..:: "Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..tetapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia di dalamnya..begitulah dengan kehidupan manusia.. riang ketawa..tetapi ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.. jika kau terasa kecewa, pandanglah ke sungai..airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang..jika kau sedih, pandanglah ke langit..kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.." ::..


Followers

Sunday, December 26

disiplin

written by; CikTupaii at 10:56 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

macam tak percaya dis few days jadi sorang pesakit yg sangat sangat berdisiplin gitu. dah macam orang lain jer. ubat?? tak penah miss makan ubat, and no excuse bler disuruh makan ubat. walaupun tak lah sharp on time, tapi ubat tetap dimakan ikut arahan. kalu 3 kali sehari, confirm cukup 3 kali. pastu kalu terasa nak demam demam terus makan ubat. tak macam dulu dulu, tunggu teruk baru nak sumbat ubat dalam mulut. ubat batuk lagi lah tamau mam langsung. mask?? 3 hari lepas merungut tamau pakai mask, but dis 2 days dalam umah pkai mask tak kesah pun. SEE, I TELL U look different kan?

sok akan ke hospital penang balik ntok kimo yg kena delay jumaat lepas. alahai jumpa doktor ensem tu lagi, (hehe, ad story skit pasal doktor ensem tu). lately, kimo mesti kena delay. ada jer aral yg melintang. mybe kesan kimo dah banyak kali kot. tomorrow chemo day-15 for 4th cycle. pastu ct scan pulak. kimo sok tak boleh delay, nati ganggu date ct scan. alamatnya susah lak nak dapat date appointment.  hopefully sok boleh masuk ubat. pas dapat result ct scan dapat lah tau macam mana lak nati. hope last chemo before ct scan nih dapat membantu bg result yg positif lah. doa doakan sy ye sume.

okay, body need a rest. nyte, sleep tight & sweet dream..


-noktah-



Thursday, December 23

kiicheen no suki desu!

written by; CikTupaii at 1:49 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

apa ke betol ayat atas tu? tak kesah lah, dah lama tak blaja. lupa dah! hee~

tak tau nak wat pe malam malam buta nih. tak ada orang nak dikaco. so, tadi ngemas ngemas lah laci sy. wah, agak bersepah sikit. keychain keychain koleksi sy perlu dikemas. tak sangka dah banyak macam tu. masa tengok citer ilusi dulu, sius sangat jeles gler ngan bapak mertua si liza yg jahat tu. *see..dapat lihat tak betapa jelesnya sy?* banyak gler koleksi keychain die. rasa tak puas hati tengok. skang rasanya tak perlu nak jeles jeles lagi coz koleksi keychain sy banyak jugak. dah dua kotak. belum campur ngan yg digantung di merata rata dan yg didalam kotak di pahang lagi. yeay, yeay. suka! suka! nak tambah lagi. tak caya tengok pic bawah nih.
nih kotak pertama,
 


tengok, tengok, tengok lagi bawah nih. kotak kedua lak.



tapi yg digantung gantung tak ada pic. malas nak snap. malam nih baru sedar yg keychain sy lagi banyak dari pakcik jahat tu. cian azhar sulaiman kena label pakcik jahat oleh sy. tak tak die tak jahat, tapi watak dalam citer tu die jadi jahat. jangan report okey! wekkk.. =p

-noktah-


Wednesday, December 22

hapuskan air mata ku..

written by; CikTupaii at 8:54 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

saat nih air mata nih sedang asyik menitis. hadeh, kenapa sampai macam nih. okey, okey, sy mengaku sy sedang menangis. sdey! adik adik dan ayah dah bertolak ke kota raya metropolitan (kl). rasa lonely sangat sangat. waa.. tak ada orang nak kaco kaco, tak ada orang nak tolong protect bler kena marah ngan mak nati. dan yg paling tak best, nati kimo ayah tak teman kan.

malam nih, tak tau nak main rambut sape. slalu rambut adik bongsu sy jadi mangsa since tak berambut nih. act sy ada habit dari kecik, iaitu menggelenter (betol kot) rambut sejak kecil bler nak tido. tambah tambah bler dah malam sangat, so akan ada problem nak tido. hehe, tadi baru terbongkar rahsia yg selama nih sy main rambut adik. nak wat camne dah tido lena sangat, tak sedar langsung rambut die jadi mangsa akak die yg kadang kadang kejam nih.

ayah, ikah, adik, akak nak ikot sama! skang dah tak ada geng. tadi masa ayah cakap ayah pegi dulu, dah rasa air mata dah bertakung kat mata nih, hampir hampir menitis. selamat dapat cover, wat wat cam tido. sdey! sdey! sdey! sejak balik umah dan kurang ber-msg ngan die orang tu, adik adik lah peneman, penghibur setia. walaupun kadang kadang tersentap jugak ngan gurauan kasar mereka. okey, stop dulu. perlu kembali normal sebelom mak perasan. huk huk, ;(

-noktah-


Lilypie Second Birthday tickers
 

fiena jaafar ♥ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting