..:: "Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..tetapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia di dalamnya..begitulah dengan kehidupan manusia.. riang ketawa..tetapi ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.. jika kau terasa kecewa, pandanglah ke sungai..airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang..jika kau sedih, pandanglah ke langit..kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.." ::..


Followers

Friday, June 13

Nota | #1

written by; CikTupaii at 12:52 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Kalau rasa nak hidup kau. Tak nak diganggu, kononnya. Hidup dalam dunia y kau sorang saja ada. Bebas buat apa saja tanpa fikir orang y dekat dengan kau masa tu. Hentikanlah niat untuk beri komitmen pada sesiapa. Sebab sebenarnya kau tak ready lagi.

Kalau terkutik rasa dihati pada seseorang simpan saja. Sampai masa. Kau ready untuk berkongsi hidup kau dengan orang lain, baru kau luahkan. Sebab hidup degan komitmen dengan orang lain perlu ada rasa 'memahami' selain berkongsi. Bukan saja kau perlu menerima. Tapi perlu memberi jugak.

Sampai bila nak orang paham kau saja tanpa kau paham orang lain. Paham?

Gangguan emosi lepas terlihat 'sesuatu'. -_________-

Wednesday, March 5

#1 | 2014

written by; CikTupaii at 12:47 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Hidup nih kalau tak diuji tu tak namanya kehidupan lah. Budak sekolah pun ada ujian. Heh

Ujian tu tanda sayang. Allah tak uji umatNya atas kemampuan. Ce check [2:286]. Bertabahlah. Sabar. "Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang y sabar"-2:155. #PeringatanBuatDiri

Mungkin Dia rindu nak dengar rintihan kita. Dia hadirkan ujian y boleh buat kita dekat dengan Dia. Check balik connection kita dengan Dia. Cenggini  ▁▂▃  ke cenggini ▁▂▃▄▅ ??

Jom #AuditDiri

Sunday, March 31

konsep | suka dan sayang

written by; CikTupaii at 2:39 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |


Suka dan sayang dua perasaan yang berbeza maknanya. Pagi tadi tarik langsir nampak bunga kat luar tingkap. Tiba-tiba jadi paham konsep suka dan sayang yang penah baca sebelum nih yang diberi gambaran dengan menngunakan bunga.

Bila tengok bunga sekuntum yang dah mula tumbuh balik, terus tersenyum. Sebab baru-baru nih pokok tu dipotong sebab dah makin tinggi abis semua bunga yang menceriakan pagi sy terpotong sekali. Dalam hati rasa suka tengok bunga tu kembang, mekar. Dan dalam masa yang sama, rasa sayang untuk dipetik.

Betol! sayang dan suka tu berbeza. Kaitkan dengan kehidupan manusia, kalau sayangkan seseorang lebih baik perhati dari jauh dan dalam masa yang sama doakan dia. Kalau suka perasaan tu akan cepat hilang. Macam bunga, kita petik sebab suka nati lama-lama layu kita buang bunga tu.

Bahasa mudahnya rasa suka akan cepat hilang dan rasa sayang itu buat kita cuba membuatkan yang terbaik. Doakan kebaikan untuk dia dan susah untuk dihilangkan. Renung-renungkan dan selamat beramal.

(ku kirimkan doa buat kau disana, moga diberikan kebaikan buat kita bersama. Amin..)

Friday, February 22

Blogging | jenguk-jenguk blog sendiri

written by; CikTupaii at 2:52 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Fuuhhhhhh.... *tiup dengan penuh semangat*

kalu nih bilik mesti dah penuh sawang. haiihhh.. dah tak rajin nak blogging skang. so skang sy banyak menghabiskan masa dan menghupdate tumblr. rasa lebih mudah. short blog n gambar-gambar. sesuai kot ntok post gambar-gamabr sebab skang dah tak rajin nak story. more to post picture n short post. ngeeee

dah masuk hari ke5 semester baru. rasanya sem nih mcm banyak sangat buku code nak kena bawak g klas. memerlukan beg lebih besar nampaknya. teman baru?? still kawan-kawan sedia ada, rumates yang masih meneruskan perjuangan, dan ehem, 'kawan' y masih setia mendengar segala luahan ketidakpuasan hati ini, rungutan, bebelan, memberi semangat. okey, terima kasih semua, terima kasih awk jugak.

azam semester baru? hope dapat result y lebih cemerlang daripada semester lepas, In sya Allah semoga dipermudahkan. 4 subjek harus score lebih baik daripada sem lepas. Hopefully result lebih gempak bak hang.haha.

Dah start merindui family dirumah. baru 6hari babe balik Gambang. :P

Saturday, January 19

PERBUALAN | BOIFREN VS KAWEN

written by; CikTupaii at 7:05 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
SITUASI 1

me : *sedang best gelakkan org*
friend: fina sape pakwe ko?
me: *diam*
friend: fina nih kalu nak bg diam senang je, tanya je sape pakwe dia
me: hahahah *dalam hati: oke!* :P


SITUASI 2

him: nati kazen sy kawen, pastu kawan sy pulak kawen..
me: *baru nak bukak mulut*
him: awak bila pulak??
me: erkk~ *diam! dalam hati: belom sempat tnya dia, dia dah tnya kita dlu. aik, bukan dia ke y mula topik nih dlu*

*DIORG NIH KANNN.. dah tau bab2 nih orang lemah, y tu jugak nak disoalkan..nasib badan..  =="

origami | lily

written by; CikTupaii at 1:58 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |



bila hujung-hujung sem, time stdy week ke memang akan rajin mencari ilham membuat origami. kalu stdy week tu sebab mood stress, kalu hujung-hujung sem sementara nak balik sebab keboringan.

semalam google cari origami baru untuk belaja. jumpa lily flower. memang bunga febret nih. try wat tak berjaya. so.. sangat lah stress.



me: awak... tak jadi pun bunga lily sy
him: awak ada lupa tu... 
me: mana ada, dah buat ikot pic tu..
him: ada.. awak lupa awak bukan org seni
me: cesssss..
him: hahahaha

motif sangattt.. oke, arini sy dah bukti kan oke.. sy berjaya buat. finally berjaya lepas google link lain y gambarnya lebih detail. 


Friday, January 11

nota | ringkas

written by; CikTupaii at 11:01 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
mood nak menaip tade, tapi rasa nak meluahkan rasa tu ada.

tak mampu ku terbang tanpamu
ku lemah jauh dari cintamu
saat pedang takdir menghunus
hanya engkau sayapku..

Sunday, December 30

pengisian rohani | 5 ganjaran bagi orang yang solat di awal waktu

written by; CikTupaii at 11:26 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
5 ganjaran bagi orang yang silat diawal waktu

1. rezeki diberkati. Maksudnya makanan yang dimakan sentiasa mencukupi dan tidak berlebihan.
2. diangkat seksa kubur. Kubur hentian pertama, jika selamat dikubur InsyAllah selamat semuanya.
3. dapat buku catatan dengan tangan kanan.
4. melintasi titian sepantas kilat.
5. dapat masuk syurga tanpa hisab.


share dari tweet @jamilahmohamad

#MuhasabahDiri. Buat peringatan diri ini juga :)

Sunday, December 9

MOOD | saat makin genting

written by; CikTupaii at 12:36 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
saat makin genting, masa makin suntuk. Banyak betol kerja dihujung-hujung sem nih. Sampai nak pergi tandas pun kadang-kadang terlupa. Hadoi lah kan cabaran. Dahtu banyak pulak cabarannya, ada pulak cerita buruk sampai ke telinga nih.

kondisi badan pun dah tak menentu dan sekarang dah rasa nak demam, kejap nak demam, kejap okey,  dan sy masih boleh ketawa. sorok segala resah, susah hati. Tapi mak, orang yang paling dekat dan paling paham. mak dapat rasa yang anak dia tengah takut sekarang.

nak cakap, mak umpama painkiller, mengubati rasa sakit, rasa takut. Ayah umpama antibiotik, memberi kekuatan, daya tahan menghadapi semua masalah. Tadi masa cakap ngan sebelum g shooting ntok projek EIS rasa lega sangattt, tapi lepas tu, bila pikir kerja start sakit-sakit kepala balik.

YA ALLAH, KAU berikanlah ak kekuatan dalam menghadi ujian MU, berikanlah kesihatan yang sempurna ntuk menghadapi segalanya. Permudahkanlah urusan kami hambaMU YA ALLAH, dan bimbing lah kami kejalan yang KAU redhai.. AMIN YA RABBALA'LAMIN...

Sunday, November 25

hostel | cuti sem kami

written by; CikTupaii at 9:39 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
entry baru nak update. citer cuti sem dua minggu lepas. tempoh cuti seminggu diabiskan dengan rumate baru ntok sem nih, tengku june. so, destinasi pertama kami adalah giant kuantang laa... haha.
shopim barang dapur ntok main masak-masak dibilik. menu simple, sebab masing-masing bukan chef pun nak hebat masak kan. tapi Alhamdulillah, dapat kenyangkan perut kami berdua sepanjang cuti. *kenyang sangat, bukan alas perut dah nih*

menu hari pertama kami |

air tangan kami dihari pertama ; nasi putih, tomyam dan ulam cicah budu.. *budu beli yer* menu lunch dan dinner..


menu hari kedua kami |

sardin dan sayur sawi. simple tapi cukup mengenyangkan.. Alhamdulillah

menu hari ketiga kami |

sambal telur dan kacang bendi goreng

menu hari keempat kami |

sup ayam.. tapi kaya dengan cendawan. heee

cendawan goreng ntok minum petang.. Ju cendawan y goreng :P

menu hari kelima kami |

OFF --- AHAHAA


menu hari keenam kami |

nasi goreng paprik.. nyum..nyummm.. hias molek lg tu :P
murtabak maggie for dinner.. erkkk, Alhamdulillah kenyang :D

menu hari ketujuh kami |

telur masak kicap dan oke, sayur tak tau nama apa.. hahaha :D


menu hari kelapan kami |

beli di cafe ja, sebab dah kemalasan. Cafe pun dah beroperasi normal seperti biasa .. :D


rasanya cuti nih enjoy dengan memasak je. bangun buat keje masing-masing masuk tengah hari mula persediaan memasak. prepare barang-barang memasak bersama, memasak bersama-sama, basuh bekas-bekas yang digunakan bersama, makan bersama dan kemas balik bersama. semuanya boleh dikatakan bersama. suweeettt kan? :P

bila outing cuti sem ritu, sini lah tempat y menjadi kunjungan kami berdua. tanak kalah ngan orang dah berkeluarga tu.. ekekeekekeee.. :P


tapi not bad lah, sebab sy mengaku memang tak berani nak masak tanpa pemantauan emak kalu. Nih first buat sendiri tak tanya apa-apa pun dengan mak. ekekekehh.. orang Penang cakap ; "dan, dan jadi tera na" :D

oke, kembali dengan urusan dunia nyata, okebaiii ~
salam-



- happy ending -

Wednesday, November 21

WL Weds | Pray for Gaza

written by; CikTupaii at 10:05 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

#speechless.


tahniah | result UPSR

written by; CikTupaii at 9:57 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Tahniah adik atas kejayaan 4A1B, B Bahasa Inggeris. Bagi akak, tu dah cukup membanggakan, usaha adik selama nih dah ada hasil. Even tak capai target adik, tapi Alhamdulillah dah dengan result tu. akak doakan semoga lebih diterangkan hati, berjaya capai cita-cita.

dapat tau result nih dari ayah, msg tanya ayah sebab belom ada sape inform sy pasal nih.  tapi petang semalam adik sendiri msg bagitau result dia dan tuntut hadiah. as long result adik lebih dari akak, hadiah InsyAllah akan disediakan ikot kemampuan.

Ikot plan nak bagi hadiah novel remaja y macam dear yayah tu. combine semua novel dia sebab adik suka baca novel. tapi petang semalam adik sendiri request nak novel y macam akak slalu baca. oke, selamat tak beli lg. boleh lah lepas nih pergi cari novel y best ntok adik.

hari tu kuar ad jugak usha-usha novel. adalah novel y tertarik tapi just tengok sebab pikir skg tade masa nak melayan novel. tengok blog pun tak ber-update kan. heee *macam busy sangat :P* pasnih beli kat adik boleh lah tumpang sepasang mata. hahaha *gelak mengiring* ish, mcm tak ikhlas je kan. LOL

pesanan buat adik *kot-kot lah pasnih ada terbukak blog akak nih* blaja rajin-rajin, jangan give up kalau tak capai target. next time usaha lagi. bersyukur dengan rezeki dia bagi ye. kalu boleh, nati sambung blaja course lain ye. kat umah tu so far empat orang adik beradik kita dah amik engineering. Mechanical ada, civil ada, elektrik pun ada. adik jadi doktor jelah. hahaha *suka-suka jekan request*


#langkahpertama ; asingkan duit ntok peruntukkan hadiah :D

Tuesday, November 13

renungan | masa

written by; CikTupaii at 5:21 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
betul, kita terlalu memikirkan tentang masa depan sampai kita terlupa dengan masa yang ada. kita selalu mengatakan tidak cukup masa bila banyak kerja atau tanggungjawab yang perlu dilakukan. tapi, hakikatnya bila punya banyak kelapangan kita abaikan masa yang ada dengan kerja yang tidak sepatutnya (macam apa yang sy lakukan 4 hari nih, banyak keje, tapi still buat keje tak berfaedah lebih dari kerja yang sepatutnya).

bila terlalu banyak benda yang perlu dikejar, makin kurangkan masa kita rasa? cuba bila banyak masa lapang, selalu kita 'hold' kan dulu kerja yang patut kita buat. jadi, mari sama-sama muhasabah diri. gunakan masa yang ada dengan sebaiknya. tingkatkan amal kepadanya, seimbangkan dunia dan akhirat. In-sha-Allah, masa kita diberkati-Nya.

masa itu emas, kalau masa itu dapat dilihat seperti emas, mesti kita lebih menghargainya bukan?

renung-renungkan, dan selamat beramal *gaya ustaz amirul #salamcinta* hee ^^,
#pesanan buat diri sendiri juga yang susah nak istiqamah. huhuhu :(

Monday, November 12

re-post | antara suka dan cinta

written by; CikTupaii at 11:44 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
suka follow satu tumblr nih, sebab banyak jugak pengisian rohani. dah lama sangat tunggu tumblr dia update, tak jugak. at last, arini terdetik nak usha tumblr tersebut. tersenyum.. :) senyum gembira sebab ada update baru. ada sebab sy suka follow tumblr nih. sesuatu yang positif. ahha ^^,

tertarik post yang telah di re-post oleh tuan tumblr "Antara Suka Dan Cinta"

petik sikit dari post asal penunggu langit

"Kalau kita suka pada sekuntum bunga, kita akan petik bunga tu sebab bunga tu cantik. Tapi kalau kita cintakan bunga tu, kita akan biarkan ia pada dahannya dan sentiasa siram ia agar ia sentiasa segar."

bermakna..cukup bermakna.. :)

#bila baca post-post dia dapat kawal diri untuk jatuh cinta. Utamakan cinta kepada DIA YANG SATU dulu. In-sha-Allah, sy berusaha mengawal hati buat Sang Pencipta dahulu.

"Cinta manusia itu urusan Dia. Cintakan Dia itu urusan kita. Jangan sibukkan diri dengan urusan Dia sedangkan kita gagal menyempurnakan urusan kita."

#I"Myoursilentreader, you can call me as your stalker :P
 

Sunday, November 11

LIFE | realiti kehidupan

written by; CikTupaii at 5:07 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
sambil menaip layan lagu matahari. oke, dah boleh paham loghat org borneo kan. hehehe

hujan lebat saat nih, buat diri malas nak buat keje y wajib sebagai student. buat mata mengantuk sebab sejuk dan kekenyangan makan hidangan air tangan sendiri. dan mulalah nak rajin update diari ini yang lama diabaikan. Ntah kenapa dah tak serajin dulu. Rajin meng-update tumblr je skg. Senang, pantas, tak leceh taip perlu panjang-panjang. hehehe.

cuaca syahdu nih mula lah nak berjiwang sebentar. mula mengingati saat nih sepatutnya dah abis blaja dan ntah apa yang dilakukan sekarang, dan di mana berada sekarang. ohh, sad... Apa yang sy rasa sekarang, sy gembira dgn hidup sy sekarang. bebas melakukan apa sahaja, lebih bahagia, lebih gembira lebih ceria. Syukur, Alhamdulillah atas rezeki, nikmat dan kebahagiaan yang telah Kau berikan.. :)

apa yang dah jadi sebelum nih memang banyak mengajar dan sekarang dijadikan 'guide' dalam meneruskan hidup. sepanjang 23tahun bernafas nih macam-macam dugaan, ujian, cobaan, kebahagian dirasa. Benar kata orang; pengalaman mematangkan kita.

setahun, belajar mengubah segalanya. eh, mungkin lebih setahun. Alhamdulillah, lama-lama dah boleh hadap semua tu. terima kasih kepada semua yang pernah hadir dalam hidup nih. dalam tempoh nih, lebih rasa tenang, lebih rasa bahagia dan yang lebih penting. dapat rasa perubahan besar pada diri berbanding dulu; lebih matang. terima kasih buat insan-insan yang hadir disaat sukar sy, memberikan sokongan, dorongon, nasihat dan jugak yang meminjamkan bahu. How sweet you are. :)

betol! memang semua yang jadi nih ada hikmahnya. kalau tak, sy tak kan kenal kawan-kawan sekarang. kawan yang ikhlas, caring, baik, dan membantu. sangat menghargai. :) terima kasih. 23 tahun dapat merasa dihargai, disayang, ditindas, ditikam, dihormati dan segala perasaan yang tak pernah sy sendiri pikir. sy akan gunakan semua pengalaman yang telah sy kutip ini dengan sebaiknya.

barang yang lepaskan jangan dikenang. tapi boleh diingati untuk dijadikan ikhtibar dikemudian hari. semoga kehidupan kalian diberkatiNya, bahagia dunia akhirat. InsyAllah. rindu kelian yang bernama SAHABAT. ^^.


Tuesday, October 30

moments | on their convocation day #part2

written by; CikTupaii at 11:38 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
second day: jumpa shai, spend lebih masa dengan dia. mungkin tu hari terakhir jumpa, kalu ada rezeki, umur panjang kita jumpa lg ye shai. hari tu jugak jumpa yani n diba. hari last jugak ntok ping stay kat ump. kalu rindu ump datang lah lagi ye.. :)


yani-me-shai-diba. akhirnya jumpa pun yani and diba. ntah kapan ketemu lagi.. hurm ,,

sebelum anta jubah, huhu, huduhnya pakai suar ngan jubah. congrates syg-syg semua.. :)

owh, bulatnya sy.. heeeee :P with shai..jumpa lg syg! :'(

 diba, kawan yang sy tak kan lupa. saat sukar sy, dia kawan yang bagi semangat, nasihat dan bantuan. terima kasih diba. :)

*tau tak kenapa sy tak penah rapat balik dgn dia mcm dlu? berkepit berdua mcm dulu2.. sebab sy segan dengan dia. sy penah buat salah. cukup dia masih kawan di hati sy. dia dah ada kawan2 y lebih menghargai. so, kenapa mesti nak gangu dia dgn kwn2 dia. jauh dari kawan rapat mcm dia mmg sy menyesal.


Monday, October 22

moments | on their convocation day #part1

written by; CikTupaii at 4:09 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
13 October 2012 berlangsung majlis convocation teman-teman se-batch. Masuk sama-sama tapi grade asing-asing. Jujur sedih sangat sebab diorang dah abis study, but I"m not! tskkk.. ;( Mungkin ada hikmah untuk semua nih. So, pada hari berkenan tumpang happy teman-teman rapat jelah.

Next year is my turn, InsyAllah. Semoga Dia mempermudahkan urusan sy selama setahun nih. :) Tak banyak nak cerita tapi banyak kenangan dikumpul sepanjang hari tersebut dan hari sebelum dan selepas hari tersebut. (dapat paham tak ayat putar belit. LOL)

Suka dapat jumpa korang, suka jugak dapat amik gambar 'PRE-CONVO' setahun awal. HAHA, OVER kann :P *Ada fina kesah?? Lallaalalaa* joke!

Selit gambar kenangan sepanjang 2 hari (13 OCT - 14 OCT 2012). MARI USHA!!! :P


GENG KATAK PISANG NAK G CONVO ORG. LOL :P , TAK SANGKA SEHATI SEJIWA NAK PAKAI TUDUNG HIJAU
EX2 RUMATE KU. HEHEHE. WITH ANIS AND PING :)

EX RUMATE KU JUGAK.. :) WITH ASHLEY NG AND HER PARENTS. CAKAP2 NGAN MAK TERUS SEBAK INGAT MAK SENDIRI. HUHU ;(

ANIS Y CONVO, TAPI KENA BULI-BULI MANJE. HEHE, SIBUK JUGAK NAK CONVO SUH ANIS JADI ALA2 MACAM PARENTS. EUWW, TAK MALU KAN :P



SEMPAT AMIK GAMBAR DGN SH. NADIA Y TENGAH KELAM KABUT. HUHU, KETEMU JUGAK YE YUNK :)
SELINGAN.. HAHA. WITH LIM N CHUA. DIORG CKP "KTORG MCM DTG CONVO U" HEHEHE :D

PRE-CONVO KAMI.. HAHAHA :D


SETAHUN JE AWAL. ACI KAN?? LALLALAAALAA ~
Y NIH TAK ACI.. 2 TAHUN AWAL. HAHA


NAK BUNGA N CHIP MACAM NIH, TAPI TADE SAPE SUDI NAK BAGI. 
PINJAM ORANG PUNYA JELAH
KREDIT TO ANIS BAGI PINJAM. HAHAHA ^^,





APA-APA PUN CONGRATULATION BUAT KORANG SEMUA :)

Friday, October 19

hostel | hari suai kenal ^^,

written by; CikTupaii at 1:55 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
 Masa : 2 minggu awal sem
Tempat: Ana Ikan Bakar, Tanjung Lumpur dan Oversea (Benteng)

Dinamakan hari suai kenal sebab hari dapat spend masa bersama sume ahli bilik; me, mira, ju and imah. First time kuar sama-sama berempat, sebelum nih kuar mesti tak cukup korum.

Upload pic sebagai bukti dan kenangan kami berempat :)

#kekenyangan. Bila dah kenyang mula lah menyengal. take lots of picture in car outside ana ikan bakar, tanjung lumpu. wehuuu~ :P

satu lagi... senyum lebar. ahha :))

ketogeri muda2. ahaha :D #MeAndImah :)

Ketegori akak2.. :P mira and ju :)

snap lagi.. *ju: auww chakk :D

kena senyum lebar bru camera snap pic. haha. lebar betol senyuman mira. lol :P

penghuni c7gf8 @Benteng ^^,

beraksi lagi sebelum bergerak ke tempat lain :)

okey, sekali lagi.. hehehehe :)

last but not least, sempat mira beli stiker hello kitty kat benteng td. suka benor ye ngn hello kitty :) 

amik nih!!! ahahahha :D




Friday, October 12

hostel | teman bilik

written by; CikTupaii at 2:33 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Yebaaaa.. new sem, new room, new roomies. :) Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas, meneruskan sisa hidup, meneruskan perjuangan sebagai pelajar. Moga jihad ku ini diberkati dan diredhai NYa, InsyAllah.

Dah masuk minggu ke-4 kira sebulan sudah berteman baru di bilik. One of them, my neighbor last sem. So, tak lah janggal sangat. Kenal lah jugak nak buat geng berborak. hihi.  Bila dah kenal, so senang la nak masuk. kan..

Lagi sorang roomate my classmate masa geotech sem lepas. Tade lah kenal sangat, tapi boleh lah masuk sebab ye spotim. Orangnya cantaik, orang ganung. Comey ye, tapi macam senang je nak buli. Hahaha *gelak jahat* :P

Dan rumate terakhir adalah adik junior tahun 3. Actually imah nih tahun 3 sama je ngan mira. Tapi mira I tak panggil adik, sebab ikot umur dia lg tua and more thing, she is ump's diploma student. Kira dia lagi senior lah kat sini. Alhamdulillah, dengan imah pun boleh masuk. Walaupun kadang2 suka kena usik ngan i but she okey, okey aje~

Happy, suka, gembira sebilik ngan diorang. Sebab diorang okey sangatt.. and sepotim sangattt.. :)
Semoga perasaan ini akan terus kekal hingga bila-bila. Dan semoga urusan kami berempat dipermudahkan. Aminnn :)

Next entry update pasal program pertama kami bersama pulak,.. :)

Saturday, September 29

Hadith | Mengumpat

written by; CikTupaii at 1:30 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
 "Mengumpat itu lebih buruk daripada zina. Sahabat bertanya bagaimana? Rasullah sallallhu'alaihi Wasallam menjawab: seorang yang berzina itu kalau bertaubat mungkin taubatnya itu diterima oleh Allah. Akan tetapi orang yang mengumpat tidak akan Alla ampunkan dosanya sehinggalah orang yang diumpatinya itu memaafkannya."
(Hadith riwayat Tabrani dan Baihaqi)

#NotaJari : sekadar sharing, pengisian rohani dan juga muhasabah diri :)

Lilypie Second Birthday tickers
 

fiena jaafar ♥ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting