..:: "Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..tetapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia di dalamnya..begitulah dengan kehidupan manusia.. riang ketawa..tetapi ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.. jika kau terasa kecewa, pandanglah ke sungai..airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang..jika kau sedih, pandanglah ke langit..kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.." ::..


Followers

Showing posts with label sudut pandangan ♥. Show all posts
Showing posts with label sudut pandangan ♥. Show all posts

Sunday, March 31

konsep | suka dan sayang

written by; CikTupaii at 2:39 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |


Suka dan sayang dua perasaan yang berbeza maknanya. Pagi tadi tarik langsir nampak bunga kat luar tingkap. Tiba-tiba jadi paham konsep suka dan sayang yang penah baca sebelum nih yang diberi gambaran dengan menngunakan bunga.

Bila tengok bunga sekuntum yang dah mula tumbuh balik, terus tersenyum. Sebab baru-baru nih pokok tu dipotong sebab dah makin tinggi abis semua bunga yang menceriakan pagi sy terpotong sekali. Dalam hati rasa suka tengok bunga tu kembang, mekar. Dan dalam masa yang sama, rasa sayang untuk dipetik.

Betol! sayang dan suka tu berbeza. Kaitkan dengan kehidupan manusia, kalau sayangkan seseorang lebih baik perhati dari jauh dan dalam masa yang sama doakan dia. Kalau suka perasaan tu akan cepat hilang. Macam bunga, kita petik sebab suka nati lama-lama layu kita buang bunga tu.

Bahasa mudahnya rasa suka akan cepat hilang dan rasa sayang itu buat kita cuba membuatkan yang terbaik. Doakan kebaikan untuk dia dan susah untuk dihilangkan. Renung-renungkan dan selamat beramal.

(ku kirimkan doa buat kau disana, moga diberikan kebaikan buat kita bersama. Amin..)

Tuesday, November 13

renungan | masa

written by; CikTupaii at 5:21 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
betul, kita terlalu memikirkan tentang masa depan sampai kita terlupa dengan masa yang ada. kita selalu mengatakan tidak cukup masa bila banyak kerja atau tanggungjawab yang perlu dilakukan. tapi, hakikatnya bila punya banyak kelapangan kita abaikan masa yang ada dengan kerja yang tidak sepatutnya (macam apa yang sy lakukan 4 hari nih, banyak keje, tapi still buat keje tak berfaedah lebih dari kerja yang sepatutnya).

bila terlalu banyak benda yang perlu dikejar, makin kurangkan masa kita rasa? cuba bila banyak masa lapang, selalu kita 'hold' kan dulu kerja yang patut kita buat. jadi, mari sama-sama muhasabah diri. gunakan masa yang ada dengan sebaiknya. tingkatkan amal kepadanya, seimbangkan dunia dan akhirat. In-sha-Allah, masa kita diberkati-Nya.

masa itu emas, kalau masa itu dapat dilihat seperti emas, mesti kita lebih menghargainya bukan?

renung-renungkan, dan selamat beramal *gaya ustaz amirul #salamcinta* hee ^^,
#pesanan buat diri sendiri juga yang susah nak istiqamah. huhuhu :(

Monday, September 24

Rupa Jadi No1

written by; CikTupaii at 12:22 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Salam and Good day..

Saya tertanya-tanya, kenapa ya bila ditanya pasal seseorang mesti RUPA yang dinyatakn dulu? Padahal bagi saya perangai atau sikap tu yang lebih penting. Macam tadi perbualan dengan teman. Awal-awal dia dah cakap "bagi sy dia ensem". Hurm... erkk,,, bukan tu nak tanya.

Kalu cakap pasal rupa, mata sendiri pun boleh nampak. Ye dak? Lagipun cantik tu kan subjektif. Cantik pada mata kita, tidak pada mata orang lain. So mata masing-masing, masing-masing dapat nilai kan. Jadi, tak perlu kot nak mention RUPA tu. 

Pandai-pandailah pikir sendiri. Bagi saya, rupa tolak tepi dulu. Yang perlu tengok dulu sikap. Dan samada dia boleh masuk dengan kita atau tak.

Renung-renungkan, dan selamat beramal. *gaya ustaz amirul #SalamCinta.

Friday, September 14

kita macam baru kenal

written by; CikTupaii at 1:32 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Perkara yang lepas jangan dikenang, hidup perlu diteruskan. Berat macam mana pun, kena terima semua tu. Bila situasai dah berubah, macam mulakan hubungan baru lah jugak. Konsep sama macam BARU KENAL. Nak mulakan salam perkenalan tu, of course lah guna ayat baik-baik. Tak ada sebab nak mulakan teguran dengan kata-kata yang menyakitkan hati. YE DAK??

Samalah macam kita jumpa kawan-kawan yang dah lama kenal, tapi tak rapat. HOW YOU TREAT THEM? Mesti korang tegur dengan adab sopan dan sewaktu dengannya kan. Nak orang BAIK dengan kita kenalah kita mula dulu baik dengan orang. Tak gitu awok?

Awak layan saya baik, saya layan awak baik jugak. Sebab saya rasa kita baru nak berkawan semula, MAaf kalu ada kata-kata yang menyentap. Itu sebab angin saya tak berapa nak baik bila awak datang tegur dengan teguran yang tak sedap bagi saya. Sebab kita bukan kawan RAPAT mana pun..

*lembu boleh kawan dengan transfomer duduk semeja. Motif?? *

Wednesday, June 6

Cinta jari manis :P

written by; CikTupaii at 8:45 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |


Cuba rapat kelima-lima jari kedua-dua belah tangan. Cuba lipatkan kedua-dua jari tengah.

Cuba renggangkan kedua-dua ibu jari dan kemudian renggang kan. (boleh) Knp ibu jari boleh direnggangkan? Sebab ibu jari mewakili ibubapa kita kerana suatu hari nati mereka akan pergi meninggalkan kita.

Cuba renggang kedua-dua jari telunjuk kita. (boleh)  Jari telunjuk mewakili adik beradik kita. Mereka suatu hari nanti akan membina keluarga masing-masing.

Cuba renggangkan jari kelinking kita. (boleh) jari kelingking mewakili anak-anak kita. Mereka akan membesar dan membawa haluan hidup masing-masing, berkahwin, beranak dan pastinya mereka akan pergi meninggalkan kita.

Cuba renggangkan jari manis. (tak boleh) sebab itu cincin tuning/kawen disarung di jari manis. Sbb cinta di jari manis bersumberkan fitrah Allah. Yang lahir drpd rohani dan sanubari ikhlas dan jujur bukan kerana apa2 kerana kecintaan itu sndri. Barulah cinta itu menjadi indah, murni, suci dan kekal selama-lamanya.

Tapi adakah masih ada cinta jari manis?? :P

** bape banyak coba daaa.. skali ak baca semula, seyes ayat tak best! ada fina kesah?? :P

Sumber: Cerekarama Menyintaimu 2012 *gila hebat kelajuan menaip sy, dapat taip dialog dalam citer tu..heee ^^,

Saturday, May 19

perspektif anda?

written by; CikTupaii at 3:18 PM 1 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

Apa perspektif korang tentang kanser??

Asal sebut pasal 'kanser' aku yakin reaksi korang akan terkejut.. and automatik mulut korang akan keluar sound effet "ouchh..." "haaa???" dan pape jelah y kena dengan tema. dan bagi y gila teruja tu mulut akan ternganga. dan pada y jenis sensitif tu akan say sory banyak dan mungkin menunjukkan muka sdey. Okay itu hak masing2 tak ad salah pun.

Lately ak dah mula kenal dengan ramai orang y baru nak jumpa dalam tempoh setahun kembali ke sekolah nih * sekolah???* so, dah ada y brani nak bertanya tentang. dan seperti apa y ada dalam pikiran, ad y ingat ak fail dlm mana-mana subjek. *Alhamdulillah tak so far, hope takkan ada lah sebab nak abiskan jugak lagi setahun tu secepat y mungkin.

Dan bagi mengelak

Monday, April 30

gaya ayat sama tak dengan ucapan sebenar?

written by; CikTupaii at 11:49 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Selalu baca apa yang orang tulis ikut intonasi yang sesuai depends on ejaannya. Mungkin nih punca-punca salah kepahaman pada komen seseorang barangkali. Kadang-kadang kita baca nada marah assume orang tu ngah marah padahal dia tak rasa gitu pun. Sebab ejaan orang skarang makin canggih dan pelik-pelik.

JADI jangan baca ikut intonasi ejaan tapi baca ikut suka hati. No Heart Feeling.. ngeh3x.

kategori : tips tanak bagi sakit hati.. :D

Thursday, April 26

teman menangis

written by; CikTupaii at 1:04 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |


kata orang : teman ketawa senang dicari , tapi teman menangis susah dicari.

kata emak : kalau kita nak tau itu teman menangis atau ketawa kita , teman menangis : dia akan ada bila kita susah , dan dia tidak akan tikam kita dari belakang.

kata aku : Bila kita susah , bila kita sedih dia sentiasa ada bukan untuk kumpul cerita , tapi untuk kongsi masalah kita , dengar , beri sokongan dan beri semangat . If kita dalam kesusahan dia akan sentiasa ada

Tuesday, April 24

emergency

written by; CikTupaii at 9:24 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
date : 23 April 2012
time : 10:29p.m.

Semalam elok nak start wat report lab tiba tiba dapat panggilan telefon dari ibu ( not my mum but my friend raimi) pastu pass kat rumate anis , macam pelik pulak tiba tiba tanya rumate tu busy ke tak . Memandangkan baru je balik dari beli barang dan nak start pass je kat rumate tanak jadi orang tengah . Then , rumate datang tanya wat pe tak , busy sume . Dia cakap nak ke hospital sebab kawan mintak tolong amikkan dia pastu anta hospital balik .

Risau dah pe nak jadi , so temankan anis drive sebab sian nak bagi dia pegi sorang sorang memandangkan tak urgent mana pon report tu . ( mak ai , drift budak nih . tapi tak riso sebab dah biasa naik ngan dia ) Rumate pun citer benda sebenarnya anak kawan tu kena tahan wad , kaki kena sengat tebuan . Yang sedih tu gi wad kecemasan kul 7 lebih tapi kul 11 lebih nak dekat 12 baru dapat injection. waaa, pravo lah doktor . Kenapalah nak kena amik no , tunggu turn sume padahal budak tu kecik kot kena sengat lagi tu bisa tu bahaya . Kita yang dah besar nih pun menangis nih kan budak kecik yang tak tau pape . Alahai ..

Otw balik umah dia nak amik barang baby tu dengar perbualan dia ngan mak dia . Marah marah dia sebab doktor tahan tahan nak inject baby dia dah tu sampai biru kaki budak tu . Bukan takat sebak je time tu nak menitis air mana masa dengar . Nak elak diorang perasan aku pun fokuskan pandangan ke depan ( ececeh .. macam memandu jer gayanya ) Macam tu rasa nya jadi ibu ( ntah berpeluang ke tak untuk aku rasa semua tu )

Saturday, April 21

tanda-tanda 100 hari sebelum hari kematian

written by; CikTupaii at 12:34 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
As-salam and good day ...

Baru lepas tengok citer tanda - tanda 100 hari sebelum hari kematian . Dapat dari rumate ( anis ) sebab tertarik dengan tajuknya . Citer yang berjaya wat air mata menitis dan sedih walaupun tengok sambung - sambung atas sebab tertentu . Mesti takut dan sedih bila kita dapat rasa yang hari kematian kita sudah dekat . Memang menyentuh jiwa bila tengok citer dengan babak-babak memang cukup touching bagi aku dan memberikan kesedaran . 

Dapat rasa kesedihan watak tu teringat masa sakit dulu , memang terasa nyawa tu dah dihujung tanduk dah . Memang sedih masa tu sebab rasa cukup ke amalan selama nih , dah bersedia ke . Dalam citer nih dia compare - kan tanda - tanda yang dirasai oleh orang yang beriman dan tidak .

Tanda - tanda 100 hari sebelum hari kematian :

100 hari - selepas waktu Asar terasa seluruh badan dari hujung rambut ke hujung kaki menggeletar . Bagi orang yang beriman dia akan merasakannya , tapi bagi yang tidak, tidak merasainya disebabkan kelalaian. Mungkin nih salah satu sebab kot tak elok tido pas Asar . Sebab tanda - tanda tu lepas waktu Asar .

Friday, March 23

karma

written by; CikTupaii at 9:40 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Apa itu karma ? Sebenarnya aku sendiri pun tak sure pe makna sebenar ' karma ' tu . Apa yang difahami something like ; " baik buruk yang kita buat kita akan dapat balasannya " senang citer , " buat baik dibalas bak , buat jahat buruk lah balasannya " . Actually tu bukan lah satu hukuman , tapi that's life . Baik kita kat orang , baik jugak lah orang kat kita . But , kalu kita wat jahat kat orang , satu hari nanti kita akan dapat balasan yang sama . Walaupun bukan orang yang kita penah buat jahat tu yang balas , tapi mungkin orang lain .

Jadi , berfikir sebelum bertindak . Kalu hari nih kita sakit kan hati orang , tak mustahil esok lusa kita pulak yang terasa . BUT .. if tiba tiba rasa disakiti , cuba fikir salah apa yang kita penah buat dekat dia . Kalu dah abis pikir pun tak tau sebab apa anggap je lumrah hidup . Mungkin satu hari nanti orang tu akan rasa jugak apa yang dia dah wat kat kita . Mungkin tak kena sebijik kat kita , tapi mungkin dekat orang orang yang dekat dan kita sayang .

Konklusinya , berhati hati lah dalam setiap perbuatan dan perkataan .. macehh  ^__^

Kadang-kadang tanpa kita sedar kita memberi banyak pahala kepada orang lain. Sedangkan pada diri kita, kita memberi banyak dosa. Astaghfirullahalazim..”  - renung renung kan

Thursday, March 15

pesan dan buat

written by; CikTupaii at 1:43 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
selalu kita dengar dan mungkin kita kena .. #redha jela

pesan :

" Jangan buat orang macam tu , nati kena kat kita balik . Tak dia buat kat kita , orang lain yang buat .. "

buat : 

Baru je kena setepek kat kita , dah buat kat orang lain .
Apa kes ?? ko kena dengan orang lain , balas ke orang lain .
Baik sungguh budi pekerti .. #gelengkpala

pandangan : kalu kita tak nak kena ngan orang jangan buat kat orang . Tapi kalu dah kena jugak even kita tak buat apa apa kat dia , anggap jelah nih dugaan . Mungkin ada hikmah disebalik semua itu . Tuhan tu adil , bila bila masa je dia balas . #takenote untuk diri sendiri jugak ! =)

Sunday, February 12

Disebalik tulisan

written by; CikTupaii at 4:02 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Personaliti seseorang boleh jugak di ketahui melalui tulisan . Mungkin ada jugak betul , tapi peratus ketepatan tak tahu lah . Sebab , ada sesetengah orang boleh komen pasal diri kita lepas tengok tulisan . Contahnya mak sy dan jugak lecturer RC sy sem lepas , hee . Tapi tulisan sy slalu kena komplen sebab kecik sangat , nati nak check susah . Haihh , tapi memang tak boleh nak ubah . Kalu try pun , 2 - 3 perkataan je pastu back to normal !

Mari lihat personaliti anda disebalik tulisan anda . Eh , betol ke tidak mungkin anda saja yang tahu ..

tidak berubah
seorang yang sukar untuk berubah. Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual. #ada kaitan dengan sy .. hee

berubah - 
 lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain. 
# patutlah mak slalu marah adik laki sebab tulisan dia kejap gitu , kejap gini ..

tegak – 
Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.

condong kanan – 
bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Dia juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain ( kurang yakin dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri ) . Mudah bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama! 

condong kiri – 
sensitif walaupun luaran nampak tak kisah sangat. Seorang yang amat berhati-hati dalam apa dilakukan kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan . Seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!

besar – 
Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang lain mengikut caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan dengan orang sekeliling. Bahkan dia juga amat gembira jika ada orang yang memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya.


kecil – 
Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan bersikap akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh jiwanya.
#sensitif dan mudah tersentuh memang ye sy , hihik -



Suka tengok adik perempuan sy punya tulisan . Kemas sama macam sy ( puji diri sendiri skit , kikiki ) tapi bezanya lebih besar , senang dibaca dan hujung sebelah kanan tak sama . Kalu sy , suka bagi sama , kalu tak sama 100  % mungkin dalam 80 % .. heee ^ ^

Saturday, February 11

Kerana Nama

written by; CikTupaii at 11:47 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Namaku Shahfina . Orang panggil fina . Tapi  suka eja dengan ejaan ‘fiena’ . Bila ber – msg pulak, suka taip ‘fna’ je bukan apa jimat space. Sejak teknik baru mula dengan panggilan nih dan sampailah skarang . Masa sekolah rendah dulu sampai form one , kawan – kawan kat sana kalau tak panggilan nama penuh diorang panggil ‘ina’ . Skang nih ada lagi kawan – kawan kat kl tu panggil dengan panggilan tu . Dulu cukup tak suka orang panggil ‘fina’ sebab mengaitkan aku dengan sorang senior nih yang bernama ‘fina’ jugak . Disebabkan perangai dia yang tak berapa nak berkenan so aku tak suka bila orang panggil nama tu dekat aku . Tambah pulak , bila diorang sebut nama tu confirm memang ingat kat budak tu .. Tapi skarang , nama tu yang aku suka guna . heee

Okay .. okay .. stop citer pasal aku .

Actually bukan nak citer pasal nama aku pun . nak citer pasal novel yang baru aku baca dalam tempoh cuti sem nih “ Namaku Bedah ” hasil karya Ikmal Shah . Pendapat aku tu novel remaja lah kot sebab citer- nya tak lah berat sangat .Disebabkan novel nih lah aku tertarik nak buat entry “Kerana Nama” hehehe.. Sini aku bagi synopsis novel nih mungkin ada yang belum baca .



Synopsis : 

Nama watak dalam citer nih Bedah . Bedah binti Bedul . Nama gabungan mak ngan arwah ayah dia tanda cinta diorang , diorang namakan satu –satu puteri diorang tu dengan nama Bedah ( gabungan Bedul dan Hamidah ) . Bedah nih cantik , bijak kalaua orang tengok dia mesti tak percaya nama dia Bedah . Yelah , rupa cantik tapi nama macam tu . ( mengikut dalam novel la ) Sebab malu dengan nama tu Bedah nih nak tukar nama dia , tapi mak dia tak izin sebab nama tu kira lambing cinta dia kat arwah suami nih . Memandangkan Bedah bakal melanjutkan pelajaran , dia usahakan jugak tukar nama dia sebab nak mendaftar kat kolej nati dengan baru tanpa pengetahuan mak dia .
Berjaya jugak dia menukar nama ‘Bedah’ tu kepada ‘Puteri Anis’ . Tapi last – last terbongkar jugak nama sebenarnya lepas dia mengalami accident masa menyertai larian apa ntah , tak ingat . Bila dia sedar , dia menyesal dan dia guna balik nama ‘Bedah’ tu .

*kalau nak tahu lebih lanjut , bacalah novet tu !  ^_+

Kesimpulannya di sini , nama yang menarik tu penting . tapi biarlah bermakna . So , aku ambil pengajaran dari cerita nih . Pasnih ada anak kena bagi nama yang sesuai mengikut peredaran zaman dan semestinya ada maksud yang baiklah . Pasnih tak ada lah anak aku nak sibuk – sibuk tukar nama . Tak gitu ? So far ada dah nama yang berkenan untuk baby boy and baby gurl nati .. he he he  ^^  (berangan lebih .. maafkan sy )

Notes : Pemberian nama itu Penting ! ( learnt from novel ‘ Namaku Bedah ‘ ) . Lambat post sebab masalah tak boleh online  ;)

Sunday, April 3

Bila lama-lama nanti jemu

written by; CikTupaii at 12:58 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Petang tadi, sambil bersantai diluar rumah sambil tengok budak-budak main bola di padang, sy bersembang dengan mak. Mulalah mak bercerita itu dan ini sambil memberi nasihat beliau.

Mak cakap jangan kawen muda, kalau perempuan tu takpe lah. Dalam umur 20 lebih tu dah boleh kawen, tapi awal sangat dalam belasan tak sesuai. Pasangan muda tak elok kawen awal, nanti cepat sangat jemu. Tambah-tambah bagi golongan lelaki. Mulalah nanti baru kawen bape tahun dah cerai-berai. Hurm, terpikir jugak. Bagi golongan yg "alim-alim" tu kan diorang kawen awal. Malas nak komen banyak, kita kurang makan garam lagi. Mereka-mereka tu pun tak sama macam sy nih. Jauh panggang dari api. Bukannya baik mana pun sy.

Ditambah lagi dengan nasihat mak, sebelum kawen tak elok selalu jumpa. Nanti bila kawen cepat jemu. Sebab tu orang tua-tua dulu tak bagi jumpa-jumpa sebelum kawen. Betul jugak, orang dulu-dulu kekal lamanya. Sedangkan sebelum kawen tak lah bercinta bagai nak rak macam orang sekarang. Aish, tekena batang hidung sendiri. -Muhasabah diri-

Memang lumrah hidup macam tu kan, mula-mula semua best. Lama-lama, yg best semua rasa dah tak bape best. Hope jodoh sy dan awak kekal dan jangan jemu-jemu dengan sy. hee ^_*

Friday, March 25

hidung tak mancung pipi tersorong-sorong

written by; CikTupaii at 11:51 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
sekadar gambar hiasan. kamal adli tu! (sy nak sorong pipi tak gebu nih sikit buat2 tak malu..hee)
korang mesti penah dengar pepatah nih kan? dan confirm dah paham bebenor maknanya. so, kalu orang bagi fed back yg tak best kat korang. apa tunggu lagi. angkat kaki cabottt. untuk lebih sopan jangan lupa cakap "byebye". jangan orang cop tak tahu malu sudah. tapi kalu dia cakap hidung mancung pun tak, pipi sorong-menyorong tu kira sopan lagi tu. sila lah paham. mungkin dia menggunakan bahasa sopan yg menunjukkan dia TAK SUKA. tak suka okay! bukan SUKA SANGAT.. (sambil melakukan gaya afdlin shauki dalam mentor) apa kes nak tadah lagi muka korang kat situ. aish,

nota: harap maaf. sejak-memenjak nih sy suka upgrade pepatah mahupun peribahasa sedia ada. biar nampak up-to-date sikit. kalu cikgu bahasa baca nih, mesti menanges anak murid dia macam nih. alahai,

Tuesday, March 8

fakta dan auta

written by; CikTupaii at 1:53 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

fakta: ada patient kanser yg sembuh lepas menerima rawatan sel-sel kanser dalam badan hilang, dan bagi patient lymphoma tidak mustahil akan menghidapinya kembali. majoriti patient leukimia kritikal akan mempunyai jangka hayat yg singkat. wallahualam.

auta: cakap-cakap sesetengah orang; sume patient kanser akan mati. "yg nih memang menyakitkan hati dan membuatkan pesakit-pesakit selalu down"

note: aha, yg sume patient kanser akan mati tu tak betul kalu diorang ada menerima rawatan. buktinya, kalu korang pegi mana-mana hospital mesti korang akan jumpa patient kanser yg masih wat follow up. dan patient kanser yg mati tu kalu tak wat kimo atau apa-apa rawatan yg doktor suggest, memang dah tipis harapan nak baik. kecuali dengan kuasa tuhan.

satu lagi, rawatan kampung kadang-kadang boleh mengubat penyakit kanser. tapi dalam setahun dua atau beberapa tempoh jangka masa, penyakit tu akan serang balik. mungkin masa tu harapan sembuh tipis. thats why sy lebih prefer rawatan hospital. rawatan kampung nih boleh jugak. seperti kata seorang doktor nih; kimo adalah penting, rawatan kampung kira ikhtiar kedua.

Wednesday, February 23

status facebook

written by; CikTupaii at 10:39 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

Apa yang kita jadi harini adalah kesan apa yang dibuat 10 tahun dahulu...
Apa yang kita lakukan harini akan manjadi kesan pada 10 tahun akan datang...

Berhemahlah dan cermat dalam berkongsi status kita di Facebook 
kerana ianya menujukkan siapa kita harini dan 10 tahun akan datang... 

...kerana itulah diberi nama FACEBOOK(BUKU MUKA) 
untuk menerangkan siapakah kita...dan ada apa di muka kita...hehe

nota: copy paste from status rafiee rahim. pandangan beliau yg agak menarik untuk di-sharing. sebab tu sy slealu terpikir-pikir blia nak meng-hapdate status mahupun menulih entry untuk di-muat-naik. sekian, renung-renungkan dan selamat beramal. -pesanan ikhlas dr penaja-

Tuesday, February 22

orang cakap

written by; CikTupaii at 4:50 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

orang selalu ucap;
"semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin"

orang kadang-kadang cakap;
"semoga berkekalan hingga ke anak cucu"

orang jarang-jarang cakap;
"semoga berkekalan hingga akhir hayat"

mungkin tulah sebabnya ada yg kekal hingga jinjang pelamin jer, pastu bercerai. mungkin tu jugak sebabnya, ada yg kekal pas ada anak dua tiga orang. tu kira bernasib baik. kadang-kadang ada yg baru anak sorang dah bercerai. tapi kenapa jarang sangat dengar orang ucap "berkekalan hingga akhir hayat"? 

apa yg kita ucapkan tu kan satu doa. sepatutnya kita ucaplah yg terbaik. betul tak? mak kita pun ada tegur jangan cakap bukan-bukan kat adik beradik sendiri. itu satu doa. adakan? kan? kadang-kadang kawan-kawan kita pun akan tegur bila kita cakap yg tak best pada tinge diorang. at least diorang mesti cakap "janganlah cakap camtu wey, karang jadi betul-betul lak". 

kesimpulannya, pasnih kita kena jaga setiap ucapan kita. sekian, terima kasih.

nota: terima kasih sebab sudi membaca entry merapu nih, bhahhaaa =D

Lilypie Second Birthday tickers
 

fiena jaafar ♥ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting