..:: "Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..tetapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia di dalamnya..begitulah dengan kehidupan manusia.. riang ketawa..tetapi ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.. jika kau terasa kecewa, pandanglah ke sungai..airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang..jika kau sedih, pandanglah ke langit..kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.." ::..


Followers

Sunday, April 3

Bila lama-lama nanti jemu

written by; CikTupaii at 12:58 AM
Petang tadi, sambil bersantai diluar rumah sambil tengok budak-budak main bola di padang, sy bersembang dengan mak. Mulalah mak bercerita itu dan ini sambil memberi nasihat beliau.

Mak cakap jangan kawen muda, kalau perempuan tu takpe lah. Dalam umur 20 lebih tu dah boleh kawen, tapi awal sangat dalam belasan tak sesuai. Pasangan muda tak elok kawen awal, nanti cepat sangat jemu. Tambah-tambah bagi golongan lelaki. Mulalah nanti baru kawen bape tahun dah cerai-berai. Hurm, terpikir jugak. Bagi golongan yg "alim-alim" tu kan diorang kawen awal. Malas nak komen banyak, kita kurang makan garam lagi. Mereka-mereka tu pun tak sama macam sy nih. Jauh panggang dari api. Bukannya baik mana pun sy.

Ditambah lagi dengan nasihat mak, sebelum kawen tak elok selalu jumpa. Nanti bila kawen cepat jemu. Sebab tu orang tua-tua dulu tak bagi jumpa-jumpa sebelum kawen. Betul jugak, orang dulu-dulu kekal lamanya. Sedangkan sebelum kawen tak lah bercinta bagai nak rak macam orang sekarang. Aish, tekena batang hidung sendiri. -Muhasabah diri-

Memang lumrah hidup macam tu kan, mula-mula semua best. Lama-lama, yg best semua rasa dah tak bape best. Hope jodoh sy dan awak kekal dan jangan jemu-jemu dengan sy. hee ^_*

0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |:

Post a Comment

Drop your comment here

Lilypie Second Birthday tickers
 

fiena jaafar ♥ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting