hari ketiga:
hari nih baru sy sedar yg setiap kali pegi day care hospital taiping selalu wat benda yg sama. sampai-sampai wad thalassemia behenti jap kat kerusi menunggu. pas hantar buku kat nurse mesti duduk pusing ke tingkap. pastu tengok lah keadaan kat luar tu. dah jadi habit kot. best tengok luar tu. awal-awal pagi nih macam-macam jenis orang lalu lalang. ada guard, ada doktor-doktor, ambulans beratur tunggu turn nak bawak patient, pelawat yg datang ngan bakul penuh makanan. dan yg selalu sy nampak sorang makcik nih. dia selalu duduk kat kusi luar tu, breakfast situ, baca paper. dia tunggu sapa tak tau.
hari nih jugak dengan berbekal azam baru semalam, pas check, sendiri pegi makmal untuk tunggu result. wah, berjalan jauh. adalah dalam 500m kot. tapi kepala dah pening-pening, mata kelam-kelam. masa ngah jalan tu harap sangat tak pitam. yelah, jauh lagi nak sampai baru berjalan dalam 100m kot. sampai-sampai kat makmal darah terus pegi anta dan cepat-cepat duduk. okay, switch off tiba-tiba. bukan black out kat hospital tu, tapi tiba-tiba mata gelap. selamat kuat semangat, pas bape minit dah on balik lampu. nampak lah jugak keadaan sekeliling walaupun samar-samar. masa nak pegi anta tu, mak pun pelik. selalunya mak yg pegi anta sorang-sorang. tapi kali nih nak pegi sendiri. tadi kalu pengsan pun takpe, mak ada. boleh tolong jerit mintak tolong kat orang, hehe.
tadi masa tengah tunggu result doktor hari tu datang. dia tegur. wah, doktor tu masih ingat sy nampaknya, hehe. result tak bape okay, walaupun dah cucuk neupogen 2 hari sel darah putih still 2 lebih. agak terkejut jugak lah. hari rabu lepas tak tengok pulak result. tadi masa jumpa doktor baru tertengok. rupa-rupanya WBC hari rabu lepas juz 1 lebih. mungkin sebab tu dia lambat naik kot walaupun dah cucuk neupogen 2 hari. dipendekkan citer, besok kena check darah lagi. alamatnya, sampai hari selasa lah ke hospital taiping. *sight*
nota: tadi sy jumpa adik comel tu masih dengan mask chumil dia. dia nanges masa amik darah sekali lg tadi. kena amik darah sekali lagi sebab darah mula-mula dia dah beku. cian dia. isnin nih dapat result ct scan.
