..:: "Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..tetapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia di dalamnya..begitulah dengan kehidupan manusia.. riang ketawa..tetapi ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.. jika kau terasa kecewa, pandanglah ke sungai..airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang..jika kau sedih, pandanglah ke langit..kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.." ::..


Followers

Tuesday, March 15

kanser serviks atau kanser pangkal rahim

written by; CikTupaii at 12:14 AM
Berlaku apabila sel-sel kanser pada bahagian serviks membiak secara luar biasa. Ia merupakan kanser kedua terbanyak yg dilaporkan dikalangan wanita selepas kanser payudara.

Dr Rushdan Md Noor, Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan Obstetrik dan Ginekologi. Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar- anggaran lebih kurang 18 orang daripada 100,000 penduduk menghidap kanser ini, 2 ribu hingga 3 ribu dari kesemua kes kanser yg dilaporkan terdiri daripada kanser serviks.

Penyebab:
  • sejenis virus yg dikenali sebagai Human Papillomavirus (HPV)
  • HPV terbahagi kepada dua jenis; HPV berisiko tinggi dan HPV berisiko rendah
  • HPV berisiko tinggi (HPV 16 dan HPV 18) penyebab kanser pangkal rahim
  • HPV berisiko rendah menyebabkan ketuat pada kemaluan yg tidak menyebabkan kanser
Punca jangkitan HPV:
  • hubungan seks
  • sentuhan alat kelamin
  • jangkitan ibu kepada anak semasa proses kelahiran
  • mungkin melalui pemindahan menerusi alat-alat perubatan
Faktor-faktor risiko kanser pangkal rahim:
  • hubungan seks rambang
  • merokok
  • sistem pertahanan badan yg lemah
  • faktor keturunan
  • melakukan seks pada usia muda
  • lelaki tidak berkhatan lebih mudah menyebarkan virus HPV
Langkah-langkah mengurangkan risiko kanser serviks:
  • mengamalkan cara hidup sihat dari segi makanan
  • menjaga kebersihan badan
  • berhenti merokok
  • tidak melakukan seks luar nikah atau luar tabii
  • melakukan ujian saringan
  • mengambil vaksin HPV

0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |:

Post a Comment

Drop your comment here

Lilypie Second Birthday tickers
 

fiena jaafar ♥ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting