweeettt kan? :P

bila outing cuti sem ritu, sini lah tempat y menjadi kunjungan kami berdua. tanak kalah ngan orang dah berkeluarga tu.. ekekeekekeee.. :P


tapi not bad lah, sebab sy mengaku memang tak berani nak masak tanpa pemantauan emak kalu. Nih first buat sendiri tak tanya apa-apa pun dengan mak. ekekekehh.. orang Penang cakap ; "dan, dan jadi tera na" :D

oke, kembali dengan urusan dunia nyata, okebaiii ~
salam-



- happy ending -

Monday, November 12

re-post | antara suka dan cinta

written by; CikTupaii at 11:44 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
suka follow satu tumblr nih, sebab banyak jugak pengisian rohani. dah lama sangat tunggu tumblr dia update, tak jugak. at last, arini terdetik nak usha tumblr tersebut. tersenyum.. :) senyum gembira sebab ada update baru. ada sebab sy suka follow tumblr nih. sesuatu yang positif. ahha ^^,

tertarik post yang telah di re-post oleh tuan tumblr "Antara Suka Dan Cinta"

petik sikit dari post asal penunggu langit

"Kalau kita suka pada sekuntum bunga, kita akan petik bunga tu sebab bunga tu cantik. Tapi kalau kita cintakan bunga tu, kita akan biarkan ia pada dahannya dan sentiasa siram ia agar ia sentiasa segar."

bermakna..cukup bermakna.. :)

#bila baca post-post dia dapat kawal diri untuk jatuh cinta. Utamakan cinta kepada DIA YANG SATU dulu. In-sha-Allah, sy berusaha mengawal hati buat Sang Pencipta dahulu.

"Cinta manusia itu urusan Dia. Cintakan Dia itu urusan kita. Jangan sibukkan diri dengan urusan Dia sedangkan kita gagal menyempurnakan urusan kita."

#I"Myoursilentreader, you can call me as your stalker :P
 

Sunday, November 11

LIFE | realiti kehidupan

written by; CikTupaii at 5:07 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
sambil menaip layan lagu matahari. oke, dah boleh paham loghat org borneo kan. hehehe

hujan lebat saat nih, buat diri malas nak buat keje y wajib sebagai student. buat mata mengantuk sebab sejuk dan kekenyangan makan hidangan air tangan sendiri. dan mulalah nak rajin update diari ini yang lama diabaikan. Ntah kenapa dah tak serajin dulu. Rajin meng-update tumblr je skg. Senang, pantas, tak leceh taip perlu panjang-panjang. hehehe.

cuaca syahdu nih mula lah nak berjiwang sebentar. mula mengingati saat nih sepatutnya dah abis blaja dan ntah apa yang dilakukan sekarang, dan di mana berada sekarang. ohh, sad... Apa yang sy rasa sekarang, sy gembira dgn hidup sy sekarang. bebas melakukan apa sahaja, lebih bahagia, lebih gembira lebih ceria. Syukur, Alhamdulillah atas rezeki, nikmat dan kebahagiaan yang telah Kau berikan.. :)

apa yang dah jadi sebelum nih memang banyak mengajar dan sekarang dijadikan 'guide' dalam meneruskan hidup. sepanjang 23tahun bernafas nih macam-macam dugaan, ujian, cobaan, kebahagian dirasa. Benar kata orang; pengalaman mematangkan kita.

setahun, belajar mengubah segalanya. eh, mungkin lebih setahun. Alhamdulillah, lama-lama dah boleh hadap semua tu. terima kasih kepada semua yang pernah hadir dalam hidup nih. dalam tempoh nih, lebih rasa tenang, lebih rasa bahagia dan yang lebih penting. dapat rasa perubahan besar pada diri berbanding dulu; lebih matang. terima kasih buat insan-insan yang hadir disaat sukar sy, memberikan sokongan, dorongon, nasihat dan jugak yang meminjamkan bahu. How sweet you are. :)

betol! memang semua yang jadi nih ada hikmahnya. kalau tak, sy tak kan kenal kawan-kawan sekarang. kawan yang ikhlas, caring, baik, dan membantu. sangat menghargai. :) terima kasih. 23 tahun dapat merasa dihargai, disayang, ditindas, ditikam, dihormati dan segala perasaan yang tak pernah sy sendiri pikir. sy akan gunakan semua pengalaman yang telah sy kutip ini dengan sebaiknya.

barang yang lepaskan jangan dikenang. tapi boleh diingati untuk dijadikan ikhtibar dikemudian hari. semoga kehidupan kalian diberkatiNya, bahagia dunia akhirat. InsyAllah. rindu kelian yang bernama SAHABAT. ^^.


Tuesday, October 30

moments | on their convocation day #part2

written by; CikTupaii at 11:38 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
second day: jumpa shai, spend lebih masa dengan dia. mungkin tu hari terakhir jumpa, kalu ada rezeki, umur panjang kita jumpa lg ye shai. hari tu jugak jumpa yani n diba. hari last jugak ntok ping stay kat ump. kalu rindu ump datang lah lagi ye.. :)


yani-me-shai-diba. akhirnya jumpa pun yani and diba. ntah kapan ketemu lagi.. hurm ,,

sebelum anta jubah, huhu, huduhnya pakai suar ngan jubah. congrates syg-syg semua.. :)

owh, bulatnya sy.. heeeee :P with shai..jumpa lg syg! :'(

 diba, kawan yang sy tak kan lupa. saat sukar sy, dia kawan yang bagi semangat, nasihat dan bantuan. terima kasih diba. :)

*tau tak kenapa sy tak penah rapat balik dgn dia mcm dlu? berkepit berdua mcm dulu2.. sebab sy segan dengan dia. sy penah buat salah. cukup dia masih kawan di hati sy. dia dah ada kawan2 y lebih menghargai. so, kenapa mesti nak gangu dia dgn kwn2 dia. jauh dari kawan rapat mcm dia mmg sy menyesal.


Monday, October 22

moments | on their convocation day #part1

written by; CikTupaii at 4:09 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
13 October 2012 berlangsung majlis convocation teman-teman se-batch. Masuk sama-sama tapi grade asing-asing. Jujur sedih sangat sebab diorang dah abis study, but I"m not! tskkk.. ;( Mungkin ada hikmah untuk semua nih. So, pada hari berkenan tumpang happy teman-teman rapat jelah.

Next year is my turn, InsyAllah. Semoga Dia mempermudahkan urusan sy selama setahun nih. :) Tak banyak nak cerita tapi banyak kenangan dikumpul sepanjang hari tersebut dan hari sebelum dan selepas hari tersebut. (dapat paham tak ayat putar belit. LOL)

Suka dapat jumpa korang, suka jugak dapat amik gambar 'PRE-CONVO' setahun awal. HAHA, OVER kann :P *Ada fina kesah?? Lallaalalaa* joke!

Selit gambar kenangan sepanjang 2 hari (13 OCT - 14 OCT 2012). MARI USHA!!! :P


GENG KATAK PISANG NAK G CONVO ORG. LOL :P , TAK SANGKA SEHATI SEJIWA NAK PAKAI TUDUNG HIJAU
EX2 RUMATE KU. HEHEHE. WITH ANIS AND PING :)

EX RUMATE KU JUGAK.. :) WITH ASHLEY NG AND HER PARENTS. CAKAP2 NGAN MAK TERUS SEBAK INGAT MAK SENDIRI. HUHU ;(

ANIS Y CONVO, TAPI KENA BULI-BULI MANJE. HEHE, SIBUK JUGAK NAK CONVO SUH ANIS JADI ALA2 MACAM PARENTS. EUWW, TAK MALU KAN :P



SEMPAT AMIK GAMBAR DGN SH. NADIA Y TENGAH KELAM KABUT. HUHU, KETEMU JUGAK YE YUNK :)
SELINGAN.. HAHA. WITH LIM N CHUA. DIORG CKP "KTORG MCM DTG CONVO U" HEHEHE :D

PRE-CONVO KAMI.. HAHAHA :D


SETAHUN JE AWAL. ACI KAN?? LALLALAAALAA ~
Y NIH TAK ACI.. 2 TAHUN AWAL. HAHA


NAK BUNGA N CHIP MACAM NIH, TAPI TADE SAPE SUDI NAK BAGI. 
PINJAM ORANG PUNYA JELAH
KREDIT TO ANIS BAGI PINJAM. HAHAHA ^^,





APA-APA PUN CONGRATULATION BUAT KORANG SEMUA :)

Friday, October 19

hostel | hari suai kenal ^^,

written by; CikTupaii at 1:55 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
 Masa : 2 minggu awal sem
Tempat: Ana Ikan Bakar, Tanjung Lumpur dan Oversea (Benteng)

Dinamakan hari suai kenal sebab hari dapat spend masa bersama sume ahli bilik; me, mira, ju and imah. First time kuar sama-sama berempat, sebelum nih kuar mesti tak cukup korum.

Upload pic sebagai bukti dan kenangan kami berempat :)

#kekenyangan. Bila dah kenyang mula lah menyengal. take lots of picture in car outside ana ikan bakar, tanjung lumpu. wehuuu~ :P

satu lagi... senyum lebar. ahha :))

ketogeri muda2. ahaha :D #MeAndImah :)

Ketegori akak2.. :P mira and ju :)

snap lagi.. *ju: auww chakk :D

kena senyum lebar bru camera snap pic. haha. lebar betol senyuman mira. lol :P

penghuni c7gf8 @Benteng ^^,

beraksi lagi sebelum bergerak ke tempat lain :)

okey, sekali lagi.. hehehehe :)

last but not least, sempat mira beli stiker hello kitty kat benteng td. suka benor ye ngn hello kitty :) 

amik nih!!! ahahahha :D




Friday, October 12

hostel | teman bilik

written by; CikTupaii at 2:33 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Yebaaaa.. new sem, new room, new roomies. :) Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas, meneruskan sisa hidup, meneruskan perjuangan sebagai pelajar. Moga jihad ku ini diberkati dan diredhai NYa, InsyAllah.

Dah masuk minggu ke-4 kira sebulan sudah berteman baru di bilik. One of them, my neighbor last sem. So, tak lah janggal sangat. Kenal lah jugak nak buat geng berborak. hihi.  Bila dah kenal, so senang la nak masuk. kan..

Lagi sorang roomate my classmate masa geotech sem lepas. Tade lah kenal sangat, tapi boleh lah masuk sebab ye spotim. Orangnya cantaik, orang ganung. Comey ye, tapi macam senang je nak buli. Hahaha *gelak jahat* :P

Dan rumate terakhir adalah adik junior tahun 3. Actually imah nih tahun 3 sama je ngan mira. Tapi mira I tak panggil adik, sebab ikot umur dia lg tua and more thing, she is ump's diploma student. Kira dia lagi senior lah kat sini. Alhamdulillah, dengan imah pun boleh masuk. Walaupun kadang2 suka kena usik ngan i but she okey, okey aje~

Happy, suka, gembira sebilik ngan diorang. Sebab diorang okey sangatt.. and sepotim sangattt.. :)
Semoga perasaan ini akan terus kekal hingga bila-bila. Dan semoga urusan kami berempat dipermudahkan. Aminnn :)

Next entry update pasal program pertama kami bersama pulak,.. :)

Sunday, July 29

Salam Ramadhan dan terima kasih :)

written by; CikTupaii at 1:54 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
As-salam dan selamat sejahtera..

Salam Ramadhan untuk sume umat Islam. Alhamdulillah masih dapat merasa Ramadhan tahun nih. Dah masuk Ramdhan ke 9.


Hari nih bari berkesempatan nak ber-blogging. Dah lama tak ber-blogging selama nih on9 guna fon. Dan arini cuti amik peluang nok bawak lappy g install antivirus. Kira nh sambil menyelam minum air lah. Servis laptop cum online.

Special tahun nih sambut Ramdhan dan beday ngan family tercinta. Terima kasih pada y ingat n wish. :) Dan buat sorang kawan nih, thanks bebanyak. Call nanges2 sebab nak jadiorang first wish. Alahai, kelakar lah kamu nih. By the way syg nya bukan dia y first sbb ad org lain. Orang y tak disangka2. Apapun awak y first call sy wish. Sory tak dapat cakap lama2 sbb ngantuk sgt.

Buat mereka2 y ingt walaupun tak ad date tu kat fb. Terima kasih atas ingatan dan doa kalian. Semoga Allah melimpahkan rezeki dan kesihatan buat kalian jugak. Ameen.. :)

mode: borim dah menunggu. byk nak update laptop tu.huhu

Saturday, May 19

perspektif anda?

written by; CikTupaii at 3:18 PM 1 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

Apa perspektif korang tentang kanser??

Asal sebut pasal 'kanser' aku yakin reaksi korang akan terkejut.. and automatik mulut korang akan keluar sound effet "ouchh..." "haaa???" dan pape jelah y kena dengan tema. dan bagi y gila teruja tu mulut akan ternganga. dan pada y jenis sensitif tu akan say sory banyak dan mungkin menunjukkan muka sdey. Okay itu hak masing2 tak ad salah pun.

Lately ak dah mula kenal dengan ramai orang y baru nak jumpa dalam tempoh setahun kembali ke sekolah nih * sekolah???* so, dah ada y brani nak bertanya tentang. dan seperti apa y ada dalam pikiran, ad y ingat ak fail dlm mana-mana subjek. *Alhamdulillah tak so far, hope takkan ada lah sebab nak abiskan jugak lagi setahun tu secepat y mungkin.

Dan bagi mengelak

Sunday, May 13

Mungkin perasaan sendiri

written by; CikTupaii at 4:01 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Lately ada symptoms berikut:

#  cepat sakit belakang terutama pinggang bila ngadap laptop or duduk
#  kadang-kadang rasa berdenyut macam dulu
#  tido malam berpeluh *ak assume sbb cuaca panas skarang nih*
#  problem buang air *nih buat perut rasa ketat.. makan, makan, makan tapi.. (pikir sndri :P )*
#  tak tahan pada suhu sejuk melampau *pikir positif sume org pun akan rasa y sama*
#  terasa macam berat badan menaik :(
#  kerap sakit kepala (mungkin jugak sebab cuaca)
#  cepat diserang gastrik
#  kuat tido tapi ngantuk lagi lepas tu *dulu kaki tido gak, tapi skang bukan "kaki tido" dah, dh mcm "badan tido" ala2 badan berkanun gitu :P*
#  ada urut sakit di bahagian sipi2 dengan ketiak *tp hari nih dah tak rasa, sehari je jd bnda tu*

dan terakhir skali...

selamat hari ibu, mak! =)

written by; CikTupaii at 3:43 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
supposed tulis entry nih semalam, tapi letih dah kuar siang tu hold dulu ingat before midnight tapi lebih masa lah pulak. Terlena lepas telan ubat pening. Tadi cakap kat rumate gurau ngan dia cakap fina tak sambut hari ibu sebab tak ada ibu. Fina sambut hari emak je sebab ada MAK! dan dia sambut hari umi sebab dia ada umi.. heee,  *suka menyimpang*

Catatan hari Mak tahun nih;

akak tak ad kek tahun nih sebab akak jauh, kalu dekat akak nak beli tiap-tiap tahun. Mungkin cara tu je akak mampu balas selain buat baik dan dengar nasihat mak. Bila cakap pengorbanan ibu tu besar, melahirkan kita, akak tak nampak sume tu dulu. Sebab tu akak suka lawan cakap mak, protes apa tak betol bagi akak. Tapi masa sakit dulu akak nampak betapa besar pengorbanan mak dan ayah. Cukup besar sampai akak terpikir mampukah akak jaga mak dan ayah macam mak dan ayah buat masa tu.

Sunday, May 6

kacau jiwa

written by; CikTupaii at 6:18 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Masuk hari ke tiga, keadaan diri tak terurus, hura-hara dan serabut yang amat.. *yaa ampunnnn. seyes serabut sampai keadaan serabai dan sekejap je boleh terurus* JIwa kacau tak abis lagi, semalam dah sembang lama ngan mak pun masih tak okay. Time sembang rasa "fuhh, lega" tapi lepas dah abis, Ya Allah dah macam orang beranak 5. Mak aku pun okay lagi.

Macam banyak menda nak kena wat *macam je la* tapi satu pun tak siap. Nak study rc, baru tengok notes "huaaa" nguap mcm mulut boya, nak siapkan lab report lain jadinya lab sangkut 50%. Nak wat BSM, nih kes berat 66 sebab tak tersentuh. Asal masa free tak dapat diisi ngan benda berfaedah, tengok muve, tido, sembang-sembang, tapi semalam no chatting sebab gunung berapi tunggu masa nak meletus. Nak nanges aje. Makk ngan ayah tak bagi balik. Kalu dapat restu kompom dah lari balik nih walaupun dapat cuti kejap.

Dan sekarang, dengan jayanya mengahbiskan masa dengan ber-chatting. Macam mana keje nak siap cik fiena oii, ku khabor kang kat mak ko. Terasa macam nak off je semua, tanak ada sape pun datang bertandang wat masa sekarang. Tapi malam tadi mak dah cakap nak call lagi, tak boleh lah off kang melepas pulak nak cakap ngan mak tersayang. Dan bila sebut mak, teringat kenangan semalam. HAHAS lawak ke der apelah mak nagn adik laki sesatunya buat semalam. Paling kelakar nasihat cinta dari adik "baik bercinta dengan orang utan, tak lah sakit hati". alang.. alang.. *bajet dah hebat sangat soal cinta le tu* :P

Hebat jugak penangan bertubi-tubi Jumaat lepas smpai hari nih hidup meroyan.. ha..haadoi. Letih dah gini. Semangat mna kau! ke mari..kemari.. ku seru kau semangat. Gila down abis kena begitu. Memang keadaan sedang parah da kali ke 10 ak dengar lagu "I NEED  DOCTOR". Boleh tak nak tukar jadi "I NEED MY SPIRIT" I'm abt to lose ma mind.. u've been gone for so long.. I need a doctor, call me a doctor.. to bring me back to life.. T__T


Friday, May 4

fina - menangis lagi ..

written by; CikTupaii at 10:43 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Nama tajuk lagu tu macam kena je ngan mood hari nih *bukan macam tap MEMANG*. Tengah hari tersorok, terlindung dan segala macam "ter" y seangkatan dengannya dapat sorok rasa sebak hati. Air mata menitis lagi, tak ada kaitan dengan soal cinta sebab kini ku BAHAGIA. Tapi berkaitan dengan salah aku. Kalu aku kat tempat org tu mesti aku rasa y sama. Tapi aku akan consider lagi, just think positive and be positive. Mungkin dia wat semua tu sebab ambil berat pasal kami dan salah seorangnya aku.


Monday, April 30

Lost

written by; CikTupaii at 12:49 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

Banyak idea menaip yang hilang sebab idea datang mencurah-curah time mood menaip tak ada. Dan kadang-kadang idea datang tak kena tempat. Aish, dan sebab tu lah banyak idea mencurah-curah nak menaip ayat ala-ala ayat jiwa tak tercapai. *blog aku kan, mesti nak ayat jiwa, bunga-bunga aje. Thats why ada kawan yang nge-cop ayat blog aku ayat jiwa sangat. Yola, yola, ada den kisah?

Lepas nih kalu datang je idea kena terus taip kalu panjang, padat-padatkan bagi pendek. Nak hupdate guna bb tak boleh panjang-panjang. Tak bestnya!  =,=^

Nak catat : hari nih dalam sejarah hutang lecturer sebab lambat menjawab di depan. Hurm.. hurm.. patut lah rasa ngeri je nak g kelas start semalam. Peraturan nih dah berkuatkuasa since kelas malam lepas. Abislah pasnih duit aku jelah yang banyak masuk dalam tabung kelas RC. "Ayahhh, tolong tambah duit sebab nak menderma untuk kelas"   =,=”

Saya Pemandu Pelancong Tak Bertauliah

written by; CikTupaii at 2:20 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Kelmarin Sabtu bersamaan 28 April 2012, secara tidak mahupun sengaja jadi tourist guide tak bertauliah..hee. Berbekal ilmu goegrafi y tak seberapa dalam dada nih bawak lah jejalan *bajet macam tau sangat jalan kat kuantan nih* First destinasi ke Giant Kuantan breaklunch 'hot plate' Ofkos lah hot plate, dan sekali lagi dihampakan oleh abg kedai tu sebab menu "nasi ayam cendawan" tak ada. Tapi kali nih atas alasan lain pulak, nasi tak masak lagi. okeh =.=^

Lepas makan-makan bawak pulak ke kp. Boleh pulak dia marah tnya kp binatang pe? *heee, lupa plak orang luar mna nak tau binatang ape. spontan dari mulut "kuantan parade lah gemok!: :D (suka panggil orang gemuk nih) Sebab dah tak tau nak wat pe. Tanya nak tengok wayang tak ckp ikut lah, so bawak je g settlekan keje jap ngan shoppim dari kp ke megamall.. miahahaha, padan muka tanak lagi bgtau nak g mna. *haip, marah customer pulak. ada aku kesah, bukan berbayor pun* :P

Then dia cakap nak rehat-rehat jap. Bawak lah dok melepak tepi pantai. Cari port y dia boleh tido dan ak boleh main air laut. Tak lah kebosanan pulak. Main-main air laut ak y excited mengalahkan

Tuesday, April 24

emergency

written by; CikTupaii at 9:24 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
date : 23 April 2012
time : 10:29p.m.

Semalam elok nak start wat report lab tiba tiba dapat panggilan telefon dari ibu ( not my mum but my friend raimi) pastu pass kat rumate anis , macam pelik pulak tiba tiba tanya rumate tu busy ke tak . Memandangkan baru je balik dari beli barang dan nak start pass je kat rumate tanak jadi orang tengah . Then , rumate datang tanya wat pe tak , busy sume . Dia cakap nak ke hospital sebab kawan mintak tolong amikkan dia pastu anta hospital balik .

Risau dah pe nak jadi , so temankan anis drive sebab sian nak bagi dia pegi sorang sorang memandangkan tak urgent mana pon report tu . ( mak ai , drift budak nih . tapi tak riso sebab dah biasa naik ngan dia ) Rumate pun citer benda sebenarnya anak kawan tu kena tahan wad , kaki kena sengat tebuan . Yang sedih tu gi wad kecemasan kul 7 lebih tapi kul 11 lebih nak dekat 12 baru dapat injection. waaa, pravo lah doktor . Kenapalah nak kena amik no , tunggu turn sume padahal budak tu kecik kot kena sengat lagi tu bisa tu bahaya . Kita yang dah besar nih pun menangis nih kan budak kecik yang tak tau pape . Alahai ..

Otw balik umah dia nak amik barang baby tu dengar perbualan dia ngan mak dia . Marah marah dia sebab doktor tahan tahan nak inject baby dia dah tu sampai biru kaki budak tu . Bukan takat sebak je time tu nak menitis air mana masa dengar . Nak elak diorang perasan aku pun fokuskan pandangan ke depan ( ececeh .. macam memandu jer gayanya ) Macam tu rasa nya jadi ibu ( ntah berpeluang ke tak untuk aku rasa semua tu )

Lilypie Second Birthday tickers
 

fiena jaafar ♥ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting