..:: "Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..tetapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia di dalamnya..begitulah dengan kehidupan manusia.. riang ketawa..tetapi ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.. jika kau terasa kecewa, pandanglah ke sungai..airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang..jika kau sedih, pandanglah ke langit..kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.." ::..


Followers

Thursday, April 28

ragam manusia

written by; CikTupaii at 9:06 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Morning Peesp!

Pagi-pagi nih terus ada mood nak ber-blog-ging. Alang kepalang, fna taip something untuk update blof fna lah, hihi. Pagi nih nak citer pasal ragam manusia. Tahu tak itu apa? Of course lah korang semua paham dok. Pasal perangai manusia lah, semuanya tak sama. Betul kata pepatah; "rambut sama hitam, hati lain-lain". Sedangkan rumah agam pun macam-macam, heheh :P Satu bangsa, tapi perangai tak sama, kadang-kadang memalukan nama bangsa je. Tak gitu?

Sejak fna bekerja, banyak jugak ragam manusia fna tempoh, fna tengok. *eh korang, "tempoh" sila sebut dengan betul, nanti jadi maksud lain pulak. ekeh*. Mesti korang ingat fna pegi keje cuci mata kan? Tak lah, smabil keje cuci mata jugak. Bukan tengok pakwe hensem okay, sy dah blok mata sy untuk itu. :) Bermula dari pekerja, sampai lah ke customer. Pekerja ngan sikap diorang, customer pun sama jugak. Ada tu masam muka, ada tu banyak cakap, ada pulak jenis cakap-cakap belakang. Haiah, macam-macam.

Apa yg fna lihat, membuatkan fna takut. Yelah, ngan member ngam sendiri. Boleh pulak lepas cakap tu cakap-cakap belakang dia pulak. Aish, takut kot. Itu lah, banyak orang 'mulut cakap lain, hati cakap lain'. So, berhati-hatilah dalam memilih kawan ye kawan-kawan. Bagi sesetangah orang yg jenis bercerita sana sini tu, kena berhati-hati bila korang bercerita ngan orang-orang macam nih. Fna pun dah tersilap langkah, tapi Alhamdulillah fna tak penah citer lagi apa yg fna tak suka pasal someone kat situ kat dia. Tu fna pendam sendiri lah. Sebab bukan senang kan kita nak buat orang suka kita, dan nak menerima sikap orang sepenuhnya pun kena makan masa yg lama. Hurm..

Hari nih nak ngadap customer lagi, hope tak ada customer yg tergopoh-gopoh karang tak pasal-pasal kena marah lagi. Haip, korang punya pasal lah tak pasal-pasal fna yg kena. Dah lah budak baru, mana ingat semua lagi, tambah-tambah kena hanta sana sini. Situ nak ingat, sini nak ingat mana boleh beb! Bawak bersabar ye, pilih gopoh-gapah cam gitu, macam mana nak jumpa benda berkenan di hati. Be cool man. Tak kan gugup tengok aku kot? haha, :D

Okay lah, mandi dulu. Jap lagi nak pegi keje. lallalllaaaa. *muka mesti nak ceria sentiasa, rahsia aweks muda. hihihi*



Wednesday, April 27

maaf ya.. ^_*

written by; CikTupaii at 12:32 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
as-salam and hye sume

Entry pagi nih fna nak mintak maaf kat followers blog nih atau sapa-sapa yg ad singgah sini. Atas kesilapa fna sendiri yg syok sendiri, hihi. Korang ada mengalami kesukaran membaca entry fna kan? Maaf ye, tulisan kreatif tapi comel sangat, hikhihk. *memang shiok sendiri*

Actually, fna nih memang bertulisan kecik ye kawan-kawan sampai ke blog pun fna terbawak-bawak. Hurm, dari zaman skolah lagi fna memang bertulisan kecik. So, fna anggap ia sangatlah comel, Sebab tu lah kat blog nih pun fna wat tulisan kecik jugak. Nak comel lah katakan.hee

Thanks to diba sebab tegur. Fna ingat tak ada orang nak baca. Lagipun broadband fna tak bape okay lah. Page tak loading abis, so fna ingat okay lah tulisan itu dalam keadaan kecik. Lepas nih fna akan besarkan tulisan ye kawan-kawan. Pada sapa-sapa yg tahap rabun dah meningkat, fna mintak maaf sekali lagi. Hope korang semua enjoy lah baca entry-entry dalam blog nih, mostly berkaitan hidup fna lah.

Okay, bye! T_T

Sunday, April 24

keja la..lalallaaalllaaa

written by; CikTupaii at 12:24 AM 2 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Entry kali nih fna nak membangga diri. Nak bongkak sikit. Skarang nih fna dah keje, macam fna cakap sebelum nih lah. Mula-mula tu memang dapat tentangan lah dari parents fna sebab fna pun baru je disah kan baik, tapi bagi alasan yg dah boring. Memang betul-betul boring pun. Dah lama fna terbongkang kat umah, so dah tiba masa fna berdikari, cari duit sendiri. Haha, berdikari lah sangat, tapi fna pegi dan balik berjemput jugak. Aish!

At last ayah bagi fna keje sebab nak bagi semangat balik kat fna. Lagipun keje yg fna buat mungkin tak akan effect kesihatan fna kot. Macam mana pun skang nih memang berhati-hati sebab doktor cakap nak jadi balik tu ada. Okay, kita berhati-hati. T_T

Nih kira first expirience keje lama lah. sebelum nih, lepas SPM fna ada keje kilang, tapi tak leh tahan. Kesannya, hari tu fna muntah, pening, demam, telinga berdesing seminggu. Mak ngan ayah pun tak paksa fna teruskan keje tu sebab balik tu muka fna pucat sangat-sangat. Dan hari fna stat keje tu sepatutnya OT compulsory, tapi fna disuruh balik, hihih.

Masuk hari nih fna dah 9 hari keje kat kedai kasut Poh Leong. Tapi adalah jugak kena anta kedai sana, kedai sini. Tapi fna tak sukaaa sangattt bila kena pegi mini market. Hurm, ntah apalah dosa fna kat orang-orang sana dilayan begitu sekali. Apa pun, pekerja office sana okay je ngan fna, yg setaraf pulak nak 'ek' ngan kita. Taulah dah lama keje, suka sangat nak cucuk auntie (bini tauke). Sampai hari nih fna berbelah bagi nak teruskan atau behenti. Sian lak kat tauke ngan yg lain-lain sebab diorang layan fna okay dan slalu back up fna. Hope diorang tak terkejut lah kalu tiba-tiba dapat resign letter. heh.

note: tak paham dengan dunia sekarang. Yg muda pulak berperangai lebih baik dan hormat orang. Pepatah melayu berkata; "yg tua dihormati, yg muda dikasihi" tapi dunia sekarang dah pelik. "Yg tua dihormati, yg muda didengki-dengki". Aiseh, apa hal meh??


Saturday, April 23

hapy..

written by; CikTupaii at 11:12 PM 2 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
HAPY BIRTHDAY
HAPY ANNIVERSARY
SELAMAT ULANG TAHUN
SELAMAT HARI MEMPERINGATI
SELAMAT HARI JADI
SELAMAT USIA BERTAMBAH
SELAMAT..SELAMAT..SELAMAT..

Heheh, fna baru sedar yg blog fna nih dah 2 tahun. Tu pun lepas tertengok sticker beday kat bawah. hihi, dah bertambah tahun. Maka dah banyak kesah suka duka fna yg kamu simpan. lalalallla..fna syg blog fna. stawberychoc disini is my online diary. Penerima luahan hati fna yg setia lah. *macam lah blog ada perasaan dan paham!* T_T

written by; CikTupaii at 9:42 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
as-salam dan selamat pagi sabtu

Hey, hey sume. hope sehat-sehat dan chill-chill ya! Dah lama fna tak ber-blogging so tak hairanlah kalu blog nih tak ber-update. Sebelum nih kalu tak update tu memang sebab malas dan tak ada citer, tapi skang fna agak busy lah kawan-kawan. *ntok twitter and fb jarang busy lak, heheh s****** lah katakan (whoops! you already said that..). Itu sume mesti mau follow new story. lalallaallaaaa.. ^_^

Walaupun fna hari-hari ngadap laptop (bngun pagi sblm pegi keje ngadap, bfst dpn laptop, balik rehat, balik keje smpai sblm tido) tapi hati nih tak penah tergerak ntok ber-blogging, hihi. Sory lah pada follower sume. Dan welcome to follower baru. Nati fna terjah blog awak ye. Fna patut ucap thanks kat eiradiana sebab tagged fna join contest kalu tak terus lupa kot pada blog cantek nih. hehe, warna tema lebih kurang sama macam baju fna pkai hari nih lah yunk. =)

Okay lah tu je dulu. Sekadar untuk refresh bakat menaip fna yg lama tak digilap, hahah. Nak pegi keje dulu. Bye sume. Nati fna update lagi ye..(bajet macam artis =D)



Thursday, April 14

written by; CikTupaii at 5:01 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
as-salam and have a nice day

Citer semalam, hari nih baru nak update. Bukan apa, tak ada mood nak meng-update. Tiba-tiba otak pun jadi tepu jugak tak tahu nak taip apa. Hurm, memandangkan emosi pun tak bape stabil sekarang. Fna nak update pasal result pet scan and totally about kesihatan fna lah. Sorry pada yg chat kat fb tapi fna tak reply. Masa tu bukan pasal result nih yg fna pikir. So, mood pun tak berapa ada, jadi sombong sat. Gila sombong kan?

Rabu lepas, bersamaan 13hb April 2011. Macam fna dah cakap sebelum nih, pegi hospital penang untuk check darah and result pet scan 31hb Mac lepas. Dipendekkan citer lah kan, result tu positif. Lymph nodes tak aktif, means that yg fna dah tak ada kanser. Tapi, kemungkinan untuk jadi balik tu memang ada. Macam doktor dah janji sebelum nih, kalu tak aktif just buat follow up jer. Thanks kepada yg mendoakan dan sokong fna tak henti-henti.

Gembira?? Bersyukur lah jugak. Hurm, fna pun tak tahu nak describe macam mana perasaan fna time tu. Sebab dalam kepala nih pikir benda lain. Lebih berat dah problem sebelum nih bagi fna lah. Tak kesah kalu ada yg cakap melampau, sebab mereka tak rasa. So, fna paham. Terasa macam keluar kandang harimau, masuk mulut buaya. Ingat dapat tarik nafas lega, tapi tak. Fna jugak yg cari masalah nih, so nak tak nak kena hadapi jugak. Okay lah, rasa nak menitis lagi air mata nih. Stop dulu. Tsskkkk T_T

Besok nak stat keje. Dengan harapan, bila dah keje dapat lupa sume nih. Harap-harap time keje nati tak nanges lah. hukhurm..

Tuesday, April 12

written by; CikTupaii at 2:06 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Dah lama fna tak update diary sendiri dalam blog nih. Kepada kawan-kawan fna yg follow blog fna, thanks kamu, kamu and kamu. Sebab keep in touch dengan fna walaupun satu hala. Dari sini korang dapat tahu serba sikit pasal diri fna. And sory jugak sebab kadang-kadang jadi sombong, tak masg and tak call. Thanks sebab sokong and doa untuk kesihatan fna tak henti-henti. Kalu tak ada update pasal kesihatan fna tu, or update pasal aktiviti-aktiviti tak sedar diri fna tu, means fna sehat-sehat je lah ye. Nih nak cakap nih, fna tak kesah kalu ada yg baru tahu fna sakit, fna paham sebab kita bukan selalu berhubung pun. Haha, bajet macam artis je.

Hari nih kena prepare kesihatan yg baik untuk besok. Yeah, besok nak pegi hospital penang. Hope just for FBC and tahu result pet scan hari tu je, and no need chemo tomorrow. Amin.. Bangun tido hari nih macam kena sepak je rasa, aisih. Maybe, ah memang sebab mood ntah apa-apa malam tadi. Sorry to birthday boy, hurm. Susahnya nak neutralkan mood fna yg sensitif terlebih dan kadang-kadang melampau. Okay, just take it simple je lah. Ingat; what u give, u get back! So, take it easily. Tutup mata jelah.

Kawan-kawan, mood fna dah kembali neutral. So, tolong jangan spoil-kan mood fna hari nih. Pleaseee.. Fna perlukan mood yg baik. Emosi yg baik menjanjikan kesihatan yg baik. Yeah, sy perlukan kesihatan yg baik untuk besok! Tuan doktor, tunggu sy. Sy nak dengar berita baik je besok, yg buruk-buruk doktor simpan je dalam fail tak perlu keluarkan. Doakan besok resultnya baik saja, and fna boleh senyum bangga dan tarik nafas lega. Amin..

Pesanan ringkas dari fna buat b'day boy itu; Hapy b'day sekali lagi. Hope awak hapy selalu, have a great day. Just what u think it will make u hapy, forget about me. And sorry I have nothing special on your BIG day. Sorry. Good luck for your test!


Monday, April 11

Haruman bunga dan manfaat kesihatan

written by; CikTupaii at 12:42 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Harumannya bukan sahaja menenengkan jiwa malah menceriakan hari-hari anda. Namun, tanpa disedari bunga juga mempunyai nilai kesihatan.

Manfaat yg boleh didapati hasil daripada terapi bunga:

(1) Bunga mawar
    Digunakan dalam minuman untuk mereka yg menghidap penyakit iritasi usus, pundi hempedu, dan masalah pada hati. Air mawar mempunyai aroma yg menenangkan hati. Bunga mawar juga digunakan dalam mandian, ataupun sebagai haruman di dalam kediaman juga boleh merehatkan fikiran

(2) Bunga tahi ayam
    Jangan tidak percaya, bunga yg dikatakan busuk baunya mempunyai khasiat khusus. Kelopak bunga tahi ayam dikatakan digunakan sebagai ubat mencuci mata yg amat bagus. Ia juga digunakan sebagai salap untuk menyembuhkan luka dan geseran putih pada kulit kerana ia bersikap antiseptik

(3) Bunga dandelion
    Tak sangka keindahan bunga warna putih yg berterbangan ditiup angin punya rahisa yg tersendiri. Ia digunakan untuk mengubati anemia dan penyakit kuning serta boleh meneutralkan darah.

(4) Bunga Kamomil (teh bunga)
    Dapat membantu menyingkirkan gas atau angin pada usus, mengurangkan stres, menyembuhkan kulit terbakar (sun burn), masalah iritasi, dan mengatasi sakit perut dan sakit otot.

(5) Bunga kekwa
    Dapat menghilangkan rasa sakit ketika menstruasi, sakit tekak dan tonsil. Jus dijadikan ubat untuk demam. Ia boleh juga mengurangkan bengkak dan kemerahan pada tubuh.

(6) Bunga Matahari
    Bunga matahari dikatakan dapat menceriakan sesiapa sahaja yg melihatnya kerana warna kuning terangnya seakan matahari. Ekstrak bunga matahari boleh membantu meredakan sakit tekak.

Thursday, April 7

Telur tiruan

written by; CikTupaii at 10:23 PM 1 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Telur pun dah ada tiruan. Makanan pun ada tiruan jugak. Adeh! Lepas nih, kena lebih berhati-hati lah dalam membeli barangan dapur. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dakwa telur tiruan beri kesan pada hati, otak manusia. (sumber KOSMO 7April)

Info Telur Tiruan
  • Berbentuk sperti telur gred A tetapi tidak ada rasa selepas dimasak
  • Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur, berbuih dan kelihatan cair.
  • Kuning telur mempunyai warna kuning pekat.
  • Kulit telur tiruan agak berkilat berbanding kulit telur sebenar dan kasar.
  • Apabila digoncangkan, ia akan berbunyi kerana mengandungi air berlebihan daripada bahan pepejal.
  • Apabila digoreng, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
  • Mengandungi asid benzoik (bahan pengawet) menyebabkan kerosakan otak, sel saraf dan penyakit hati.
  • Kalsium klorida pada kulit telur, Alum digunakan sebagai bahan pelembut dan asid amino dijadikan bahan penambah rasa yg memberi kesan kepada sistem saraf, penyakit hati dan saluran darah.
Sumber: CAP

Pocopoco diharamkan

written by; CikTupaii at 10:20 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Korang tahu pasal tarian poco-poco diharamkan? Sius, sy baru tahu. Tu pun mak cakap 2 hari lepas. Mula-mula macam curious lah kenapa nak haram lak? Sedangkan tu satu senaman, kalu nak cakap mengasyik. Masa sy senam robik haru tu ada jugak buat poco-poco. Tapi taklah asyik, segan-segan adalah (hehe, sy pemalu sikit. tak ada bakat menari. badan keras, tu yg segan-segan).

Pastu mak pun explain lah sebab-musabab dia jadi haram. Step poco-poco tu. Ke kiri, ke kanan, ke depan, ke belakang. Cuba korang lukis atas kertas. Sure nampak lebih jelas bentuk apa kan? Okay, first reaksi sy, sy tak lah terima seratus peratus. Sebab bagi sy comman lah pergerakan senaman macam tu kan? Kalu kita wat warming up pun mesti step dia start kanan, kiri, depan dan belakang. Atau pun arah lain yg start dulu, tapi still buat empat-empat arah tu. Tapi bila pikir balik memang lojik jugak tak elok step tu. Ditambah  Mufti Perak sendiri yg cakap tak haram.

Ada yg cakap melibatkan pemuja oh. Wallahualam. Bab-bab hukum-hukum agama nih jangan buat main-main der. Nanti jadi lain pulak. Dah tahu ni, lebih baik jangan buat. Inform-inform lah kat mamber-mamber lain. Dunia dah nak akhir zaman la ni, huhu. For more information, korang boleh mintak tolong pakcik google. hehe =)

Sunday, April 3

DURIAN

written by; CikTupaii at 5:53 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Lepas dah sejuk-sejukkan badan berendam dalam air terjun yg sejuk sangattt. Kami panaskan pulak badan dengan makan durian. Abis 40 hinggit tapi sangat berbaloi dan puas hati. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut makan durian..hee =)

abis sume durian kat gerai nih kena borong. belum cukup tu. ngeh..ngeh..

tengok-tengok dulu lepas tu sini pun borong jugak..hee~

Family Picnic

written by; CikTupaii at 5:46 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Petang yg indah. As-salam dan Salam Satu Malaysia readers!

Plan yg telah diplan semalam oleh adik-adik berjalan lancar pagi tadi. Tak lah awal pagi, tapi sedang-sedang saja kami pegi ke air terjun taman suria. Mak ikut sekali, abang je tak. Kali nih bukan jer berbekalkan baju salin, kami bawak sama bekalan makanan nasi lemak mak masak picnic ke sana.

Yg best kali nih, bukan kami-kami jer yg mandi tapi ayah pun join the club. Kredit to my dad! hehe, ayah excited nak mandi lebih dari kami nampaknya. Ayah lah orang first yg terjun dalam. Hai, hai, lawan anak nampak. Sambil mandi ayah, mak dan adik laki sy tangkap ikan. Dan sambil mandi sy tangkap gambar. T_T Sangat-sangat seronok sebab air tu dalam dan bahaya sikit kalu kanak-kanak mandi tempat kitorang mandi tadi sebab air dia laju. Dengan pengawasan ayah, Alhamdulillah semuanya selamat. sekian. =)

bukan kami jer seronok main air, ayah pun sama. hee ^_*


sangattt seronok main air..yip, yip hooreyy..

termenung teringatkan buah hati yg jauh. ahhahhahhhh =D

MUZIUM [PART2]

written by; CikTupaii at 5:36 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Sambungan entry MUZIUM [part1]. Perjalanan tak sampai berjam dan dengan keadaan jalan yg tak sesak, jam 12.30 kami tiba di Muzium Matang (Kota Ngah Ibrahim). Nih first time jejak kaki ke sana. Agak teruja dan was-was jugak bila tengok keadaan muzium yg nampak uzur sangat. Tapi dalam tu okay jer. Malas nak tekan banyak-banyak, view pic jelah yer.


ni lah rupa muziumnya. nampak antik sangat kan?? tapi dalam lawa beb. so "don't judge a book by it's cover" yer.

patung-patung tu takjub tengok kaki replika gajah tu. ni menunjukkan sejarah lombong emas dan bijih timah dijumpai.

kat muzium nih pun ada jual coklat jugak tapi covernya gambar kota ngah ibrahim. nak cari income lebih kot. kalu pegi try lah beli. sy tak beli pun. just tengok. nama pun datang melawat, bukan nak shopping. hekkk~

depan kamar ngah ibrahim. cantik kamar dia. sangat antikk katilnya. hee. "hey budak-budak, tengok apa tu?"

mereka bergambar dengan abang ensem. sy pun ad gambar berdua dengan BELIAU..auuuww~

nih pulak gambar penjara. kalu tengok depan mesti korang tak perasan patung-patung tu. bilik nih berkunci, tak boleh nak masuk yer!

dengan my sis depan court. ada cc tv. kan best kalu dapat snap pic dalam tu. tehheee T_T
sila jangan tiru aksi ini! sebenarnya tak boleh masuk sampai dalam tu. sy nakal, sebab tu sy buat. hee. SORY!

MUZIUM [PART1]

written by; CikTupaii at 4:59 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
SABTU; 2 APRIL 2011

Sy dan adik-adik dengan bantuan driver paling mahir dalam rumah bergerak ke Muzium Taiping. Kira nih lawatan kali kedua kami ke sana. Tujuannya sebab adik sy yg bakal menduduki PMR tahun nih nak cari pasal MPT untuk folio sejarahnya. Pegi dengan harapan dapatlah maklumat yg hendak dicari.

tiga myvi berderet, putih-hitam-merah. suka, suka! yg merah nih matching ngan baju sy pakai hari nih. kalu ad myvi kaler lagi bertambah-tambah suka.

ambil gambar kat gerabak keretapi sebelum masuk dalam muzium. T_T

adik dan ayah sy.. ♥


mereka berdiri di hadapan kubur batu purbakala dari Sungkai Perak.

 

Malangnya, info yg ingin dicari bukan di sana. Tapi dia just nak gambar bangunan MPT saja. Aish, lain kali cakap lah jelas-jelas. So ktorang pun bergerak meninggalkan muzium untuk ke bangunan tersebut yg beberapa meter je. Masa kat muzium, kami tertarik untuk pegi ke Muzium Matang. Ayah pun setuju nak bawak. Lepas snap pic bangunan MPT kami ke sana. Next entry sy upload okay.

nih lah yg dicari sebenarnya. Bangunan MPT.
bergerak ke Muzium Matang pulak. kita jumpa di sana.. ^_*

Bila lama-lama nanti jemu

written by; CikTupaii at 12:58 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Petang tadi, sambil bersantai diluar rumah sambil tengok budak-budak main bola di padang, sy bersembang dengan mak. Mulalah mak bercerita itu dan ini sambil memberi nasihat beliau.

Mak cakap jangan kawen muda, kalau perempuan tu takpe lah. Dalam umur 20 lebih tu dah boleh kawen, tapi awal sangat dalam belasan tak sesuai. Pasangan muda tak elok kawen awal, nanti cepat sangat jemu. Tambah-tambah bagi golongan lelaki. Mulalah nanti baru kawen bape tahun dah cerai-berai. Hurm, terpikir jugak. Bagi golongan yg "alim-alim" tu kan diorang kawen awal. Malas nak komen banyak, kita kurang makan garam lagi. Mereka-mereka tu pun tak sama macam sy nih. Jauh panggang dari api. Bukannya baik mana pun sy.

Ditambah lagi dengan nasihat mak, sebelum kawen tak elok selalu jumpa. Nanti bila kawen cepat jemu. Sebab tu orang tua-tua dulu tak bagi jumpa-jumpa sebelum kawen. Betul jugak, orang dulu-dulu kekal lamanya. Sedangkan sebelum kawen tak lah bercinta bagai nak rak macam orang sekarang. Aish, tekena batang hidung sendiri. -Muhasabah diri-

Memang lumrah hidup macam tu kan, mula-mula semua best. Lama-lama, yg best semua rasa dah tak bape best. Hope jodoh sy dan awak kekal dan jangan jemu-jemu dengan sy. hee ^_*

Friday, April 1

Giveaway: MUMMY NAK KASI GIFT LAGI!!!!

written by; CikTupaii at 11:17 PM 2 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

Dapat tag dari Amiera Hilton lagi. Thanks darl! BeLog MumMy DaNny nak bagi gift kat 20 orang follower beliau yg dipilih secara rawak. So sy tagged eira diana, ain yusof, fizza, ajaatyne, and aqma nadira. Gudluck untuk Mummy dan korang yg ditagged. Jom cepat-cepat join!

written by; CikTupaii at 4:32 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
PET scan; 31 March 2011

Hari yg dinanti-nantikan, dan hari dimana sy terpaksa berdiet sampai 2 hari, perut sentiasa lapor dan paginya hanya sarapan 3 keping roti kosong dan air masak (bagi kes sy). Diet tu sebab untuk kurangkan gula dalam badan. Doktor cakap dalam ubat nati ada gula jugak. So nak elak gula terlebih. Nati ubat tu tak dapat detect sel kanser kalu gula dalam badan lebih. Rugi masukkan ubat yg mahal tuh. Actually nih first time sy buat PET scan dan sy memang mengharapkan result yg positif, positif dan positif.

Tepat pukul 10 pagi sy sampai di Jabatan Nuklear Hospital Penang. Wah, nuklear tuh, sy yg mula-mula dengar dulu pun terkejut. Mana taknya, nuklear tu kan bahaya. Lepas dah pegi sana, melalui beberapa prosedur di sana, so sy dah paham kenapa jabatan tu dinamakan JABATAN NUKLEAR, hurm. As usual, bila kita pegi mana-mana pun mesti nak kena register dulu, nasib sy baik pagi tu, tak perlu nak kenalkan diri sebab nurse di situ dah kenal. EH, eh boleh pulak dia cam walaupun sebelum nih just bercakap dalam fon je. Mungkin sy sorang je kot pesakit perempuan berusia awal 20-an hari tu.

Dipendekkan citer, mula-mula sy dan ayah diberi sedikit briefing pasal PET scan nih oleh doktor J****** (nama beliau sy tak engat lor). Tuan doktor explain lah serba sedikit pasal PET scan, prosedur dan tanya beberapa soklan mengenai sakit sy dan latest report ct scan sy hari tu. PET scan lebih berkesan dari CT scan sebab dia boleh detect sama ada sel kanser tu aktif ke tak. Untuk kesan sel tu, ubat yg mengandungi RADIOAKTIF dimasukkan ke dalam badan pesakit. Ubat tu akan pergi ke sel barah yg ada dalam badan, kalu tak ada sel barah maknanya ubat tu takkan singgah mana-mana, means terus keluar jer.

Kata doktor tu, bengkak (mungkin sel barah) masih ada dalam badan sy dan berdasarkan report, saiz dia tak mengecut compare CT scan yg kedua. Kemungkinan bengkak tu takda apa-apa sebab bengkak berkemungkinan tak surut sebab baru lepas chemo, atau dan kemungkinan jugak bengkak disebabkan ada jangkitan kuman dan berkemungkinan bengkak tu bukan sel kanser kerana dia ambil masa sikit untuk surut. Sebab tu PET scan dilakukan bagi patient yg dah banyak kali buat CT scan untuk pastikan yg bengkak tu bukan sel kanser yg aktif.

Lepas tu, sy disuruh menunggu di bilik 4 dulu untuk buat line kat tangan dan tukar baju. Alhamdulillah, just cucuk sekali je untuk dapatkan line yg cun, hee. Lepas tu sy di bawak ke bilik berehat. Duduk bilik tu sorang-sorang, ayah pulak kena tunggu kat bilik 7 (bilik menunggu). Sedih jugaklah duduk dalam bilik wad tu sorang-sorang. Apa lagi nak buat, tido jelah sementara nak tunggu ubat tu sampai pukul 1.30 nati. Lama kan? Ubat tu dari KL, so lama lah nak kena tunggu.

Pukul 1.30, ubat tu dimasukkan dalam badan sy, dan disuruh rehat lagi selama sejam. Untuk prosedure seterusnya sy disuruh buang air kecil, ini memang prosedur yg perlu pesakit buat. Tak kira macam mana pun, mesti kena buang jugak. Selama setengah jam sy duduk dalam bilik scan tu. Nih first experience masuk dalam mesin scan yg satu badan tu. Mula-mula masa nak dimasukkan sy bukak mata sebab nak tengok apa yg sy bakal lalui. Tapi doktor suruh tutup mata sebab diorang nak on laser. Cepat-cepat tutup mata lepas dengar laser. Walaupun mata tertutup, sy tetap nampak cahaya terang masa lampu on. Letih jugak lah sebab dalam tu tak tenang, disebabkan tak boleh nak tido dalam tu dan perut dah mula buat hal.

Prosedure akhir, check out wad. Terkejut jugak dengar perkataan WAD, tamau lah dok wad. tapi rupa-rupanya just kena potong nama jer, sebab diorang daftar wad mula-mula sebagai backup kalu jadi apa-apa. Lega sangat bila semua dah settle. 

AWAS: Dalam tempoh 24 jam bahan radioaktif dalam badan sy aktif dan bagi scan nih kanak-kanak dan ibu mengandung dilarang untuk datang sama. Perlu minum banyak air untuk mempercepatkan bahan radioaktif keluar dari badan dan sekiranya membuang air, perlu flash banyak kali kerana bahan radioaktif mungkin membahayakan orang lain.

Lilypie Second Birthday tickers
 

fiena jaafar ♥ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting