..:: "Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..tetapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia di dalamnya..begitulah dengan kehidupan manusia.. riang ketawa..tetapi ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.. jika kau terasa kecewa, pandanglah ke sungai..airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang..jika kau sedih, pandanglah ke langit..kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.." ::..


Followers

Tuesday, March 15

written by; CikTupaii at 12:18 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

hari keenam:

hari nih hari keenam ke hospital taiping sebelum chemo esok. of course lah untuk repeat FBC lagi. jumpa doktor baru hari nih. doktor cantek! lemah-lembut kau! tapi sadis, dia tak pandai amik darah. 40 minit terbaring atas katil, 3 kali dicucuk. tapi sia-sia. hasilnya, no sample blood! first dia cucuk dapat darah sikit jer, flow darah slow. so, terpaksa buang darah tu sebab tak cukup, darah pun majuk tamau kuar darah. second dia try tempat selalu doktor-doktor sebelum nih cucuk tapi hasilnya, nothing! kali ketiga, sebelah kiri lak. cucuk baik punya, tapi tak dapat-dapat jugak. last-last dia give up suh sy rest dulu. rest atas katil kompom tido tambah-tambah cuaca di taiping mendung. best kau! 

masa nak rest tu, akak misi tu suh doktor buatkan line ntok pesakit talasemia yg nak tambah darah hari nih. alahai, makin lambat lah nati. memandangkan sy pun dah tamau rasa sakit dicucuk berkali-kali. neuron-neuron dalam otak ligat berfikir idea lain untuk cepat cucuk. so, panggil misi sebab nak mintak cucuk kat tempat amik darah dekat ngan makmal. doktor pun bagi pegi. terus pegi. otw mak tanya lah kenapa lambat sangat. apa lagi, citer lah itu ini kat mak. sampai sana dapat no 41. bunyi macam lambat kan? tapi kejap jer. masa makcik misi tu nak amik darah, ngadu kat dia cakap tadi doktor amik darah tak dapat-dapat. best makcik tu cakap, cian dia. hehe, macam cakap ngan budak-budakkan. makcik misi tu amik sekali jer dah dapat. hebatkan? kredit to makcik misi yg baik hati tadi!

lepas dapat result pegi balik wad C1. result hari nih okay. WBC naik sampai 6.0 lebih, hapy, terkejut sume lengkap. at least taklah kena marah ngan marah darah turun. tunggu punya lama sebab doktor sibuk cucuk orang. masa doktor nak tulis report kat buku, dia panggil duduk sebelah. terus dia tanya "tadi amik darah sekali je ke?". sambil tersengih jawab "a'ah" (macam doktor tu nampak je sy sengih). doktor tu senyum je, sy bukan nak malukan doktor ye. apa-apa pun thanks kat doktor tu. sangat bersyukur hari nih darah naik dan tak perlu tunggu neupogen yg mahal tu. =)


kanser serviks atau kanser pangkal rahim

written by; CikTupaii at 12:14 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Berlaku apabila sel-sel kanser pada bahagian serviks membiak secara luar biasa. Ia merupakan kanser kedua terbanyak yg dilaporkan dikalangan wanita selepas kanser payudara.

Dr Rushdan Md Noor, Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan Obstetrik dan Ginekologi. Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar- anggaran lebih kurang 18 orang daripada 100,000 penduduk menghidap kanser ini, 2 ribu hingga 3 ribu dari kesemua kes kanser yg dilaporkan terdiri daripada kanser serviks.

Penyebab:
  • sejenis virus yg dikenali sebagai Human Papillomavirus (HPV)
  • HPV terbahagi kepada dua jenis; HPV berisiko tinggi dan HPV berisiko rendah
  • HPV berisiko tinggi (HPV 16 dan HPV 18) penyebab kanser pangkal rahim
  • HPV berisiko rendah menyebabkan ketuat pada kemaluan yg tidak menyebabkan kanser
Punca jangkitan HPV:
  • hubungan seks
  • sentuhan alat kelamin
  • jangkitan ibu kepada anak semasa proses kelahiran
  • mungkin melalui pemindahan menerusi alat-alat perubatan
Faktor-faktor risiko kanser pangkal rahim:
  • hubungan seks rambang
  • merokok
  • sistem pertahanan badan yg lemah
  • faktor keturunan
  • melakukan seks pada usia muda
  • lelaki tidak berkhatan lebih mudah menyebarkan virus HPV
Langkah-langkah mengurangkan risiko kanser serviks:
  • mengamalkan cara hidup sihat dari segi makanan
  • menjaga kebersihan badan
  • berhenti merokok
  • tidak melakukan seks luar nikah atau luar tabii
  • melakukan ujian saringan
  • mengambil vaksin HPV
written by; CikTupaii at 12:01 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

hari nih sy banyak berjalan. yes, nih menunjukkan sy sehat. *senyum sampai tinge..ngeee*. hari nih plan nak pegi library taiping, teman adik sy. sebelum tu singgah hospital taiping amik result ct scan minggu lepas. pastu nak pegi kedai gambar balik library nati. tapi plan dah berubah daa. kul 10 lebih kuar rumah, sebab adik ada kelas tambahan. yelah, budak nak PMR kan tahun nih. mesti cikgu-cekgi buat kelas tambahan untuk diorang masa cuti sekolah. first destination, macam plan asal. hospital taiping! okay, tak amik masa yg lama sebab pegi amik result jer. pastu gerak ke library pulak.

tapi, dia macam tanak menerima kehadiran ktorang jer. sampai-sampai pagar tutup, siap mangga kau! so, ayah suh tanya pak guard situ. rupa-rupanya setiap hari isnin dia tutup. alahai, nampaknya besok ke sana balik. takpe, sy suka, heee. pastu pegi KWSP, ayah nak pegi check pe ntah. okay, ikut jer. jalan jauh jugak lah sebab parking kete jauh. takda rasa  nak pitam. hapy! tu tanda sy sehat. tiba-tiba plan jadi lain, ke sana ke sini ktorang. last-last singgah kedai gambar macam yg diplan semalam. bestnya dapat jalan sana, jalan sini. bukan senang. dah lama tak dapat jalan-jalan sebab tak bape sehat. stop citer jalan.

balik-balik terus rasa lapar nak makan. tapi sebelum tu sy susah payah bukak stepler kat sampul x-ray tu. nak tengok report dia. baca punya baca, memang banyak tak paham. banyak okay, no, normal. so, rasa macam legalah kan. tapi bila baca ayat last tu, gila tersentap. "no signification change in size" maksudnya "tiada tanda perubahan pada saiz". betul kan maksud dia gitu? sy tak salah paham kan? memang terasa down sangat-sangat. terus selera makan pun hilang. alahai, sy memang hampa! ye sy kecewa. sy mengharapkan result positif. terus dalam kepala nih datang pasal benda tak best. nak kena wat boomerang. eh, betul ke ejaannya? tak silap macam tulah pronounce dia. maksud amik sum-sum tulang. ye, sy tanak buat! tanak! tanak! teringat makcik yg meraung-raung hari tu masa kena buat benda nih. sadis dan tragis!

mak ngan ayah tanya lah pe result nya. terus jawab, ntah, tak paham. bukan apa, tamau diorang risau. biarlah nati diorang tau sendiri dari tuan doktor yg bertauliah. Alhamdulillah, malam nih sy dah kembali okay. makin okay lepas bf sy call, dengar dia ketawa, dengar dia menguap. ish, call awal-awal pun nguap jugak. confuse.. tadi tiba-tiba jadi rajin. masak nasi goreng, kemas dapur mak, kemas baju-baju adik, sapu kat ruang tamu. adakah sy masih tension. tatau lah. tapi bila tertengok x-ray atas meja tadi, rasa sdey datang balik. terus cepat-cepat masuk bilik. tanak sdey-sdey nati takda sapa nak pujuk,huhu. esok, akan ke hospital lagi untuk repeat FBC dan ke library. ooyeee, suka, suka nak pegi library. nak cari novel. ekehkehkeh.. =))



Lilypie Second Birthday tickers
 

fiena jaafar ♥ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting