mari-mari kita pakat baca ramai. take note ye sume!
SATU: percintaan tidak jujur. kompon-kompom lah tak jujur kan? dah curang dengan bini sendiri. kalu ada masalah pun, better settle kan dulu, bukan pegi cari orang lain. dah sah-sah masih berbini. kalu dia tergamak menipu bini dia yang dah bertahun-tahun dikahwini, so tak mustahil suatu hari nanti anda juga menjadi MANGSA. renung-renung kan...
DUA: mengkhianati perasaan wanita lain. apalah ertinya menjadi wanita sekiranya anda tidak memahami perasaan wanita lain (tiru ayat dari sumber). bermain cinta dengan suami orang lain sama je macam tak hormat dan kasihan pada kaum sendiri. ce bayangkan kena kat batang hidung sendiri. ape perasaan anda?? best tak?? INGAT, jika hari ini anda mengambil hak orang lain maka suatu hari nanti anda mungkin merasai derita yang ditanggung oleh mereka. #_#
TIGA: hubungan yang membosankan. mana tak nya, hubungan tu nak kena rahsia, tidak bebas dan terbatas. dan kadang-kadang akan rasa bimbang takut diketahui dan tempat-tempat yang dikunjungi tidak menarik. yelah, nak rahsiakan kannn dari terKANTOI.
EMPAT: terpaksa menanggung kesalahan. jangan sampai dicopkan sebagai 'wanita penggoda' ye. yelah, manusia nih susah nak ngaku kesalahan masing-masing. kalu ada je salah, mesti nak salahkan orang. dunia..dunia..
LIMA: teman dikala sunyi. hurm, tak terasa ke macam jadi teman diorang dikala diorang kesunyian dan keboringan. yelah, tak semestinya diorang tak kan rasa hapy dengan family diorang. lepas diorang dah dapat apa diorang nak, diorang mesti balik semula kat family diorang dan tunaikan tanggungjawab seperti biasa. jangan jadi bodoh ye.
ENAM: cinta tanpa komitmen. seorang lelaki yang mendakwa tidak bahagia dengan perkahwinan yang dibina merasa diri cukup bertuah bila memperoleh seorang kekasih. terasa diri diberi perhatian, belaian dan layanan yang mungkin tidak lagi diberi oleh isteri sendiri. mungkin ye! sepanjang masa dia menyatakan bahawa dia bahagia berada disamping anda tetapi INGAT, itu hanyalah ungkapan yang lahir dibibir sahaja. biasanya 'ayat power' ini diucapkan bagi mendapatkan cinta serta apa yang diinginkan saja. USAH TERTIPU DENGAN SANDIWARA YANG DILAKONKAN SEHEBAT AARON AZIZ.
hurm aku belum berkahwin lagi. so ini sebagai peringatan buat diri sendiri dan juga kaum hawa di luar sana ye. mintak jauh lah dari benda-benda gini. mari kita sama-sama menjaga perasaan kaum sendiri. ^__^
:: mode :: malam nih agak kasar, so fina menggunakan perkataan 'aku' dan beberapa perkataan yang agak kasar. otak aku tidak waras sekarang. maaf disitu T__T ::
source: majalah wanita,
orang penah pesan kat ak ; 'biar market rendah, janji tak amik hak orang. boleh bahagia ape. DIA maha mengetahui.. '
orang penah pesan kat ak ; 'biar market rendah, janji tak amik hak orang. boleh bahagia ape. DIA maha mengetahui.. '


0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |:
Post a Comment
Drop your comment here