..:: "Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..tetapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia di dalamnya..begitulah dengan kehidupan manusia.. riang ketawa..tetapi ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.. jika kau terasa kecewa, pandanglah ke sungai..airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang..jika kau sedih, pandanglah ke langit..kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.." ::..


Followers

Saturday, February 19

mimpi moon

written by; CikTupaii at 10:05 PM 1 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
 ye, sy tidak menonton citer mimpi moon saat nih mahupun malam nih. dan tidak jugak mimpikan rumate sy bernama moon. tapi hari nih sy mimpi dua kali mimpi yg pelik dan macam real. dan membuatkan sy terdiam macam kena mandrem. okay, stop intro.

mimpi satu

berlaku diawal pagi. tak lah awal sangat. around 8:00 lebih. nak tido balik cover tido yg tak cukup disebabkan sakit yg tak tertahan. tido tak lah lama sangat. tapi mak dah kejut bangun sebab air panas dah masak. malasnya. mulut macam laju nak jawab; "natilah, tak puas lagi tengok dia". tapi takut lak mak cakap gatai melampau anak die nih plus cian lak ke mak sebab dah tolong masak air dan mak nak urut badan lak nati. panjang lak intro.

sy mimpi jumpa dia. ye dia, bukan kamu, bukan awak. dia yg sy maksudkan adalah bf sy. dalam mimpi tu sy dalam bas. dok depan-depan. depan macam sebelah driver bas. pelik, driver tu tak lak suh g belakang. masa tu bas masuk esso dekat ngan ump. sy nampak kete pesona kaler hijau. kete dia! sy nampak paan masuk dalam kete tu. nih musykil sikit, apasal si paan masuk sekali. maybe sebab dia ada cakap hari tu dia kuar ngan paan. mungkin sebab tu. pastu sy nampak dia tengah isi minyak. tapi syg, dia mahupun paan tak nampak. sedangkan dia pandang bas tu. yg pelik, sy tengok jer dia. sy tak msg dia atau call dia bagitau sy ada dalam bas tu. sy nampak dia macam dia yg skarang nih. nampak tembam dan berisi sikit macam dalam gambar yg sy tengok semalam. tapi awak, kenapa tak nampak sy? kenapa sy tak msg awak bgtau yg sy pun ada kat situ. mimpi tu terasa real sangat, dan membuatkan sy terdiam bila pikir-pikir balik.

mimpi dua

tido around pukul dua lebih pas mak urut. ntah macam mana tertido, mungkin sebab penat tahan sakit kot. kali nih mimpi kat umah mak ngah. sedara mara sume ada. tak tau kenduri apa, maybe teringat kenduri abang aman tak lama lagi kot. mula-mula dalam mimpi tu ada tikus gigit. apasal lak boleh masuk tikus dalam mimpi , pastu siap bertarung bagai ngan tikus tu. kesudahan, tikus mati. hahha. pelik, tapi tu lah mimpi.

lepas dah penat bertarung ngan tikus tu, babak g mandi lak. masa tu malam. tapi pelik, umah mak ngah tu macam lain. dan bertambah pelik, sampai pagi tak mandi-mandi. last-last decided masuk balik dalam umah tu. eh cop, sini dah pelik. umah mak ngah, empat-empat bilik air dalam umah. takda pun yg kat luar. bila dah masuk tu, sy nampak orang-orang dalam umah tu nanges. tapikan sume macam tak nampak sy. macam sy tak wujud. sy nampak diorang nanges, tapi tak dengar satu bunyi pun. macam lakonan tanpa suara. nih satu lagi perasaan sy tak wujud. bangun, sama macam tadi. terpaku. dan menanges jap.


petang tadi msg, citer kat bf sy pasal mimpi sy. tapi taklah sedetail macam sy taip nih. die cakap tu tandanya sy panjang umur. bila citer kat adik bongsu, dia gelak. gelak sebab ada tikus. sy pandang adik, pandang mata adik. sy nampak dalam dia gelak, mata dia macam berair. maybe dia dapat rasa kot apa sy rasa. teringat pagi tadi. nanges-nanges kejut die bangun sebab tak tahan sakit. pastu adik peluk sy. makin laju time tu air mata kuar. thanks adik!

sume orang yg tau cakap camtu sebab nak sedapkan hati sy je kot. tapi orang ada cakap, kalu mimpi ada suara tu, macam bercakap tu. tu mainan syaitan. tapi kalu mimpi macam sy nih mungkin boleh jadi tanda-tanda. tanda-tanda apa? pikir sendiri. hope, tu sume mainan tido.

Friday, February 18

rindu!

written by; CikTupaii at 10:31 PM 2 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

aku rindu,
merindui hari-hari ku sebagai seorang pelajar,
masa-masa menghadap buku-buku,
kesibukan menyiapkan assignment last minute,
kekusyukan menyalin jawapan,
kestressan menhadiri kelas-kelas yg kritikal.

aku rindu,
merindui hari-hari bersama teman-teman ke kelas,
kelajuan dan kelincahan mulut seiring dengan langkah kaki,
keriuhan dengan gelak tawa dan usik-mengusik,
kepenatan berlari-lari apabila terlambat,
dan ketakutan menghadiri kelas rc.

aku rindu,
merindui kamu setiap hari,
rindu ucapan selamat malam yg sering diucap dahulu,
marah kamu apabila diri ini nakal,
perhatian dan senyuman kamu,
masa-masa kita bersama.

ku harap suatu masa,
aku masaih berpeluang merasainya.

nota: ter-ilham selepas mendengar lagu "ku menunggu" yg diubah suai dari lagu "ku merindu". lalalllaaa.. sy bukan a samad said, bukan fynn jamal, bukan ramli sarip dan sememangnya bukan karyawan. sy adalah penganggur ter-hormat! menulis dari hati lahir dari perasaan. haha! =D

Monday, February 14

kisah silam 5#

written by; CikTupaii at 12:31 AM 2 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
tajuk: kawan bilik

tahun 2003

mula tinggal di asrama. selepas pindah ke taiping, mak ngan ayah suh tinggal kat hostel kat skola baru. first time berkongsi bilik dengan orang luar dan first time jugak stay jauh dari family. tak jauh mana pun. bape minit jer dari rumah ke skolah.

kawan-kawan bilik ada yg best, ada yg tak best. alhamdulillah ada kawan yg sekelas. so, ada lah jugak kawan nak cakap-cakap. sy jenis susah nak berkawan, berat mulut sikit. first perception; matilah aku dok hostel nih. tapi lama-lama okay.

masuk tahun kedua, sangat teruja. sebab kawan-kawan ada yg penah sebilik dan yg baru sebilik dah kenal. so, tak ada masalah. banyak kenangan dikongsi bersama mereka-mereka. =)

matrik

masih macam dulu. takot bila nak dapat kawan bilik baru. alhamdulillah, kali nih okay-okay sume. tapi kawan bilik sy sorang nih mula-mula sy sangat takut nak tegur die. die masuk lambat antara ktorang berempat. sy tertumpahkan air atas nota kawan die. memang nanges. takut kot. selamat die okay jer, tak marah. siap cakap sanggup salin balik nota tu, see, betapa takutnya i. haha, lawak siot. die nih suka pyscho sy tau, hari-hari pyscho sebelom tido. rasanya kalu die tak wat camtu die tak hapy ko. as long u hapy, i'm hapy too dear. tapi die baik, ajar sy kimia. hehe, tak pandai-pandai pon. cian ke dia.

kitorang slalu spend masa sama-sama. makan sama-sama, jalan sama-sama, g toilet malam-malam sama-sama. tapi ada sorang jarang sikit sebab die slalu bersama-sama ngan kawan-kawan tutor die. tapi tak ada masalah tau! ingat lg, sy teruk sikit bila time makan. shiqah slalu tegur; "fna tau tak, membazir tu amalan syaitan. tak baik membazir. shiqah taknak kawan ngan syaitan." kadang-kadang tak abis jugak walaupun dah ditegur. budak fna nih ada bad habit time makan. sangat tak senonoh. hee, *blushing*

kalu orang lain ada kawan bilik tiga orang, sy ada empat masa sem dua. sebab sy ada kawan rapat baru yg slalu spend masa kat bilik sy. nama die yulie, dok bilik paling hujung line bilik sy. katil sy jd katil die kadang, meja sy atau mimi jadi meja die kadang-kadang. tapi takpe, kitorang suka! sy lg suka! hehe. saat nih, rindu diorang sume. bila lah nak dapat turun kl hang out ngan korang sume. 

ump

belaja jauh, sure lah dok hostel. macam dulu, perasaan takut untuk dapat kawan bilik baru masih tak berubah walaupun nih bukan kali pertama. kali nih kawan bilik sy sume orang pantai timur. yg katil sana negeri kelantan dua-dua. yg katil bawah katil sy orang terengganu. nak nanges masa tu bila dapat tau kawan bilik sume orang pantai timur. mana taknya, sy tak pandai cakap loghat sana, paham? lagi lah tak masa tu, makan budu jauh sekali. masa mak sibuk-sibuk dalam bilik tu, kuar bilik jap ngan ayah. nanges kat ayah sebab kawan bilik sume orang pantai timur. ayah cool down kan anak manja die nih. cakap nati lama-lama mesti boleh paham. nak taknak pasrah je.

mula-mula memang ada masalah nak paham. lama-lama, okay dah. hehe, skang pakwe pun orang kelantan. tapi sy tak pandai-pandai cakap kelantan, haha. tapi yg nih sy suka cakap; "bo la kecek klate tu" hehe, tak tau eja betul tak. walaupun dah banyak kali attended klas bahasa klantan anjuran kawan-kawan bilik sy, tapi masih lidah keras. makan kari banyak sangat kot.

pastu dapat sorang kawan bilik baru. orang sabah bah. tak ada masalah communication. kitorang cakap bahasa standard je. lagipun die tu kawan kelas sy a.k.a. bff sy. kesimpulannya, pasnih sy takut untuk dapat kawan bilik baru memandangkan sedang ber-extend. huhu,

nota: mempunyai banyak masa untuk mengingati masa silam. baru lepas tengok pic bersama, huhu



Lilypie Second Birthday tickers
 

fiena jaafar ♥ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting