..:: "Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..tetapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia di dalamnya..begitulah dengan kehidupan manusia.. riang ketawa..tetapi ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.. jika kau terasa kecewa, pandanglah ke sungai..airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang..jika kau sedih, pandanglah ke langit..kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.." ::..


Followers

Wednesday, March 23

Lukisan Kejuruteraan (LK)

written by; CikTupaii at 11:51 PM 1 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

malam nih sy mengasah bakat melukis, cop-cop. nih bukan lukis lukisan apa-apa, lukis garis-garis. just buat basic LK jer. nih baru basic-basic belum lagi isometri dan apa-apa lagi, hurm.semalam asah bakat seni lukis katun, heee. dah lama tak buatkan, so nak try-try lah. mula-mula lil bro sy tanya macam mana nak buat. mulut laju jer jawab, "sapa yg pegi skola nih". budak nih memang macam nih bila tak berminat okay. harap takda sape kecik hati bila sy macam tu, tehee. =) tapi tak kejam lah sangat. dia baru nak mula belaja guna alat-alat tu. so sy explain lah sikit nih binatang, tu binatang. so, dia dah paham mana satu sudu 30, mana sudut 45. dah mula bekerja dia dengan alat-alat tuh. tapi, tiba-tiba dia dah mula give up. terus stop buat keje LK dia tu.

sy pun terus stop baca novel. pandang board dia. eh, board tu board sy okay! skarang dia guna pulak. terus sy amik sy buat. heee, macam bajet pandai jer. tapi kemaslah dari dia buat. masuk bakul angkat sendiri nampak. =) sampai abis sy settlekan keje tu. last-last dia komen, "apa akak buat nih". adoi, betol lah.  tadi cakap macam nih, heee. see, nampakkan sy tak reti. ala, masa SPM dulu subjek nih hampir kantoi lah. just power masa mula-mula masuk skola teknik jer, pastu habok pun tara. kehkehkeh =D cet! boleh pulak dia main-main akak dia yg baru mula nak merangkak semula. lantaklah, kalu salah pasnih padam balik, hurm!
nih nak habaq mai, board tu sy punya. t-square tu pun sy punya. set square pun sy punya. nampak tak elok lagi benda-benda tu? hope pandailah dia jaga benda alah tu. gudluck lil bro! =)



written by; CikTupaii at 4:09 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
pagi nih lepas subuh breakfast as usual. lepas tu, sambung baca novel yg baru nak ulang kali kedua, hee. lagipun perut tengah sarat, baru lepas makan. tak elok tido, gemuk tak pasal nati! engat nak baca kejap jer, ale-ale lalut sampai pukul 10 pagi. tengah since sdey, apa lagi, bergenang air mata nih. tsskkk

pastu kena sambung misi seterusnya. apa lagi, tidoo! yeah, itu yg kita perlukan. sebab semalam dah letih nanges, so kena cover balik tenaga dengan tido. tengah best-best tido, around 11.50 macam tu tiba-tiba mak kejut. nih part tak best! sius mengganggu betul tok bomoh tuh. ntah apa mimpi tok bomoh tu nak cakap. aish! ganggulah abang chik nih. cek baru nak rasa tido nyenyak. grrr.

on call ngan abang chik (cousin sy). dia nih laki orang tau, so korang jangan salah tafsir pulak. saja tanya-tanya khabar adik sepupu dia yg cute nih. ahha, masuk lif tekan sendiri, nghee. =)) free-free kena ceramah pagi-pagi buta. oppss, silap. dah tengah hari, teehhee. =) apa lagi, dia ulang baliklah ayat mak. macam lah orang tak dengar apa mak cakap tadi kat dia. pastu mulalah sesi soal jawab. "sehat tak? masa mula-mula sakit dulu sakit tak? makan ubat tak? rambut dah tumbuh ke? sehat tak? betul ke sehat?" aish, geramlah. orang dah cakap sehat tu sehat lah. kenapalah tamau caya, nak kena ulang banyak-banyak kali pulak. pastu laju jer dia tanya soklan cepumas, "kenapa tido lagi tengah hari". apa lagi, mestilah laju jer jawab sambil tersengih (bajet macam dia nampaklah) "saja nak tido lagi, tapi orang sehat lah". maybe sebab tu kot dia tanya banyak kali sehat ke tak. malu betol anak dara tido sampai tengah hari. tapi sy tak kesah pun.hee

pastu around 12:00 lebih-lebih dapat pulak call dari hospital penang. apa lagi, of course lah pasal "pap scan" (ejaan tu masih tak sure). staff nurse tu bagi tarikh 31 Mac nih untuk scan. tapi sy tak dapat bagi jawapan sebab kena tanya ayah dulu. satu, sebab tatau ayah dapat bawak ke tak. dua, sebab kena bawak sekali RM500. sy mana ada duit banyak tu. so, kena confirm ngan ayah dulu lah. lepas dah cakap kena tanya ayah dulu, terus staff nurse mintak no ayah. selamat lah staff nurse tu cakap lembut-lembut, taklah kecut perut sangat.

hurm, mulalah susah hati part duit nih. yelah, macam sy cakap tadi. sy mana ada duit. rasa tak sedap hati lak susahkan ayah. tapi tadi lupa nak tanya nurse tu pasal GL. terasa macam nak cadangkan kat ayah ngan mak untuk guna duit pt yg ada. tapi takot pulak kena marah. takpelah kita usaha cara lain pulak.

around 2:00 lebih-lebih staff nurse tadi pun call. cakap ayah setuju tarikh tu (ish, rasa macam bukan dok serumah ngan ayah je) dan tanya pasal GL yg ada. mintak tarikh GL tu. so cakap lah yg bulan satu punya. dia pun off call, maybe nak tanya kot. selang bape minit lepas tu ayah pulak call cakap nati staff nurse tu call balik. so get ready hp kat sebelah. takut-takut tak dengar. memang betul dia call balik. dia mintak usaha lebih sikit untuk dapat GL baru. suruh kawan fax ke or macam mana-mana pun. kalu tak memang kena bayar RM500 tu. dengan kalut-kalut lepas tu terus call klinik UMP. Alhamdulillah diorang dapat tolong fax kan. tapi time bagi no fax boleh pulak tersalah bagi no. hee, den dah poning pala. selamat staff tu tak marah, risau pulak. nasib dia gelak. kalu marah, mau nanges sy masa tu jugak.

sok kena call balik hospital untuk inform sebab akak kat klinik tu cakap besok dia boleh fax kan. okay, hope nati tak payah lah bayar RM500. at least takkan rasa bersalah sebab dah banyak abiskan duit untuk berubat sy. walaupun ayah sy cakap, "takpe, duit bukan masalah. ayah tak kesah abiskan duit asalkan berubat". ayah cakap  macam tu lepas sy tanya boleh ke wat pap scan tu masa kat hospital hari tu. RM500 tu bukan sikit, kalu suh sy cari duit banyak tu sedegap mesti tak mampu. tambah-tambah dah minggu depan nak, hurm..

Monday, March 21

mandi air terjun [part2]

written by; CikTupaii at 12:56 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
as-salam and morning!



selamat hari isnin semua! okay nak citer pasal semalam. perancangan untuk mandi air terjun sekali lagi terlaksana jugak. walaupun berlari sikit dari perancangan asal. ikutkan nak pegi pagi, tapi tak jadi atas sebab malas nak bangun awal plus engatkan lil bro sy betol-betol pegi main bola. *sigh*

lepas pegi kenduri tengah hari tadi, tunggu azan zohor masuk. rasa macam lambat pulak azan zohor hari nih. hari nih anak-anak en jaafar dan pn harishah pecah rekod. lepas abis azan jer terus solat. kalu selalu, liat betol jenuh kena paksa. ish2, not good! lepas siap jer terus masuk kete, selamat baju dah siap awal-awal. semangatkan kitaorang? mana tak nya, excited nak mandi.

hari nih orang ramai picnic kat situ. meriah mak ngah tempat tuh. nasib kami baik, port semalam takda orang. so, malas nak cari port baru, terus terjun jer. yeah, kita serang! best, best, best. air sejuk menggigit tulang. kali nih pegi dalam sikit. tapi kena naik pastu sebab hujan makin lebatt. tak best! agak puas jugak lah compare dengan semalam. nati boleh ajak pegi lagi, heee~

nota: teringat kenangan masa picnic ngan budak-budak syeksen dulu, huhu. T_T
Lilypie Second Birthday tickers
 

fiena jaafar ♥ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting