..:: "Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..tetapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia di dalamnya..begitulah dengan kehidupan manusia.. riang ketawa..tetapi ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.. jika kau terasa kecewa, pandanglah ke sungai..airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang..jika kau sedih, pandanglah ke langit..kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.." ::..


Followers

Showing posts with label sharing is caring ♥. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring ♥. Show all posts

Saturday, September 29

Hadith | Mengumpat

written by; CikTupaii at 1:30 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
 "Mengumpat itu lebih buruk daripada zina. Sahabat bertanya bagaimana? Rasullah sallallhu'alaihi Wasallam menjawab: seorang yang berzina itu kalau bertaubat mungkin taubatnya itu diterima oleh Allah. Akan tetapi orang yang mengumpat tidak akan Alla ampunkan dosanya sehinggalah orang yang diumpatinya itu memaafkannya."
(Hadith riwayat Tabrani dan Baihaqi)

#NotaJari : sekadar sharing, pengisian rohani dan juga muhasabah diri :)

Sunday, July 29

Kelebihan Solat Terawih

written by; CikTupaii at 2:02 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

source: fb seorang hamba Allah
*Kelebihan malam kedua dan kelima dia termiss. Maaf

Saturday, May 19

perspektif anda?

written by; CikTupaii at 3:18 PM 1 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

Apa perspektif korang tentang kanser??

Asal sebut pasal 'kanser' aku yakin reaksi korang akan terkejut.. and automatik mulut korang akan keluar sound effet "ouchh..." "haaa???" dan pape jelah y kena dengan tema. dan bagi y gila teruja tu mulut akan ternganga. dan pada y jenis sensitif tu akan say sory banyak dan mungkin menunjukkan muka sdey. Okay itu hak masing2 tak ad salah pun.

Lately ak dah mula kenal dengan ramai orang y baru nak jumpa dalam tempoh setahun kembali ke sekolah nih * sekolah???* so, dah ada y brani nak bertanya tentang. dan seperti apa y ada dalam pikiran, ad y ingat ak fail dlm mana-mana subjek. *Alhamdulillah tak so far, hope takkan ada lah sebab nak abiskan jugak lagi setahun tu secepat y mungkin.

Dan bagi mengelak

Saturday, April 21

sebelum mengeluh, ingat nih ..

written by; CikTupaii at 11:21 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Sebelum mengeluh , kita ingat 5 perkara :

Pertama - sebelum kita mengeluh kita tak ada apa - apa , kita fikirkan pasal orang yang meminta - minta di tepi jalan .

Kedua - sebelum kita mengeluh pasal nasib kita malang , kita fikirkan hidup orang yang lebih malang daripada kita .

Ketiga - sebelum kita mengeluh pasal suami / isteri , kita fikirkan tentang orang yang memohon kepada Allah supaya dapat jodoh .

Keempat - sebelum kita mengeluh pasal masa , kita fikirkan tentang orang yang meninggal terlalu cepat .

Kelima - sebelum kita mengeluh pasal anak , kita fikirkan pasal seseorang yang inginkan anak tetapi tak ada anak .

#sumber : Slot Akasia Cinta Buat Emelda

* bukan nak macam drama , tapi ambil pengajaran yang berguna dalam drama tak salahkan?

# Peringatan bersama .. Renung - renungkan dan selama beramal ^__^

tanda-tanda 100 hari sebelum hari kematian

written by; CikTupaii at 12:34 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
As-salam and good day ...

Baru lepas tengok citer tanda - tanda 100 hari sebelum hari kematian . Dapat dari rumate ( anis ) sebab tertarik dengan tajuknya . Citer yang berjaya wat air mata menitis dan sedih walaupun tengok sambung - sambung atas sebab tertentu . Mesti takut dan sedih bila kita dapat rasa yang hari kematian kita sudah dekat . Memang menyentuh jiwa bila tengok citer dengan babak-babak memang cukup touching bagi aku dan memberikan kesedaran . 

Dapat rasa kesedihan watak tu teringat masa sakit dulu , memang terasa nyawa tu dah dihujung tanduk dah . Memang sedih masa tu sebab rasa cukup ke amalan selama nih , dah bersedia ke . Dalam citer nih dia compare - kan tanda - tanda yang dirasai oleh orang yang beriman dan tidak .

Tanda - tanda 100 hari sebelum hari kematian :

100 hari - selepas waktu Asar terasa seluruh badan dari hujung rambut ke hujung kaki menggeletar . Bagi orang yang beriman dia akan merasakannya , tapi bagi yang tidak, tidak merasainya disebabkan kelalaian. Mungkin nih salah satu sebab kot tak elok tido pas Asar . Sebab tanda - tanda tu lepas waktu Asar .

Tuesday, April 10

#quote1

written by; CikTupaii at 6:48 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

..:: "Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..tetapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia di dalamnya..begitulah dengan kehidupan manusia.. riang ketawa..tetapi ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.. jika kau terasa kecewa, pandanglah ke sungai..airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang..jika kau sedih, pandanglah ke langit..kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.." ::..

I love this quote since years ago . Quote nih sangat sangat bermanfaat tambahan bila dalam mood down abis . Masa awal awal fina bukak blog nih mungkin lah ( coz ingat ingat lupa ) fina dah letak qoute nih sampai edit layout jadi macam sekarang pun masih setia ada disini . 

Cuba baca dan hayati makna kata katanya . Indah dan cukup bermakna . Bila sedih dan fina sentiasa ceria dimata kawan kawan fina bangga sebab fina dapat sorok kesedihan fina tu dan terasa diri nih cukup tabah untuk hadapi dugaan sama seperti air sungai yang diibaratkan dalam ayat tu . 

Konklusinya ,  sedih macam mana pun kita , seberat mana sekalipun dugaan yang kita hadapi ketahuilah bahawa ada insan lain yang lebih berat dugaan dan mampu hidup seperti kita . Dan sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang . Dia uji kita tapi Dia tidak pernah tinggalkan kita cuma kita yang kadang kadang lupakan Dia

Untuk renungan bersama . Ya Allah , Kau permudahkan lah urusan kami hamba hamba Mu yang lemah ini .. Amin ..


nota: I think I need my mom and dad right now to gain my spirit .

Friday, March 23

karma

written by; CikTupaii at 9:40 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Apa itu karma ? Sebenarnya aku sendiri pun tak sure pe makna sebenar ' karma ' tu . Apa yang difahami something like ; " baik buruk yang kita buat kita akan dapat balasannya " senang citer , " buat baik dibalas bak , buat jahat buruk lah balasannya " . Actually tu bukan lah satu hukuman , tapi that's life . Baik kita kat orang , baik jugak lah orang kat kita . But , kalu kita wat jahat kat orang , satu hari nanti kita akan dapat balasan yang sama . Walaupun bukan orang yang kita penah buat jahat tu yang balas , tapi mungkin orang lain .

Jadi , berfikir sebelum bertindak . Kalu hari nih kita sakit kan hati orang , tak mustahil esok lusa kita pulak yang terasa . BUT .. if tiba tiba rasa disakiti , cuba fikir salah apa yang kita penah buat dekat dia . Kalu dah abis pikir pun tak tau sebab apa anggap je lumrah hidup . Mungkin satu hari nanti orang tu akan rasa jugak apa yang dia dah wat kat kita . Mungkin tak kena sebijik kat kita , tapi mungkin dekat orang orang yang dekat dan kita sayang .

Konklusinya , berhati hati lah dalam setiap perbuatan dan perkataan .. macehh  ^__^

Kadang-kadang tanpa kita sedar kita memberi banyak pahala kepada orang lain. Sedangkan pada diri kita, kita memberi banyak dosa. Astaghfirullahalazim..”  - renung renung kan

Thursday, March 15

pesan dan buat

written by; CikTupaii at 1:43 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
selalu kita dengar dan mungkin kita kena .. #redha jela

pesan :

" Jangan buat orang macam tu , nati kena kat kita balik . Tak dia buat kat kita , orang lain yang buat .. "

buat : 

Baru je kena setepek kat kita , dah buat kat orang lain .
Apa kes ?? ko kena dengan orang lain , balas ke orang lain .
Baik sungguh budi pekerti .. #gelengkpala

pandangan : kalu kita tak nak kena ngan orang jangan buat kat orang . Tapi kalu dah kena jugak even kita tak buat apa apa kat dia , anggap jelah nih dugaan . Mungkin ada hikmah disebalik semua itu . Tuhan tu adil , bila bila masa je dia balas . #takenote untuk diri sendiri jugak ! =)

Sunday, February 12

Disebalik tulisan

written by; CikTupaii at 4:02 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Personaliti seseorang boleh jugak di ketahui melalui tulisan . Mungkin ada jugak betul , tapi peratus ketepatan tak tahu lah . Sebab , ada sesetengah orang boleh komen pasal diri kita lepas tengok tulisan . Contahnya mak sy dan jugak lecturer RC sy sem lepas , hee . Tapi tulisan sy slalu kena komplen sebab kecik sangat , nati nak check susah . Haihh , tapi memang tak boleh nak ubah . Kalu try pun , 2 - 3 perkataan je pastu back to normal !

Mari lihat personaliti anda disebalik tulisan anda . Eh , betol ke tidak mungkin anda saja yang tahu ..

tidak berubah
seorang yang sukar untuk berubah. Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual. #ada kaitan dengan sy .. hee

berubah - 
 lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain. 
# patutlah mak slalu marah adik laki sebab tulisan dia kejap gitu , kejap gini ..

tegak – 
Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.

condong kanan – 
bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Dia juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain ( kurang yakin dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri ) . Mudah bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama! 

condong kiri – 
sensitif walaupun luaran nampak tak kisah sangat. Seorang yang amat berhati-hati dalam apa dilakukan kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan . Seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!

besar – 
Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang lain mengikut caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan dengan orang sekeliling. Bahkan dia juga amat gembira jika ada orang yang memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya.


kecil – 
Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan bersikap akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh jiwanya.
#sensitif dan mudah tersentuh memang ye sy , hihik -



Suka tengok adik perempuan sy punya tulisan . Kemas sama macam sy ( puji diri sendiri skit , kikiki ) tapi bezanya lebih besar , senang dibaca dan hujung sebelah kanan tak sama . Kalu sy , suka bagi sama , kalu tak sama 100  % mungkin dalam 80 % .. heee ^ ^

Saturday, December 24

dinner with girlfriends

written by; CikTupaii at 1:20 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Alhamdulillah kekenyangan .. malam nih kuar dinner dengan my girlfriends . atas jemputan mereka , malam nih tema western . hurm , fina nih tak la western sangat . kalu kuar makan mesti nak cari nasi and kalu dah malam - malam kompom tomyam atau ape - ape yang berkuah . so malam nih try menu baru . chicken grill . okay ! puas hati . rasanya menu chicken grill lebih sesuai compare chicken chop . abis dimakan kecuali roti nya or barangkali lapar . ih , tapi perut tak 'cengkeriuk' mana pun . jadi , boleh lah nak rekemen kat sape - sape yang belum cuba . harga pun tak mahal mana dan cukup kenyang .

MENU : chicken grill RM8.00


MENU : chicken chop RM8.00

nama kedai : Fryerzone Westernfood Indera Sempurna . jalan ke pekan perlu u - turn ye . for more info

pesanan : yang belum cuba , cuba lah .. saya sudah , anda bila lagi ??

bila dah kenyang , sampai ump je buar perangai , hehe dengar lagu kuat kat tempat parking siap ada yang menari . berpesta kami sebentar . betul la kata pepatah , ' kenyang perut suka hati ' he he he ^^

Sunday, December 11

tidur selepas asar

written by; CikTupaii at 4:51 PM 2 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
muhasabah diri dan tazkirah buat teman - teman .

korang tau tak betapa bahaya nya tidur selepas asar . orang kata boleh jadi gila , pastu ada jugak kawan dulu cakap nanti kena rogol dengan syaitan . hurm , yang kedua tu fina tak sure . memang sekarang fina dah tak tidur lepas asar atas sebab - sebab tertentu kecuali dah letih sangat . tu maknanya tertidur , hehe

pengalaman tidur lepas asar bagi fina sendiri . lepas bangun tu mesti rasa lagi letih . pastu mood mula lah tak menentu . macam - macam rasa , tapi semua nya negetif . pantang tercuit sikit , mesti rasa nak meletup . dan bila bangun tu , mula lah masam mencuka muka tu . kann dah tak comel .sebab tu lah fina memang ngelak dari tidur selepas asar dan tidur selepas maghrib kalu dah penat sangat - sangat . apa fina buat ?? cari je keje pape yang boleh elak dari rasa senang nak baring golek - golek dekat katil . hehehe

tapi time tidur siang fina pulak berubah bukan petang dah, tapi sebelum zohor . sunat tidur sebelum zohor . apa kata kita try tido sebelum zohor pulak lepas nih . tidur tu tak lah bermakna berjam - jam . dapat lelap 10 -15 minit pun dah cukup kan . badan akan rasa segar jugak lepas bangun , tambah -tambah sebelum nak pegi kelas petang tu . tak lah mengantuk sangat dalam kelas nanti .

so , pada mereka -mereka yang suka tidur selepas asar tu mari kita cuba ubah habit kita nih . sekurang - kurangnya badan sihat , otak pun cerdas . renung -renung kan .. dan selamat beramal .. ^___^

share : link nih lebih banyak yang menarik share bersama

nota : sejak tak tido petang nih , petang - petang tak lah muka masam aje just muka letih sering terpamer .. apapun taboley .. no .. no .. no .. jangan cakap gitu ye ;)

Saturday, December 3

6 sebab ANDA diLARANG pilih suami orang:

written by; CikTupaii at 3:38 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

mari-mari kita pakat baca ramai. take note ye sume!

SATU: percintaan tidak jujur. kompon-kompom lah tak jujur kan? dah curang dengan bini sendiri. kalu ada masalah pun, better settle kan dulu, bukan pegi cari orang lain. dah sah-sah masih berbini. kalu dia tergamak menipu bini dia yang dah bertahun-tahun dikahwini, so tak mustahil suatu hari nanti anda juga menjadi MANGSA. renung-renung kan...

DUA: mengkhianati perasaan wanita lain. apalah ertinya menjadi wanita sekiranya anda tidak memahami perasaan wanita lain (tiru ayat dari sumber). bermain cinta dengan suami orang lain sama je macam tak hormat dan kasihan pada kaum sendiri. ce bayangkan kena kat batang hidung sendiri. ape perasaan anda?? best tak?? INGAT, jika hari ini anda mengambil hak orang lain maka suatu hari nanti anda mungkin merasai derita yang ditanggung oleh mereka. #_#

TIGA: hubungan yang membosankan. mana tak nya, hubungan tu nak kena rahsia, tidak bebas dan terbatas. dan kadang-kadang akan rasa bimbang takut diketahui dan tempat-tempat yang dikunjungi tidak menarik. yelah, nak rahsiakan kannn dari terKANTOI.

EMPAT: terpaksa menanggung kesalahan. jangan sampai dicopkan sebagai 'wanita penggoda' ye. yelah, manusia nih susah nak ngaku kesalahan masing-masing. kalu ada je salah, mesti nak salahkan orang. dunia..dunia..

LIMA: teman dikala sunyi. hurm, tak terasa ke macam jadi teman diorang dikala diorang kesunyian dan keboringan. yelah, tak semestinya diorang tak kan rasa hapy dengan family diorang. lepas diorang dah dapat apa diorang nak, diorang mesti balik semula kat family diorang dan tunaikan tanggungjawab seperti biasa. jangan jadi bodoh ye.

ENAM: cinta tanpa komitmen. seorang lelaki yang mendakwa tidak bahagia dengan perkahwinan yang dibina merasa diri cukup bertuah bila memperoleh seorang kekasih. terasa diri diberi perhatian, belaian dan layanan yang mungkin tidak lagi diberi oleh isteri sendiri. mungkin ye! sepanjang masa dia menyatakan bahawa dia bahagia berada disamping anda tetapi INGAT, itu hanyalah ungkapan yang lahir dibibir sahaja. biasanya 'ayat power' ini diucapkan bagi mendapatkan cinta serta apa yang diinginkan saja. USAH TERTIPU DENGAN SANDIWARA YANG DILAKONKAN SEHEBAT AARON AZIZ.
 
hurm aku belum berkahwin lagi. so ini sebagai peringatan buat diri sendiri dan juga kaum hawa di luar sana ye. mintak jauh lah dari benda-benda gini. mari kita sama-sama menjaga perasaan kaum sendiri. ^__^

:: mode :: malam nih agak kasar, so fina menggunakan perkataan 'aku' dan beberapa perkataan yang agak kasar. otak aku tidak waras sekarang. maaf disitu T__T ::

source: majalah wanita,

orang penah pesan kat ak ; 'biar market rendah, janji tak amik hak orang. boleh bahagia ape. DIA maha mengetahui.. ' 


Monday, November 28

alahai pokok -.-''

written by; CikTupaii at 10:25 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
baru lepas pegi men-conform-kan keadaan pokok yang ditanam hari. baru semalam perasan yang pokok tu dah lain dari mula ditanam dulu. bukan makin membesar ye, tapi tak ada daun. waktu tanam dulu memang boleh nampak clear lah dari tingkap bilik. tapi sejak berminggu lalu agak susah nak detect tempat pokok tu di tanam. dan kelmarin tengok tinggal batang je daun hilang, tu pun ada jugak batang yang tercabut. time mengemas folder dalam laptop semalam baru sedar yang pokok tu 'tak hidup bahagia' dah. tu pun lepas terpandang gambar yang ditanam dulu. aish! -.-'' kesian kau yer pokok.

kalu tak percaya mari sini fina tunjukkan bukti kat kome sume.



nih la pokoknya. gambar diambil selepas tanam 13-Nov-2011 yang lalu. cantik je kan nampak. siap berpagar lagi. nih lah hasilnya, hasil bantuan ex-roomate fina. kalu fna tanam, seminggu lepas tanam tak kan nampak gini lagi, kompom dah makin layu. tapi seminggu jugak lah fina dapat tengok pokok tu dalam keadaan macam nih, huhu.

dan sekarang, pokoknya dah tak macam tu dah. tengok gambar bawah nih,


gambar nih baru di ambil tadi dalam pukul 9:00 lebih (28-Nov-2011). tak sama dah kan macam dulu kan. nampak macam 'hidup segan, mati tak mahu kan' ?? sedihnya. nak cakap tak cukup air, tak sempat nak pegi siram, hujan dah turun. nak cakap tak cukup cahaya, dah tanam kat luar bilik dah. nak cakap ada bintang makan, walallahhualam tak tengok 24 jam. nak cakap orang kacau pun tak berani jugak, karang fitnah pulak. so pasrah jela. terus menunggu dengan harapan tumbuh subur.. dah cakap kat ayah, ayah cakap sabar jelah. tunggu, kalu jadi makan balik, kalu tak, takpe lah. nak buat macam mana kan. sorry mak dengan ayah, selama nih akak tau siram pokok je. sebab tu akak slalu tolong siram pokok. petik-petik pucuk ubi kayu, ulam-ulam reti la, tanam dan jaga memang tak reti. #_#

hurm, mungkin ada yang tertanya tu pokok apa kan? jujur fina tak tahu nama dia. fina panggil daun ubat je. pokok nih ada sorang akak cina kat tempat fina keje dulu yang bagi. sebab dia tau fina sakit so dia pun bagi. sangat bersyukur tau dapat pokok nih, yelah. korang mesti kenal cam mana 'pe'el' orang cina kan? diorang nih susah sikit nak berkongsi dengan kaum lain. masa akak tu bagi fina pun dia cakap kalu orang lain dia tak kan bagi. sebab dia kenal fina je dia bagi. apa-apa pun terima kasih buat akak tu.

dari cerita dia, pokok tu dapat mengelakkan penyakit dalam badan dan boleh jugak sembuhkan penyakit. cerita dia lagi ada kawan mak dia breast cancer, makan daun tu. pas beberapa tahun check dah tak ada dah sel kanser tu dalam badan dia. mengamalkan makan daun nih pun boleh wat badan sentiasa sihat. cara makannya, 3 or 5 helai pagi-pagi sebelum makan apa-apa. kunyah dan telan. lepas bape minit baru minum air kosong. seklai lagi sebelum tido, cara yang sama jugak.

so, fina pun tertarik lah nak cuba. ikhtiar kan?? tak salah kalau nak cuba, percaya tu tak lah sebab dalam hati nak ikhtiar je. dan sekarang, fina dah stop makan sebab stok bawak hari tu dah abis. daun pun bukan boleh simpan lama-lama. layulah nati. pokok tak berdaun lagi. alasan dapat elak makan. hi hi hi

penanda buku

written by; CikTupaii at 1:43 AM 2 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
pagi-pagi, kot-kot ada yang stress mari sini belaja poligami origami dengan fina. kita buat penanda buku bentuk bunga ye kawan-kawan hasil dari gabungan empat bentuk love yang kita dah lipat. 

bawah nih adalah step-step nya:



bila dah siap, inilah kegunaannya.. taraaaa




fina nak namakan dia : bungacinta <3 wink..wink..


selamat mecuba ya semua +_+

Friday, November 25

5 rahsia kenyang lebih lama

written by; CikTupaii at 1:22 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
1. makan sayuran
makanan tinggi serat akan mengurangkan nafsu makan, memberikan rasa kenyang lebih lama dan memiliki kepadatan energi yang rendah. The American Heart Association; ambil antara 3-4 sajian sayur-sayuran setiap hari untuk memenuhi keperluan zat tubuh badan selain membantu kenyang lebih lama.

2. makan makanan berprotien tinggi
The Journal of Nutrition menyarankan ambil makanan seperti ayam dan ikan kerana makanan ini mengandungi kalori yang rendah selain membuat rasa kenyang lebih lama.

3. makan dengan perlahan
kunyah perlahan-lahan supaya dapat menikmati rasa makanan serta membuatkan anda puas apabila makan. perasaan puas dapat membantu supaya tidak memikirkan makanan lain lagi selepas itu.bukankah sunnah Rasulullah juga menyarankan kita makan dengan perlahan kerana ada hikmahnya pada kesihatan tubuh badan kita.

4. minum air
The Ohio University menjelaskan bahawa minum air membantu mengurangkan penurunan berat badan melalui pngurangan nafsu makan. air putih tidak ada klorin, tetapi membantu memberikan perasaan kenyang. rasa lapar tidak semestinya perlu makan, jadi sebelum makan cuba minum air terlebih dahulu bagi mengelakkan anda makan terlalu banyak.

5. elakkan makanan tinggi energy
kajian menunjukkan mengambil makanan dengan kepadatan energy yang rendah akan membantu berasa kenyang lebih lama. penjelasan:- makanan dengan energy rendah memiliki sejumlah kecil kalori. daun saderi merupakan contoh sumber makanan yang memiliki kepadatan energy yang rendah. hindari makanan seperti aiskrim kerana ia mengandungi kalori tinggi.

sumber : mingguanwanita

Saturday, November 5

so far, puas hati-

written by; CikTupaii at 3:19 PM 2 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
memandangkan kulit muka fina yang selalu sangat kering dan slalu mengelupas so fina terpaksa cari jugak product yang sesuai. memandangkan fina pun dah bertahun stop guna pencuci muka lost idea nak guna product apa. sebelum nih fina guna product safi je, tapi lama-lama cam dah kena ngan kulit fina. so terpaksa stop. so bermula bulan 4 tahun nih fina try pakai krim temulawak je dan pencuci muka sikly white (baru try 2 bulan sebelum balik ump) memang sesuai ngan kulit muka fina. tapi kat kuantan nih fina tak tau nak cari kat mana. fina kembali semula pada product safi. kesannya, kulit muka kembali mengelupas dan kering walaupun baru pakai hari nih, sok nya terus tunjukkan kesan.

cuti deepavali hari tu fina cuba cari product baru. fina bli pack trial je, nama pun nak cuba kan, dalam RM20.00++. so sekarang dah seminggu lebih fina guna product Bio-essence. waa, bunyi mewah kan nama product tu. tak kisah lah. janji sesuai ngan kulit muka. Alhamdulillah, kulit muka dah tak cam dulu, selalu mengelupas dan kering. sekarang nih nah kena beli lagi sebab ada yang dah abis. dan tak lama lagi nak g sedekah pencuci muka dan krim kontur mata safi balqis perfect 10 kat orang, heee.

NIH LAH PRODUCT NYA-

tujuh serangkai :-


  • hydra nourishing lotion
  • eye cream
  • complete cleansing milk
  • cell renew essence
  • active nourishingn emulsion (toner)
  • sleeping mask
  • all-day hydra nourishing cream

p/s: agak-agak kedai biasa or mini market cam kat taman-taman perumahan ada tak jual. malas nak g mall jauh kot..hee ^_^

Sunday, October 30

7 KEAJAIBAN SELEPAS MENANGIS

written by; CikTupaii at 1:20 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
 


 
WOW! INILAH 7 KEAJAIBAN SELEPAS MENANGIS

Siapa kata menangis tidak ada faedahnya? menangis terlalu lama boleh membuatkan mata merah dan bengkak. Tapi , menangis dan mengeluarkan air mata boleh menjadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh dan fikiran. Apakah keajaiban itu?

Dipetik dari Beliefnet, ini dia 7 keajaiban yang anda perolehi setelah menangis dan berair mata:

1. Membantu penglihatan
Air mata terbukti membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.


2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat eye drop tu, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria secara semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95% bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pemegang tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Memulihkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan level depresi kerana dengan menangis, mood seseorang akan pulih kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24% protein albumin yang berguna dalam mengembalikan sistem metabolisme tubuh berbanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan berjaya mengkaji bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosi dikatakan mengandungi racun. Tapi jangan salah faham, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

5. Mengurangkan stress
Macam mana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata dikatakan mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengeratkan hubungan silaturahim
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang mengeratkan silaturahim antara kawan-kawan. Biasanya seseorang yang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan kawan-kawannya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan seterusnya meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

7. Me’rileks’kan perasaan/diri
Semua orang pernah mengalamai perasaan selepas menangis. Walaupun anda didera pelbagai masalah dan rintangan, namun selepas menangis pasti akan me’rileks’kan perasaan dan diri. Selepas menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran anda dengan menangis, jangan dipendam kerana anda boleh menangis sepuas-puasnya tanpa halangan.

Jadi, apa salahnya kalau kita menangis sekali sekala kan ^_^

 
source: facebook-
updatetaksampailimaminitpunya-

Lilypie Second Birthday tickers
 

fiena jaafar ♥ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting