..:: "Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..tetapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia di dalamnya..begitulah dengan kehidupan manusia.. riang ketawa..tetapi ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.. jika kau terasa kecewa, pandanglah ke sungai..airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang..jika kau sedih, pandanglah ke langit..kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.." ::..


Followers

Showing posts with label thanks n friendship ♥. Show all posts
Showing posts with label thanks n friendship ♥. Show all posts

Sunday, July 29

Salam Ramadhan dan terima kasih :)

written by; CikTupaii at 1:54 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
As-salam dan selamat sejahtera..

Salam Ramadhan untuk sume umat Islam. Alhamdulillah masih dapat merasa Ramadhan tahun nih. Dah masuk Ramdhan ke 9.


Hari nih bari berkesempatan nak ber-blogging. Dah lama tak ber-blogging selama nih on9 guna fon. Dan arini cuti amik peluang nok bawak lappy g install antivirus. Kira nh sambil menyelam minum air lah. Servis laptop cum online.

Special tahun nih sambut Ramdhan dan beday ngan family tercinta. Terima kasih pada y ingat n wish. :) Dan buat sorang kawan nih, thanks bebanyak. Call nanges2 sebab nak jadiorang first wish. Alahai, kelakar lah kamu nih. By the way syg nya bukan dia y first sbb ad org lain. Orang y tak disangka2. Apapun awak y first call sy wish. Sory tak dapat cakap lama2 sbb ngantuk sgt.

Buat mereka2 y ingt walaupun tak ad date tu kat fb. Terima kasih atas ingatan dan doa kalian. Semoga Allah melimpahkan rezeki dan kesihatan buat kalian jugak. Ameen.. :)

mode: borim dah menunggu. byk nak update laptop tu.huhu

Tuesday, April 24

emergency

written by; CikTupaii at 9:24 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
date : 23 April 2012
time : 10:29p.m.

Semalam elok nak start wat report lab tiba tiba dapat panggilan telefon dari ibu ( not my mum but my friend raimi) pastu pass kat rumate anis , macam pelik pulak tiba tiba tanya rumate tu busy ke tak . Memandangkan baru je balik dari beli barang dan nak start pass je kat rumate tanak jadi orang tengah . Then , rumate datang tanya wat pe tak , busy sume . Dia cakap nak ke hospital sebab kawan mintak tolong amikkan dia pastu anta hospital balik .

Risau dah pe nak jadi , so temankan anis drive sebab sian nak bagi dia pegi sorang sorang memandangkan tak urgent mana pon report tu . ( mak ai , drift budak nih . tapi tak riso sebab dah biasa naik ngan dia ) Rumate pun citer benda sebenarnya anak kawan tu kena tahan wad , kaki kena sengat tebuan . Yang sedih tu gi wad kecemasan kul 7 lebih tapi kul 11 lebih nak dekat 12 baru dapat injection. waaa, pravo lah doktor . Kenapalah nak kena amik no , tunggu turn sume padahal budak tu kecik kot kena sengat lagi tu bisa tu bahaya . Kita yang dah besar nih pun menangis nih kan budak kecik yang tak tau pape . Alahai ..

Otw balik umah dia nak amik barang baby tu dengar perbualan dia ngan mak dia . Marah marah dia sebab doktor tahan tahan nak inject baby dia dah tu sampai biru kaki budak tu . Bukan takat sebak je time tu nak menitis air mana masa dengar . Nak elak diorang perasan aku pun fokuskan pandangan ke depan ( ececeh .. macam memandu jer gayanya ) Macam tu rasa nya jadi ibu ( ntah berpeluang ke tak untuk aku rasa semua tu )

Tuesday, April 10

surprise!

written by; CikTupaii at 7:27 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Bila pakai headfon macam gini otomatik akan jadi pekak dan mungkin tidak bisu . Ofkos lah sebab bila dengar lagu kompom kompom mulut nih nak jugak kuarkan sore untuk menumbangkan suasana bilik yang sepi semsorang . 

penerbangan akan bermula sebentar lagi .. aish , macam pilot dah pakai benda nih .. :D :D


dan tiba tiba aku dikejutkan dengan lembaga yang tiba tiba masuk tanpa sebarang bunyi betol betol depan skit dari pintu . * gila pekak sampai bunyi pintu tutup tak dengar , dia panggil pun tak dengar  * terus bukak headfon sebab nampak mulut dia tengah gerak .. hahaha * jangan mara na , ko jugak yang pilih headfon tu :D *

Dan surprise nya ... taraaa .. ini dia ..


surprise present without reason tu .. too ladies for me o.O


 Katanya purse nih dia beli sepesen dengan dia cuma kaler je lain . Memang betol betol surprise sebab aku tak pakai purse gitu . Lepas ai dah stat pakai okeh ! Anyway , thanks for the surprise give without any reason tu . Tak bagi pun takpe , pe yang dia wat selama hampir setahun ktorang tiba tiba menjadi belangkas nih * sampai dah tak ada muka lain nak tengok * , dah banyak dia tolong . Tunjuk ajar , semangat , telinga * ini aku rasa mau dah menanah telinga dia kot *, pendorong yang penting even penat macam mana pun dia akan ada masa untuk dengar luahan aku . Maceh , sayang ko tapi sayang izni lebih lebih lagi .. teheee :P

ini si pemberian tu a.k.a belangkas tiba2 .. ibu HOT nih .. bini orang nih jangan ngorat ! :P


nota : hari tu dapat kain pasang yang pesen sama cuma corak lain , kali nih purse pulak dari orang yang sama . maceh .. :)

Friday, April 6

sakit M

written by; CikTupaii at 12:22 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Sakit M (malas) !! Spesis sakit yang ada dalam diri aku since awal sem nih . Ntah kenapa sejak awal sem nih jadi MALASSS teramat . Mak , ayah .. akak malas . Nak marah tak ? tapi slalu ayah akan cakap " anak ayah nih dah besar pandai pikir kan ? " ( eleh bab nih ayah mesti cakap anak dia dah besar , tp bila becinta mesti cakap anak ayah kecik lg dah pandai nak becinta-becinta eh.. )

Malam nih nak kena siapkan lab report dan homework nihon-go . Tp satu pun belom mula lagi . Sebab besok nak marathon siapkan projek RC2 pulak . Aish, kenapa ? kenapa ? jadi malas sangat gini tambah tambah ngan subjek RC gaya macam dah bijak .

Tapi satu je , hari nih rajin pulak nak mengupdate blog walaupun tak ada topik best, and tumblr dah bape kali update hari nih . Kalu twitter , memang rancak sampai rumate tegur " bunyi macam dah dok dalam kandang burung " kandang burung ?? ahahha :D burung dalam kandang ? terima jelah kenyataan . :D :D

cukup kot.. mari sy selingkan dengan gambar gambar yang tak bape nak best . tak suka tutup mata :P

macam sonok jer sieve2 nih.. padahal budak laki je y buat keje nih. ai eksen je u olls :P


antara member group sy .. apa y penting? kejesama!!


nih pun member group lab sy .. ernie sgt pandai menggoreng, cepat dia siapkan 3 sample.. hebat!


Best group ngan diorg nih , gentlemen ! walaupun sy sorang2 perempuan , diorang tak buli tapi tolong.. maceh sume atas kerjasama .. heee :)

prove : bab edit malas nak buat, so pic asli dr whiteberry . see betapa malasnya ai :P

Tuesday, March 6

hujung minggu

written by; CikTupaii at 1:05 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Hujung minggu , means Ahad lepas outing bersama rumates . Kebetulan diorang cakap nak beli barang PSM boleh lah ngajak , lagipun 2 voucher yang tinggal atas nama rumate . Nak redeem lah sementara ad peluang . Destinasi pertama ECM . Perghhhh , parking penuh . Terpaksa lah parking jauh . ECM ad PC fair , harus lah padat maximum tempat tu . Beli barang yang nak beli .

Next , ke Megamall disebabkan barang y di cari tak ada di ECM . Lagipun tempat nih penting , nak masuk POPULAR . Parking pun jauh jugak lah sebab ada jelajah ABPH . Masuk masuk je nampka orang dok kerumum .. Ehh...ehhh.. ad retis lah . Tapi tak nampak ! Orang rabun kan , belagak pulak tu sebab tu lah tak nampak sebab mata extra tinggal kat bilik . So jadi tak kisah dengar artis artis membebel atas stage tu . Kat ECM abis kan voucher RM100 dan beli barang kawan sama sebab satu voucher dia guna nama sy . Tak banyak pun barang y di beli dengan voucher tu .


See , banyak y comel comel . Dah nama fina , hihik . Mula mula ingat nak beli kalkulator kaler pink hari tu , tapi tangok dah tak ada dah . kechiwa .. =.=#  Msg adik tanya nak beli buku apa pun lambat respon , so terus abiskan lagi satu voucher dengan 2 buah novel .. suka ! =p

Cuba tengok gambar bawah nih . Apa y korang nampak ?


Objek putih kecil di bawah tu adalah Aaron Aziz .. hihi , dapat tengok dari jauh je . Walaupun kecik tetap nampak KATANG tau . Sila jeles kaum adam diluar sana  -,-

Next last minute planning nak pergi TC sebab dah lama jugak tak pergi . Sebelum ke TC singgah dulu Tutti fruti . First time cuba boleh tahan jugak lah kena harga nya . Tapi puas hati . teheee .. snap snap pic kenangan konon nak bukti kan dah jejak kaki dan cuba rasa benda alah tu . Actually dah ketinggalan pun . hahah #ketinggalanzaman punya orang ..

y banyak buah nih sy punya .. hihik :)


kebetulan merah mak ngah sume . pak guard tegur cakap ktorag orang barisan . buwekkk :p
 
Sampai TC jalan jalan amik angin , solat dan pusing pusing kat khemah tu ( eh , ada nama spesifik tak benda alah tu ) . Tapi nak suggest kalu korang nak ke TC tu better solat kat mana mana masjid dulu sebab surau tak selesa skarang . Makan malam ingat nak mam McD , tapi tak jadi . Tukar slera mam burgembira . Owh , selama nih asyik dengar dengar . Tapi kali nih jejak kaki order sendiri . Tak lah susah pun nak cari tempat tu .. ahhaha . Dinner burgetahh ( tak sure ejaan ) dan teh ais bungkus . Tapi ... tapi .. air tu . Hurm , ada citer y membuatkan sy termalu . Salah budak tu . grrrr


Sampai UMP tepat jam 10 , sempat rehat rehat kejap dan diba ( member group bsm ) pun datang . denggg , tak sempat nak rehat pe . Keje perlu diutamakan sampai makan pun postpone ke pukul 1 lebih . Kesannya , perut masuk angin dan sakit teramat . Mybe gastrik datang balik sebab sejak akhir akhir nih kadang kadang terpaksa postpone ( bukan sebab keje sangat )

tutup diary =p

Saturday, March 3

hadiah untuk gemok

written by; CikTupaii at 8:31 PM 2 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
rumate :

anis ada hadiah untuk fina ..
nahhh .. hadiah bagi gemok ..


saya :
yeahhh ... macehhh ..

tak lah gemuk mana kalu makan coklat kot . Bukannya makan hari hari .
satu lagi , dark chocolate , makan 2 pun dah cukup .

teringat masa keje dulu , diorang suka bagi coklat ..
dalam seminggu tu 2-3 tak sah .
sebab diorg nak gemuk kan sy . time tu ngan kurus sangatt .. hihihi

dan skarang , problem ny di peha dan punggung dah ada semula =p

Friday, March 2

jangan pandang sy..

written by; CikTupaii at 3:28 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Adakah anda sedang diperhatikan ?? Jangan pandang belakang .

As - Salam dan salam Jumaat semua

Hari nih memandangkan bukan malam Jumaat so nak post entry seram . Cerita dari teman baru - baru nih . 4 hari lepas macam tu mungkin dapat berita dari kawan yang dia accident lepas keluar terowong kat Ipoh . Masa tu dia otw nak balik Taiping dari Ipoh . Alhamdulillah dia selamat , cuma kereta tu je kemek dekat bahagian tepi sebelah kiri ( means bukan sebelah pemandu ) . Katanya teruk , ada dia sent gambar tapi tak berapa nampak sebab gelap .

dia cakap dari depan sampai ke belakang

Benda pertama ditanya , laju ke bawak . Tapi dia cakap tak sebab ujan lebat masa tu . Sebab tau dia jenis suka bawak laju , so tanya lagi bawak laju atau tak . Jawapan still sama . Jadi , diamkan jelah . Mula terpikir pe nama terowong tu sebab sebelum ada terbaca pasal entry kawan blogger pasal karak . Dan dalam otak masa tu memang pikir bukan - bukan di tambah dia cakap langgar divider tp divider tu tak ada pape .  Diamkan aje lah .

Selang 2 hari lepas tu , tiba - tiba dia terlepas cakap pasal kes accident hari tu . Dia citer lah pe komen pakcik dia bila dia citer pasal benda tu . Pakcik dia cakap situ memang bahaya pun . Dan dia pun bagitau masa dia lalu situ lepas maghrib , kepala pun ligat pikir benda yang bukan bukan . Paling mengejutkan bila dia bagitau benda sebenar pe punca dia boleh terbabas tu . Dia cakap ; "mata dia tak nampak pe' dan terus perbualan ktorang terhenti sebab dia cakap dada dia sakit macam ada benda dok atas dia . Tu jelah , dan sampai skarang dah tanak ungkit pasal kes tu dah .

Pe yang jadi skarang , sy dah tak brani tengok citer antu dan ke tandas malam malam semsorang . Semalam pun mintak rumate temankan . Tapi bukan sebab pe y kawan citer . Tapi bila tau pasal satu tempat nih . Selama nih ingat perasaan sendiri je , tapi bila dah tau kisahnya jadi takut lah pulak . Owh otak , cepat cepat lah lupakan pasal nih , susahlah gini kalu dok sorang sorang , takkan nak kencing dalam baldi kot .. ayakkk  =p

Pesanan : pasal kes terowong tu , tak tau betol tak . Tu citer dari orang yang mengalaminya sendiri nak komen lebih lebih kang jadi lain pulak . Sory kalu tajuk tak kena ngan citer sebab orang cakap tajuk kena gempak biar citer tak tiptop mana .. ahahhahaa :D 


Sunday, February 19

BB1M

written by; CikTupaii at 5:06 PM 4 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

Dah 4 hari dapat Baucer Buku 1 Malaysia ( BB1M) tapi masih belum digunakan . ( dapat lambat dari u , u lain .. sobbb ) Pas dapat terus msg ayah bagitau dah dapat voucher siap tanya ayah nak guna beli apa . Ayah balas " mak cakap beli lah novel apa -apa " perhhh , perlilah tu , sentapp .. Masa cuti dulu sibuk cakap dapat voucher nih nak beli novel banyak - banyak . Tapi lepas masuk kelas , macam banyak pulak buku nak beli . Plan A cancel !  At last, sampai skarang satu pun tak guna lagi , cuma dua keping voucher sy telah ditukar dengan teman bilik sebab hari Jumaat lepas kuar dia lupa bawak .

skarang nak proceed kepada plan B pulak . Nak gunakan vouchers tersebut untuk beli buku geotech , hydro ngan environment . Sebab tu lah dah dua hari kuar , masih tak bernafsu nak beli apa - apa bila masuk kedai buku . heheh ;) Kalau guna beli buku - buku tu tak payah lah menjawab dengan mak sangat  . Masa nih lah nak beli buku mahal - mahal yang ori punya kan . Hope dapat guna voucher dan dapat beli semua buku - buku tu . 

pesanan : pada sapa -sapa yang tak tau nak beli apa yang voucher tu , korang beli jelah mainan pape kat POPULAR tu .. hiihi  =,=

Saturday, December 24

dinner with girlfriends

written by; CikTupaii at 1:20 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Alhamdulillah kekenyangan .. malam nih kuar dinner dengan my girlfriends . atas jemputan mereka , malam nih tema western . hurm , fina nih tak la western sangat . kalu kuar makan mesti nak cari nasi and kalu dah malam - malam kompom tomyam atau ape - ape yang berkuah . so malam nih try menu baru . chicken grill . okay ! puas hati . rasanya menu chicken grill lebih sesuai compare chicken chop . abis dimakan kecuali roti nya or barangkali lapar . ih , tapi perut tak 'cengkeriuk' mana pun . jadi , boleh lah nak rekemen kat sape - sape yang belum cuba . harga pun tak mahal mana dan cukup kenyang .

MENU : chicken grill RM8.00


MENU : chicken chop RM8.00

nama kedai : Fryerzone Westernfood Indera Sempurna . jalan ke pekan perlu u - turn ye . for more info

pesanan : yang belum cuba , cuba lah .. saya sudah , anda bila lagi ??

bila dah kenyang , sampai ump je buar perangai , hehe dengar lagu kuat kat tempat parking siap ada yang menari . berpesta kami sebentar . betul la kata pepatah , ' kenyang perut suka hati ' he he he ^^

Sunday, November 27

written by; CikTupaii at 4:35 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
as-salam and hapy sunday.

Alhamdulillah, syukur dapat feedback y menarik pasal blog nih. terima kaseh =) Insyallah, selagi otak nih masih waras, tenang dan dapat berfikir dengan bijak. fina akan cuba update banyak input yang menarik buat sume yang membaca secara sengaja atau pun tak sengaja. hope, input-input memberi manfaat pada sume. if ada cerita yang boring maaf, sebab blog ini di buat atas niat asal untuk dijadikan diary, meluahkan perasaan, melepaskan geram dan sebagai.

:: sedang cuba mematang kan diri, hee +_+ ::

nota: pasnih entry jiwang-jiwang bagai, kena update tempat baru. y best nohhujan <3 follow disitu. haha *_*

Wednesday, April 27

maaf ya.. ^_*

written by; CikTupaii at 12:32 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
as-salam and hye sume

Entry pagi nih fna nak mintak maaf kat followers blog nih atau sapa-sapa yg ad singgah sini. Atas kesilapa fna sendiri yg syok sendiri, hihi. Korang ada mengalami kesukaran membaca entry fna kan? Maaf ye, tulisan kreatif tapi comel sangat, hikhihk. *memang shiok sendiri*

Actually, fna nih memang bertulisan kecik ye kawan-kawan sampai ke blog pun fna terbawak-bawak. Hurm, dari zaman skolah lagi fna memang bertulisan kecik. So, fna anggap ia sangatlah comel, Sebab tu lah kat blog nih pun fna wat tulisan kecik jugak. Nak comel lah katakan.hee

Thanks to diba sebab tegur. Fna ingat tak ada orang nak baca. Lagipun broadband fna tak bape okay lah. Page tak loading abis, so fna ingat okay lah tulisan itu dalam keadaan kecik. Lepas nih fna akan besarkan tulisan ye kawan-kawan. Pada sapa-sapa yg tahap rabun dah meningkat, fna mintak maaf sekali lagi. Hope korang semua enjoy lah baca entry-entry dalam blog nih, mostly berkaitan hidup fna lah.

Okay, bye! T_T

Monday, February 14

kisah silam 5#

written by; CikTupaii at 12:31 AM 2 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
tajuk: kawan bilik

tahun 2003

mula tinggal di asrama. selepas pindah ke taiping, mak ngan ayah suh tinggal kat hostel kat skola baru. first time berkongsi bilik dengan orang luar dan first time jugak stay jauh dari family. tak jauh mana pun. bape minit jer dari rumah ke skolah.

kawan-kawan bilik ada yg best, ada yg tak best. alhamdulillah ada kawan yg sekelas. so, ada lah jugak kawan nak cakap-cakap. sy jenis susah nak berkawan, berat mulut sikit. first perception; matilah aku dok hostel nih. tapi lama-lama okay.

masuk tahun kedua, sangat teruja. sebab kawan-kawan ada yg penah sebilik dan yg baru sebilik dah kenal. so, tak ada masalah. banyak kenangan dikongsi bersama mereka-mereka. =)

matrik

masih macam dulu. takot bila nak dapat kawan bilik baru. alhamdulillah, kali nih okay-okay sume. tapi kawan bilik sy sorang nih mula-mula sy sangat takut nak tegur die. die masuk lambat antara ktorang berempat. sy tertumpahkan air atas nota kawan die. memang nanges. takut kot. selamat die okay jer, tak marah. siap cakap sanggup salin balik nota tu, see, betapa takutnya i. haha, lawak siot. die nih suka pyscho sy tau, hari-hari pyscho sebelom tido. rasanya kalu die tak wat camtu die tak hapy ko. as long u hapy, i'm hapy too dear. tapi die baik, ajar sy kimia. hehe, tak pandai-pandai pon. cian ke dia.

kitorang slalu spend masa sama-sama. makan sama-sama, jalan sama-sama, g toilet malam-malam sama-sama. tapi ada sorang jarang sikit sebab die slalu bersama-sama ngan kawan-kawan tutor die. tapi tak ada masalah tau! ingat lg, sy teruk sikit bila time makan. shiqah slalu tegur; "fna tau tak, membazir tu amalan syaitan. tak baik membazir. shiqah taknak kawan ngan syaitan." kadang-kadang tak abis jugak walaupun dah ditegur. budak fna nih ada bad habit time makan. sangat tak senonoh. hee, *blushing*

kalu orang lain ada kawan bilik tiga orang, sy ada empat masa sem dua. sebab sy ada kawan rapat baru yg slalu spend masa kat bilik sy. nama die yulie, dok bilik paling hujung line bilik sy. katil sy jd katil die kadang, meja sy atau mimi jadi meja die kadang-kadang. tapi takpe, kitorang suka! sy lg suka! hehe. saat nih, rindu diorang sume. bila lah nak dapat turun kl hang out ngan korang sume. 

ump

belaja jauh, sure lah dok hostel. macam dulu, perasaan takut untuk dapat kawan bilik baru masih tak berubah walaupun nih bukan kali pertama. kali nih kawan bilik sy sume orang pantai timur. yg katil sana negeri kelantan dua-dua. yg katil bawah katil sy orang terengganu. nak nanges masa tu bila dapat tau kawan bilik sume orang pantai timur. mana taknya, sy tak pandai cakap loghat sana, paham? lagi lah tak masa tu, makan budu jauh sekali. masa mak sibuk-sibuk dalam bilik tu, kuar bilik jap ngan ayah. nanges kat ayah sebab kawan bilik sume orang pantai timur. ayah cool down kan anak manja die nih. cakap nati lama-lama mesti boleh paham. nak taknak pasrah je.

mula-mula memang ada masalah nak paham. lama-lama, okay dah. hehe, skang pakwe pun orang kelantan. tapi sy tak pandai-pandai cakap kelantan, haha. tapi yg nih sy suka cakap; "bo la kecek klate tu" hehe, tak tau eja betul tak. walaupun dah banyak kali attended klas bahasa klantan anjuran kawan-kawan bilik sy, tapi masih lidah keras. makan kari banyak sangat kot.

pastu dapat sorang kawan bilik baru. orang sabah bah. tak ada masalah communication. kitorang cakap bahasa standard je. lagipun die tu kawan kelas sy a.k.a. bff sy. kesimpulannya, pasnih sy takut untuk dapat kawan bilik baru memandangkan sedang ber-extend. huhu,

nota: mempunyai banyak masa untuk mengingati masa silam. baru lepas tengok pic bersama, huhu



Friday, January 28

today is my lucky day!

written by; CikTupaii at 5:37 PM 1 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

okay, dah mandi, wangi dan semata-mata untuk post entry nih. ahha, tipu! sy tak serajin tu lah. tadi kena hujan, kenalah mandi nati demam lak. kan? kan? bestlah tadi merempit, laju bawak moto tadi mengalahkan orang dah berlesen. oppss, sy belum ada lesen moto lagi, lesen kete jer ada nih. stop!

hari nih dapat award from cik ajaatyne. thanks kamu! kiranya today is my lucky day lah kan. okay, nak senyum sampai tinge, heee =)) yeay, yeay, dapat award follower 152. bak kata cik ajaa nih no tu sebab d.o.b en bf die 15.2. so, sy nih pun spesel cam en bf die lah. *haha, perasan jap!*. sy suka statement "kamu spesel sangat!" dalam entry beliau. hehe, terima kasih skali lagi. terasa diri ini dihargai. thanks untuk pic yg cute miut dan doa tu. nih rasa nak nyanyi lagu "THANK YOU" untuk ajaa nih, hahah! sory, sy tak pandai nyanyi, heee *blushing*

note: pic tu sy tak kat sidebar.


Wednesday, January 26

thank you ♥

written by; CikTupaii at 5:47 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

Title: THANK YOU
By: Mirwana
Dedicate to: all my BELOVED friends ♥

----------------------------------------------------------------------------------------------
Thank you 
for simply being there
On a cloudy day, 
on a sunny day

Thank you 
for sharing your joice and pain with me
For showing me that i'm so special
That my contribution count to our friendship
I have grown as a person
And i hope you have too

Thank you...

Thank you..
Thank you..
Just for you

Thank you 
for simply being my friend
For the special memories
We shared together now
For the never ending support you always give me
Oh friend...oh...

I will always love you

I can't tell how much that you meant to me
I pray for our everlasting friendship
Never ever say goodbye to yesterday
Cause yesterday was so special and wonderful
And i hope tomorrow will be better
Thank you 
for everything

Thank you 
for simply being there
On a cloudy day, 
on a sunny day
Thank you 
for sharing your joice and pain with me
For showing me that i'm so special
That my contribution count to our friendship
I have grown as a person
And i hope you have too..
Oh friend

Thank you...

Thank you..
Thank you..
Just for you

Thank you...

Thank you..
Thank you..
Just for you

Thank you...

Thank you..
Thank you..
Just for you

Thank you 
 
----------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 



Wednesday, January 12

hapy besday eira diana!

written by; CikTupaii at 8:43 PM 5 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

sangat menggatal ntok menjadi orang yg first wish kat makcik sorang nih,
sape die?? mestilah cik eira diana! sape cik eira diana?
sorry! pic tak boleh nak upload. kalu nak kenal klik nih cik eira diana.
hehe, semalam jd orang jaoh yg first wish. betulkan kamu?
syabas ntok diri sendiri! sila tepok tangan!
hari nih kalu boleh nak jd org first wat entry spesel ntok kamu,
tapi ain bam bam dah mendahului. aisehh!

nak kata sy rapat ngan die nih, tak lah rapat.
hubungan ktorang suam suam kuku jer.
die nih kiranya ex-classmate lah. yelah, orang ngah extend skang.
tak sekelas lagi lah pasnih. tapi die sangat sengal orangnya.
so, boleh lah nak bergurau ngan die nih. sengal..tapi cute! =)

macam mana boleh terexcited nak wish kat die nih?
hari tu gurau gurau ngan die. terus terset dalam pala otak nih
tarikh 12hb january 2011. alahai, nasib lah.
ngah free, bnyak lah benda boleh engat.
tahniah cik eira diana, awak berjaya wat sy engat tarikh tu..ngee
nak adiah? sory eh, jaoh lah. tak boleh nak bg adiah..
*haha, alasan..*


okay okay, selamat hari lahir yg ke 22 kak eira.
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
dipanjangkan jodoh dengan si dia, sehat sehat selalu,
success dunia akhirat.. amin.. =)


Wednesday, January 5

kisah silam 2#

written by; CikTupaii at 1:35 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

masa nih mesti kamu ngah ke klas kan? huhu, best nyer! ingat lagi tak time kita rapat dulu. slalu g klas sama sama, makan sama sama, wat assignment sama sama, kadang kadang tido pun sama sama. macam mana kita boleh rapat eh? time tu tak kenal langsung [un kan? pastu kita dok satu baris mase dalam kuliah. masa tu sy ngan rumate sy *natrah* slalu sama sama. last last kita tiga jadi bersama. pastu kita dua lak jadi slalu bersama. macam macam kita wat bersama, share suka duka bersama. sy story everything kat kamu kan? sy penah nanges kat awak bler sy ada problem, awak pun sama. ingat time awak ilang tiba tiba dulu. kelam kabut sy ngan ping cari. ingat sy wat awak merajuk dulu, maaf ya. sy lupakan awak. 

ingat time awak datang jumpa sy, ada problem. awak nanges kat bahu sy kan? time tu sy betol betol tatau nak wat pe. ingat tak time kita ponteng klas sama sama? klas en faizal kan? apalah, sebab bilik kena masuk dulu, kita ponteng. tp kita yg rasa time tu. awak, ingat tak satu hari tu. time kita makan sama sama, awak tegur cara sy makan. sebab sy kunyah sebelah jer. awak lah orang first yg perasan tau! awak lah orang first tegur sy! dan sy rasa sampai skang awak je yg tegur pasal tu. banyak jugak kenangan kan walaupun tak lama. suka, duka. tapi yg duka tu awak, sy betol betol mintak maaf. walaupun dah tak macam dulu, sy tetap ingat awak, sy tetap syg awak macam adik. betol cakap orang, bler dah ilang dari kita, baru kita hargai. 

terima kaseh awak sebab masih sokong sy, doakan ntok sy, tolong tolong sy, jadi kawan sy. thanks jugak kat adik adik awak sebab baik ngan awak. baru isnin lepas kita chat sama sama kan? hope masalah klas awak dah settle. nati upload gambar baby aina k. sy nak tengok. miss u n syg kamu! 

-noktah-


Sunday, October 17

sy xsetuju pe sister tu cakap!

written by; CikTupaii at 11:49 AM 4 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

cerita dah lapok..hr tu nak post xlarat+broadband cam hampeh,
ntok kengkawan yg datang melawat hr tu;

rombongan pertama;
sya, amni, sue, wani, zul

rombongan kedua;
ain bam2, eira, zila, natrah, airol

ntok rombongan ke2 tu,
sory hari tu korang kne marah..
sister tu tipu jer,
konon nurse2 die sume pakai mask time dtg blik fna
tipu! ad jer xpakai..
dan paling sy xstuju bler die cakap
"awak xsyg die"
tipu! tipu! mne die tau?
sbb syg lah kawan2 datang melawat siap bwk mcm2 lg.
suka-suka hati die cakap cm gitu..
sory eh, sister tu mmg bekeng skit xcam sorg lg..
nti fna kat fna marah die balik..grrrr~

ntok yg len yg datang melawat jugak thanks..
ain ithnin, diba n pijan..
sian diba ngan pijan xdpt naik,
xdpt tgk blik hotel 5 stars fna..hee~ 

dan rombongan terakhir,
rumtes2 ku; korg lg best,
dok kt ruang tamu..haha, cntk xrumah fna
sedap bubur nasi tu..tenkiu..tenkiu.. ♥,

-noktah-

Friday, September 24

-24 september 2010-

written by; CikTupaii at 2:46 AM 1 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

pas kimo pertama-
 
* berat badan trun bnyak,
*suar dah mula longgar,
*pipi dah kurang tembam,
*rambut dah banyak gugur,

waiting kesan kimo ke2 lak..
 
nak wish;
thanks a lot kat kawan2 yg bg sokongan, doa,
yg msg2, call, datang melawat bru2 nih..
n to mr hubby sy,
thanks, anta, teman jap, tlg kms2, lipat2 sume..
mak cakap;
xdapat jugak jmpa..hee~
next time jgn segan2 k. =p

-noktah-








Monday, September 20

♥ ..terima kasih kawan.. ♥

written by; CikTupaii at 8:31 PM 4 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

special thanks to zul
coz bg ayat2 penawar ntok penyakit kanser tu,
ingt jugak ko kat ak ea,
trima kasih sbb ad usaha ntok tlg sy,
cam besa la,
trima kasih daun keladi,
klu boleh truskan begini..hehe ;)
tq atas usaha dan sokongan moral ko..
sangat terharu..
arigatto gozaimasu.. =)


-noktah-

Saturday, August 28

♥ thanks cayunk! ♥

written by; CikTupaii at 3:25 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

thank you very much to
my cayunk, shai
coz temankan sy td..hee
sory nyusahkan kamu..
ingt xnak cakap ngah xsihat td,
sebab tau, kompem2 ko akn dtg
temankan ak kat sni..
tambah2 ak sengsorang td..
cian ko kan, xpasal2 buang mse teman ak..
sory n thanks again..
nti ak sakit lg,
ak jerit pggl ko ea..
tp nak ko jd superman cam dlu..hee~
cayunk ko,
terima kasih daun keladi,
klu boleh slalu begini..
tp next time jgn dtg bwk ubat,
dtg bwk lah buah epal ke,
buah durian ke, mgga ke..
xpun ko bawak lah hot plate ngn super ring,
kompem2 ak sihat walafiat pastu..hee~
tq ea, jasamu dikenang..
td bukan xnak jmp ko,
tp takut nyusahkan ko sbb ak ngah xbpe sihat..huu~


-noktah-


Lilypie Second Birthday tickers
 

fiena jaafar ♥ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting