baru lepas pegi men-conform-kan keadaan pokok yang ditanam hari. baru semalam perasan yang pokok tu dah lain dari mula ditanam dulu. bukan makin membesar ye, tapi tak ada daun. waktu tanam dulu memang boleh nampak clear lah dari tingkap bilik. tapi sejak berminggu lalu agak susah nak detect tempat pokok tu di tanam. dan kelmarin tengok tinggal batang je daun hilang, tu pun ada jugak batang yang tercabut. time mengemas folder dalam laptop semalam baru sedar yang pokok tu 'tak hidup bahagia' dah. tu pun lepas terpandang gambar yang ditanam dulu. aish! -.-'' kesian kau yer pokok.
kalu tak percaya mari sini fina tunjukkan bukti kat kome sume.
nih la pokoknya. gambar diambil selepas tanam 13-Nov-2011 yang lalu. cantik je kan nampak. siap berpagar lagi. nih lah hasilnya, hasil bantuan ex-roomate fina. kalu fna tanam, seminggu lepas tanam tak kan nampak gini lagi, kompom dah makin layu. tapi seminggu jugak lah fina dapat tengok pokok tu dalam keadaan macam nih, huhu.
dan sekarang, pokoknya dah tak macam tu dah. tengok gambar bawah nih,
gambar nih baru di ambil tadi dalam pukul 9:00 lebih (28-Nov-2011). tak sama dah kan macam dulu kan. nampak macam 'hidup segan, mati tak mahu kan' ?? sedihnya. nak cakap tak cukup air, tak sempat nak pegi siram, hujan dah turun. nak cakap tak cukup cahaya, dah tanam kat luar bilik dah. nak cakap ada bintang makan, walallahhualam tak tengok 24 jam. nak cakap orang kacau pun tak berani jugak, karang fitnah pulak. so pasrah jela. terus menunggu dengan harapan tumbuh subur.. dah cakap kat ayah, ayah cakap sabar jelah. tunggu, kalu jadi makan balik, kalu tak, takpe lah. nak buat macam mana kan. sorry mak dengan ayah, selama nih akak tau siram pokok je. sebab tu akak slalu tolong siram pokok. petik-petik pucuk ubi kayu, ulam-ulam reti la, tanam dan jaga memang tak reti. #_#
hurm, mungkin ada yang tertanya tu pokok apa kan? jujur fina tak tahu nama dia. fina panggil daun ubat je. pokok nih ada sorang akak cina kat tempat fina keje dulu yang bagi. sebab dia tau fina sakit so dia pun bagi. sangat bersyukur tau dapat pokok nih, yelah. korang mesti kenal cam mana 'pe'el' orang cina kan? diorang nih susah sikit nak berkongsi dengan kaum lain. masa akak tu bagi fina pun dia cakap kalu orang lain dia tak kan bagi. sebab dia kenal fina je dia bagi. apa-apa pun terima kasih buat akak tu.
dari cerita dia, pokok tu dapat mengelakkan penyakit dalam badan dan boleh jugak sembuhkan penyakit. cerita dia lagi ada kawan mak dia breast cancer, makan daun tu. pas beberapa tahun check dah tak ada dah sel kanser tu dalam badan dia. mengamalkan makan daun nih pun boleh wat badan sentiasa sihat. cara makannya, 3 or 5 helai pagi-pagi sebelum makan apa-apa. kunyah dan telan. lepas bape minit baru minum air kosong. seklai lagi sebelum tido, cara yang sama jugak.
so, fina pun tertarik lah nak cuba. ikhtiar kan?? tak salah kalau nak cuba, percaya tu tak lah sebab dalam hati nak ikhtiar je. dan sekarang, fina dah stop makan sebab stok bawak hari tu dah abis. daun pun bukan boleh simpan lama-lama. layulah nati. pokok tak berdaun lagi. alasan dapat elak makan. hi hi hi




