..:: "Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..tetapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia di dalamnya..begitulah dengan kehidupan manusia.. riang ketawa..tetapi ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.. jika kau terasa kecewa, pandanglah ke sungai..airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang..jika kau sedih, pandanglah ke langit..kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.." ::..


Followers

Monday, February 14

kisah silam 5#

written by; CikTupaii at 12:31 AM
tajuk: kawan bilik

tahun 2003

mula tinggal di asrama. selepas pindah ke taiping, mak ngan ayah suh tinggal kat hostel kat skola baru. first time berkongsi bilik dengan orang luar dan first time jugak stay jauh dari family. tak jauh mana pun. bape minit jer dari rumah ke skolah.

kawan-kawan bilik ada yg best, ada yg tak best. alhamdulillah ada kawan yg sekelas. so, ada lah jugak kawan nak cakap-cakap. sy jenis susah nak berkawan, berat mulut sikit. first perception; matilah aku dok hostel nih. tapi lama-lama okay.

masuk tahun kedua, sangat teruja. sebab kawan-kawan ada yg penah sebilik dan yg baru sebilik dah kenal. so, tak ada masalah. banyak kenangan dikongsi bersama mereka-mereka. =)

matrik

masih macam dulu. takot bila nak dapat kawan bilik baru. alhamdulillah, kali nih okay-okay sume. tapi kawan bilik sy sorang nih mula-mula sy sangat takut nak tegur die. die masuk lambat antara ktorang berempat. sy tertumpahkan air atas nota kawan die. memang nanges. takut kot. selamat die okay jer, tak marah. siap cakap sanggup salin balik nota tu, see, betapa takutnya i. haha, lawak siot. die nih suka pyscho sy tau, hari-hari pyscho sebelom tido. rasanya kalu die tak wat camtu die tak hapy ko. as long u hapy, i'm hapy too dear. tapi die baik, ajar sy kimia. hehe, tak pandai-pandai pon. cian ke dia.

kitorang slalu spend masa sama-sama. makan sama-sama, jalan sama-sama, g toilet malam-malam sama-sama. tapi ada sorang jarang sikit sebab die slalu bersama-sama ngan kawan-kawan tutor die. tapi tak ada masalah tau! ingat lg, sy teruk sikit bila time makan. shiqah slalu tegur; "fna tau tak, membazir tu amalan syaitan. tak baik membazir. shiqah taknak kawan ngan syaitan." kadang-kadang tak abis jugak walaupun dah ditegur. budak fna nih ada bad habit time makan. sangat tak senonoh. hee, *blushing*

kalu orang lain ada kawan bilik tiga orang, sy ada empat masa sem dua. sebab sy ada kawan rapat baru yg slalu spend masa kat bilik sy. nama die yulie, dok bilik paling hujung line bilik sy. katil sy jd katil die kadang, meja sy atau mimi jadi meja die kadang-kadang. tapi takpe, kitorang suka! sy lg suka! hehe. saat nih, rindu diorang sume. bila lah nak dapat turun kl hang out ngan korang sume. 

ump

belaja jauh, sure lah dok hostel. macam dulu, perasaan takut untuk dapat kawan bilik baru masih tak berubah walaupun nih bukan kali pertama. kali nih kawan bilik sy sume orang pantai timur. yg katil sana negeri kelantan dua-dua. yg katil bawah katil sy orang terengganu. nak nanges masa tu bila dapat tau kawan bilik sume orang pantai timur. mana taknya, sy tak pandai cakap loghat sana, paham? lagi lah tak masa tu, makan budu jauh sekali. masa mak sibuk-sibuk dalam bilik tu, kuar bilik jap ngan ayah. nanges kat ayah sebab kawan bilik sume orang pantai timur. ayah cool down kan anak manja die nih. cakap nati lama-lama mesti boleh paham. nak taknak pasrah je.

mula-mula memang ada masalah nak paham. lama-lama, okay dah. hehe, skang pakwe pun orang kelantan. tapi sy tak pandai-pandai cakap kelantan, haha. tapi yg nih sy suka cakap; "bo la kecek klate tu" hehe, tak tau eja betul tak. walaupun dah banyak kali attended klas bahasa klantan anjuran kawan-kawan bilik sy, tapi masih lidah keras. makan kari banyak sangat kot.

pastu dapat sorang kawan bilik baru. orang sabah bah. tak ada masalah communication. kitorang cakap bahasa standard je. lagipun die tu kawan kelas sy a.k.a. bff sy. kesimpulannya, pasnih sy takut untuk dapat kawan bilik baru memandangkan sedang ber-extend. huhu,

nota: mempunyai banyak masa untuk mengingati masa silam. baru lepas tengok pic bersama, huhu



2 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |:

Saadah Hamid said...

biler bace nie, baru aku teringat kes tumpah air kat note.. huhuhuhu.. seyes aku x ingat langsung.. mcm klakar plak.. hehe, by the way aku pun rindu korang jugak.. biler entah dapat jumpe lagik...

CikTupaii said...

to saadah hamid

ahha, tak penah lupa. ak g ngadu kat wani. lawak kot. nanges mmg tak yah cakap lah. dah lah tumpahkan air kat nota orang. bagi ak salah besar woo.. insyallah nati ak sehat, ak cuba usahakan trun kl jumpa korang-korang. =)

Post a Comment

Drop your comment here

Lilypie Second Birthday tickers
 

fiena jaafar ♥ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting