..:: "Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..tetapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia di dalamnya..begitulah dengan kehidupan manusia.. riang ketawa..tetapi ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.. jika kau terasa kecewa, pandanglah ke sungai..airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang..jika kau sedih, pandanglah ke langit..kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.." ::..


Followers

Monday, April 11

Haruman bunga dan manfaat kesihatan

written by; CikTupaii at 12:42 AM
Harumannya bukan sahaja menenengkan jiwa malah menceriakan hari-hari anda. Namun, tanpa disedari bunga juga mempunyai nilai kesihatan.

Manfaat yg boleh didapati hasil daripada terapi bunga:

(1) Bunga mawar
    Digunakan dalam minuman untuk mereka yg menghidap penyakit iritasi usus, pundi hempedu, dan masalah pada hati. Air mawar mempunyai aroma yg menenangkan hati. Bunga mawar juga digunakan dalam mandian, ataupun sebagai haruman di dalam kediaman juga boleh merehatkan fikiran

(2) Bunga tahi ayam
    Jangan tidak percaya, bunga yg dikatakan busuk baunya mempunyai khasiat khusus. Kelopak bunga tahi ayam dikatakan digunakan sebagai ubat mencuci mata yg amat bagus. Ia juga digunakan sebagai salap untuk menyembuhkan luka dan geseran putih pada kulit kerana ia bersikap antiseptik

(3) Bunga dandelion
    Tak sangka keindahan bunga warna putih yg berterbangan ditiup angin punya rahisa yg tersendiri. Ia digunakan untuk mengubati anemia dan penyakit kuning serta boleh meneutralkan darah.

(4) Bunga Kamomil (teh bunga)
    Dapat membantu menyingkirkan gas atau angin pada usus, mengurangkan stres, menyembuhkan kulit terbakar (sun burn), masalah iritasi, dan mengatasi sakit perut dan sakit otot.

(5) Bunga kekwa
    Dapat menghilangkan rasa sakit ketika menstruasi, sakit tekak dan tonsil. Jus dijadikan ubat untuk demam. Ia boleh juga mengurangkan bengkak dan kemerahan pada tubuh.

(6) Bunga Matahari
    Bunga matahari dikatakan dapat menceriakan sesiapa sahaja yg melihatnya kerana warna kuning terangnya seakan matahari. Ekstrak bunga matahari boleh membantu meredakan sakit tekak.

0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |:

Post a Comment

Drop your comment here

Lilypie Second Birthday tickers
 

fiena jaafar ♥ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting