Personaliti seseorang boleh jugak di ketahui melalui tulisan . Mungkin ada jugak betul , tapi peratus ketepatan tak tahu lah . Sebab , ada sesetengah orang boleh komen pasal diri kita lepas tengok tulisan . Contahnya mak sy dan jugak lecturer RC sy sem lepas , hee . Tapi tulisan sy slalu kena komplen sebab kecik sangat , nati nak check susah . Haihh , tapi memang tak boleh nak ubah . Kalu try pun , 2 - 3 perkataan je pastu back to normal !
Mari lihat personaliti anda disebalik tulisan anda . Eh , betol ke tidak mungkin anda saja yang tahu ..
tidak berubah-
seorang yang sukar untuk berubah. Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual. #ada kaitan dengan sy .. hee
berubah -
lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.
# patutlah mak slalu marah adik laki sebab tulisan dia kejap gitu , kejap gini ..
tegak –
Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.
condong kanan –
bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Dia juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain ( kurang yakin dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri ) . Mudah bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!
condong kiri –
sensitif walaupun luaran nampak tak kisah sangat. Seorang yang amat berhati-hati dalam apa dilakukan kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan . Seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!
besar –
Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang lain mengikut caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan dengan orang sekeliling. Bahkan dia juga amat gembira jika ada orang yang memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya.
kecil –
Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan bersikap akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh jiwanya.
#sensitif dan mudah tersentuh memang ye sy , hihik -
Suka tengok adik perempuan sy punya tulisan . Kemas sama macam sy ( puji diri sendiri skit , kikiki ) tapi bezanya lebih besar , senang dibaca dan hujung sebelah kanan tak sama . Kalu sy , suka bagi sama , kalu tak sama 100 % mungkin dalam 80 % .. heee ^ ^
