..:: "Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..tetapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia di dalamnya..begitulah dengan kehidupan manusia.. riang ketawa..tetapi ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.. jika kau terasa kecewa, pandanglah ke sungai..airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang..jika kau sedih, pandanglah ke langit..kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.." ::..


Followers

Showing posts with label info sehat ♥. Show all posts
Showing posts with label info sehat ♥. Show all posts

Saturday, May 19

perspektif anda?

written by; CikTupaii at 3:18 PM 1 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

Apa perspektif korang tentang kanser??

Asal sebut pasal 'kanser' aku yakin reaksi korang akan terkejut.. and automatik mulut korang akan keluar sound effet "ouchh..." "haaa???" dan pape jelah y kena dengan tema. dan bagi y gila teruja tu mulut akan ternganga. dan pada y jenis sensitif tu akan say sory banyak dan mungkin menunjukkan muka sdey. Okay itu hak masing2 tak ad salah pun.

Lately ak dah mula kenal dengan ramai orang y baru nak jumpa dalam tempoh setahun kembali ke sekolah nih * sekolah???* so, dah ada y brani nak bertanya tentang. dan seperti apa y ada dalam pikiran, ad y ingat ak fail dlm mana-mana subjek. *Alhamdulillah tak so far, hope takkan ada lah sebab nak abiskan jugak lagi setahun tu secepat y mungkin.

Dan bagi mengelak

Friday, November 25

5 rahsia kenyang lebih lama

written by; CikTupaii at 1:22 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
1. makan sayuran
makanan tinggi serat akan mengurangkan nafsu makan, memberikan rasa kenyang lebih lama dan memiliki kepadatan energi yang rendah. The American Heart Association; ambil antara 3-4 sajian sayur-sayuran setiap hari untuk memenuhi keperluan zat tubuh badan selain membantu kenyang lebih lama.

2. makan makanan berprotien tinggi
The Journal of Nutrition menyarankan ambil makanan seperti ayam dan ikan kerana makanan ini mengandungi kalori yang rendah selain membuat rasa kenyang lebih lama.

3. makan dengan perlahan
kunyah perlahan-lahan supaya dapat menikmati rasa makanan serta membuatkan anda puas apabila makan. perasaan puas dapat membantu supaya tidak memikirkan makanan lain lagi selepas itu.bukankah sunnah Rasulullah juga menyarankan kita makan dengan perlahan kerana ada hikmahnya pada kesihatan tubuh badan kita.

4. minum air
The Ohio University menjelaskan bahawa minum air membantu mengurangkan penurunan berat badan melalui pngurangan nafsu makan. air putih tidak ada klorin, tetapi membantu memberikan perasaan kenyang. rasa lapar tidak semestinya perlu makan, jadi sebelum makan cuba minum air terlebih dahulu bagi mengelakkan anda makan terlalu banyak.

5. elakkan makanan tinggi energy
kajian menunjukkan mengambil makanan dengan kepadatan energy yang rendah akan membantu berasa kenyang lebih lama. penjelasan:- makanan dengan energy rendah memiliki sejumlah kecil kalori. daun saderi merupakan contoh sumber makanan yang memiliki kepadatan energy yang rendah. hindari makanan seperti aiskrim kerana ia mengandungi kalori tinggi.

sumber : mingguanwanita

Sunday, October 30

7 KEAJAIBAN SELEPAS MENANGIS

written by; CikTupaii at 1:20 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
 


 
WOW! INILAH 7 KEAJAIBAN SELEPAS MENANGIS

Siapa kata menangis tidak ada faedahnya? menangis terlalu lama boleh membuatkan mata merah dan bengkak. Tapi , menangis dan mengeluarkan air mata boleh menjadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh dan fikiran. Apakah keajaiban itu?

Dipetik dari Beliefnet, ini dia 7 keajaiban yang anda perolehi setelah menangis dan berair mata:

1. Membantu penglihatan
Air mata terbukti membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.


2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat eye drop tu, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria secara semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95% bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pemegang tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Memulihkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan level depresi kerana dengan menangis, mood seseorang akan pulih kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24% protein albumin yang berguna dalam mengembalikan sistem metabolisme tubuh berbanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan berjaya mengkaji bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosi dikatakan mengandungi racun. Tapi jangan salah faham, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

5. Mengurangkan stress
Macam mana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata dikatakan mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengeratkan hubungan silaturahim
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang mengeratkan silaturahim antara kawan-kawan. Biasanya seseorang yang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan kawan-kawannya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan seterusnya meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

7. Me’rileks’kan perasaan/diri
Semua orang pernah mengalamai perasaan selepas menangis. Walaupun anda didera pelbagai masalah dan rintangan, namun selepas menangis pasti akan me’rileks’kan perasaan dan diri. Selepas menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran anda dengan menangis, jangan dipendam kerana anda boleh menangis sepuas-puasnya tanpa halangan.

Jadi, apa salahnya kalau kita menangis sekali sekala kan ^_^

 
source: facebook-
updatetaksampailimaminitpunya-

Lilypie Second Birthday tickers
 

fiena jaafar ♥ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting