Cinta diiktiraf sebagai keperluan hidup, dan juga jalan untuk mengenali dan membesarkan Allah, sebagaimana yg dinyatakan di dalam Quran ayat 49 surah al-Zariyat, "Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati kebesaran Allah".
kata pakar mengenai cinta:
Pakar psikolgi cinta Islam: menjalankan kajian berlandaskan wahyu yg diturunkan oleh Allah. cinta tidak hanya dipandang sebagai hubungan sesama manusia sahaja tetapi melibatkan hubungan dengan Tuhan, perbuatan dan seluruh kehidupan manusia.
Imam Ghazali: unsur yg menyenangkan dan memberi tarikan dalam hati manusia.
Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah: cinta manusia dan cinta ketuhanan saling berkait antara satu sama lain.
Ibnu Hazm: cinta sesama manusia tanpa melupakan ajaran Islam yg meletakkan beberapa batas dalam pergaulan dan percintaan.
Pakar psikologi cinta barat: hubungan unik sesama manusia yg menggambarkan sikap saling memerlukan antara satu sama lain bagi memenuhi kehendak dan kebahagiaan hidup di dunia.
Robert J. Sternberg: cinta berpaksi kepada 3 unsur penting; keintiman, nafsu dan komitmen.
Sigmund Freud: rangkain kehendak seksual yg tidak dipenuhi sepenuhnya atau sublimated sexuality.
Theodore Reik: perkara yg terbit lantaran rasa tidak puas hati kepada diri sendiri dan bahagian yg diperolehnya dalam kehidupan. manusia mencari cinta apabila kehidupannya mengecewakan dan dia memerlukan orang lain mengubati kekecewaan itu.
Erich Fromm: unsur yg terbit daripada perasaan mengambil berat dan bertanggungjawab, hormat dan mengambil tahu mengenai keadaan orang lain.
Cinta menjadikan manusia seorang pemikir yg tidak pernah alpa kepada apa yg dicintainya dan yg penting, cinta sebaik-baiknya menjadikan mereka manusia unggul pada zaman kehidupannya.
