..:: "Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..tetapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia di dalamnya..begitulah dengan kehidupan manusia.. riang ketawa..tetapi ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.. jika kau terasa kecewa, pandanglah ke sungai..airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang..jika kau sedih, pandanglah ke langit..kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.." ::..


Followers

Monday, February 7

kisah silam 3#

written by; CikTupaii at 3:36 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

hantu ayaq

masa kecik-kecik, kalu orang citer pasal hantu 100% caya. tak nampak pun sibuk nak citer macam betol-betol nampak. sy budak nakal tau masa kecik-kecik. tak penah nak dok diam. berlari tu hobi sy, sebab tu rajin wakil acara lari-lari masa skola rendah. kalu balik kampung, tak lari satu kampong tu tak sah. hutan, sungai, kawasan kubur sume dah masuk, see betapa nakalnya budak nih.

bila dah berkumpul dengan geng-geng (sepupu seusia) macam-macam aktiviti ktorang plan. salah satu mandi sungai. yey, suka sangat! slalu g umah mak dak, sebab sana ada sungai. ada satu port tu memang tempat ktorng mandi. time mandi tu, boleh pulak si kazen sy citer sini ada hantu ayaq (air). eee, takott.. tapi mandi jugak ktorang nih.

dipendekkan citer, petang balik umah arwah tok, mak tegur kaki berdarah. rupa-rupanya ada pacat da, geliiii... pastu mak pun sedar gelang kaki hilang. mau kena leter, mak ajak g cari kat sungai tu, cari-cari tak jugak jumpa. sambung kena leter lah. alah, nama pun budak nakal. masuk tinge kiri, kuar tinge kanan la. malam tu, kami kazen-kazen nih berkumpul semula. kazen cakap, "gelang hang tu, hantu ayaq amik kot". sy ingat lagi. sy percaya sangat, sangat sangat. tapi sok tu, terjun jugak dalam sungai tu. haha, bidak-budak. mudah sangat percaya. skang nih 50-50 jer, dah besarkan..

bermood hantu gara-gara banyak sangat tengok citer hantu dan berkomen pasal hantu ngan kazen-kazen d fesbuk. sy punya banyak masa untuk mengingati masa silam..

Saturday, February 5

written by; CikTupaii at 11:02 PM 2 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

sudah berhari-hari dalam keadaan yg tak sehat. keadaan kesihatan skang nih tak mengizinkan sy melakukan itu dan ini. banyak tido, baring. makan pun kurang. jalan sikit pun dah nak pengsan. dalam kepala nih asyik ingat mungkin dah nak sampai ajal kot, tapi bila ingat-ingat balik janji dengan si dia. haih, pening.

tadi cakap kat mak. dah berhari-hari rasa macam nak mati, tapi tak mati-mati lagi. spontan mak cakap dah cukup amal?? hurm, memang tak cukup. tapi kadang-kadang tak tahan. sakit melampau-lampau skarang nih. bila pikir-pikir dari bertambah dosa dengan soklan-soklan yg kadang-kadang macam tak beriman lebih baik mati kan.

okay, sedang cuba untuk kuatkan semangat mengenangkan janji dengan si dia dan apa yg mak baru cakap semalam. "mak dah abiskan duit beribu-ribu untuk berubat akak. alang-alang kita abiskan jelah berubat. nati baiklah tu". dan skarang nih macam dah lost contact gila dengan kawan-kawan dan jugak si dia.

nota: menulis dalam keadaan sakit dan beremosi. harap maaf kalu kata-kata kurang beriman. astaghfirullahalazim..




Wednesday, February 2

written by; CikTupaii at 3:29 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

setelah bercuti 2 hari dari ber-online,banyak lak update di blog kawan-kawan,dan untuk kawan yg ada sambut besday 2 hari lepas, especially zila hapy belated besday kamu!keadaan kesihatan yg tak mengizinkan menyebabkan sy perlu bercuti walaupun takda mc.

==========================================
============
 
31 January 2011; Isnin

selepas chemo 5.2, tangan sakitttt. rasa cam bengkak, tak cukup air kot. hari isnin lepas time masuk air pas settled ubat chemo jarum sudah menunjukkan symptom2 nak muntah. dalam erti kata lain, nak cabut. sementara nak tunggu nurse datang, jarum makin terkuar dan darah mula sibuk nak lihat dunia. ouch..dah jerit skit cum nanges. *ye, sy memang budak kuat nanges!*nurse pun tamau cucuk dah, so air masuk tak abis. suke.suke ♥ balik awal! kali nih muntah teruk lagi, sampai muntah berdarah. sakit...

1 February 2011; Selasa

ke hospital taiping. nak book untuk next ct scan dan g tanya pasal ubat neupogen. alahai, camne lah boleh telupa nak mintak. akak misi pun tak bagi. sy ngah sibuk muntah dan tahan sakit time tu. so, tak amik tau pepun dengan harapan ayah boleh settle sume. selamat stok ubat tu ada, so takyah lah ke penang untuk amik ubat tu. sebelum dapat tarikh kena test darah dulu. menunggu result yg lama membuatkan sy tido di atas kusi di ruangan menunggu. *berbaring atas kusi yg tersusun rapat-rapat, sungguh tak senonoh!* kesan dr badan yg letih plus berjalan dr tempat ct scan ke tempat amik darah yg jauh. tu lah akibat tak bawak fon, ayah tak dapat nak contact, nak cari kat mana pun tatau. duit pun just ad 50 hinggit. public fon takleh guna duit kertas, aiseh. selamat ada makcik misi yg sudi bg duaplosen. dapat gak tepon ayah bgtau ada kat mana, kalu tak kena jalan lagi lah 500m kot.

balik tu mak pulak tanya borang operate pe lak yg sy tanda. alahai, satu lagi. memang ada tanda borang, tp tatau lak borang operate. doktor tak cakap pun pasal operate. doktor suh tanda pas tanya ada alahan pepe tak, tu je yg sy ingat. hurm, memang serabut kau fna time tu. conclusion chemo kali nih terukkk..

bila lah nak abis chemo nih. dah penat. tinggal 1 cycle lagi sebelum next ct scan. hope pas ct scan dah takda dah cell kanser tu sume. just follow up jer. penatttttt....

tangan dah makin sakit, stop dulu..daa~ (^-*)
Lilypie Second Birthday tickers
 

fiena jaafar ♥ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting