..:: "Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..tetapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia di dalamnya..begitulah dengan kehidupan manusia.. riang ketawa..tetapi ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.. jika kau terasa kecewa, pandanglah ke sungai..airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang..jika kau sedih, pandanglah ke langit..kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.." ::..


Followers

Saturday, March 12

Hepatitis B (HBV)

written by; CikTupaii at 8:54 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

Apakah Hepatitis B?

Jangkitan hati yg berpontensi membawa maut disebabkan oleh virus Hepatitis B (HBV) yg merupakan 50-100 kali lebih menjangkitkan berbanding HIV. HBV menjangkiti hampir 2 billion orang yg diseluruh dunia dan mengakibatkan lebih kurang 600 000 kematian setiap tahun. Faktor-faktor risiko termasuk sentuhan rapat dengan orang yg dijangkiti Hepatitis B, pasangan seks yg ramai, melawat tempat-tempat dengan kadar jangkitan tinggi, tatu atau rawatan akupunktur.

Bagaimana HBV merebak?
  • seks yg tidak dilindungi
  • barang kebersihan peribadi yg dijangkiti
  • luka yg bersentuhan dengan cecair atau barang yg dijangkiti
  • daripada ibu kepada bayi semasa kelahiran
Apakah komplikasi HEPATITIS B?
  • penyakit hati kronik
  • lebih daripada 350 juta orang yg dijangkiti mengalami jangkitan hati (kronik) jangka panjang
  • lebih kurang 25% orang dewasa yg dijangkiti semasa zaman kanak-kanak meninggal dunia akibat kanser hati atau sirosis (hati berparut)

Friday, March 11

written by; CikTupaii at 12:23 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

hari ketiga:

hari nih baru sy sedar yg setiap kali pegi day care hospital taiping selalu wat benda yg sama. sampai-sampai wad thalassemia behenti jap kat kerusi menunggu. pas hantar buku kat nurse mesti duduk pusing ke tingkap. pastu tengok lah keadaan kat luar tu. dah jadi habit kot. best tengok luar tu. awal-awal pagi nih macam-macam jenis orang lalu lalang. ada guard, ada doktor-doktor, ambulans beratur tunggu turn nak bawak patient, pelawat yg datang ngan bakul penuh makanan. dan yg selalu sy nampak sorang makcik nih. dia selalu duduk kat kusi luar tu, breakfast situ, baca paper. dia tunggu sapa tak tau.

hari nih jugak dengan berbekal azam baru semalam, pas check, sendiri pegi makmal untuk tunggu result. wah, berjalan jauh. adalah dalam 500m kot. tapi kepala dah pening-pening, mata kelam-kelam. masa ngah jalan tu harap sangat tak pitam. yelah, jauh lagi nak sampai baru berjalan dalam 100m kot. sampai-sampai kat makmal darah terus pegi anta dan cepat-cepat duduk. okay, switch off tiba-tiba. bukan black out kat hospital tu, tapi tiba-tiba mata gelap. selamat kuat semangat, pas bape minit dah on balik lampu. nampak lah jugak keadaan sekeliling walaupun samar-samar. masa nak pegi anta tu, mak pun pelik. selalunya mak yg pegi anta sorang-sorang. tapi kali nih nak pegi sendiri. tadi kalu pengsan pun takpe, mak ada. boleh tolong jerit mintak tolong kat orang, hehe.

tadi masa tengah tunggu result doktor hari tu datang. dia tegur. wah, doktor tu masih ingat sy nampaknya, hehe. result tak bape okay, walaupun dah cucuk neupogen 2 hari sel darah putih still 2 lebih. agak terkejut jugak lah. hari rabu lepas tak tengok pulak result. tadi masa jumpa doktor baru tertengok. rupa-rupanya WBC hari rabu lepas juz 1 lebih. mungkin sebab tu dia lambat naik kot walaupun dah cucuk neupogen 2 hari. dipendekkan citer, besok kena check darah lagi. alamatnya, sampai hari selasa lah ke hospital taiping. *sight*

nota: tadi sy jumpa adik comel tu masih dengan mask chumil dia. dia nanges masa amik darah sekali lg tadi. kena amik darah sekali lagi sebab darah mula-mula dia dah beku. cian dia. isnin nih dapat result ct scan. 




Thursday, March 10

dulu, skarang, masa hadapan

written by; CikTupaii at 5:32 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

dulu..

 
dia seorang anak yg kental. tak kuat nanges, sebab tu lah mak slalu cakap "anak mak nih senang. tak menanges. mak anta skola mana pun dia tak nanges. tak macam anak mak sorang lagi". masa tu mak cuma ada dua orang anak jer. tapi dia kuat bebel. kalu orang kacau dia, dia nanges jugak. slalunya mesti ada hero yg selamatkan dia. hehe, bukan pakwe okay. tapi pakcik askar yg jaga truck dia naik tak pun abang-abang skolah menengah.

kalu orang marah dia, dia boleh senyum jer. wat relex macam tak ada pape. tapi kalu cikgu garang marah, dia dah kecut perot, haha. orang pukul dia, dia nanges jap jer pastu dia nakal balik. memang lasak budak nih. nama pun anak askar, kena lah lasak kan? tapi kalu orang curi puting dia, conform dia nanges tak behenti. gila addicted budak nih ngan puting. lepas dah dapat balik dia okay. muka ceria macam matahari tersenyum. tu dulu..

tapi skarang..


 



dia dah boleh jalan sendiri. tak perlu kete roda tu lagi. boleh lari-lari, boleh jalan sana sini, panjat pokok. siap boleh ber-facebook lagi tuh. hehe, nih bukan citer sebenar.

dia dah tak macam dulu. dah tak kental dan kenyal. dia skarang sangat sensitif, cepat tersentuh, mudah tersentappp dan yg paling tak boleh tipu, dia kuat nanges. dah betul-betul lemah dia, 100 peratus tak sama macam dulu. cuma yg sama, bila dia ceria, dia hapy, dia bebel-bebel family dia akan hapy. dia dah jarang wat family dia hapy macam dulu sebab dia banyak simpan 1001 masalah. hehe, anafora, metafora, parabola sume ada da.

tipu, tipu dia takda masalah banyak macam tu, tapi dia jadi makin lemah sebab sifat sesitif dia yg menebal buatkan dia jadi macam tu rasanya. sikit-sikit dia nak nanges, sikit-sikit dia nak tersentap. ini menunjukka bukan dia ada masalah, tapi dia yg bermasalah. bahaya dah dia nih.

untuk masa hadapan..

hari nih, dia dah ubah sikap dia. hari nih dia cuba berdikari. dia buat sume benda hari nih sendiri. mak dia juz tengok je. dia makan banyak-banyak sebab nak kumpul tenaga. dia senyum walaupun dia penat dan letih. dia sabar tunggu kehadiran doktor tadi sambil tersenyum..nyum..nyum. ye, dia perlu kuat untuk masa hadapan dia. dia perlu berdikari, kurangkan bergantung pada orang lain. dan paling penting, dia kena senyum selalu sebab skarang dia nih kudut ngan senyuman. nak senyum pun berat.

terima kasih awak atas nasihat semalam. terima kasih kat makcik kawan mak tadi sebab bagi kata-kata semangat dan paham perasaan sy dan cakap sy dah kurus. hehe, memang lah kurus makcik, berat 42kg je skarang. makcik yg jarang jumpa pun boleh perasan. korang nak tau, makcik tu sakit aknser servik, dia pun dah nampak kurus dan pucat macam sy. hope hari nih permulaan dan esok bukan penamatnya.

Lilypie Second Birthday tickers
 

fiena jaafar ♥ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting