Telur pun dah ada tiruan. Makanan pun ada tiruan jugak. Adeh! Lepas nih, kena lebih berhati-hati lah dalam membeli barangan dapur. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dakwa telur tiruan beri kesan pada hati, otak manusia. (sumber KOSMO 7April)
Info Telur Tiruan
Info Telur Tiruan
- Berbentuk sperti telur gred A tetapi tidak ada rasa selepas dimasak
- Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur, berbuih dan kelihatan cair.
- Kuning telur mempunyai warna kuning pekat.
- Kulit telur tiruan agak berkilat berbanding kulit telur sebenar dan kasar.
- Apabila digoncangkan, ia akan berbunyi kerana mengandungi air berlebihan daripada bahan pepejal.
- Apabila digoreng, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
- Mengandungi asid benzoik (bahan pengawet) menyebabkan kerosakan otak, sel saraf dan penyakit hati.
- Kalsium klorida pada kulit telur, Alum digunakan sebagai bahan pelembut dan asid amino dijadikan bahan penambah rasa yg memberi kesan kepada sistem saraf, penyakit hati dan saluran darah.
Sumber: CAP

1 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |:
hati hati makan telur.hohho
Post a Comment
Drop your comment here