As-salam and Good Day readers!
Akibat gatal tangan, semalam sy hampir demam dan tido sy ditemani igauan ngeri. Adoi, sudah jatuh ditimpa tangga. Dah lah jatuh terhampap, tangga pulak menghempap. Ini sekadar peribahasa. Sy tak jatuh lah semalam cuma terkejut berok jer. Tak sangka punya hebattt penangan awek cun ngetop semalam. Akibat saja-saja nak tengok link artis puja-pemuja, bukan puji-memuji okay, tak pasal-pasal kesan dia sampai hari nih sy memuji-muji kejelitaan beliau, auww. Dan tak tahu bila boleh pulih sepenuhnya.
So, korang janganlah gatal-gatal tangan nak klik itu spam,huhu. Kalu citer pasal semalam memang nak tergelak. Selamat tak ada orang nampak. Yg baca status kat FB pun boleh cakap lawak (tu dia bagi hints dia pun terkena jugak), cuba kalu dia tengok sendiri, rasanya dah gelak golek-golek. Korang nak tau apa jadi semalam? teheee T_T
Masa klik link tu ada lah dengan bunyi seram-seram sikit. Jadi buat tak endah jer, sebab dalam masa yg sama ada klik video kat FB. So, ingat punca bunyi dari situ. Pas klik skali lagi kat link tu, hahah. Biar sy gelak dulu. =D Kuar muka awek cun ngetop lebih cun dari lisa surihani! Sius tipu! ditambah rasa sedap dengan bunyi-bunyi yg mengusik jiwa. Bukan setakat jerit kaut, siap merapak-rapak tangan nak tutup tab tu, yg best lagi nak melompat naik atas kerusi.hahahahh. Gila kau! Malam-malam, emosi tak stabil tunjuk muka camtu kat sy. Ada ke patut? Selamatlah mak kat sebelah tak dengar, dah lah jerit panggil mak. Kalu tak mesti dah kena marah. ayoyo.
Kesannya, lepas tengok terus tangan kaki sejuk-sejuk, badan pulak panas. Nak demam kau! Nasib lepas beberapa jam dah okay balik. Dan, dan lepastu jugak tak berani nak kuar bilik, kihkihkih. Yg best lagi makcik cun ngetop tu teman sy tido beb! Mula-mula dah dapat lupakan dah, tapi lepas terkejut dengan bunyi hp terus semangat hilang balik, dan dan pastu dia datang menjelma. Aiseh! Asal pejam mata jer terbayang muka dia. Sampai nak tido tengah hari tadi pun dia datang teman jugak. Hebat betul penangan dia. Semangat, semangat silalah datang semula.
Moral story, pasnih dah tamau gatal-gatal tangan klik link ngarut-ngarut camtu. Sumpah, serik skarang. Korang pun jangan cuba-cuba ye kalu lemah semangat macam sy. Aih, makan masa nak pulih nih. Sampai pagi tadi terbayang lagi. Ubat guna-guna apalah dia guna. Lepas seminggu baru boleh layan citer-citer antu kot. humph!
Nota: Link apa? Tak payah lah sy share kat sini. Kalu teringin sangat nak tengok pegi try cari kat FB. Rasanya dah ramai terkena kot, hee

0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |:
Post a Comment
Drop your comment here