..:: "Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..tetapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia di dalamnya..begitulah dengan kehidupan manusia.. riang ketawa..tetapi ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.. jika kau terasa kecewa, pandanglah ke sungai..airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang..jika kau sedih, pandanglah ke langit..kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.." ::..


Followers

Wednesday, April 25

#quote2

written by; CikTupaii at 9:02 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

ucapan "goodbye" itu sangat berat . Bila tiba masanya sy akan ucapkan ..

Tuesday, April 24

emergency

written by; CikTupaii at 9:24 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
date : 23 April 2012
time : 10:29p.m.

Semalam elok nak start wat report lab tiba tiba dapat panggilan telefon dari ibu ( not my mum but my friend raimi) pastu pass kat rumate anis , macam pelik pulak tiba tiba tanya rumate tu busy ke tak . Memandangkan baru je balik dari beli barang dan nak start pass je kat rumate tanak jadi orang tengah . Then , rumate datang tanya wat pe tak , busy sume . Dia cakap nak ke hospital sebab kawan mintak tolong amikkan dia pastu anta hospital balik .

Risau dah pe nak jadi , so temankan anis drive sebab sian nak bagi dia pegi sorang sorang memandangkan tak urgent mana pon report tu . ( mak ai , drift budak nih . tapi tak riso sebab dah biasa naik ngan dia ) Rumate pun citer benda sebenarnya anak kawan tu kena tahan wad , kaki kena sengat tebuan . Yang sedih tu gi wad kecemasan kul 7 lebih tapi kul 11 lebih nak dekat 12 baru dapat injection. waaa, pravo lah doktor . Kenapalah nak kena amik no , tunggu turn sume padahal budak tu kecik kot kena sengat lagi tu bisa tu bahaya . Kita yang dah besar nih pun menangis nih kan budak kecik yang tak tau pape . Alahai ..

Otw balik umah dia nak amik barang baby tu dengar perbualan dia ngan mak dia . Marah marah dia sebab doktor tahan tahan nak inject baby dia dah tu sampai biru kaki budak tu . Bukan takat sebak je time tu nak menitis air mana masa dengar . Nak elak diorang perasan aku pun fokuskan pandangan ke depan ( ececeh .. macam memandu jer gayanya ) Macam tu rasa nya jadi ibu ( ntah berpeluang ke tak untuk aku rasa semua tu )

Saturday, April 21

sebelum mengeluh, ingat nih ..

written by; CikTupaii at 11:21 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Sebelum mengeluh , kita ingat 5 perkara :

Pertama - sebelum kita mengeluh kita tak ada apa - apa , kita fikirkan pasal orang yang meminta - minta di tepi jalan .

Kedua - sebelum kita mengeluh pasal nasib kita malang , kita fikirkan hidup orang yang lebih malang daripada kita .

Ketiga - sebelum kita mengeluh pasal suami / isteri , kita fikirkan tentang orang yang memohon kepada Allah supaya dapat jodoh .

Keempat - sebelum kita mengeluh pasal masa , kita fikirkan tentang orang yang meninggal terlalu cepat .

Kelima - sebelum kita mengeluh pasal anak , kita fikirkan pasal seseorang yang inginkan anak tetapi tak ada anak .

#sumber : Slot Akasia Cinta Buat Emelda

* bukan nak macam drama , tapi ambil pengajaran yang berguna dalam drama tak salahkan?

# Peringatan bersama .. Renung - renungkan dan selama beramal ^__^
Lilypie Second Birthday tickers
 

fiena jaafar ♥ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting