..:: "Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..tetapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia di dalamnya..begitulah dengan kehidupan manusia.. riang ketawa..tetapi ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.. jika kau terasa kecewa, pandanglah ke sungai..airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang..jika kau sedih, pandanglah ke langit..kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.." ::..


Followers

Monday, January 10

kelesuan berkaitan dengan kanser

written by; CikTupaii at 2:28 AM

Apakah kelesuan berkaitan dengan kanser?

Boleh menyebabkan seseoran lemah dan hilang minta dalam aktiviti harian dan masyarakat. Kelesuan ialah kekurangan tenaga harian yg memberi kesan ke atas setiap aspek kehidupan seseorang. Boleh disebabkan oleh penyakit itu sendiri, rawatan perubatan seperti kemoterapi, radiasi dan pembedahan.

Tidak berkaitan dengan aktiviti fizikal atau boleh dipulihkan dengan tido yg mencukupi. Jika menghadapi kanser dan mengalami kelesuan, jangan bimbang kerana bukan anda sorang mengalaminya. Kebanyakan pesakit kanser mengalami kelesuan dan ini merupakan kesan buruk utama rawatan kanser. Kelesuan juga menjadi salah satu kesan sampingan kanser yg paling sering diabaikan dan yg paling kurang dirawat.

Apa yg menyebabkan kelesuan berkaitan kanser?

* Anemia                    * jangkitan
* kerisauan               * pengubatan
* kemoterapi             * loya atau muntah
* kemurungan          * radiasi
* demam                     * pembedahan
* ketumbuhan

Cara mengetahui sama ada kelesuan?

* kepayahan menaiki tangga atau berjalan jarak jauh
* kepayahan untuk memberi atau menumpukan perhatian
* sesak nafas selepas aktiviti ringan
* kepayahan untuk melakukan tugas mudah; memasak, membersih atau mandi
* tidak boleh melakukan aktiviti harian sebanyak yg biasa
* keinginan untuk tido yg lebih
* percakapan yg perlahan
* perasaan ingin menangis atau kemurungan
* kepucatan atau menggigil

Cara mudah mengurangkan kelesuan.

* dapatkan rehat yg cukup
  - tido awal dan bangun lambat
  - jangan lawan kelesuan
  - elakkan dari meminum kafeina di waktu petang

* rancang dan wakilkan aktiviti
  - cuba kekalkan rutin harian tetap yg berpatutan tetapi jangan berasa anda mesti mengekalkan aktiviti kehidupan normal
  - hadkan dan utamakan aktiviti
  - terima pelawaan kawan atau keluarga untuk membantu melakukan kerja harian

* uruskan tekanan anda
  amat penting untuk menguruskan tekanan di dalam kehidupan. Ambil masa untuk berfikir dan singkirkan ketegangan.

* diet seimbang

* teruskan kehidupan sosial
  hadkan kehidupan sosial untuk menyimpan tenaga, tetapi  amat penting melakukan perkara dalam kehidupan harian yg membuatkan anda gembira.

* bersenam setiap hari
  -rancang untuk melakukan sedikit senaman setiap hari
  - pilih satu aktiviti anda gemari; mengayuh basikal, berjalan, berenang
  - berbincanglah dengan doktor tentang jumlah dan tempoh senaman yg bersesuaian untuk anda.

Anggapan salah tentang kelesuan.

Ramai pesakit mendapat maklumat yg salah tentang keadaan dan rawatan yg boleh didapatkan. Antara anggapan salah yg biasa adakah tiada apa yg boleh dilakukan oleh doktor dan kelesuan adalah sesuatu yg pesakit harus tempuhi tanpa dapat menanganinya.

Fakta mengenai kelesuan.

kini terdapat pengubatan yg diberi nama erythropoietin untuk anemia berkaitan dengan kanser. Boleh meningkatkan sel darah merah yg mengurangkan anemia dan mengurangkan kelesuan berkaitan dengan anemia. Diet, pemakanan, senaman, vitamin dan pemakanan tambahan mineral serta pengubatan mungkin efektif untuk melawan kelesuan.

0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |:

Post a Comment

Drop your comment here

Lilypie Second Birthday tickers
 

fiena jaafar ♥ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting