..:: "Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..tetapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia di dalamnya..begitulah dengan kehidupan manusia.. riang ketawa..tetapi ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.. jika kau terasa kecewa, pandanglah ke sungai..airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang..jika kau sedih, pandanglah ke langit..kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.." ::..


Followers

Saturday, January 29

tangan bertuah cik nico!

written by; CikTupaii at 2:18 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

contest pertama yg dibuat oleh cik nico. ye, cik nico okay, bukan cik fiena. sila bukak mata luas-luas. cik nico nih tak wat contest yg mencabar sangat. die just wat cabutan bertuah. sedang murah rezeki kot. walaupun sekadar cabutan bertuah, tapi ada lah sikit syarat-syarat yg mesti follow. tak susah mana pun. meh, meh kita join ramai-ramai. kot-kot lah murah rezeki kan. hee =))

syarat-syarat penyertaan:

1. buat entry "tangan bertuah cik nico!" -done!

2. letak banner pada entry tak perlu di side bar okay dan link ke cik nico. -done!

3. perlu meng-tag min 3 orang dan pastikan mereka tau mereka di "tag". dengan nih, sy tagged
    :: eiradiana, teacher yanti, miera
    :: yg lain kalu nak join pun boleh. mari, mari.. =)
    - done!

4. korang jangan lupa follow cik nico nih, senang nati kalu ada new update pasal contest nih. -done!


cabutan bertuah ini akan bermula daripada 9Januari - 28 februari 2011.. masih ada masa lagi nak join. moh kita join ramai-ramai. bak kata cik nico nih, Hadiah untuk pemenang juga sangat menarik “tertarik kau memang da boom!".


Friday, January 28

today is my lucky day!

written by; CikTupaii at 5:37 PM 1 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

okay, dah mandi, wangi dan semata-mata untuk post entry nih. ahha, tipu! sy tak serajin tu lah. tadi kena hujan, kenalah mandi nati demam lak. kan? kan? bestlah tadi merempit, laju bawak moto tadi mengalahkan orang dah berlesen. oppss, sy belum ada lesen moto lagi, lesen kete jer ada nih. stop!

hari nih dapat award from cik ajaatyne. thanks kamu! kiranya today is my lucky day lah kan. okay, nak senyum sampai tinge, heee =)) yeay, yeay, dapat award follower 152. bak kata cik ajaa nih no tu sebab d.o.b en bf die 15.2. so, sy nih pun spesel cam en bf die lah. *haha, perasan jap!*. sy suka statement "kamu spesel sangat!" dalam entry beliau. hehe, terima kasih skali lagi. terasa diri ini dihargai. thanks untuk pic yg cute miut dan doa tu. nih rasa nak nyanyi lagu "THANK YOU" untuk ajaa nih, hahah! sory, sy tak pandai nyanyi, heee *blushing*

note: pic tu sy tak kat sidebar.


Hot Ticket!

written by; CikTupaii at 5:09 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |


HOT TICKET
CARA TAMBAH NILAI YG LEBIH BIJAK

bijak ke?? hadoi, nasib badan lah. bagi sy tak bijak pon. sangat-sangat lah menyesal. nih sume gara-gara msg HOTLINK yg berbunyi gini; 

RM0. Dptkan Hot Tiket Young At Heart RM15 dr kedai Hotlink utk 1000 SMS, 40min (panggilan tempatan, 24 jam & sah 10 hari) & 2 Pas Internet (1 hari & 1 jam).

so, nak try lah bila nampak statement yg kat belakang tu; 2 Pas Internet (1 hari & 1 jam). wah, dengan RM15 dapat bukak internet untuk 1 hari dan 1 jam kira dah berbaloi-baloi sangat sangat lah. kalu bukak besa guna kedit yg bersisa mau licin kedit tu kena potong. 

ahad lepas, ayah cuti. dengan excited-nya ajak g cimb sebab nak kuarkan duit dulu pastu nak beli hot tiket. kat kedai dalam taman nih takda yg baru nih. tapi kalu tak cucuk duit nak beli guna pe lak kan. kena jugaklah kuar dari taman mewah yg tak lah mewah mana pun. 

dengan penuh keyakinan tanya lah tuan punya kedai, ada tak hot tiket baru tu young at ♥. yg RM6 je ad, sebab diorang takda stok 15 punya. risik punya risik okay, jadi beli! lupa lak pikir pasal expired. ada ke patut? memang tak patut. skang dah menyesal tak sudah. dah topup tu barulah tau yg sah untuk 4 hari je. 4 hari jer okay! dalam 4 hari tu nak abis msg 300 dan 20 min masa berbual. 20 min tu small matter jer. tp yg 300 msg tu susah lah babe. ngan sape nak msg 300 tu.

konklusinya, hot tiket tu mmg berbaloi bler bukak internet guna fon dan calling. tapi bab msg mmg tak berbaloi. lebih baik topup 5 hinggit boleh tahan sebulan kot. nampak gayanya kena bagi diorang gunalah msg yg ada. kalu tak rugilah. sy dah takmo guna hot tiket dah. sangat tak berbaloi untuk sy. kalu selalu boleh topup sebulan skali dengan 5 hinggit, tp ngan hot tiket makin keraplah kena topup. mana nak cekau duit ma. cuti bukan duit masuk, duit kuar banyaklah,huhu. tu ntok 6 hinggit je. kalu 15 hinggit tatau lah bape lama tahan. untuk mereka-mereka yg kuat bersms sesuai guna hot tiket untuk tambah nilai. memang cara yg paling bijak, haha.

terima kasih!

written by; CikTupaii at 3:54 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

hari dah masuk hari ke3 ke hospital untuk minggu nih. minggu nih je okay. selamat lah just g hospital taiping jer, kalu ulang alik ke penang memang parah. duit minyak, tol, jambatan, tenaga pe sume. lengkap! dah hari nih kali ke3 jumpa doktor tu. mau jatuh chenta sy sama itu doktor. dah lah baik, soft spoken, die cucuk pun slow-slow jer. sangat-sangat baik lah. tapi syg, sy tak minat hindustan. so, no jatuh chenta okay!

agak malu jugak tadi, doktor yg baik hati tu tegur mata awak bengkak. sambil tersengih macam patrik busuk plus menayang gigi *macam lah doktor tu nampak, kau pakai mask lah fna!* terus jawab "sy tak cukup tido, heee" *heee, tu pun boleh terkuar. ajaib!*. okay, sangat nampak doktor tu prihatin. terus die jawab "mata awak bengkak macam menangis". diam seribu bahasa. tatau lah doktor. cakap tak tipu, cakap ye kenapa mesti sy bagitau doktor pulak. diam terus diam. means di situ tutup kes! tuan doktor kenapalah kamu prihatin macam tu skali sama sy. wat sy jatuh suka jer, haiseh~

semalam sy tak dapat tido. nanges cam nak banjir. ada sebab jadi macam nih, nak citer pun susah. asyik nak nanges jer skang, asal tersentap skit *sikit ke??* mesti meleleh air mata dan hingus. hee, kotos! skang nih feel better pas tido lena, ingatkan dah 3 hari tido tadi. jap, confuse "tadi tido ke pengsan??" -titik-

note: rasanya tajuk nih sesuai ngan jalan citer entry nih. terima kasih buat tuan doktor yg terlebih prihatin tu. =)) *macam die baca jer blog kau fina!*



Thursday, January 27

#

written by; CikTupaii at 5:06 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

kenapa bler sdey,
rasa sorang-sorang,
mesti orang lain yg datang??
orang tu?? ..hurm, entah..

RINDU!
suhhh...g jauh-jauh!
jangan datang!
sy tak perlukan awak sekarang. YES!


boleh sy nanges puas-puas sekarang?
perlukah sy menanges? huk, huk,,
ujan lebat dah turun,
macam memahami jer..




#

written by; CikTupaii at 5:00 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

MATA MENIPU!
mata selalu menipu,
pleaseeee..tolong jangan hasut hati.

hati, sila jangan tergoda,
mata tipu jer tu.
pe yg kau nampak lum tentu sama ngan apa yg kau fikir,

okay,
otak, sila pikir positiif jer,
jangan nak hasut hati lagi.
tetttt..

mode: rasa mau nanges, miss him.. ;((


Wednesday, January 26

thank you ♥

written by; CikTupaii at 5:47 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

Title: THANK YOU
By: Mirwana
Dedicate to: all my BELOVED friends ♥

----------------------------------------------------------------------------------------------
Thank you 
for simply being there
On a cloudy day, 
on a sunny day

Thank you 
for sharing your joice and pain with me
For showing me that i'm so special
That my contribution count to our friendship
I have grown as a person
And i hope you have too

Thank you...

Thank you..
Thank you..
Just for you

Thank you 
for simply being my friend
For the special memories
We shared together now
For the never ending support you always give me
Oh friend...oh...

I will always love you

I can't tell how much that you meant to me
I pray for our everlasting friendship
Never ever say goodbye to yesterday
Cause yesterday was so special and wonderful
And i hope tomorrow will be better
Thank you 
for everything

Thank you 
for simply being there
On a cloudy day, 
on a sunny day
Thank you 
for sharing your joice and pain with me
For showing me that i'm so special
That my contribution count to our friendship
I have grown as a person
And i hope you have too..
Oh friend

Thank you...

Thank you..
Thank you..
Just for you

Thank you...

Thank you..
Thank you..
Just for you

Thank you...

Thank you..
Thank you..
Just for you

Thank you 
 
----------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 



#

written by; CikTupaii at 5:23 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
dah lama jugak lah tak ktorang tak ber-msg2, sejak setahun lebih yg lepas, or maybe dua tahun yg lepas. lupa dah.  *symptom dah tua*. dan sejak minggu lepas, or dua minggu lepas mungkin tiga minggu lepas mula membalas comment-comment balik. *lupa lagi* juz balas comment kat wall fesbuk okay. nothing secret.

okay, kita memang dah lam putus sahabat sejak dari hari tu. dan sy sedey. tak tipu. penah ak blok sy dr add awak, sy diam. maybe awak marah pasal dulu tu. dan skang, kemesraan sebagai sahabat macam dulu, sy taknak dah hilangkan lagi. so, sy decided ntok stop comment-comment sebab dah mula cakap benda ngarut-ngarut yg boleh awak marah macam dulu balik. yg boleh sy balas ntok comment tu, "haha, sengal!". yes, i'm speechless! mungkin awak gurau-gurau jer, tp sy terpaksa take sius benda tu based on last experienced. i'm hapy being ur friend kawan, not more than that! that's enough!


Sunday, January 16

problem dah settled!

written by; CikTupaii at 9:13 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

salam dan selamat pagi!

awal betul update hari nih. alhamdulillah, problem dah settled! semalam berkira kira tamau tido. cik mata pun sangat berat ntok lelap semalam. segar bugar jer. cuba berjaga sampai pagi sambil mendengar lagu semata mata tamau terlepas peluang mintak maaf kat ayah. tapi last last ntah kul berapa ntah tetido. pagi tadi terjaga sat, sebab terkejut ada orang campak bantal atas katil. tapi cik mata sangat berat ntok dibuka. cuba bukak skit, tapi tak nampaklah sape gerangan orang itu. sambung tido balik dengan lenanya sebab cik mata memang letih sangat.

terjaga skali lagi. kali nih gagahkan diri bukak mata jap. mak kejut minum susu lah, kita kenalah minum kan? kan? sambil minum sy tutup mata. mata mau tido lagi, ngantuk sangat die sebab cuba berjaga semalam. cian die, sy berdegil nak jaga die jadi mangsa. sy tak nak terlepas peluang mintak maaf kat ayah lah. okay, susu dah abis. bagi cawan kat mak terus tido. ngantuknyer..tapi pas 5 minit camtu, cik mata tiba tiba jadi segar bugar. alamak, macam dah cerah jer! tengok hp, dah kul 7.15. terlepas nak mintak maaf, dah lah hari nih ayah keje 24 jam. sok pagi lah kau dapat jumpa ayah kau fna.

decided msg je lah. anta msg simple jer, janji maksud sampai. lama jugak, slalu ayah laju jer balas. tapi lega "ayah dah maafkan akak dah, tapi jangan wat lagi". okay, akak janji akak tak wat lagi. i'm promise! cik mulut yg nakal, sila take note okay! tangan dan hati dah berjanji tak nak wat lagi. awak jangan nakal nakal dah cik mulut, kalu tak pecaya sila tanya cik mata yg menjadi saksi. lega dah bler masalah besar nih dah settle. mulut pun dah pot pet pot pet tadi, heee. bler mood kau tak okay, diam macam tunggul. bler okay mood kau, mulut macam murai. nasib lah korang adik adik dengar akak korang nih membebel. i kan suka bebel bebel nih..heee~ =)

dah boleh bernyanyi nyanyi riang..lalallllaaa... =))


suhh jauh jauh 15 january 2011

written by; CikTupaii at 12:37 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

12:17, masuk hari, hope stat ngan mood baru. ntah pe kena ngan semalam. hangin satu badan, asal tak kena skit jer, nak hangin. tahniah buat en iblis laknatullah sebab berjaya buat sy jadi anak derhaka. derhaka ke? hope taklah sampai tahap tu. ko mesti gelak guling guling kan? sius, benci gler gler ngan ko. sory ayah terkasar malam tadi. akak tak sengaja. ngah stress cum tension, ayah datang bergurau mesti nak wat akak ceria, tapi akak terlepas hangin kat ayah. sory.. lum mintak maaf lg nih, nati lah mintak maaf, lum terasa sejuk sangat lagi nih. yes! sy patut mintak maaf pagi nati. kot kot tak sempat nati, bnyak dosa bawak mati nati, adeh!

okay, sume serba tak kena pada hari bertarikh 15 january 2011. band tarikh nih! banyak nanges nanges, skit skit nak nanges. banyak marah marah, skit skit nak marah. banyak makan, dah makan malam pun makan lg pastu. maybe tak boleh mengemas kot. yelah, slalu tension mengemas, tapi bukan larat dah nak wat keje keje tu skang nih. lagipun isnin nak wat kimo yg delay isnin lepas. badan tak boleh diberikan bebanan. hari nih masak nasi goreng pun lain dr selalu. nasi ngan sayur sama banyak. kalu boleh sume sayur ko nak masukkan fna. boleh pulak kau lupa letak garam. slalu kau minum teh, malam nih kau minum nescafe balik fna oi. not gud for ur healthy. slalu kau tak basuh pinggan malam malam sejak sakit, malam nih abis sume kau basuh. hurm.. spechless ntok beberapa jam tadi.

dan tadi sangat sangat memerlukan seseorang to talk. awak, sy perlukan awak tadi dan skang. fna tak nak cakap banyak, skit jer sebab bler fna nak luahkan pasal malam tadi fna tak boleh nak cakap banyak. yg fna boleh wat nanges banyak banyak. tapi fna tatau camne nak stat cakap ngan awak, awak macam bz sangat. alahai, jahatnya mulut. kalu lah boleh tarik balik pe yg sy cakap tadi. sumpah, taknak dah wat camtu kat ayah. hope sempat mintak maaf ngan ayah. ya ALLAH bagilah peluang ntok ak mintak maaf sebelum KAU ambil nyawaku..amin..


Friday, January 14

written by; CikTupaii at 11:20 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

Selagi bernyawa, dugaan adalah persekitaran yg dicipta untuk semua insan. Persekitaran itu akan bertukar ganti dengan yg indah atau sebaliknya. Adakalanya indah hanya sementara, dan adakala indah hanya di mata orang lain yg memandang. Tuan punya diri yg tanggung hanya menjadi badut untuk keseronokan di mata ornag lain. Itulah pentas dunia dan manusialah yg akan melakonkan segala watak yg memenuhi setiap fragmen kehidupan.




kesah..

written by; CikTupaii at 4:46 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

kesah yg diceritakan. kesah benar, realiti hidup.

ada sorang patient nih, die sakit kanser. masa die dapat tau die kena kanser, die ngah pragnent kan baby die. so, die decided tak mau wat kimo. biasalah, sayang sorang ibu kan. sanggup korbankan nyawa ntok anak sendiri. sius, sy belom menjadi ibu nih memahami naluri seorang ibu. comman sense lah bagi sorang wanita.

kesannya, die kena potong lidah die. pastu doktor cakap dah takda harapan nak sembuh. tak lama dah boleh hidup. tapi alhamdulillah, kuasa ALLAH die dapat hidup lama lah dari yg doktor jangkakan. kita manusia hanya mampu merancang, ALLAH jugak sebaik baik perancang. masa tu die dah ada anak sorang, tapi masih kecik. mesti deritakan, tak dapat nak jaga anak sendiri. hari hari die nanges, sebab sakit. okay, sy memahami lg di situ. sebab sy sendiri hari hari nanges masa awal awal treatment dulu. kesan kimo memang sakit, sampai seminggu asyik nanges jer. so, bagi orang yg wat kimo, nanges nanges perkara biasa jer bagi sy.

dua tahun lepas die meninggal. orang pun tak sangka die boleh meninggal. yelah, masa tu hari raya aidilfitri. elok elok jer bersembang, gurau gurau ngan anak die. tapi tiba tiba dah tak ada. AL-FATIHAH buat arwah.

sume yg jadi kita tak boleh nak jangkakan. tengah elok elok bersembang, bergurau senda boleh pergi mengadap ilahi. kadang kadang kita ingat yg sakit akan pergi dulu. tapi kadang kadang yg sihat tu pergi dulu. ajal maut sume ditangan tuhan. hari nih bersembang elok, esoknya kita dapat berita pemergian die. tak ada apa yg boleh dijangka. renung renungkan dan selamat beramal.. =)

diceritakan sendiri oleh adik arwah pada abang sy.

salah lagi!

written by; CikTupaii at 12:51 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

masuk hari nih dah 3x salah orang msg. alahai gtalk, napelah tak inform awal awal sape gerangan orang di sana. dah tengok oovoo online jer, ingat kat gtalk awak yg on. skali orang lain yg balas daa. selamat lah hari nih tak guna kata panggilan ngada ngada. tolong wat sesuatu please..terima kaseh!  =)

Wednesday, January 12

hapy besday eira diana!

written by; CikTupaii at 8:43 PM 5 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

sangat menggatal ntok menjadi orang yg first wish kat makcik sorang nih,
sape die?? mestilah cik eira diana! sape cik eira diana?
sorry! pic tak boleh nak upload. kalu nak kenal klik nih cik eira diana.
hehe, semalam jd orang jaoh yg first wish. betulkan kamu?
syabas ntok diri sendiri! sila tepok tangan!
hari nih kalu boleh nak jd org first wat entry spesel ntok kamu,
tapi ain bam bam dah mendahului. aisehh!

nak kata sy rapat ngan die nih, tak lah rapat.
hubungan ktorang suam suam kuku jer.
die nih kiranya ex-classmate lah. yelah, orang ngah extend skang.
tak sekelas lagi lah pasnih. tapi die sangat sengal orangnya.
so, boleh lah nak bergurau ngan die nih. sengal..tapi cute! =)

macam mana boleh terexcited nak wish kat die nih?
hari tu gurau gurau ngan die. terus terset dalam pala otak nih
tarikh 12hb january 2011. alahai, nasib lah.
ngah free, bnyak lah benda boleh engat.
tahniah cik eira diana, awak berjaya wat sy engat tarikh tu..ngee
nak adiah? sory eh, jaoh lah. tak boleh nak bg adiah..
*haha, alasan..*


okay okay, selamat hari lahir yg ke 22 kak eira.
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
dipanjangkan jodoh dengan si dia, sehat sehat selalu,
success dunia akhirat.. amin.. =)


Tuesday, January 11

written by; CikTupaii at 9:14 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

hidup macam main congkak
mula mula penuh tangan,
lama lama kosong.
mati...

setiap yg hidup pasti mati.
ajal, jodoh, rezeki semua ketentuan ALLAH.
sebaik baik perancang adalah ALLAH SWT..
written by; CikTupaii at 4:21 PM 1 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

day one: 10-jan-2011

kul 7 pagi dah bertolak ke penang. excited? tak! kali nih langsung tak ada semangat nak kimo. nape eh? ntah lah korang. sampai sampai agak letih lah jugak memanjat tingkat dua, tercungap cungap kau! mak cakap naik tangga senaman, so pasrah jer ikut mak. macam biasa, sampai sampai kena amik darah. sementara tunggu mak ngan ayah balik ngan result darah, sempat gak lah tetido kat sofa. kenapa ntah rasa letih sangat. skali result darah turun sangat sangat. kali nih bukan darah putih jer seperti slalu, tapi darah merah skali dan atomatik platelet pun turun lah. sedey dah disitu tak dapat wat kimo. mak ngan ayah kompom lah dah susah hati.

masa jumpa doktor, mak ngan ayah tak ada nih. sibuk sibuk tanya doktor, "kalu sy tangguh wat rawatan boleh? pas sy abis blaja sy sambung". laju jer doktor tu jawab "tak boleh. nati takut dh tak boleh nak rawat". alahai, jangan lah cakap kuat kuat, tersentap lah,huhu. tunjuk result ct scan. berita gembira "cell size dah reduce". berita buruk "ada biji cam sel kanser kat ovari kiri awak. sy rasa tak ada pape. tapi kalu awak nak check sy boleh wat kan surat. awak ada masalah period?". takpelah doktor. sy tanak check. cukup satu penyakit yg sy dah tau. . nak nanges! tahan, tahan, blakang doktor nati kita nanges. kali nih memang terkejut macm berok. terdiam kau! hari nih tak boleh wat kimo, tapi kena tambah 2 pack darah. masa tak cukup kena tambah 1 jer dulu. memang sy ada masalah period pas wat kimo. stat wat kimo bulan 9 period ada, bulan 10 tak ada, bulan 11 ada balik, bulan 12 tak ada. tapi pas tambah darah semalam ada balik. sebab tak cukup darah ke die jadi macam tuh?

sepanjang kat katil, asyik menitis jer air mata. non stop. mak ngan ayah pun tak cakap pape. silent jer sume. orang cakap silent is better. right? pastu nurse datang suh tanda tangan ntok tambah darah. prosedur hospital katanya. sy tanak tambah darah lah kak misi. pas dengar keburukan tak tambah darah, mak ngan ayah terus suh tambah jer. sy? masih was was. yelah, darah orang nak masuk dalam badan kita. mak ayah dah risau sebab akak misi tu cakap kalu tak tambah darah nati kalu awak balik, awak pengsan boleh bawak maut. sebab darah awak tak cukup. bunyi seram kan? tapi biar je lah. darah orang kita tatau lagi macam mana wlpn dh discreening. bler mak ngan ayah dh bulat sore, sain je lah. pasrah. masa masuk darah, tiba tiba wat hal. darah tamau turun. rupa rupanya line blok. skali akak tu bukak laju menjerit kau. sakit! sume orang dah tengok. nanges memang teruklah. terus akak misi tu pujuk macam budak budak "shahfina budak baikkan, jangan nanges eh. jom kita tukar jarum". *hehe, umur dah 22 tapi kena pujuk macam budak 2 tahun.ngee*cucuk lagi! adeh~

alhamdulillah, sume okay pastu. thanks kepada penderma yg darah diorang type O+ve. tatau darah sape, tapi thanks. at least banyak sangat membantu. ayah pun cakap muka dah nampak merah tak pucat pucat macam dulu. thanks jugak kat akak amoi yg cun melecun sebab bg coklat kat sy. mesti cian tengok sy muntah muntah dari mula sampai abis. akak memang cun lah! ngee.. =)

thanks awak semalam call sy, dengar sy nanges. dan masih sokong, beri semangat kat sy. sy pegang janji awak tu. awak tunggu sy okay macam awak dah cakap. yes, sy rindu awak sangat sangat! bunga bunga chenta masih ada, sangat suka. =)

day two: 11-jan-2011

okay, pagi pagi dah ke hospital. nak tambah darah satu beg lagi. jumpa doktor ensem kau! sempat die beramah mesra ngan i. sila jeles! okay, doktor tu memang sweet bler senyum macam en airol sy! sepanjang masa die senyum jer. alahai, murahnya senyuman doktor nih. tapi gler kau. extreme gler cara doktor nih amik darah. nak 2 test tube, tapi bila tabung ke2 darah dah tamau kuar. die siap picit picit tangan bagi kuar darah. okay lah, kita tukar tempat lain sambil tersenyum. senyum lagi. mesti korang dapat bayangkan doktor nih tersenyum senyum. sambil amik darah doktor tu tnya awak memang nak jadi engineer ke? i'm speeches *haha, macam fbi cakap*.hurm..nak jawab macam mana eh? sy tak minatlah doktor. *tak jawab macam tu pun, diam jer*

pas dah dapat darah, hooorey! sok tak yah tambah darah. darah dah naik sangat mendadak. darah putih 8.4, drh merah 12.7, plt pun dah 300 lbh. berbeza ngan semalam darah putih 1.8, darah 7.1, plt 27 jer. doktor lee call hospital penang. then die cakap tak perlu tambah darah sebab darah merah awak dah 12.7. doktor penang cakap kalu 9 baru tambah. okay, tq doktor. sy pun memang tanak tambah darah, hee. tapi jumaat nih mintak kat doktor ntok check darah. takut darah turun balik. kimo semalam dah delay 17hb nati. kang tak cukup darah pulak nati. hari jumaat nati dah tak jumpa doktor lee dah. die dah pindah bhgian surgery mulai sok. tak sedey pun! ngee~ sebelum balik, sempat pakcik guard tu tny. "nak g mana pulak nih?". "nak balik lah pakcik, penat dah ni". laju jer sy jawab, hehe. masih sopan kan?


siapkah gerangan ustaz yunan?

written by; CikTupaii at 3:17 PM 1 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |


sedang best best berehat tadi (tido), penatlah baru balik hospital tadi. tiba tiba diganggu oleh bunyi baby-justin beiber. macam kenai jer bunyi. of course lah bunyi fon sendiri. kelam kabut bangun. no ump lah. dengar sore macam tak penah dengar. yes! memang tak penah dengar pun. bukan sore en arif, bukan sore pn faridah dan bukan jugak sore staff kat bahagian kk or bendahari.

die kenalkan diri die ustaz yunan. *kalu tak salah dengar lah*. kawan kawan, korang kenal tak sape ustaz yunan nih? sius tak tau! tapi cop cop, macam penah dengar pun ada nama tuh. hurm..*thinking*. tak penah pun contact die sebelum nih. bler tnya kenapa call, die cakap saja tanya khabar. dah lama tak jumpa. automatik mulut nih jawab, "dah lama tak jumpa??". pastu die gelak gelak. mesti sebab jawab macam tu. sape yg tak terkejut, tak penah penah jumpa tiba tiba cakap dah lama tak jumpa. haha, terkejut tak lah macam berok, tapi comey skit. macam panda, heee.

alahai ustaz, sory eh tak kenal. secara jujur lecturer perkasa pun tak sume sy kenal. tapi terima kasih atas doa tu. nati sy balik ump, insyallah sy try cari ustaz okay. 


Monday, January 10

kelesuan berkaitan dengan kanser

written by; CikTupaii at 2:28 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

Apakah kelesuan berkaitan dengan kanser?

Boleh menyebabkan seseoran lemah dan hilang minta dalam aktiviti harian dan masyarakat. Kelesuan ialah kekurangan tenaga harian yg memberi kesan ke atas setiap aspek kehidupan seseorang. Boleh disebabkan oleh penyakit itu sendiri, rawatan perubatan seperti kemoterapi, radiasi dan pembedahan.

Tidak berkaitan dengan aktiviti fizikal atau boleh dipulihkan dengan tido yg mencukupi. Jika menghadapi kanser dan mengalami kelesuan, jangan bimbang kerana bukan anda sorang mengalaminya. Kebanyakan pesakit kanser mengalami kelesuan dan ini merupakan kesan buruk utama rawatan kanser. Kelesuan juga menjadi salah satu kesan sampingan kanser yg paling sering diabaikan dan yg paling kurang dirawat.

Apa yg menyebabkan kelesuan berkaitan kanser?

* Anemia                    * jangkitan
* kerisauan               * pengubatan
* kemoterapi             * loya atau muntah
* kemurungan          * radiasi
* demam                     * pembedahan
* ketumbuhan

Cara mengetahui sama ada kelesuan?

* kepayahan menaiki tangga atau berjalan jarak jauh
* kepayahan untuk memberi atau menumpukan perhatian
* sesak nafas selepas aktiviti ringan
* kepayahan untuk melakukan tugas mudah; memasak, membersih atau mandi
* tidak boleh melakukan aktiviti harian sebanyak yg biasa
* keinginan untuk tido yg lebih
* percakapan yg perlahan
* perasaan ingin menangis atau kemurungan
* kepucatan atau menggigil

Cara mudah mengurangkan kelesuan.

* dapatkan rehat yg cukup
  - tido awal dan bangun lambat
  - jangan lawan kelesuan
  - elakkan dari meminum kafeina di waktu petang

* rancang dan wakilkan aktiviti
  - cuba kekalkan rutin harian tetap yg berpatutan tetapi jangan berasa anda mesti mengekalkan aktiviti kehidupan normal
  - hadkan dan utamakan aktiviti
  - terima pelawaan kawan atau keluarga untuk membantu melakukan kerja harian

* uruskan tekanan anda
  amat penting untuk menguruskan tekanan di dalam kehidupan. Ambil masa untuk berfikir dan singkirkan ketegangan.

* diet seimbang

* teruskan kehidupan sosial
  hadkan kehidupan sosial untuk menyimpan tenaga, tetapi  amat penting melakukan perkara dalam kehidupan harian yg membuatkan anda gembira.

* bersenam setiap hari
  -rancang untuk melakukan sedikit senaman setiap hari
  - pilih satu aktiviti anda gemari; mengayuh basikal, berjalan, berenang
  - berbincanglah dengan doktor tentang jumlah dan tempoh senaman yg bersesuaian untuk anda.

Anggapan salah tentang kelesuan.

Ramai pesakit mendapat maklumat yg salah tentang keadaan dan rawatan yg boleh didapatkan. Antara anggapan salah yg biasa adakah tiada apa yg boleh dilakukan oleh doktor dan kelesuan adalah sesuatu yg pesakit harus tempuhi tanpa dapat menanganinya.

Fakta mengenai kelesuan.

kini terdapat pengubatan yg diberi nama erythropoietin untuk anemia berkaitan dengan kanser. Boleh meningkatkan sel darah merah yg mengurangkan anemia dan mengurangkan kelesuan berkaitan dengan anemia. Diet, pemakanan, senaman, vitamin dan pemakanan tambahan mineral serta pengubatan mungkin efektif untuk melawan kelesuan.

ajl!

written by; CikTupaii at 12:33 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

malam nih, menghabiskan masa bersama family menonton ajl25. memang meriah lah rumah nih, tapi lepas kul 11 sume dah mula diam. hehe, bukan pe, sok skolah. adalah yg sudah terbang ke bulan. *sigh* agak tak suka ngan result ajl 25.  *dikeraskan di situ!* tapi nak wat camne kan, dah orang lebih pakar yg wat keputusan. pape pun thumbs up kat pengacara pengacara ajl25 nih; ally iskandar, faizal ismail dan cherryl. *ejaan nama tu kalu salah harap maaf!*. korang memang best! lebih best dari ask dulu.

persembahan terbaik; faizal tahir - hanyut
vokal terbaik; hafiz - noktah cinta
tempat ke 3; hafiz - noktah cinta
tempat ke 2; black&meet uncle husien- drama king
tempat pertsma; ana rafali - tolong ingatkan aku.

pleaseee..tolong sedarkan aku yg ana rafali yg menang. sius, tak suka! tak best jer persembahan die, nyanyi pun tak best. haha, lawak lah faizal. boleh die wat kering jer. apa die cakap "shut up not shut up (diam tak diam)" haha! okay, shut up not shut up *meniru percakapan fbi* dah kul 12 lebih. perlu tido sok nak ke penang for next chemo. =)


Sunday, January 9

ayam!

written by; CikTupaii at 3:24 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

sape suka makan ayam?? sy, sy.. haa, sume mesti suka makan ayam kan? sy dulu dulu pun suka makan ayam. haa, betol betol betol. macam ipin kan? i like ipin ♥.dulu dulu, xsuka makan ikan, tp sejak sakit mula makan ikan, sebab lauk kesukaan tak boleh makan. act, bukan doktor yg cakap tak boleh makan. diorang tu tak kesah pun kita nak makan pape. sebab nati diorg leh lah wat kajian diorang. tapi atas nasihat penghidap kanser lain dan sorang pakcik yg ada menawarkan perubatan. bukan rawatan mcam kat hospital tu okay, die juz guna ayat ayat Quran jer. katanya ayam dan daging nih bisa.

kalu korang nak tau, sy sangat sangat rindu nak makan ayam. hari hari mak sy masak ayam. tapi apa boleh buat, dapat tengok jer lah. ntah lah, rasa macam dah takut nak makan ayam. sikit pun tak berani. tunggulah lepas sihat nati. tu pun kalu boleh makan. akan lepas rindu puas puas, haha. 

sharing: sape sape pengidap kanser, elakkan makan ayam atau daging masa masih dalam rawatan. sebab berbisa, dan mungkin boleh menyebabkan sel kanser merebak. nih orang lah pesan. dan sape sape yg menghidap kanser kelenjar (lymphoma) tak kiralah type pe pun. dinasihatkan tidak makan pisang ataupun ikan kering lepas dah sihat nati ya. ikan kering tu sebab ikan tu dijerukkan, mungkin sume makanan berjeruk pun tak boleh kot. tapi, kalu nak makan jugak, makan berlori lori okay, sekurangnya puas bler dah sakit balik. kesannya, korang akan sakit 2x ganda atau 3x ganda dari skang yg korang rasa nih. doktor tak cakap nih, tapi nih pengalaman pesakit lymphoma sebelum nih. kira cnior punya citer lah. =)


-noktah-


Wednesday, January 5

ragam masuk skola 3#

written by; CikTupaii at 8:55 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |


esok adik sy daftar skola teknik,
petang tadi mak cakap,
sok kita pergi..
aik,, kemusykilan di situ..
kenapa pulak kita??
sapa yg nak daftar nih..

-noktah-


kisah silam 2#

written by; CikTupaii at 1:35 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

masa nih mesti kamu ngah ke klas kan? huhu, best nyer! ingat lagi tak time kita rapat dulu. slalu g klas sama sama, makan sama sama, wat assignment sama sama, kadang kadang tido pun sama sama. macam mana kita boleh rapat eh? time tu tak kenal langsung [un kan? pastu kita dok satu baris mase dalam kuliah. masa tu sy ngan rumate sy *natrah* slalu sama sama. last last kita tiga jadi bersama. pastu kita dua lak jadi slalu bersama. macam macam kita wat bersama, share suka duka bersama. sy story everything kat kamu kan? sy penah nanges kat awak bler sy ada problem, awak pun sama. ingat time awak ilang tiba tiba dulu. kelam kabut sy ngan ping cari. ingat sy wat awak merajuk dulu, maaf ya. sy lupakan awak. 

ingat time awak datang jumpa sy, ada problem. awak nanges kat bahu sy kan? time tu sy betol betol tatau nak wat pe. ingat tak time kita ponteng klas sama sama? klas en faizal kan? apalah, sebab bilik kena masuk dulu, kita ponteng. tp kita yg rasa time tu. awak, ingat tak satu hari tu. time kita makan sama sama, awak tegur cara sy makan. sebab sy kunyah sebelah jer. awak lah orang first yg perasan tau! awak lah orang first tegur sy! dan sy rasa sampai skang awak je yg tegur pasal tu. banyak jugak kenangan kan walaupun tak lama. suka, duka. tapi yg duka tu awak, sy betol betol mintak maaf. walaupun dah tak macam dulu, sy tetap ingat awak, sy tetap syg awak macam adik. betol cakap orang, bler dah ilang dari kita, baru kita hargai. 

terima kaseh awak sebab masih sokong sy, doakan ntok sy, tolong tolong sy, jadi kawan sy. thanks jugak kat adik adik awak sebab baik ngan awak. baru isnin lepas kita chat sama sama kan? hope masalah klas awak dah settle. nati upload gambar baby aina k. sy nak tengok. miss u n syg kamu! 

-noktah-


♥ cinta antara kita ♥

written by; CikTupaii at 12:36 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

tinge nih gatalgatal nak dengar lagu. so, tangan nih pun terus gatalgatal cari lagu ntok diletakkan kat blog nih. mata tergatal nampak nama 'DUTA'. *sume gatal, tp sy tak menggatal ngan sapesape okay!* yes! duta yg nyanyi lagu ost dunia baru the movie. sangat suka movie tu. so, tangan laju jer memilih lagu "CINTA ANTARA KITA" Duta ft. Baizura. mengapa?? lagu nih memang sesuai ngan saatsaat sy skang. sweettttt jer lagu nih. awak, lagu nih ntok awak!

sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu
mungkin ku harap jua
kau merindui ku
sebagaimana ku rinduimu


cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu
ku hanya menunggu mu
manyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu sayang...

hope, u'r my MR.RIGHT..

-noktah-


Tuesday, January 4

nak story sikit..

written by; CikTupaii at 10:28 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

okay, sy speechless pas dengar mak marah marah tadi. mak baru balik dari skola adik sambil marah marah sebab ada budak yg cam menghasut adik sy ngan kawan kawan die cakap skola teknik taiping tu bagus. teruk. masuk masuk bilik terus tanya betul ke skolah tu teruk. tak tau nak cakap pe. okay, nak share skitlah pengalaman jadi student kat skolah tu. kot kot ada adik adik yg view blog nih ke, atau mak ayah yg ada anak f1, f2 or f3 ke. tak pun ada adik adik yg bakal masuk skola tu. 

masa mula mula nak masuk skolah tu, ramai kawan kawan kat smdb cam tak bagi lah sy masuk sana. but, ada sorang jer yg support sebab die bff sy, die tau apa sy minat. thanks friend. diorang cakap skolah tu tak baguslah, pasal disiplin teruk. tapi sy tak rasa camtu. coz, abang sy pun skola tu jugak. sy tengok okay jer die g skola. mgkin depends kat individu jugak lah. 

first time jejak kaki kat skola tu. tak menghadapi orientasi sebab masuk lambat. lega lepas, hehe. yg sy rasalah, disiplin sangat tegas. cikgu disiplin kat situ sangat menakutkan. tapi tipu lah kalu tak ada masalah disiplin langsung. skola mana yg bersih bab bab disiplin nih? paling kurang mesti ada sikit. tapi sy rasa skola tu disiplin die sangat lah ketat, sampai kecut perut nak g skola time pagi. mungkin sebab sy budak penakot kot. pastu skola tu adalah skola first yg sy jumpa sangat sangat sunyi time persekolahan. yelah, sunyi cam tak ada orang, time rehat pun tak kecoh kecoh cam skola skola sy sebelum nih. 

as conclusion, jangan dengar cakap cakap orang lah. g rasa sendiri baru tau. kadang kadang apa yg kita dengar lain dari apa yg kita rasa. tapi skang sy tak tau lah macam mana ngan skola tu. sebab dah lama tak g dan skola tu dah tukar  jadi vokasional sume stat tahun nih. aliran teknik tinggal f5 jer skang. hope skola tu still d best macam dulu dulu. miss smtt so much! =(

-noktah-


kisah silam

written by; CikTupaii at 10:11 AM 3 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

hari nih dah hari kedua budak budak ke skolah, dan kawan kawan se u ke kuliah. argh,, masih bermood jeles. takde keje nak wat, pagi pagi nih tak boleh nak sambung tido, so tiba tiba terimbau kenangan masa mula mula masuk u dulu. hehe, lucu jugak hari daftar nanges masa ayah ngan mak nak balik. memang tak patut sedangkan ump pilihan sendiri.

pastukan, mula teringat first class bi. hehe, pe dah jadi time tu? masa tu class miz izzy (eh, betol x ejaan nama die?) kami wat ice breaking. waa, sungguh tak percaya, dan tu adalah first experience. okay, nk bkak secret nih. hehe, sy jatuh suka pada pndangan pertama. omaigod, camtu ke hebatnya. tak penah rasa sebelum nih. first first tengok muka orang tu kan, tak tau nak cakap pe. tengok kejap jer, tapi otak nih dah boleh ingat rupa die. then, jatuh ke hati. suhhh, malu i.

kejadian tu jd masa dalam lab class bi tu lah, dipendekkan citer sempat dok depan depan kejap. pastu i tukar tempat, yelah laki di depan agak tak biasa time tu. dan masa tu still couple ngan ex. so, time tu ngah mengelakkan dr pndg laki lain lah walaupun time tu ktorang dah ada bau 'bunga tahi ayam'. *sigh* kte proceed citer nih. then miz suh ktorang tulih sifat ktorang kat atas kertas, gempal gempalkan kertas tu dan baling!! hehe, tau kertas sape sy dpt? kertas orang tu lah..gler, terkejut time tu. tp diam diam suda, tunggu orang lain yg g kat miz. sebab i segan lah time tu. *blushing* nak tau apa yg sy sgt cam pasal orang tu?? tahi lalat kat dahi die tu. sebab tahi lalat tu jugaklah sy ingt rupa die walaupun kejap jer tengok muka die..hehe, macam sweet lak tahi lalat tu. act macam ayah tapi die lagi terserlah.

pas dah beberapa klas, dah mula biasa ngan budak budak klas tu walaupun tak sume. tapi masa tu sy still rapat ngan bff sy. pelikkan, kelas ngan orang len, tapi rapat ngan orang len. sy ngan orang tu jadi makin rapat. tapi bukan depan depan lah. bler chat kat skype. share problem skit skit ngan die. act tak brani nak rapat sangat atas sebab sebab tertentu. yg tau pasal perasaan time tu of course lah bff sy and my ex. haha, kejam jer bunyi. tp nak wat camne, dah ktorang memang dah bermasalah. alhamdulillah, die dah jumpa sumone yg terbaik ntok die skang. memang dah agak dah orang tu. tahniah awak! ending story nih, now 'orang tu' kan..kan.. hehe, he is mine! okay lah, nak usha usha blog orang lain yg ada new update.

-noktah-


Monday, January 3

3 january 2011

written by; CikTupaii at 5:05 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

pagi pagi orang lain melangkah ke sekolah,
ke dewan kuliah, ke bilik kuliah,
ke lab, dan sewaktu dengannya.
tapi sy??
ke hospital lagi.. *sigh*
jelesnya ngan diorang nih.

tadi tak puas hati betollah ngan orang cina tu. ee..geram betol! boleh plak time kuar dari pintu hospital. pintu hospital okay, bukan gate hospital! sambil berjalan jugaklah die nk buang hingus die. jijik gler, merecek recek. kotorrrr!! selamatlah time tu sy pkai mask dan jauh. pastu tak ada orang lain jalan depan die. ish, geramm!! geramm!! tak bertanggungjawab langsung! *sigh*

-noktah-


ragam masuk skola 2#

written by; CikTupaii at 5:02 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

ada yg menangis,
ada yg senyum,
ada yg sebek sebek..

macam macam ragam.
alahai comey nyer diorg..
macam mana sy dulu eh? ngee~


-noktah-

Saturday, January 1

ragam masuk skola

written by; CikTupaii at 9:56 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

satu-satu-satusatu, bersamaan hari sabtu. lagi dua hari nak stat sesi persekolahan semula. maka macam macam adik adik sy yg masih bersekolah nih. yg sorang macam nih, sorang tu macam tu pulak.

ragam satu: adik bongsu suh tulis nama kat buku

adik: kenapa tulisan kecik sangat? mesti cikgu adik tak nampak. tengok spoloh kali baru leh baca. haha, (gelak besar nih budak). boleh besarkan sikit tak? 

*amboi, best lak wat request. bab bab besarkan tulisan nih agak payah lah. sebab dah biasa ngan tulisan* 
sy: nak wat macam mana, dah memang tulisan kecik dari dulu. tak retilah nak bagi besar adik.

adik: tulah cuti bukan nak menulih. asyik tulih kat fb, kan tulisan tak boleh bagi besar. 

*wah, wah, best betol mengomen budak nih*
sy:  nih besar tak? kita guna marker lah.

adik: tamau! besar sangat nati. adik tengok macam makin kecik ada lah. haha

sy: takpelah, suh lah cikgu pakai kanta pembesar. haha,


ragam dua: balut buku

hadeh, lagi dua hari nak g skola baru nak balut buku. apa lak kaitan akak ngan buku buku korang.


macam macam lah budak nih. nak beli tu lah, ni lah. itu, ini tapi kat akak diorang ni lah yg diorang ngadu pun. dah macam mak diorang lak. belum bukak skola lagi nih. okay lah, nampak macam penting skit, hee~
selamat kembali ke skolah adik adik ku!


-noktah-


baru nak rajin sikit

written by; CikTupaii at 3:29 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |



alahai, baru jer nak bersemangat sikit. sikit jer pon, tak banyak mana tapi spoil betol lah. *sigh* tadi merancang nak tengok tengok nota sem lepas jap sambil menulih nulih. yelah, dah lama tak tengok nota, tulisan pun dah macam buruk sebab lama dah tak menulih. karang beku lak otak nih. skali tak leh nak bukak sume nota yg saved dalam external nih. bukan apa, microsoft office tak leh nak bukak. nampak gayanya memang nak suh cuti sakan nih. nyesal lak tak bawak balik nota dulu. so, kena mengulang novel novel dan komik komik yg ad je lah. 

cuaca yg hujan hujan macam nih, ala ala romantik gitu best jugak dapat tido sambil pelok patrik terchenta, hee. ada sape sape yg rajin nak pos nota kat sy tak? okay lah, cari keje lain lak. daa~

-noktah-

budu!

written by; CikTupaii at 2:09 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

first time disuruh makan budu, 
eee yark! okay, thanks!

masa tinggal kat umah pak ngah beberapa bulan lepas,
erm.. dapppnyaaaa!
apa eh tadi?
budu! okay lah rasa die..tak lah teruk..
takada sambal belacan, budu jadi ganti.

balik taiping,
mana nak cari budu nih? tak jumpa jumpa pon..
*sigh*

hingga ke hari semalam,
tigasatu.duabelas.duapuluhsepuloh, lapan malam waktu malaysia
masih tak jumpa jumpa kat kedai di kamunting-taiping nih..
*sigh*

catat jangan tak catat: tercetus isu nih bler tengok gambar budu yg dihantar oleh hubby dulu dulu..alahai, make budu banyok banyok boleh pnda kecek klate dop? (betol tak org klatn?haha,)

-noktah-

Lilypie Second Birthday tickers
 

fiena jaafar ♥ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting