..:: "Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..tetapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia di dalamnya..begitulah dengan kehidupan manusia.. riang ketawa..tetapi ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.. jika kau terasa kecewa, pandanglah ke sungai..airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang..jika kau sedih, pandanglah ke langit..kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.." ::..


Followers

Friday, November 25

5 rahsia kenyang lebih lama

written by; CikTupaii at 1:22 PM
1. makan sayuran
makanan tinggi serat akan mengurangkan nafsu makan, memberikan rasa kenyang lebih lama dan memiliki kepadatan energi yang rendah. The American Heart Association; ambil antara 3-4 sajian sayur-sayuran setiap hari untuk memenuhi keperluan zat tubuh badan selain membantu kenyang lebih lama.

2. makan makanan berprotien tinggi
The Journal of Nutrition menyarankan ambil makanan seperti ayam dan ikan kerana makanan ini mengandungi kalori yang rendah selain membuat rasa kenyang lebih lama.

3. makan dengan perlahan
kunyah perlahan-lahan supaya dapat menikmati rasa makanan serta membuatkan anda puas apabila makan. perasaan puas dapat membantu supaya tidak memikirkan makanan lain lagi selepas itu.bukankah sunnah Rasulullah juga menyarankan kita makan dengan perlahan kerana ada hikmahnya pada kesihatan tubuh badan kita.

4. minum air
The Ohio University menjelaskan bahawa minum air membantu mengurangkan penurunan berat badan melalui pngurangan nafsu makan. air putih tidak ada klorin, tetapi membantu memberikan perasaan kenyang. rasa lapar tidak semestinya perlu makan, jadi sebelum makan cuba minum air terlebih dahulu bagi mengelakkan anda makan terlalu banyak.

5. elakkan makanan tinggi energy
kajian menunjukkan mengambil makanan dengan kepadatan energy yang rendah akan membantu berasa kenyang lebih lama. penjelasan:- makanan dengan energy rendah memiliki sejumlah kecil kalori. daun saderi merupakan contoh sumber makanan yang memiliki kepadatan energy yang rendah. hindari makanan seperti aiskrim kerana ia mengandungi kalori tinggi.

sumber : mingguanwanita

0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |:

Post a Comment

Drop your comment here

Lilypie Second Birthday tickers
 

fiena jaafar ♥ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting