..:: "Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..tetapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia di dalamnya..begitulah dengan kehidupan manusia.. riang ketawa..tetapi ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.. jika kau terasa kecewa, pandanglah ke sungai..airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang..jika kau sedih, pandanglah ke langit..kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.." ::..


Followers

Saturday, April 21

tanda-tanda 100 hari sebelum hari kematian

written by; CikTupaii at 12:34 AM
As-salam and good day ...

Baru lepas tengok citer tanda - tanda 100 hari sebelum hari kematian . Dapat dari rumate ( anis ) sebab tertarik dengan tajuknya . Citer yang berjaya wat air mata menitis dan sedih walaupun tengok sambung - sambung atas sebab tertentu . Mesti takut dan sedih bila kita dapat rasa yang hari kematian kita sudah dekat . Memang menyentuh jiwa bila tengok citer dengan babak-babak memang cukup touching bagi aku dan memberikan kesedaran . 

Dapat rasa kesedihan watak tu teringat masa sakit dulu , memang terasa nyawa tu dah dihujung tanduk dah . Memang sedih masa tu sebab rasa cukup ke amalan selama nih , dah bersedia ke . Dalam citer nih dia compare - kan tanda - tanda yang dirasai oleh orang yang beriman dan tidak .

Tanda - tanda 100 hari sebelum hari kematian :

100 hari - selepas waktu Asar terasa seluruh badan dari hujung rambut ke hujung kaki menggeletar . Bagi orang yang beriman dia akan merasakannya , tapi bagi yang tidak, tidak merasainya disebabkan kelalaian. Mungkin nih salah satu sebab kot tak elok tido pas Asar . Sebab tanda - tanda tu lepas waktu Asar .


40 hari - sesudah waktu Asar bahagian pusat terasa berdenyut - denyut , sehelai daun yang tertulis nama hambanya akan gugur dari atas Arash Allah S.W.T. lalu daun itu akan disambut oleh malaikat maut yang mula mengekori pemilik nama itu sepanjang masa dimana jua . Mungkin terjadi malaikat memperlihatkan wajahnya sekilas kepada hambanya yang dikehendakinya nescaya kebingunganlah hamba itu seketika .

7 hari - petanda ini diberikan kepada hamba - hambanya yang diuji dengan kesakitan sebelum mati secara tiba - tiba hambanya yang sakit menjadi berselera untuk makan sedangkan sebelum ini dia tak berselera hendak makan .

3 hari - terasa denyutan dibahagian tengah dahi . Ketika ini juga mata hitam tidak bersinar lagi . Bagi yang sakit hidungnya akan perlahan - perlahan melurut jatuh , telinga juga akan layu seolah - olah hujungnya masuk ke dalam . Manakala tapak kakinya yang terlanjur beransur - ansur bengkok ke depan dan sukar diluruskan .

1 hari - Sesudah Asar terasa denyutan dibelakang ubun - ubun  yang mana memberi alamat kepada hambanya yang dia tak akan bertemu Asar sekali lagi keesokan harinya .

( Input dari cerita ini )

Meh nak citer sikit part - part yang menyentuh hati perempuan nih . ( sebenarnya semuanya terasa sedih . Tak caya se korang tengok sendiri )

part 1 :  dia ( Akhbar nama watak ) nasihatkan anak - anak dia lepastu anak laki dia sebutkan 3 amalan yang tak terputus bila mati . dan bila anak dia sebut y terakhir " anak y soleh y mendoakan kedua ibubapanya terus dia cakap " harap-harapnya anak-anak abah akan mendoakan abah bila abah dah mati nati" .. tskkk , bukan isteri je tersentuh, anak-anak dia pun tersentuh .. ;(

part 2 : bila si suami pesan kat isteri dia " kalau abang pergi dulu abang tanak anum meratap - ratap macam nih , meronta - ronta macam nih depan jasad abang . dan abang jugak berjanji tak akan buat benda y sama kalu anum pergi dulu dr abang. "

part 3 : bila ayah dia balik dengan keadaan letih . Isteri dan anak-anak dia dapat rasa kelainan pada abah diorang . Teringat ayah , kalu tengok ayah tak sihat macam letih mensedih , risau semua ada . Dalam kepala akan pikir macam mana kami ayah tak ada . Ayah akak syg ayah , rindu .. ;(

part 4 : dia bawak anak laki dia pergi belajar uruskan jenazah . Masa balik tu pesan kat anak dia kalau dia mati dia nak anak dia uruskan .. tskkk ;(

part 5 : bila tengok dia setiap malam beribadah. Wat ibadah sunat . Mesti sedih dan takut bila dapat rasa ajal kita dah tiba  Dan mesti risau amalan tak cukup lagi .. ;(

part 6 : part isteri dia berdoa . dia dapat rasa suami dia akan pergi .. 

part 7 : bila hari terakhir malam tu dia nak pergi kerja . Lama dia tatap anak-anak dan isteri dia . dan anak-anak dan isteri dia pun terasa lain terutama isteri dia . nampak berat je dia nak pergi malam tu dan isteri dia nak lepaskan di pergi .. ;(

part 8 : anak dia berlari nak uruskan jenazah dia sebab tu amanat ayah dia . menitis air mata tengok anak kecil tu urusankan jenazah ayah sendiri dan boleh uruskan macam ayah dia mintak . [ dan terus teringat mak selalu pesan kat kami supaya uruskan jenazah mak bila dia tak ada nati .. ;( ]

part 9 : bila tengok isteri dia tahan nangis sebab ingat pesan dan janji dia kat suami dia pastu isteri ngan anak-anak cium jenazah . [ teringat masa arwah tok meninggal . aku satu-satunya ahli keluarga y ada y tak cium arwah . sebab masa tu tak boleh tahan langsung air mata sampai demam lah hari itu . memang rapat ngan arwah sebab dr lahir arwah y jaga. dan bila ingat arwah ak mesti nangis sbb tak dapat cium arwah kali terakhir .. ;( ]

part 10 : masa bos dia meninggal . diorang terlibat dalam kemalangan sama-sama . tapi disituasi bos dia , depan jenazah orang-orang y ada boleh sibuk bincang pasal dunia , bisnes semua . Memang sedihkan bila kita dah tak ada orang masih sibuk ngan dunia .

part 11 : bila isteri bos dia marah anak dia pakai tudung . ish , macam hape je jerit . macam nampak hantu .. =.="

Actually banyak lagi babak yang sedih . Tapi nih lah antaranya . sedihnya sampai orang datang ak tak layan sangat . Uh, tahan air mata dan terasa macam nak skip kelas petang tadi pun ada . konklusinya , tengok lah citer nih . Banyak moral dalam citer nih .

#opss.. entry terpanjang pulak .. terima kasih pada yang sudi baca sampai abis . Point penting tanda-tanda tu je, tapi amik peluang skit pomot citer .. hehehehe =)

0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |:

Post a Comment

Drop your comment here

Lilypie Second Birthday tickers
 

fiena jaafar ♥ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting