..:: "Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..tetapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia di dalamnya..begitulah dengan kehidupan manusia.. riang ketawa..tetapi ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.. jika kau terasa kecewa, pandanglah ke sungai..airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang..jika kau sedih, pandanglah ke langit..kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.." ::..


Followers

Thursday, March 31

Muka tak pandai menipu

written by; CikTupaii at 10:46 PM 1 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Sejak kebelakangan nih sy ada problem sikit. Muka sy nih jujur jer, tak pandai menipu. Kalu ye pun tolonglah sikit tuannya. Nih tak, asyik nak citer semuanya jer. Aish! Tak pasal-pasal tadi kena gelak ngan doktor J*****. Apatah nama dia, dah lupa pulak. Tapi kalu dengar nama tu, dan dan sy engat tuan empunya nama, hee. Sy bukan nak menggatal okay!

Boleh pulak tadi muka serlah-kan ke-blur-an sy. Ada ke patut? Tapi doktor tu pun satu. Tanya tu biarlah terang. Ada ke tanya "doktor pakar awak tu ada cakap apa-apa tak kat awak?". Huh! Dalam kepala nih dok memikir nak jawab apa, dan muka tak boleh blah. Sah-sah blur gila. Apa lagi terus sy tanya "cakap apa?" Gelak doktor handsome tu. Malu tak terkiralah. Mesti doktor tu pikir sy nih terpikat kat dia, sebab tu terus tak pandai bercakap. Please-lah! Tapi memang sy malu sangat bila pegi hospital. Asal jumpa doktor handsome jer, bila ditanya sure blur! Sy yakin nih disebabkan ketidak-pakaran mereka menanya soklan, bukan kerana terpegun melihat ketampanan diorang okay. dan bila nak kena cucuk jer, ataupun nak mendaftar, mesti terserlah muka takut sy. Dan kalu sedih, memang nampak sedih tu. Ayoyo, apa kes muka sy nih.  Menipulah sikit. please..

Pasnih kena latih muka nih menipu. Takpe, tipu sunat. Ada ke tipu sunat? Dah sah-sah hukum menipu tu dosa. Kalu boleh nak tunjuk muka hapy jer kat sume orang. Nak tunjuk muka berani jer. Macam berani je kau fina! Nak mula dari mana eh? eheh~

Wednesday, March 30

Moral: jangan sesekali gatal tangan

written by; CikTupaii at 5:45 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
As-salam and Good Day readers!

Akibat gatal tangan, semalam sy hampir demam dan tido sy ditemani igauan ngeri. Adoi, sudah jatuh ditimpa tangga. Dah lah jatuh terhampap, tangga pulak menghempap. Ini sekadar peribahasa. Sy tak jatuh lah semalam cuma terkejut berok jer. Tak sangka punya hebattt penangan awek cun ngetop semalam. Akibat saja-saja nak tengok link artis puja-pemuja, bukan puji-memuji okay, tak pasal-pasal kesan dia sampai hari nih sy memuji-muji kejelitaan beliau, auww. Dan tak tahu bila boleh pulih sepenuhnya.
 
So, korang janganlah gatal-gatal tangan nak klik itu spam,huhu. Kalu citer pasal semalam memang nak tergelak. Selamat tak ada orang nampak. Yg baca status kat FB pun boleh cakap lawak (tu dia bagi hints dia pun terkena jugak), cuba kalu dia tengok sendiri, rasanya dah gelak golek-golek. Korang nak tau apa jadi semalam? teheee T_T

Masa klik link tu ada lah dengan bunyi seram-seram sikit. Jadi buat tak endah jer, sebab dalam masa yg sama ada klik video kat FB. So, ingat punca bunyi dari situ. Pas klik skali lagi kat link tu, hahah. Biar sy gelak dulu. =D Kuar muka awek cun ngetop lebih cun dari lisa surihani! Sius tipu! ditambah rasa sedap dengan bunyi-bunyi yg mengusik jiwa. Bukan setakat jerit kaut, siap merapak-rapak tangan nak tutup tab tu, yg best lagi nak melompat naik atas kerusi.hahahahh. Gila kau! Malam-malam, emosi tak stabil tunjuk muka camtu kat sy. Ada ke patut? Selamatlah mak kat sebelah tak dengar, dah lah jerit panggil mak. Kalu tak mesti dah kena marah. ayoyo.
 
Kesannya, lepas tengok terus tangan kaki sejuk-sejuk, badan pulak panas. Nak demam kau! Nasib lepas beberapa jam dah okay balik. Dan, dan lepastu jugak tak berani nak kuar bilik, kihkihkih. Yg best lagi makcik cun ngetop tu teman sy tido beb! Mula-mula dah dapat lupakan dah, tapi lepas terkejut dengan bunyi hp terus semangat hilang balik, dan dan pastu dia datang menjelma. Aiseh! Asal pejam mata jer terbayang muka dia. Sampai nak tido tengah hari tadi pun dia datang teman jugak. Hebat betul penangan dia. Semangat, semangat silalah datang semula.
 
Moral story, pasnih dah tamau gatal-gatal tangan klik link ngarut-ngarut camtu. Sumpah, serik skarang. Korang pun jangan cuba-cuba ye kalu lemah semangat macam sy. Aih, makan masa nak pulih nih. Sampai pagi tadi terbayang lagi. Ubat guna-guna apalah dia guna. Lepas seminggu baru boleh layan citer-citer antu kot. humph!

Nota: Link apa? Tak payah lah sy share kat sini. Kalu teringin sangat nak tengok pegi try cari kat FB. Rasanya dah ramai terkena kot, hee

Tuesday, March 29

please help me

written by; CikTupaii at 11:50 PM 4 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
As-salam and evening readers!

Okay, straight to the point jelah. Hari nih tiba-tiba je dalam mulut sy berdarah. Darah kat mana, mula-mula tu tak sure. Masa mandi pagi dan sampailah mandi petang, bila sy ludah jer ada darah sekali. Tak lah banyak sangat. Nak cakap tu sisa makanan, maybe cili ke. tak mungkin. Sebab hari nih sy da on diet. just makan bubur ayam mcd mak masak. Sy checklah kat gusi, gigi dah lidah, tapi tak nampak pun darah kuar. Kalu tak mesti sy dah rasa sakit. So, sy assume darah tu dari tekak lah kot. Mungkin jugak. Tapi sy tak ada pulak over vomiting, sebab tak pulak diserang gastrik yg serius. 

Malam nih pulak gusi sy pulak berdarah. Rasa tak selesa sebab rasa macam ada darah dalam mulut nih. Rasa darah, sure korang pun tahu macam mana kan? Dah sah, memang berdarah. Kali nih dapat kesan dari mana darah. From my gum! OMG, kejap gusi kat situ darah, kejap gusi sana darah. Tak sentuh pun darah kuar tiba-tiba. Hurm, nak cakap gusi sy ada masalah before nih okay je. Cuma malam nih je jadi macam nih. Nak cakap terlebih sental gigi, tak pulak sy gosok gigi time tu. Actually apa problem dia eh?

Adakah ia berkaitan ngan platelet? Sebab sebelum nih masa check darah setiap kali result platelet sy tinggi doktor mesti tanya "awak ada bleeding kat mana-mana tak?" Time tu adalah jugak jadi sikit kat gusi. Tapi taklah teruk macam malam nih. Kejap-kejap terasa darah. Eyerkk! Sape-sape tahu, nak share maklumat ngan sy bolehlah comment entry nih okay? thanks ya! =)

Lilypie Second Birthday tickers
 

fiena jaafar ♥ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting