..:: "Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..tetapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia di dalamnya..begitulah dengan kehidupan manusia.. riang ketawa..tetapi ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.. jika kau terasa kecewa, pandanglah ke sungai..airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang..jika kau sedih, pandanglah ke langit..kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.." ::..


Followers

Showing posts with label family ♥. Show all posts
Showing posts with label family ♥. Show all posts

Wednesday, November 21

tahniah | result UPSR

written by; CikTupaii at 9:57 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Tahniah adik atas kejayaan 4A1B, B Bahasa Inggeris. Bagi akak, tu dah cukup membanggakan, usaha adik selama nih dah ada hasil. Even tak capai target adik, tapi Alhamdulillah dah dengan result tu. akak doakan semoga lebih diterangkan hati, berjaya capai cita-cita.

dapat tau result nih dari ayah, msg tanya ayah sebab belom ada sape inform sy pasal nih.  tapi petang semalam adik sendiri msg bagitau result dia dan tuntut hadiah. as long result adik lebih dari akak, hadiah InsyAllah akan disediakan ikot kemampuan.

Ikot plan nak bagi hadiah novel remaja y macam dear yayah tu. combine semua novel dia sebab adik suka baca novel. tapi petang semalam adik sendiri request nak novel y macam akak slalu baca. oke, selamat tak beli lg. boleh lah lepas nih pergi cari novel y best ntok adik.

hari tu kuar ad jugak usha-usha novel. adalah novel y tertarik tapi just tengok sebab pikir skg tade masa nak melayan novel. tengok blog pun tak ber-update kan. heee *macam busy sangat :P* pasnih beli kat adik boleh lah tumpang sepasang mata. hahaha *gelak mengiring* ish, mcm tak ikhlas je kan. LOL

pesanan buat adik *kot-kot lah pasnih ada terbukak blog akak nih* blaja rajin-rajin, jangan give up kalau tak capai target. next time usaha lagi. bersyukur dengan rezeki dia bagi ye. kalu boleh, nati sambung blaja course lain ye. kat umah tu so far empat orang adik beradik kita dah amik engineering. Mechanical ada, civil ada, elektrik pun ada. adik jadi doktor jelah. hahaha *suka-suka jekan request*


#langkahpertama ; asingkan duit ntok peruntukkan hadiah :D

Sunday, May 27

study week

written by; CikTupaii at 8:01 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

Tamat sudah sesi kuliah, maka bermulalah study week. Study week tak boleh nak balik sebab ada assignment nak kena anta dan se lagi test y bakal menjelma.  Jadi! sedang mencari mood nak study, ekehkeh :P

Langkah pertama. Jadual lab y tertampal di dinding perlu di remove


tukar dengan jadual 'final exam' pulak. Harus lah buat jadual y comel-comel bagi mood study tu datang. Alahai mood =,="

Tarrraaa.. comey tak?? dah buat jadual comey harap-harap rajin lah pasnih and boleh score y terbaik for final bakal tiba.

Sunday, May 13

selamat hari ibu, mak! =)

written by; CikTupaii at 3:43 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
supposed tulis entry nih semalam, tapi letih dah kuar siang tu hold dulu ingat before midnight tapi lebih masa lah pulak. Terlena lepas telan ubat pening. Tadi cakap kat rumate gurau ngan dia cakap fina tak sambut hari ibu sebab tak ada ibu. Fina sambut hari emak je sebab ada MAK! dan dia sambut hari umi sebab dia ada umi.. heee,  *suka menyimpang*

Catatan hari Mak tahun nih;

akak tak ad kek tahun nih sebab akak jauh, kalu dekat akak nak beli tiap-tiap tahun. Mungkin cara tu je akak mampu balas selain buat baik dan dengar nasihat mak. Bila cakap pengorbanan ibu tu besar, melahirkan kita, akak tak nampak sume tu dulu. Sebab tu akak suka lawan cakap mak, protes apa tak betol bagi akak. Tapi masa sakit dulu akak nampak betapa besar pengorbanan mak dan ayah. Cukup besar sampai akak terpikir mampukah akak jaga mak dan ayah macam mak dan ayah buat masa tu.

Sunday, May 6

kacau jiwa

written by; CikTupaii at 6:18 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Masuk hari ke tiga, keadaan diri tak terurus, hura-hara dan serabut yang amat.. *yaa ampunnnn. seyes serabut sampai keadaan serabai dan sekejap je boleh terurus* JIwa kacau tak abis lagi, semalam dah sembang lama ngan mak pun masih tak okay. Time sembang rasa "fuhh, lega" tapi lepas dah abis, Ya Allah dah macam orang beranak 5. Mak aku pun okay lagi.

Macam banyak menda nak kena wat *macam je la* tapi satu pun tak siap. Nak study rc, baru tengok notes "huaaa" nguap mcm mulut boya, nak siapkan lab report lain jadinya lab sangkut 50%. Nak wat BSM, nih kes berat 66 sebab tak tersentuh. Asal masa free tak dapat diisi ngan benda berfaedah, tengok muve, tido, sembang-sembang, tapi semalam no chatting sebab gunung berapi tunggu masa nak meletus. Nak nanges aje. Makk ngan ayah tak bagi balik. Kalu dapat restu kompom dah lari balik nih walaupun dapat cuti kejap.

Dan sekarang, dengan jayanya mengahbiskan masa dengan ber-chatting. Macam mana keje nak siap cik fiena oii, ku khabor kang kat mak ko. Terasa macam nak off je semua, tanak ada sape pun datang bertandang wat masa sekarang. Tapi malam tadi mak dah cakap nak call lagi, tak boleh lah off kang melepas pulak nak cakap ngan mak tersayang. Dan bila sebut mak, teringat kenangan semalam. HAHAS lawak ke der apelah mak nagn adik laki sesatunya buat semalam. Paling kelakar nasihat cinta dari adik "baik bercinta dengan orang utan, tak lah sakit hati". alang.. alang.. *bajet dah hebat sangat soal cinta le tu* :P

Hebat jugak penangan bertubi-tubi Jumaat lepas smpai hari nih hidup meroyan.. ha..haadoi. Letih dah gini. Semangat mna kau! ke mari..kemari.. ku seru kau semangat. Gila down abis kena begitu. Memang keadaan sedang parah da kali ke 10 ak dengar lagu "I NEED  DOCTOR". Boleh tak nak tukar jadi "I NEED MY SPIRIT" I'm abt to lose ma mind.. u've been gone for so long.. I need a doctor, call me a doctor.. to bring me back to life.. T__T


Friday, May 4

fina - menangis lagi ..

written by; CikTupaii at 10:43 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Nama tajuk lagu tu macam kena je ngan mood hari nih *bukan macam tap MEMANG*. Tengah hari tersorok, terlindung dan segala macam "ter" y seangkatan dengannya dapat sorok rasa sebak hati. Air mata menitis lagi, tak ada kaitan dengan soal cinta sebab kini ku BAHAGIA. Tapi berkaitan dengan salah aku. Kalu aku kat tempat org tu mesti aku rasa y sama. Tapi aku akan consider lagi, just think positive and be positive. Mungkin dia wat semua tu sebab ambil berat pasal kami dan salah seorangnya aku.


Sunday, December 25

hujan di hati masih tak berhenti ..

written by; CikTupaii at 3:12 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
akhirnya malam nih aku menangis ..
aku pun tak mahu begitu ..
dah lama bertahan , dan malam nih tak tertahan ..
dan terpaksa ku taip di sini ,
bukan nak buat orang menyampah ,
nak tulis tangan , risau pulak mr 'chocstrawberry' basah ..
banyak kenangan tersimpan kemas di situ ..
maaf entry ini mengganggu kalian ,

dah dua minggu rasa nak balik rumah je ,
tapi , keadaan membuat aku berpikir beribu - ribu kali untuk balik ..
nak balik ke tidak , sampai malam nih masih berpikir ..
perasaan berbelah bahagi ,


mak , akak rindu mak ..
malam jumaat tu mak call , akak hapy tambah hiba ,
bila mak tanya balik tak bulan 12 nih ?
akak nak cakap nak balik , tapi belum cukup senang nak balik rumah lama
ada keje yang belum disiapkan ,
pesan mak , fokus belajar dulu , buat akak lagi rasa sebak

ayah , msg ayah setiap pagi buat akak lagi rasa nak balik
dah lama tak bergurau ngan ayah
anak ayah dah gemuk tau , dah tak kurus cam dulu
bak kata ayah, sesuai ngan tinggi akak
akak mintak maaf kalu msg kita dah tak serancak dulu
nati akak topup no maxis tu , kita msg lama - lama lagi okay

gegurls , akak rindu kat korang sangat ..
dah lama tak bermanje ngan korang ,
cari pasal ngan korang ..
peluk - peluk korang ..
nati balik kita tengok running man sama -sama  okay

hey my lil bro , ape citer skang ..
dengar citer wat keje part time ,
keje - keje jugak , jangan yang bukan - bukan ..
nati balik , balanje lah kitorang ye .. heee
lama tak cari gaduh ..

hello my bro .. how r you ??
hurm, segan ah nak cakap ..
tiba - tiba rindu nak bertikam lidah ..
nak pinjam myvi tu , nak bawak ! brani ??
nati bulan satu simpan duit banyak -banyak ..
orang nak balik nati blanje lah okay ,
blanje lebih sikit bulan tu ..

okay , sy sangat rindu mereka semua ..
lately tengok pokok , ad peluang pegi cakap - cakap ..
tengok pokok teringat mak dan ayah ..
sebab , mak yang berusaha keras menyemai pokok tu untuk dibawa ke sini
sebab , ayah selalu msg akan tanya ' pokok hidup tak akak ? '
risau betul mereka bila tak makan daun tu ..
ikhtiar kan .. Insyallah akak kat sini sihat mak ayah .
selagi akak kuat , sakit akak , akak simpan sendiri .
akak tak nak mak ayah risau macam dulu ..
Alhamdulillah , so far tak sakit macam dulu cuma ad lah sakit sikit -sikit ..
mungkin letih .. doa mak dan ayah sentiasa akak harapkan ..

hope tak ada pape jadi , mungkin ini hanya perasaan rindu ..
i really miss my family .. (crying)

Monday, November 28

alahai pokok -.-''

written by; CikTupaii at 10:25 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
baru lepas pegi men-conform-kan keadaan pokok yang ditanam hari. baru semalam perasan yang pokok tu dah lain dari mula ditanam dulu. bukan makin membesar ye, tapi tak ada daun. waktu tanam dulu memang boleh nampak clear lah dari tingkap bilik. tapi sejak berminggu lalu agak susah nak detect tempat pokok tu di tanam. dan kelmarin tengok tinggal batang je daun hilang, tu pun ada jugak batang yang tercabut. time mengemas folder dalam laptop semalam baru sedar yang pokok tu 'tak hidup bahagia' dah. tu pun lepas terpandang gambar yang ditanam dulu. aish! -.-'' kesian kau yer pokok.

kalu tak percaya mari sini fina tunjukkan bukti kat kome sume.



nih la pokoknya. gambar diambil selepas tanam 13-Nov-2011 yang lalu. cantik je kan nampak. siap berpagar lagi. nih lah hasilnya, hasil bantuan ex-roomate fina. kalu fna tanam, seminggu lepas tanam tak kan nampak gini lagi, kompom dah makin layu. tapi seminggu jugak lah fina dapat tengok pokok tu dalam keadaan macam nih, huhu.

dan sekarang, pokoknya dah tak macam tu dah. tengok gambar bawah nih,


gambar nih baru di ambil tadi dalam pukul 9:00 lebih (28-Nov-2011). tak sama dah kan macam dulu kan. nampak macam 'hidup segan, mati tak mahu kan' ?? sedihnya. nak cakap tak cukup air, tak sempat nak pegi siram, hujan dah turun. nak cakap tak cukup cahaya, dah tanam kat luar bilik dah. nak cakap ada bintang makan, walallahhualam tak tengok 24 jam. nak cakap orang kacau pun tak berani jugak, karang fitnah pulak. so pasrah jela. terus menunggu dengan harapan tumbuh subur.. dah cakap kat ayah, ayah cakap sabar jelah. tunggu, kalu jadi makan balik, kalu tak, takpe lah. nak buat macam mana kan. sorry mak dengan ayah, selama nih akak tau siram pokok je. sebab tu akak slalu tolong siram pokok. petik-petik pucuk ubi kayu, ulam-ulam reti la, tanam dan jaga memang tak reti. #_#

hurm, mungkin ada yang tertanya tu pokok apa kan? jujur fina tak tahu nama dia. fina panggil daun ubat je. pokok nih ada sorang akak cina kat tempat fina keje dulu yang bagi. sebab dia tau fina sakit so dia pun bagi. sangat bersyukur tau dapat pokok nih, yelah. korang mesti kenal cam mana 'pe'el' orang cina kan? diorang nih susah sikit nak berkongsi dengan kaum lain. masa akak tu bagi fina pun dia cakap kalu orang lain dia tak kan bagi. sebab dia kenal fina je dia bagi. apa-apa pun terima kasih buat akak tu.

dari cerita dia, pokok tu dapat mengelakkan penyakit dalam badan dan boleh jugak sembuhkan penyakit. cerita dia lagi ada kawan mak dia breast cancer, makan daun tu. pas beberapa tahun check dah tak ada dah sel kanser tu dalam badan dia. mengamalkan makan daun nih pun boleh wat badan sentiasa sihat. cara makannya, 3 or 5 helai pagi-pagi sebelum makan apa-apa. kunyah dan telan. lepas bape minit baru minum air kosong. seklai lagi sebelum tido, cara yang sama jugak.

so, fina pun tertarik lah nak cuba. ikhtiar kan?? tak salah kalau nak cuba, percaya tu tak lah sebab dalam hati nak ikhtiar je. dan sekarang, fina dah stop makan sebab stok bawak hari tu dah abis. daun pun bukan boleh simpan lama-lama. layulah nati. pokok tak berdaun lagi. alasan dapat elak makan. hi hi hi

Sunday, April 3

DURIAN

written by; CikTupaii at 5:53 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Lepas dah sejuk-sejukkan badan berendam dalam air terjun yg sejuk sangattt. Kami panaskan pulak badan dengan makan durian. Abis 40 hinggit tapi sangat berbaloi dan puas hati. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut makan durian..hee =)

abis sume durian kat gerai nih kena borong. belum cukup tu. ngeh..ngeh..

tengok-tengok dulu lepas tu sini pun borong jugak..hee~

Family Picnic

written by; CikTupaii at 5:46 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Petang yg indah. As-salam dan Salam Satu Malaysia readers!

Plan yg telah diplan semalam oleh adik-adik berjalan lancar pagi tadi. Tak lah awal pagi, tapi sedang-sedang saja kami pegi ke air terjun taman suria. Mak ikut sekali, abang je tak. Kali nih bukan jer berbekalkan baju salin, kami bawak sama bekalan makanan nasi lemak mak masak picnic ke sana.

Yg best kali nih, bukan kami-kami jer yg mandi tapi ayah pun join the club. Kredit to my dad! hehe, ayah excited nak mandi lebih dari kami nampaknya. Ayah lah orang first yg terjun dalam. Hai, hai, lawan anak nampak. Sambil mandi ayah, mak dan adik laki sy tangkap ikan. Dan sambil mandi sy tangkap gambar. T_T Sangat-sangat seronok sebab air tu dalam dan bahaya sikit kalu kanak-kanak mandi tempat kitorang mandi tadi sebab air dia laju. Dengan pengawasan ayah, Alhamdulillah semuanya selamat. sekian. =)

bukan kami jer seronok main air, ayah pun sama. hee ^_*


sangattt seronok main air..yip, yip hooreyy..

termenung teringatkan buah hati yg jauh. ahhahhahhhh =D

MUZIUM [PART2]

written by; CikTupaii at 5:36 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Sambungan entry MUZIUM [part1]. Perjalanan tak sampai berjam dan dengan keadaan jalan yg tak sesak, jam 12.30 kami tiba di Muzium Matang (Kota Ngah Ibrahim). Nih first time jejak kaki ke sana. Agak teruja dan was-was jugak bila tengok keadaan muzium yg nampak uzur sangat. Tapi dalam tu okay jer. Malas nak tekan banyak-banyak, view pic jelah yer.


ni lah rupa muziumnya. nampak antik sangat kan?? tapi dalam lawa beb. so "don't judge a book by it's cover" yer.

patung-patung tu takjub tengok kaki replika gajah tu. ni menunjukkan sejarah lombong emas dan bijih timah dijumpai.

kat muzium nih pun ada jual coklat jugak tapi covernya gambar kota ngah ibrahim. nak cari income lebih kot. kalu pegi try lah beli. sy tak beli pun. just tengok. nama pun datang melawat, bukan nak shopping. hekkk~

depan kamar ngah ibrahim. cantik kamar dia. sangat antikk katilnya. hee. "hey budak-budak, tengok apa tu?"

mereka bergambar dengan abang ensem. sy pun ad gambar berdua dengan BELIAU..auuuww~

nih pulak gambar penjara. kalu tengok depan mesti korang tak perasan patung-patung tu. bilik nih berkunci, tak boleh nak masuk yer!

dengan my sis depan court. ada cc tv. kan best kalu dapat snap pic dalam tu. tehheee T_T
sila jangan tiru aksi ini! sebenarnya tak boleh masuk sampai dalam tu. sy nakal, sebab tu sy buat. hee. SORY!

MUZIUM [PART1]

written by; CikTupaii at 4:59 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
SABTU; 2 APRIL 2011

Sy dan adik-adik dengan bantuan driver paling mahir dalam rumah bergerak ke Muzium Taiping. Kira nih lawatan kali kedua kami ke sana. Tujuannya sebab adik sy yg bakal menduduki PMR tahun nih nak cari pasal MPT untuk folio sejarahnya. Pegi dengan harapan dapatlah maklumat yg hendak dicari.

tiga myvi berderet, putih-hitam-merah. suka, suka! yg merah nih matching ngan baju sy pakai hari nih. kalu ad myvi kaler lagi bertambah-tambah suka.

ambil gambar kat gerabak keretapi sebelum masuk dalam muzium. T_T

adik dan ayah sy.. ♥


mereka berdiri di hadapan kubur batu purbakala dari Sungkai Perak.

 

Malangnya, info yg ingin dicari bukan di sana. Tapi dia just nak gambar bangunan MPT saja. Aish, lain kali cakap lah jelas-jelas. So ktorang pun bergerak meninggalkan muzium untuk ke bangunan tersebut yg beberapa meter je. Masa kat muzium, kami tertarik untuk pegi ke Muzium Matang. Ayah pun setuju nak bawak. Lepas snap pic bangunan MPT kami ke sana. Next entry sy upload okay.

nih lah yg dicari sebenarnya. Bangunan MPT.
bergerak ke Muzium Matang pulak. kita jumpa di sana.. ^_*

Monday, March 21

mandi air terjun [part2]

written by; CikTupaii at 12:56 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
as-salam and morning!



selamat hari isnin semua! okay nak citer pasal semalam. perancangan untuk mandi air terjun sekali lagi terlaksana jugak. walaupun berlari sikit dari perancangan asal. ikutkan nak pegi pagi, tapi tak jadi atas sebab malas nak bangun awal plus engatkan lil bro sy betol-betol pegi main bola. *sigh*

lepas pegi kenduri tengah hari tadi, tunggu azan zohor masuk. rasa macam lambat pulak azan zohor hari nih. hari nih anak-anak en jaafar dan pn harishah pecah rekod. lepas abis azan jer terus solat. kalu selalu, liat betol jenuh kena paksa. ish2, not good! lepas siap jer terus masuk kete, selamat baju dah siap awal-awal. semangatkan kitaorang? mana tak nya, excited nak mandi.

hari nih orang ramai picnic kat situ. meriah mak ngah tempat tuh. nasib kami baik, port semalam takda orang. so, malas nak cari port baru, terus terjun jer. yeah, kita serang! best, best, best. air sejuk menggigit tulang. kali nih pegi dalam sikit. tapi kena naik pastu sebab hujan makin lebatt. tak best! agak puas jugak lah compare dengan semalam. nati boleh ajak pegi lagi, heee~

nota: teringat kenangan masa picnic ngan budak-budak syeksen dulu, huhu. T_T

Saturday, March 19

mandi air terjun [part1]

written by; CikTupaii at 11:29 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

sebelum pegi kenduri siang tadi, ada lah mengayat-ayat mak mintak nak mandi air terjun. mak pun suruh bawak baju spare untuk pegi nati. ktorang apa lagi, laju jer mintak ayah bukak balik pintu nak masuk amik baju. hip..hip..hoorey. mestilah ktorang hapy bangat! dalam hati was-was jugak. takut tak jadi. tapi apa-apa pun lebih baik sediakan payung sebelum hujan kan. nati tak lah nyesal tak sudah. tak gitu?

lepas pegi kenduri tadi, memang betul-betul jadi pegi mandi air terjun. ayah tanya lah air terjun mana. kalu tanya sy confirm tatau mandi mana. cakap pancing terkejut pulak nati, hehe. so, my lil bro cadang mandi kat mana ntah. tatau lah nama tempat. kalu dari taiping. behenti lampu isyarat depan penjara pegi terus jer. tapi kalu dari kamunting belok kiri.

bila berjalan ngan mak dan ayah. biasalah loving couple tuh. ada-ada jer nak bertekak. bila ditegur mesti mak cakap; "bukan bergaduh, tapi berbincang". ahha, ktorang gelak-gelak jer. dah masak dengan perangai mereka. tak kesah lah janji dapat mandi. dipendekkan citer, tadi dapat mandi sat jer. antara sebab-sebabnya. satu, hari hujan. so mak ajak balik takut demam. dua, sebab lama sangat nak parking kete. bab nih lawak sikit. penat ktorang tunggu nak turun. dah elok-elok parking jap gi sorang tuh suruh parking sana. sana-sini, last-last buang masa. tiga, cari port nak berendam plus main air. dah elok-elok pegi situ. mak pulak tak bekenan. ajak pegi sana, balik situ balik. aish, memang buang masa lagi.

memandang tak puas lagi mandi tadi. so, besok kitorang plan nak pegi lagi. punyalah excited siap dah masuk baju dalam beg. tadi tiba-tiba lil bro cakap tak jadi ikut, sebab besok lawan bola. alaa, tak bestlah! dah pujuk-pujuk pun tapi tak berjaya. takpe, kitorang akan cuba jugak penuhkan misi besok. ayah sporting mesti bawak punya. 

jum-jum main air, best! -_*

sangat berbahagia, sampai tamau balik walaupun hari dah hujan, hee

nota: balik tadi drive dari aulong ke rumah. yes, pemanduan berjalan lancar, better dari sebelum nih. tapi geram nak gigit kat pemandu lain. bila kat simpang jer, mesti nak hon-hon. sy dah lah jenis darah gemuruh. sabar-sabarlah. tak nampak ke "P" tertampal, bukan nak betapa kat simpang tu. nati orang kuar lah. kepada pemandu-pemandu yg dah pro, janganlah macam tu ye. kesian kat kami-kami nih yg baru nak bertatih, huhu. pesanan ikhlas dari penaja.

kenduri

written by; CikTupaii at 11:01 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
as-salam and evening readers.


okay, hari nak story sikit. memandangkan badan agak sehat, dan suda tidak melakukan chemo. so, sy sangat kuat berjalan-jalan. dari semalam sangat excited untuk pegi kenduri. ahha, doktor belum confirm-kan lagi sy sehat sepenuhnya actually. tapi buat masa nih sy dah stop chemo atas sebab-sebab tertentu yg membuatkan tuan doktor mem-stop-kan chemo sy untuk sementara. yeah! sangat-sangat hapy!

hari nih sy pegi kenduri kawen anak cekgu sekolah lama sy. cekgu azhar. haa, ada jugaklah cekgu-cekgu lama sy yg sy nampak. cuma, yelah dah lama. so segan nak tegur ditambah masa sekolah doktor burhanuddin dulu sy tak femes mana pun. wedding kat dewan perbandaran taiping, bunyi cam meriah mak ngah je kan? tapi simple-mimple jer. walaupun simple, tapi sy tengok meriah sebab ramai tetamu. 

hehe, kalu cakap pasal makan. tip-top lah menu-menunya. selain nasi minyak yg berlaukkan gulai daging, dangin masak rendang, ayam masak merah dah acar buah. di selitkan jugak dengan pulut kacau, cendol pulut dan yg paling best, laksa! time dengar laksa tu memang dan kecur air liur. sedap jugak lah walaupun tak se-tip-top laksa penang masakan mak. sy makan laksa dua mangkuk. hehe, tak malu kan? budak nih hantu laksa, so jangan hairan ye korang. kredit to ayah and alang sebab tolong amikkan laksa. ^_-

nota: besok kita pegi kenduri lagi. woot..woot.. yippe.. -_*

Wednesday, March 16

ke library taiping

written by; CikTupaii at 10:06 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |


semalam ke library taiping, macam yg sudah plan nak teman dia cari buku pasal MPT. tapi tak jumpa lah. so, ktiorg cuci-cuci mata tengok buku lain. hurm, tak banyak sangat berubah library compare lima tahun dulu. terdetik hati nak wat kad, tapi tak jadi. sebab dia nak 3 keping gambar. malas lah nak tangkap gambar baru, nak cuci lagi bagi. diorang. lagipun terasa macam rugi wat kad, sebab setiap setahun kena renew RM6. pegi pun bukan selalu. so, sy decided untuk matikan saja niat murni tu.

masa kat library, tatau kenapa ak jadi hyper aktif sikit. nak kata salah makan ubat, rasanya juz makan vitamin jer. pantang jer nampak ruang sepi takda orang, mulalah sy gatal-gatal tangan hulur hp mintak tangkap gambar. keh3, gedik kan? time kat meja pun sambil sibuk belek-belek buku, sy sibuk tangkap-tangkap gambar. bukan pe, rakam kenangan, kot-kot pasnih takda peluang dah nak jejak kaki kat sana lagi. nak cakap nih, dalam banyak-banyak buku sy belek semalam, sy teruja tengok buka "tokoh-tokoh wanita di Malaysia". tapi tak abis baca, ramai sangat tokohnya. layan jelah pic-pic kenangan sy di sana ye sambil-sambil tu boleh tengok muka cik fina sekarang, heee =))

penipuan semata-mata, ikikkikk..

mencari buku yg best..heee

muka sy nampak pucat tak? ramai orang tegur nampak pucat. (pic nih sy tak edit apa-apa)

jangan tiru aksi ini, SILA DIAM semasa di library, heee


Sunday, January 16

problem dah settled!

written by; CikTupaii at 9:13 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

salam dan selamat pagi!

awal betul update hari nih. alhamdulillah, problem dah settled! semalam berkira kira tamau tido. cik mata pun sangat berat ntok lelap semalam. segar bugar jer. cuba berjaga sampai pagi sambil mendengar lagu semata mata tamau terlepas peluang mintak maaf kat ayah. tapi last last ntah kul berapa ntah tetido. pagi tadi terjaga sat, sebab terkejut ada orang campak bantal atas katil. tapi cik mata sangat berat ntok dibuka. cuba bukak skit, tapi tak nampaklah sape gerangan orang itu. sambung tido balik dengan lenanya sebab cik mata memang letih sangat.

terjaga skali lagi. kali nih gagahkan diri bukak mata jap. mak kejut minum susu lah, kita kenalah minum kan? kan? sambil minum sy tutup mata. mata mau tido lagi, ngantuk sangat die sebab cuba berjaga semalam. cian die, sy berdegil nak jaga die jadi mangsa. sy tak nak terlepas peluang mintak maaf kat ayah lah. okay, susu dah abis. bagi cawan kat mak terus tido. ngantuknyer..tapi pas 5 minit camtu, cik mata tiba tiba jadi segar bugar. alamak, macam dah cerah jer! tengok hp, dah kul 7.15. terlepas nak mintak maaf, dah lah hari nih ayah keje 24 jam. sok pagi lah kau dapat jumpa ayah kau fna.

decided msg je lah. anta msg simple jer, janji maksud sampai. lama jugak, slalu ayah laju jer balas. tapi lega "ayah dah maafkan akak dah, tapi jangan wat lagi". okay, akak janji akak tak wat lagi. i'm promise! cik mulut yg nakal, sila take note okay! tangan dan hati dah berjanji tak nak wat lagi. awak jangan nakal nakal dah cik mulut, kalu tak pecaya sila tanya cik mata yg menjadi saksi. lega dah bler masalah besar nih dah settle. mulut pun dah pot pet pot pet tadi, heee. bler mood kau tak okay, diam macam tunggul. bler okay mood kau, mulut macam murai. nasib lah korang adik adik dengar akak korang nih membebel. i kan suka bebel bebel nih..heee~ =)

dah boleh bernyanyi nyanyi riang..lalallllaaa... =))


suhh jauh jauh 15 january 2011

written by; CikTupaii at 12:37 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

12:17, masuk hari, hope stat ngan mood baru. ntah pe kena ngan semalam. hangin satu badan, asal tak kena skit jer, nak hangin. tahniah buat en iblis laknatullah sebab berjaya buat sy jadi anak derhaka. derhaka ke? hope taklah sampai tahap tu. ko mesti gelak guling guling kan? sius, benci gler gler ngan ko. sory ayah terkasar malam tadi. akak tak sengaja. ngah stress cum tension, ayah datang bergurau mesti nak wat akak ceria, tapi akak terlepas hangin kat ayah. sory.. lum mintak maaf lg nih, nati lah mintak maaf, lum terasa sejuk sangat lagi nih. yes! sy patut mintak maaf pagi nati. kot kot tak sempat nati, bnyak dosa bawak mati nati, adeh!

okay, sume serba tak kena pada hari bertarikh 15 january 2011. band tarikh nih! banyak nanges nanges, skit skit nak nanges. banyak marah marah, skit skit nak marah. banyak makan, dah makan malam pun makan lg pastu. maybe tak boleh mengemas kot. yelah, slalu tension mengemas, tapi bukan larat dah nak wat keje keje tu skang nih. lagipun isnin nak wat kimo yg delay isnin lepas. badan tak boleh diberikan bebanan. hari nih masak nasi goreng pun lain dr selalu. nasi ngan sayur sama banyak. kalu boleh sume sayur ko nak masukkan fna. boleh pulak kau lupa letak garam. slalu kau minum teh, malam nih kau minum nescafe balik fna oi. not gud for ur healthy. slalu kau tak basuh pinggan malam malam sejak sakit, malam nih abis sume kau basuh. hurm.. spechless ntok beberapa jam tadi.

dan tadi sangat sangat memerlukan seseorang to talk. awak, sy perlukan awak tadi dan skang. fna tak nak cakap banyak, skit jer sebab bler fna nak luahkan pasal malam tadi fna tak boleh nak cakap banyak. yg fna boleh wat nanges banyak banyak. tapi fna tatau camne nak stat cakap ngan awak, awak macam bz sangat. alahai, jahatnya mulut. kalu lah boleh tarik balik pe yg sy cakap tadi. sumpah, taknak dah wat camtu kat ayah. hope sempat mintak maaf ngan ayah. ya ALLAH bagilah peluang ntok ak mintak maaf sebelum KAU ambil nyawaku..amin..


Monday, January 10

ajl!

written by; CikTupaii at 12:33 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

malam nih, menghabiskan masa bersama family menonton ajl25. memang meriah lah rumah nih, tapi lepas kul 11 sume dah mula diam. hehe, bukan pe, sok skolah. adalah yg sudah terbang ke bulan. *sigh* agak tak suka ngan result ajl 25.  *dikeraskan di situ!* tapi nak wat camne kan, dah orang lebih pakar yg wat keputusan. pape pun thumbs up kat pengacara pengacara ajl25 nih; ally iskandar, faizal ismail dan cherryl. *ejaan nama tu kalu salah harap maaf!*. korang memang best! lebih best dari ask dulu.

persembahan terbaik; faizal tahir - hanyut
vokal terbaik; hafiz - noktah cinta
tempat ke 3; hafiz - noktah cinta
tempat ke 2; black&meet uncle husien- drama king
tempat pertsma; ana rafali - tolong ingatkan aku.

pleaseee..tolong sedarkan aku yg ana rafali yg menang. sius, tak suka! tak best jer persembahan die, nyanyi pun tak best. haha, lawak lah faizal. boleh die wat kering jer. apa die cakap "shut up not shut up (diam tak diam)" haha! okay, shut up not shut up *meniru percakapan fbi* dah kul 12 lebih. perlu tido sok nak ke penang for next chemo. =)


Wednesday, January 5

ragam masuk skola 3#

written by; CikTupaii at 8:55 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |


esok adik sy daftar skola teknik,
petang tadi mak cakap,
sok kita pergi..
aik,, kemusykilan di situ..
kenapa pulak kita??
sapa yg nak daftar nih..

-noktah-


Saturday, January 1

ragam masuk skola

written by; CikTupaii at 9:56 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

satu-satu-satusatu, bersamaan hari sabtu. lagi dua hari nak stat sesi persekolahan semula. maka macam macam adik adik sy yg masih bersekolah nih. yg sorang macam nih, sorang tu macam tu pulak.

ragam satu: adik bongsu suh tulis nama kat buku

adik: kenapa tulisan kecik sangat? mesti cikgu adik tak nampak. tengok spoloh kali baru leh baca. haha, (gelak besar nih budak). boleh besarkan sikit tak? 

*amboi, best lak wat request. bab bab besarkan tulisan nih agak payah lah. sebab dah biasa ngan tulisan* 
sy: nak wat macam mana, dah memang tulisan kecik dari dulu. tak retilah nak bagi besar adik.

adik: tulah cuti bukan nak menulih. asyik tulih kat fb, kan tulisan tak boleh bagi besar. 

*wah, wah, best betol mengomen budak nih*
sy:  nih besar tak? kita guna marker lah.

adik: tamau! besar sangat nati. adik tengok macam makin kecik ada lah. haha

sy: takpelah, suh lah cikgu pakai kanta pembesar. haha,


ragam dua: balut buku

hadeh, lagi dua hari nak g skola baru nak balut buku. apa lak kaitan akak ngan buku buku korang.


macam macam lah budak nih. nak beli tu lah, ni lah. itu, ini tapi kat akak diorang ni lah yg diorang ngadu pun. dah macam mak diorang lak. belum bukak skola lagi nih. okay lah, nampak macam penting skit, hee~
selamat kembali ke skolah adik adik ku!


-noktah-


Lilypie Second Birthday tickers
 

fiena jaafar ♥ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting