hari keempat
hari nih ke hospital lagi untuk repeat FBC sebab sel darah putih still rendah. memandangkan hari nih hari sabtu, wad harian tutup. so kena pegi wad C3(wad kanak-kanak). agak lama menunggu sampai pukul 12 tengah hari. ye, lebih kurang 4 jam kat situ. check darah hari nih, sel darah putih trun jadi 1.0 lebih balik. alahai, kenapa ngan neupogen nih. tak membantu langsung. apa lagi, mak dah pandang lain. kena tadah tengi lah dengar mak merungut pasal darah nih. sy sdey lah tadi. sebab dah nyusahkan misi-misi kat situ. ada sorang misi tu macam marah lah. tapi nih sume bukan salah sy. salah doktor hari jumaat tu. misi-misi kat wad memang sibuk, so tak hairan kalu diorang marah. tak pasal-pasal keje bertambah. nak kena g amik neupogen tu satu hal. bukan patient boleh amik sendiri. tu pun kena sain pakar, kalu tak takkan dapat ubat tu. sy paham. sebab harga ubat tu RM300 lebih tau! see, betapa mahalnya. selamat dapat free dan sebab tu procedure dia merumitkan.
tadi masa kat wad, mostly budak-budak yg masuk wad asma. cian diorang kan. tapi ada satu baby tu, dia kena jahit lidah. kali ketiga dah tu, sebab sebelum nih asyik terbukak. kata mak dia, dia jatuh tersembam. dahi dia sempat tahan sebab tu dahi dia tak lebam. cian dia kan. masa nak balik tu dia nages. sebab nak minum susu botol, tanak minum susu dengan sudu. mesti dia lapar sangat. jenuh jugaklah mak dia pujuk. tapi tadi ada baby tu comel sangat, sakit asma. dia asyik senyum jer. nama dia umar, muka macam baby girl. muka dia bila senyum macam ain yusof. so wat sy tak henti-henti tengok muka dia. bukan apa, dah lah baby tu comel sangat, muka lak macam kawan sy. sy jadi teruja sangat. hehe
ada lagi satu kes, budak kena rogol. tapi bukan budak mana pun. musykil jugak dia masuk wad tu sebab mostly budak-budak kecik. dia dah form 4 dah. cian dia kan. act, tatau nak salah kan dia atau tak sebab dengar inspektor polis tu cakap dia lari dari rumah. ha, adik-adik jangan wat macam nih okay. dah-dah, stop citer pasal patient kat wad tu. sok update lagi. sok akan ke hospital lagi. kalu ikutkan hati tamau pegi dah. nak tunggu hari isnin. senang sikit keje kat day care. tapi atas nasihat pakar tadi. dia mintak datang jugak esok sebab darah masih rendah. siap amik neupogen siap-siap untuk esok takut lambat lagi. hope tak kena tambah darah lagi. tamauuuu...
nota: ada sapa-sapa tau tak, pesakit hodgkin lymphoma kalu stiop kimo dia boleh bertahan bape lama? sekian, terima kasih cinta! ahha, =)

0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |:
Post a Comment
Drop your comment here