..:: "Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..tetapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia di dalamnya..begitulah dengan kehidupan manusia.. riang ketawa..tetapi ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.. jika kau terasa kecewa, pandanglah ke sungai..airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang..jika kau sedih, pandanglah ke langit..kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.." ::..


Followers

Saturday, March 19

bulan

written by; CikTupaii at 11:52 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
tadi masa tengah best-best main game mahjong titans (bunyi macam huduh je kan anak dara main mahjong?) tiba-tiba ada mesej masuk. punya kelam kabut bukak. yelah, memang sedang menanti mesej dari si dia. almaklumlah bakal engineer tengah sibok sekarang dengan projek yg menimbun-nimbum. yeah, sangat suka. memang si dia yg mesej. mesti curi-curi masa kejap anta mesej tu. 

mesej yg berbunyi;
syg, erol hadiahkan bulan utk syg, tgk r.

mula-mula confuse jugak bulan dekat mana. bila cakap bulan terang kat langit terus sy teruja untuk kuar rumah. so, mintak lah permission dari mak terchenta. bila tanya adik-adik diorang cakap tak perasan pulak ad ke tak bulan tadi. mak cakap tak nampak sebab hujan. tapi degil jugak. dengan memakai kain batik dan menyarung tudung terus keluar ajak adik bongsu tengok bulan. 

tapi kat luar hujan daa. sy tetap berdegil. mula-mula jenguk-jenguk dari dalam pagar jer. pastu suruh adik bukak pintu pagar. punya nak tengok sangat, sampai pakai payung kuar tengok langit. hasilnya, NOTHING! sedih! bila masuk mak tanya kenapa dia suh tengok. so, baru tau yg bulan malam nih 19 tahun baru nampak, dan sebab lain bulan tu dekat dengan bumi. owh, baru sy tau kenapa si dia beria-ia suruh tengok. takpe lah, takda rezeki nak tengok. 19 tahun lagi, kalu umur panjang, jodoh panjang, kita tengok sama-sama ye syg. hee

tengok hasilnya. takda pape kan? bulan takda, bintang pun takda, *sigh*

nota: sy teruja bila dengar bulan sebab bulan ada kaitan dengan kami. masa couple dulu bersaksi bulan. masa sy di taiping, dia otw ke kuantan sama-sama tengok bulan walaupun tempat lain-lain. dan masa sy balik kuantan dulu, ada bulan kat langit. terasa macam si dia teman sy balik, hehe. ngade! maaf semua. bulan sangat bermakna buat sy. 

bila ak rindu kamu, 
ku lihat bulan, 
terasa seperti memandang wajahmu.
terlihat seperti kau tersenyum padaku. -_*

sekian, terima kaseh cinta ♥

mandi air terjun [part1]

written by; CikTupaii at 11:29 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

sebelum pegi kenduri siang tadi, ada lah mengayat-ayat mak mintak nak mandi air terjun. mak pun suruh bawak baju spare untuk pegi nati. ktorang apa lagi, laju jer mintak ayah bukak balik pintu nak masuk amik baju. hip..hip..hoorey. mestilah ktorang hapy bangat! dalam hati was-was jugak. takut tak jadi. tapi apa-apa pun lebih baik sediakan payung sebelum hujan kan. nati tak lah nyesal tak sudah. tak gitu?

lepas pegi kenduri tadi, memang betul-betul jadi pegi mandi air terjun. ayah tanya lah air terjun mana. kalu tanya sy confirm tatau mandi mana. cakap pancing terkejut pulak nati, hehe. so, my lil bro cadang mandi kat mana ntah. tatau lah nama tempat. kalu dari taiping. behenti lampu isyarat depan penjara pegi terus jer. tapi kalu dari kamunting belok kiri.

bila berjalan ngan mak dan ayah. biasalah loving couple tuh. ada-ada jer nak bertekak. bila ditegur mesti mak cakap; "bukan bergaduh, tapi berbincang". ahha, ktorang gelak-gelak jer. dah masak dengan perangai mereka. tak kesah lah janji dapat mandi. dipendekkan citer, tadi dapat mandi sat jer. antara sebab-sebabnya. satu, hari hujan. so mak ajak balik takut demam. dua, sebab lama sangat nak parking kete. bab nih lawak sikit. penat ktorang tunggu nak turun. dah elok-elok parking jap gi sorang tuh suruh parking sana. sana-sini, last-last buang masa. tiga, cari port nak berendam plus main air. dah elok-elok pegi situ. mak pulak tak bekenan. ajak pegi sana, balik situ balik. aish, memang buang masa lagi.

memandang tak puas lagi mandi tadi. so, besok kitorang plan nak pegi lagi. punyalah excited siap dah masuk baju dalam beg. tadi tiba-tiba lil bro cakap tak jadi ikut, sebab besok lawan bola. alaa, tak bestlah! dah pujuk-pujuk pun tapi tak berjaya. takpe, kitorang akan cuba jugak penuhkan misi besok. ayah sporting mesti bawak punya. 

jum-jum main air, best! -_*

sangat berbahagia, sampai tamau balik walaupun hari dah hujan, hee

nota: balik tadi drive dari aulong ke rumah. yes, pemanduan berjalan lancar, better dari sebelum nih. tapi geram nak gigit kat pemandu lain. bila kat simpang jer, mesti nak hon-hon. sy dah lah jenis darah gemuruh. sabar-sabarlah. tak nampak ke "P" tertampal, bukan nak betapa kat simpang tu. nati orang kuar lah. kepada pemandu-pemandu yg dah pro, janganlah macam tu ye. kesian kat kami-kami nih yg baru nak bertatih, huhu. pesanan ikhlas dari penaja.

kenduri

written by; CikTupaii at 11:01 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
as-salam and evening readers.


okay, hari nak story sikit. memandangkan badan agak sehat, dan suda tidak melakukan chemo. so, sy sangat kuat berjalan-jalan. dari semalam sangat excited untuk pegi kenduri. ahha, doktor belum confirm-kan lagi sy sehat sepenuhnya actually. tapi buat masa nih sy dah stop chemo atas sebab-sebab tertentu yg membuatkan tuan doktor mem-stop-kan chemo sy untuk sementara. yeah! sangat-sangat hapy!

hari nih sy pegi kenduri kawen anak cekgu sekolah lama sy. cekgu azhar. haa, ada jugaklah cekgu-cekgu lama sy yg sy nampak. cuma, yelah dah lama. so segan nak tegur ditambah masa sekolah doktor burhanuddin dulu sy tak femes mana pun. wedding kat dewan perbandaran taiping, bunyi cam meriah mak ngah je kan? tapi simple-mimple jer. walaupun simple, tapi sy tengok meriah sebab ramai tetamu. 

hehe, kalu cakap pasal makan. tip-top lah menu-menunya. selain nasi minyak yg berlaukkan gulai daging, dangin masak rendang, ayam masak merah dah acar buah. di selitkan jugak dengan pulut kacau, cendol pulut dan yg paling best, laksa! time dengar laksa tu memang dan kecur air liur. sedap jugak lah walaupun tak se-tip-top laksa penang masakan mak. sy makan laksa dua mangkuk. hehe, tak malu kan? budak nih hantu laksa, so jangan hairan ye korang. kredit to ayah and alang sebab tolong amikkan laksa. ^_-

nota: besok kita pegi kenduri lagi. woot..woot.. yippe.. -_*

Lilypie Second Birthday tickers
 

fiena jaafar ♥ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting