..:: "Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..tetapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia di dalamnya..begitulah dengan kehidupan manusia.. riang ketawa..tetapi ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.. jika kau terasa kecewa, pandanglah ke sungai..airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang..jika kau sedih, pandanglah ke langit..kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.." ::..


Followers

Sunday, March 13

Apa kata pakar mengenai cinta?

written by; CikTupaii at 1:16 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

Cinta diiktiraf sebagai keperluan hidup, dan juga jalan untuk mengenali dan membesarkan Allah, sebagaimana yg dinyatakan di dalam Quran ayat 49 surah al-Zariyat, "Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati kebesaran Allah".

kata pakar mengenai cinta:

Pakar psikolgi cinta Islam: menjalankan kajian berlandaskan wahyu yg diturunkan oleh Allah. cinta tidak hanya dipandang sebagai hubungan sesama manusia sahaja tetapi melibatkan hubungan dengan Tuhan, perbuatan dan seluruh kehidupan manusia.

Imam Ghazali:  unsur yg menyenangkan dan memberi tarikan dalam hati manusia.

Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah: cinta manusia dan cinta ketuhanan saling berkait antara satu sama lain.

Ibnu Hazm: cinta sesama manusia tanpa melupakan ajaran Islam yg meletakkan beberapa batas dalam pergaulan dan percintaan.

Pakar psikologi cinta barat: hubungan unik sesama manusia yg menggambarkan sikap saling memerlukan antara satu sama lain bagi memenuhi kehendak dan kebahagiaan hidup di dunia.

Robert J. Sternberg: cinta berpaksi kepada 3 unsur penting; keintiman, nafsu dan komitmen.

Sigmund Freud: rangkain kehendak seksual yg tidak dipenuhi sepenuhnya atau sublimated sexuality.

Theodore Reik: perkara yg terbit lantaran rasa tidak puas hati kepada diri sendiri dan bahagian yg diperolehnya dalam kehidupan. manusia mencari cinta apabila kehidupannya mengecewakan dan dia memerlukan orang lain mengubati kekecewaan itu.

Erich Fromm: unsur yg terbit daripada perasaan mengambil berat dan bertanggungjawab, hormat dan mengambil tahu mengenai keadaan orang lain.

Cinta menjadikan manusia seorang pemikir yg tidak pernah alpa kepada apa yg dicintainya dan yg penting, cinta sebaik-baiknya menjadikan mereka manusia unggul pada zaman kehidupannya.



written by; CikTupaii at 12:55 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
 hari kelima:

hari nih berulang ke hospital lagi macam semalam. ke tempat yg sama wad c3. Alhamdulillah hari nih berjalan lancar compare semalam. takda misi-misi yg disusahkan hari nih. cuma cik doktor tu lah busy sikit. lepas amik darah doktor tu sendiri pegi anta dan tunggu result. makanya cepatlah result dapat. nak dekat sejam jer tunggu hari nih. dalam masa tu sume settle. sel darah putih pun naik sampai 4.0 lebih hari nih. okay, tahanp yg memuaskan. so, hari nih tak cucuk neupogen. ubat tu kena pulang balik lah kat farmasi nati. 

masa tunggu tadi berkenalan sengan adik baru. adik fikri. budak nih aktif, nak bejalan je. budak-budak. bila ada baby chinese tu nanges, dia pun sibuk nak pegi tengok, tapi last-last lari balik ke mak dia sebab takut. tadi nampak adik umar kat katil dia. dia masih ditahan di wad. tapi jauh sangat lah katil dia, tak dapat tengok dia senyum, just nampak dia main-main je kat katil. sy nih rabun, so kalu muka orang tu tak nampak dengan jelaslah dari jauh.

pas settle sume, buku pun doktor dah pulangkan balik. apa lagi, terus balik lah. sebelum balik tu, nurse tu tanya dah cucuk neupogen ke? dengan bangganya terus cakap hari nih tak payah cucuk, darah okay. haha, bongkak sat. sy hapy lah korang. naik jugak WBC sy akhirnya. act memang risau sangat-sangat sebab sebelum nih tak naik sampai 4 pun macam selalu. okay, stop dulu.

Saturday, March 12

written by; CikTupaii at 10:21 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
hari keempat

hari nih ke hospital lagi untuk repeat FBC sebab sel darah putih still rendah. memandangkan hari nih hari sabtu, wad harian tutup. so kena pegi wad C3(wad kanak-kanak). agak lama menunggu sampai pukul 12 tengah hari. ye, lebih kurang 4 jam kat situ. check darah hari nih, sel darah putih trun jadi 1.0 lebih balik. alahai, kenapa ngan neupogen nih. tak membantu langsung. apa lagi, mak dah pandang lain. kena tadah tengi lah dengar mak merungut pasal darah nih. sy sdey lah tadi. sebab dah nyusahkan misi-misi kat situ. ada sorang misi tu macam marah lah. tapi nih sume bukan salah sy. salah doktor hari jumaat tu. misi-misi kat wad memang sibuk, so tak hairan kalu diorang marah. tak pasal-pasal keje bertambah. nak kena g amik neupogen tu satu hal. bukan patient boleh amik sendiri. tu pun kena sain pakar, kalu tak takkan dapat ubat tu. sy paham. sebab harga ubat tu RM300 lebih tau! see, betapa mahalnya. selamat dapat free dan sebab tu procedure dia merumitkan.

tadi masa kat wad, mostly budak-budak yg masuk wad asma. cian diorang kan. tapi ada satu baby tu, dia kena jahit lidah. kali ketiga dah tu, sebab sebelum nih asyik terbukak. kata mak dia, dia jatuh tersembam. dahi dia sempat tahan sebab tu dahi dia tak lebam. cian dia kan. masa nak balik tu dia nages. sebab nak minum susu botol, tanak minum susu dengan sudu. mesti dia lapar sangat. jenuh jugaklah mak dia pujuk. tapi tadi ada baby tu comel sangat, sakit asma. dia asyik senyum jer. nama dia umar, muka macam baby girl. muka dia bila senyum macam ain yusof. so wat sy tak henti-henti tengok muka dia. bukan apa, dah lah baby tu comel sangat, muka lak macam kawan sy. sy jadi teruja sangat. hehe

ada lagi satu kes, budak kena rogol. tapi bukan budak mana pun. musykil jugak dia masuk wad tu sebab mostly budak-budak kecik. dia dah form 4 dah. cian dia kan. act, tatau nak salah kan dia atau tak sebab dengar inspektor polis tu cakap dia lari dari rumah. ha, adik-adik jangan wat macam nih okay. dah-dah, stop citer pasal patient kat wad tu. sok update lagi. sok akan ke hospital lagi. kalu ikutkan hati tamau pegi dah. nak tunggu hari isnin. senang sikit keje kat day care. tapi atas nasihat pakar tadi. dia mintak datang jugak esok sebab darah masih rendah. siap amik neupogen siap-siap untuk esok takut lambat lagi. hope tak kena tambah darah lagi. tamauuuu...

nota: ada sapa-sapa tau tak, pesakit hodgkin lymphoma kalu stiop kimo dia boleh bertahan bape lama? sekian, terima kasih cinta! ahha, =)

Lilypie Second Birthday tickers
 

fiena jaafar ♥ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting