Apakah Hepatitis B?
Jangkitan hati yg berpontensi membawa maut disebabkan oleh virus Hepatitis B (HBV) yg merupakan 50-100 kali lebih menjangkitkan berbanding HIV. HBV menjangkiti hampir 2 billion orang yg diseluruh dunia dan mengakibatkan lebih kurang 600 000 kematian setiap tahun. Faktor-faktor risiko termasuk sentuhan rapat dengan orang yg dijangkiti Hepatitis B, pasangan seks yg ramai, melawat tempat-tempat dengan kadar jangkitan tinggi, tatu atau rawatan akupunktur.
Bagaimana HBV merebak?
- seks yg tidak dilindungi
- barang kebersihan peribadi yg dijangkiti
- luka yg bersentuhan dengan cecair atau barang yg dijangkiti
- daripada ibu kepada bayi semasa kelahiran
Apakah komplikasi HEPATITIS B?
- penyakit hati kronik
- lebih daripada 350 juta orang yg dijangkiti mengalami jangkitan hati (kronik) jangka panjang
- lebih kurang 25% orang dewasa yg dijangkiti semasa zaman kanak-kanak meninggal dunia akibat kanser hati atau sirosis (hati berparut)

0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |:
Post a Comment
Drop your comment here