Namaku Shahfina . Orang panggil fina . Tapi suka eja dengan ejaan ‘fiena’ . Bila ber – msg pulak, suka taip ‘fna’ je bukan apa jimat space. Sejak teknik baru mula dengan panggilan nih dan sampailah skarang . Masa sekolah rendah dulu sampai form one , kawan – kawan kat sana kalau tak panggilan nama penuh diorang panggil ‘ina’ . Skang nih ada lagi kawan – kawan kat kl tu panggil dengan panggilan tu . Dulu cukup tak suka orang panggil ‘fina’ sebab mengaitkan aku dengan sorang senior nih yang bernama ‘fina’ jugak . Disebabkan perangai dia yang tak berapa nak berkenan so aku tak suka bila orang panggil nama tu dekat aku . Tambah pulak , bila diorang sebut nama tu confirm memang ingat kat budak tu .. Tapi skarang , nama tu yang aku suka guna . heee
Okay .. okay .. stop citer pasal aku .
Actually bukan nak citer pasal nama aku pun . nak citer pasal novel yang baru aku baca dalam tempoh cuti sem nih “ Namaku Bedah ” hasil karya Ikmal Shah . Pendapat aku tu novel remaja lah kot sebab citer- nya tak lah berat sangat .Disebabkan novel nih lah aku tertarik nak buat entry “Kerana Nama” hehehe.. Sini aku bagi synopsis novel nih mungkin ada yang belum baca .
Synopsis :
Nama watak dalam citer nih Bedah . Bedah binti Bedul . Nama gabungan mak ngan arwah ayah dia tanda cinta diorang , diorang namakan satu –satu puteri diorang tu dengan nama Bedah ( gabungan Bedul dan Hamidah ) . Bedah nih cantik , bijak kalaua orang tengok dia mesti tak percaya nama dia Bedah . Yelah , rupa cantik tapi nama macam tu . ( mengikut dalam novel la ) Sebab malu dengan nama tu Bedah nih nak tukar nama dia , tapi mak dia tak izin sebab nama tu kira lambing cinta dia kat arwah suami nih . Memandangkan Bedah bakal melanjutkan pelajaran , dia usahakan jugak tukar nama dia sebab nak mendaftar kat kolej nati dengan baru tanpa pengetahuan mak dia .
Berjaya jugak dia menukar nama ‘Bedah’ tu kepada ‘Puteri Anis’ . Tapi last – last terbongkar jugak nama sebenarnya lepas dia mengalami accident masa menyertai larian apa ntah , tak ingat . Bila dia sedar , dia menyesal dan dia guna balik nama ‘Bedah’ tu .
*kalau nak tahu lebih lanjut , bacalah novet tu ! ^_+
Kesimpulannya di sini , nama yang menarik tu penting . tapi biarlah bermakna . So , aku ambil pengajaran dari cerita nih . Pasnih ada anak kena bagi nama yang sesuai mengikut peredaran zaman dan semestinya ada maksud yang baiklah . Pasnih tak ada lah anak aku nak sibuk – sibuk tukar nama . Tak gitu ? So far ada dah nama yang berkenan untuk baby boy and baby gurl nati .. he he he ^^ (berangan lebih .. maafkan sy )
Notes : Pemberian nama itu Penting ! ( learnt from novel ‘ Namaku Bedah ‘ ) . Lambat post sebab masalah tak boleh online ;)

0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |:
Post a Comment
Drop your comment here