Morning Peesp!
Pagi-pagi nih terus ada mood nak ber-blog-ging. Alang kepalang, fna taip something untuk update blof fna lah, hihi. Pagi nih nak citer pasal ragam manusia. Tahu tak itu apa? Of course lah korang semua paham dok. Pasal perangai manusia lah, semuanya tak sama. Betul kata pepatah; "rambut sama hitam, hati lain-lain". Sedangkan rumah agam pun macam-macam, heheh :P Satu bangsa, tapi perangai tak sama, kadang-kadang memalukan nama bangsa je. Tak gitu?
Sejak fna bekerja, banyak jugak ragam manusia fna tempoh, fna tengok. *eh korang, "tempoh" sila sebut dengan betul, nanti jadi maksud lain pulak. ekeh*. Mesti korang ingat fna pegi keje cuci mata kan? Tak lah, smabil keje cuci mata jugak. Bukan tengok pakwe hensem okay, sy dah blok mata sy untuk itu. :) Bermula dari pekerja, sampai lah ke customer. Pekerja ngan sikap diorang, customer pun sama jugak. Ada tu masam muka, ada tu banyak cakap, ada pulak jenis cakap-cakap belakang. Haiah, macam-macam.
Apa yg fna lihat, membuatkan fna takut. Yelah, ngan member ngam sendiri. Boleh pulak lepas cakap tu cakap-cakap belakang dia pulak. Aish, takut kot. Itu lah, banyak orang 'mulut cakap lain, hati cakap lain'. So, berhati-hatilah dalam memilih kawan ye kawan-kawan. Bagi sesetangah orang yg jenis bercerita sana sini tu, kena berhati-hati bila korang bercerita ngan orang-orang macam nih. Fna pun dah tersilap langkah, tapi Alhamdulillah fna tak penah citer lagi apa yg fna tak suka pasal someone kat situ kat dia. Tu fna pendam sendiri lah. Sebab bukan senang kan kita nak buat orang suka kita, dan nak menerima sikap orang sepenuhnya pun kena makan masa yg lama. Hurm..
Hari nih nak ngadap customer lagi, hope tak ada customer yg tergopoh-gopoh karang tak pasal-pasal kena marah lagi. Haip, korang punya pasal lah tak pasal-pasal fna yg kena. Dah lah budak baru, mana ingat semua lagi, tambah-tambah kena hanta sana sini. Situ nak ingat, sini nak ingat mana boleh beb! Bawak bersabar ye, pilih gopoh-gapah cam gitu, macam mana nak jumpa benda berkenan di hati. Be cool man. Tak kan gugup tengok aku kot? haha, :D
Okay lah, mandi dulu. Jap lagi nak pegi keje. lallalllaaaa. *muka mesti nak ceria sentiasa, rahsia aweks muda. hihihi*

0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |:
Post a Comment
Drop your comment here