..:: "Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..tetapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia di dalamnya..begitulah dengan kehidupan manusia.. riang ketawa..tetapi ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.. jika kau terasa kecewa, pandanglah ke sungai..airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang..jika kau sedih, pandanglah ke langit..kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.." ::..


Followers

Monday, April 30

gaya ayat sama tak dengan ucapan sebenar?

written by; CikTupaii at 11:49 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Selalu baca apa yang orang tulis ikut intonasi yang sesuai depends on ejaannya. Mungkin nih punca-punca salah kepahaman pada komen seseorang barangkali. Kadang-kadang kita baca nada marah assume orang tu ngah marah padahal dia tak rasa gitu pun. Sebab ejaan orang skarang makin canggih dan pelik-pelik.

JADI jangan baca ikut intonasi ejaan tapi baca ikut suka hati. No Heart Feeling.. ngeh3x.

kategori : tips tanak bagi sakit hati.. :D

Lost

written by; CikTupaii at 12:49 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

Banyak idea menaip yang hilang sebab idea datang mencurah-curah time mood menaip tak ada. Dan kadang-kadang idea datang tak kena tempat. Aish, dan sebab tu lah banyak idea mencurah-curah nak menaip ayat ala-ala ayat jiwa tak tercapai. *blog aku kan, mesti nak ayat jiwa, bunga-bunga aje. Thats why ada kawan yang nge-cop ayat blog aku ayat jiwa sangat. Yola, yola, ada den kisah?

Lepas nih kalu datang je idea kena terus taip kalu panjang, padat-padatkan bagi pendek. Nak hupdate guna bb tak boleh panjang-panjang. Tak bestnya!  =,=^

Nak catat : hari nih dalam sejarah hutang lecturer sebab lambat menjawab di depan. Hurm.. hurm.. patut lah rasa ngeri je nak g kelas start semalam. Peraturan nih dah berkuatkuasa since kelas malam lepas. Abislah pasnih duit aku jelah yang banyak masuk dalam tabung kelas RC. "Ayahhh, tolong tambah duit sebab nak menderma untuk kelas"   =,=”

Saya Pemandu Pelancong Tak Bertauliah

written by; CikTupaii at 2:20 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Kelmarin Sabtu bersamaan 28 April 2012, secara tidak mahupun sengaja jadi tourist guide tak bertauliah..hee. Berbekal ilmu goegrafi y tak seberapa dalam dada nih bawak lah jejalan *bajet macam tau sangat jalan kat kuantan nih* First destinasi ke Giant Kuantan breaklunch 'hot plate' Ofkos lah hot plate, dan sekali lagi dihampakan oleh abg kedai tu sebab menu "nasi ayam cendawan" tak ada. Tapi kali nih atas alasan lain pulak, nasi tak masak lagi. okeh =.=^

Lepas makan-makan bawak pulak ke kp. Boleh pulak dia marah tnya kp binatang pe? *heee, lupa plak orang luar mna nak tau binatang ape. spontan dari mulut "kuantan parade lah gemok!: :D (suka panggil orang gemuk nih) Sebab dah tak tau nak wat pe. Tanya nak tengok wayang tak ckp ikut lah, so bawak je g settlekan keje jap ngan shoppim dari kp ke megamall.. miahahaha, padan muka tanak lagi bgtau nak g mna. *haip, marah customer pulak. ada aku kesah, bukan berbayor pun* :P

Then dia cakap nak rehat-rehat jap. Bawak lah dok melepak tepi pantai. Cari port y dia boleh tido dan ak boleh main air laut. Tak lah kebosanan pulak. Main-main air laut ak y excited mengalahkan

Thursday, April 26

gambar kenangan

written by; CikTupaii at 11:20 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
tangkap gambar sekelas hari tu nak buat kenangan sebab masing-masing dah last sem kecuali aku. Upahlah photographer "creative" abis. Dan ni hasilnya..



gambar dah okay, tapi frame dia. alamak, tak nampak cam engineering langsung. Kreatip sangattt :P

*klik pic ntok membesar :D

teman menangis

written by; CikTupaii at 1:04 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |


kata orang : teman ketawa senang dicari , tapi teman menangis susah dicari.

kata emak : kalau kita nak tau itu teman menangis atau ketawa kita , teman menangis : dia akan ada bila kita susah , dan dia tidak akan tikam kita dari belakang.

kata aku : Bila kita susah , bila kita sedih dia sentiasa ada bukan untuk kumpul cerita , tapi untuk kongsi masalah kita , dengar , beri sokongan dan beri semangat . If kita dalam kesusahan dia akan sentiasa ada

Wednesday, April 25

#quote2

written by; CikTupaii at 9:02 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

ucapan "goodbye" itu sangat berat . Bila tiba masanya sy akan ucapkan ..

Tuesday, April 24

emergency

written by; CikTupaii at 9:24 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
date : 23 April 2012
time : 10:29p.m.

Semalam elok nak start wat report lab tiba tiba dapat panggilan telefon dari ibu ( not my mum but my friend raimi) pastu pass kat rumate anis , macam pelik pulak tiba tiba tanya rumate tu busy ke tak . Memandangkan baru je balik dari beli barang dan nak start pass je kat rumate tanak jadi orang tengah . Then , rumate datang tanya wat pe tak , busy sume . Dia cakap nak ke hospital sebab kawan mintak tolong amikkan dia pastu anta hospital balik .

Risau dah pe nak jadi , so temankan anis drive sebab sian nak bagi dia pegi sorang sorang memandangkan tak urgent mana pon report tu . ( mak ai , drift budak nih . tapi tak riso sebab dah biasa naik ngan dia ) Rumate pun citer benda sebenarnya anak kawan tu kena tahan wad , kaki kena sengat tebuan . Yang sedih tu gi wad kecemasan kul 7 lebih tapi kul 11 lebih nak dekat 12 baru dapat injection. waaa, pravo lah doktor . Kenapalah nak kena amik no , tunggu turn sume padahal budak tu kecik kot kena sengat lagi tu bisa tu bahaya . Kita yang dah besar nih pun menangis nih kan budak kecik yang tak tau pape . Alahai ..

Otw balik umah dia nak amik barang baby tu dengar perbualan dia ngan mak dia . Marah marah dia sebab doktor tahan tahan nak inject baby dia dah tu sampai biru kaki budak tu . Bukan takat sebak je time tu nak menitis air mana masa dengar . Nak elak diorang perasan aku pun fokuskan pandangan ke depan ( ececeh .. macam memandu jer gayanya ) Macam tu rasa nya jadi ibu ( ntah berpeluang ke tak untuk aku rasa semua tu )

Saturday, April 21

sebelum mengeluh, ingat nih ..

written by; CikTupaii at 11:21 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Sebelum mengeluh , kita ingat 5 perkara :

Pertama - sebelum kita mengeluh kita tak ada apa - apa , kita fikirkan pasal orang yang meminta - minta di tepi jalan .

Kedua - sebelum kita mengeluh pasal nasib kita malang , kita fikirkan hidup orang yang lebih malang daripada kita .

Ketiga - sebelum kita mengeluh pasal suami / isteri , kita fikirkan tentang orang yang memohon kepada Allah supaya dapat jodoh .

Keempat - sebelum kita mengeluh pasal masa , kita fikirkan tentang orang yang meninggal terlalu cepat .

Kelima - sebelum kita mengeluh pasal anak , kita fikirkan pasal seseorang yang inginkan anak tetapi tak ada anak .

#sumber : Slot Akasia Cinta Buat Emelda

* bukan nak macam drama , tapi ambil pengajaran yang berguna dalam drama tak salahkan?

# Peringatan bersama .. Renung - renungkan dan selama beramal ^__^

tanda-tanda 100 hari sebelum hari kematian

written by; CikTupaii at 12:34 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
As-salam and good day ...

Baru lepas tengok citer tanda - tanda 100 hari sebelum hari kematian . Dapat dari rumate ( anis ) sebab tertarik dengan tajuknya . Citer yang berjaya wat air mata menitis dan sedih walaupun tengok sambung - sambung atas sebab tertentu . Mesti takut dan sedih bila kita dapat rasa yang hari kematian kita sudah dekat . Memang menyentuh jiwa bila tengok citer dengan babak-babak memang cukup touching bagi aku dan memberikan kesedaran . 

Dapat rasa kesedihan watak tu teringat masa sakit dulu , memang terasa nyawa tu dah dihujung tanduk dah . Memang sedih masa tu sebab rasa cukup ke amalan selama nih , dah bersedia ke . Dalam citer nih dia compare - kan tanda - tanda yang dirasai oleh orang yang beriman dan tidak .

Tanda - tanda 100 hari sebelum hari kematian :

100 hari - selepas waktu Asar terasa seluruh badan dari hujung rambut ke hujung kaki menggeletar . Bagi orang yang beriman dia akan merasakannya , tapi bagi yang tidak, tidak merasainya disebabkan kelalaian. Mungkin nih salah satu sebab kot tak elok tido pas Asar . Sebab tanda - tanda tu lepas waktu Asar .

Wednesday, April 18

WL Weds | 18 April 2012

written by; CikTupaii at 11:11 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
9:00 a.m. - Interview Project RC II

Lepas breaklunch ( breakfast + lunch ) study untuk test malam nih .. tapi tiba tiba keadaan kesihatan kembali tidak sihat . study ala kadar ( boleh pulak )

8:00 p.m. - Midterm Environmental Engineering ( macam hampeh je , tawakal jelah .. hurm .. )

keluar DKU dapat msg y tak disangka ..
" Ya Allah, permudahkanlah urusan kami .. "
#no respond i think it is d best .. mungkin !

Tuesday, April 10

surprise!

written by; CikTupaii at 7:27 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Bila pakai headfon macam gini otomatik akan jadi pekak dan mungkin tidak bisu . Ofkos lah sebab bila dengar lagu kompom kompom mulut nih nak jugak kuarkan sore untuk menumbangkan suasana bilik yang sepi semsorang . 

penerbangan akan bermula sebentar lagi .. aish , macam pilot dah pakai benda nih .. :D :D


dan tiba tiba aku dikejutkan dengan lembaga yang tiba tiba masuk tanpa sebarang bunyi betol betol depan skit dari pintu . * gila pekak sampai bunyi pintu tutup tak dengar , dia panggil pun tak dengar  * terus bukak headfon sebab nampak mulut dia tengah gerak .. hahaha * jangan mara na , ko jugak yang pilih headfon tu :D *

Dan surprise nya ... taraaa .. ini dia ..


surprise present without reason tu .. too ladies for me o.O


 Katanya purse nih dia beli sepesen dengan dia cuma kaler je lain . Memang betol betol surprise sebab aku tak pakai purse gitu . Lepas ai dah stat pakai okeh ! Anyway , thanks for the surprise give without any reason tu . Tak bagi pun takpe , pe yang dia wat selama hampir setahun ktorang tiba tiba menjadi belangkas nih * sampai dah tak ada muka lain nak tengok * , dah banyak dia tolong . Tunjuk ajar , semangat , telinga * ini aku rasa mau dah menanah telinga dia kot *, pendorong yang penting even penat macam mana pun dia akan ada masa untuk dengar luahan aku . Maceh , sayang ko tapi sayang izni lebih lebih lagi .. teheee :P

ini si pemberian tu a.k.a belangkas tiba2 .. ibu HOT nih .. bini orang nih jangan ngorat ! :P


nota : hari tu dapat kain pasang yang pesen sama cuma corak lain , kali nih purse pulak dari orang yang sama . maceh .. :)

#quote1

written by; CikTupaii at 6:48 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

..:: "Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..tetapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia di dalamnya..begitulah dengan kehidupan manusia.. riang ketawa..tetapi ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.. jika kau terasa kecewa, pandanglah ke sungai..airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang..jika kau sedih, pandanglah ke langit..kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.." ::..

I love this quote since years ago . Quote nih sangat sangat bermanfaat tambahan bila dalam mood down abis . Masa awal awal fina bukak blog nih mungkin lah ( coz ingat ingat lupa ) fina dah letak qoute nih sampai edit layout jadi macam sekarang pun masih setia ada disini . 

Cuba baca dan hayati makna kata katanya . Indah dan cukup bermakna . Bila sedih dan fina sentiasa ceria dimata kawan kawan fina bangga sebab fina dapat sorok kesedihan fina tu dan terasa diri nih cukup tabah untuk hadapi dugaan sama seperti air sungai yang diibaratkan dalam ayat tu . 

Konklusinya ,  sedih macam mana pun kita , seberat mana sekalipun dugaan yang kita hadapi ketahuilah bahawa ada insan lain yang lebih berat dugaan dan mampu hidup seperti kita . Dan sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang . Dia uji kita tapi Dia tidak pernah tinggalkan kita cuma kita yang kadang kadang lupakan Dia

Untuk renungan bersama . Ya Allah , Kau permudahkan lah urusan kami hamba hamba Mu yang lemah ini .. Amin ..


nota: I think I need my mom and dad right now to gain my spirit .

Friday, April 6

mode : warning!

written by; CikTupaii at 4:07 PM 3 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |


Alamak! Lately tuan blog gila gadget . Rasa tahap gila dah merbahaya. Pantang nampak yang comel dan gojes especially kaler putih mesti usha lebih lebih sampai simpan niat nak membeli . Kalu boleh nak kumpul sebanyak mana gadget yang boleh dan pastinya 'kawen' out from list ! teheeee .. suka je! :P

Latest gadget bb curve 4 kaler putih. Tapi tu actually confuse ngan galaxy tab . Ada yang suggest suh pakai bb jer sebab takut bertindak ganas , kang cepat rosak touch2 tu . *yela fna kan ganas* Okay , okay pakai bb je sebab tu je yang mampu time tu .  Dan skarang nak sangat tab pulak . Kumpul jangan tak kumpul . Dapat samsung galaxy tab 7.0 plus pun dah cukup tapi nak kaler PUTIH ! 10.1 tu besaq sangat pulak. Nak seribu daya kan (padahal sebab 10.1 tu lagi mahal) .. hehehehe (gelak nakal)

Hope my dream came true . Kalu ada yang nak bagi best jugak . Jimat duit den ! Boleh shopim beli menda len .. hihihik :P

comel kan?? *dreaming

sakit M

written by; CikTupaii at 12:22 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Sakit M (malas) !! Spesis sakit yang ada dalam diri aku since awal sem nih . Ntah kenapa sejak awal sem nih jadi MALASSS teramat . Mak , ayah .. akak malas . Nak marah tak ? tapi slalu ayah akan cakap " anak ayah nih dah besar pandai pikir kan ? " ( eleh bab nih ayah mesti cakap anak dia dah besar , tp bila becinta mesti cakap anak ayah kecik lg dah pandai nak becinta-becinta eh.. )

Malam nih nak kena siapkan lab report dan homework nihon-go . Tp satu pun belom mula lagi . Sebab besok nak marathon siapkan projek RC2 pulak . Aish, kenapa ? kenapa ? jadi malas sangat gini tambah tambah ngan subjek RC gaya macam dah bijak .

Tapi satu je , hari nih rajin pulak nak mengupdate blog walaupun tak ada topik best, and tumblr dah bape kali update hari nih . Kalu twitter , memang rancak sampai rumate tegur " bunyi macam dah dok dalam kandang burung " kandang burung ?? ahahha :D burung dalam kandang ? terima jelah kenyataan . :D :D

cukup kot.. mari sy selingkan dengan gambar gambar yang tak bape nak best . tak suka tutup mata :P

macam sonok jer sieve2 nih.. padahal budak laki je y buat keje nih. ai eksen je u olls :P


antara member group sy .. apa y penting? kejesama!!


nih pun member group lab sy .. ernie sgt pandai menggoreng, cepat dia siapkan 3 sample.. hebat!


Best group ngan diorg nih , gentlemen ! walaupun sy sorang2 perempuan , diorang tak buli tapi tolong.. maceh sume atas kerjasama .. heee :)

prove : bab edit malas nak buat, so pic asli dr whiteberry . see betapa malasnya ai :P
Lilypie Second Birthday tickers
 

fiena jaafar ♥ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting