..:: "Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..tetapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia di dalamnya..begitulah dengan kehidupan manusia.. riang ketawa..tetapi ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.. jika kau terasa kecewa, pandanglah ke sungai..airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang..jika kau sedih, pandanglah ke langit..kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.." ::..


Followers

Wednesday, March 9

written by; CikTupaii at 3:42 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

hari pertama ke hospital taiping ntok minggu nih check darah. tadi dengar budak tu nanges meraung-raung masa doktor cucuk line. rasa cam nak nanges jer, tadi ngantuk pun hilang sebab tersentap dengar die nanges sambil jerit-jerit "sakitttt, tolong abah, tak tahan..sakitttt". oppss, menitis sikit air mata. sy paham perasaan adik tu. memang sakit time kena cucuk line, tambah-tambah kalu susah nak cari. kadang-kadang memusing-musing jarum tu sebab nak jugak urat tu.

geram pun ada, tak boleh ke tukar tempat lain. bertambah geram tadi bila ada orang-orang yg tunggu masa tu tersengeh-sengeh. macam lawak eh korang? tak kena kat korang boleh lah senyum meleret sampai ke tinge. cuba kena kat korang. apa macam? best ke idak? idak ke best? so, tunjukkan lah simpati sikit. jangan pikir nak hiburkan hati korang je.

mula terasa tamau g hospital penang hari rabu minggu depan. tamau wat kimo dah. tambah-tambah skarang dah susah nak cari line kat tangan nih. urat dah bnyak block, dah banyak keras. nak wat pe eh ntok delay chemo nati. hurmmm, *thinking*

terdengar perbualan makcik-makcik yg wat chemo breast canser tadi masa nak cucuk neupogen. "orang tak paham perasaan kita yg sakit nih. kita rasa, kita paham lah". sy ingat sy sorang jer kadang-kadang pikir macam tu. yelah, time badan lemah, mood pun tak baape okay. rupa-rupanya makcik-makcik pun ada pikir benda yg sama.

Tuesday, March 8

fakta dan auta

written by; CikTupaii at 1:53 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

fakta: ada patient kanser yg sembuh lepas menerima rawatan sel-sel kanser dalam badan hilang, dan bagi patient lymphoma tidak mustahil akan menghidapinya kembali. majoriti patient leukimia kritikal akan mempunyai jangka hayat yg singkat. wallahualam.

auta: cakap-cakap sesetengah orang; sume patient kanser akan mati. "yg nih memang menyakitkan hati dan membuatkan pesakit-pesakit selalu down"

note: aha, yg sume patient kanser akan mati tu tak betul kalu diorang ada menerima rawatan. buktinya, kalu korang pegi mana-mana hospital mesti korang akan jumpa patient kanser yg masih wat follow up. dan patient kanser yg mati tu kalu tak wat kimo atau apa-apa rawatan yg doktor suggest, memang dah tipis harapan nak baik. kecuali dengan kuasa tuhan.

satu lagi, rawatan kampung kadang-kadang boleh mengubat penyakit kanser. tapi dalam setahun dua atau beberapa tempoh jangka masa, penyakit tu akan serang balik. mungkin masa tu harapan sembuh tipis. thats why sy lebih prefer rawatan hospital. rawatan kampung nih boleh jugak. seperti kata seorang doktor nih; kimo adalah penting, rawatan kampung kira ikhtiar kedua.

Monday, March 7

written by; CikTupaii at 6:36 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

 assalam and good morning!

selamat pagi cinta ♥ morning kiss dengan kesegaran colgate! eh, silap. ubat gigi safi suci dan murni. =)

rekod peribadi berblogging diawal pagi semasa bercuti di rumah. bukan hape, tak boleh tido lagi. pagi nih sharp pukul 6 pagi kena makan ubat ntok ct scan pagi nih. alahai, ikutkan hai tamau wat ct scan hari nih. bila pikir-pikir balik susah nak dapat date ntok appoinment, so dengan paksa rela korbankan diri jugak. sy tamau kena cucuk! tangan kanan pun tak baik lagi, huhu. dari bulan lepas dah sibok pegi booked tarikh, see betapa susahnya nak dapat tarikh. tu belum lagi prosedur-prosedur sebelum dan semasa ct scan. ahhai, buat korang-korang "berhengatlah sebelum terkena" okay! kalu ada sakit tu cepat-cepat pegi check dan sakit walaupun sikit-sikit bawak-bawaklah rajinkan diri berjumpa dengan tuan doktor ye kawan-kawan.

pagi yg mendebarkan buat sy. masih terasa pahit-pahit ubat tadi tak hilang lagi. teringat lak masa first time ct scan dulu tersilap makan ubat. kesannya "laloq" satu hari. tido memnag tak hengat dunia kau! tapi kali nih dalam keadaan tenang tambah ubat yg iras-iras rupa macam ubat nih takda so tak lah tertukar lagi. tapi skarang perut lapau mintak menampau. aduh! kena posa lah pulak, tapi perut dah wat irama tak best. tolonggg..

sy adalah manusia yg paling mengharap sangat-sangat skarang nih. hope, result ct scan positif. dah tamau wat kimo dah. letih dan sakit yg teramat. urat pun dah banyak block. dan skarang nih sangat-sangat mengharap keajiban terjadi. sy nak balik blaja macam dulu-dulu, nak jumpa kawan-kawan, nak jumpa buah hati sy itu sudah pasti. dan skarang sy terasa nak makan aiskim sangat-sangat, hee. okay, stop dulu. tata~

nota: a diary of Hodgkin lymphoma patient

Lilypie Second Birthday tickers
 

fiena jaafar ♥ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting