..:: "Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..tetapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia di dalamnya..begitulah dengan kehidupan manusia.. riang ketawa..tetapi ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.. jika kau terasa kecewa, pandanglah ke sungai..airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang..jika kau sedih, pandanglah ke langit..kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.." ::..


Followers

Tuesday, January 11

written by; CikTupaii at 4:21 PM 1 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

day one: 10-jan-2011

kul 7 pagi dah bertolak ke penang. excited? tak! kali nih langsung tak ada semangat nak kimo. nape eh? ntah lah korang. sampai sampai agak letih lah jugak memanjat tingkat dua, tercungap cungap kau! mak cakap naik tangga senaman, so pasrah jer ikut mak. macam biasa, sampai sampai kena amik darah. sementara tunggu mak ngan ayah balik ngan result darah, sempat gak lah tetido kat sofa. kenapa ntah rasa letih sangat. skali result darah turun sangat sangat. kali nih bukan darah putih jer seperti slalu, tapi darah merah skali dan atomatik platelet pun turun lah. sedey dah disitu tak dapat wat kimo. mak ngan ayah kompom lah dah susah hati.

masa jumpa doktor, mak ngan ayah tak ada nih. sibuk sibuk tanya doktor, "kalu sy tangguh wat rawatan boleh? pas sy abis blaja sy sambung". laju jer doktor tu jawab "tak boleh. nati takut dh tak boleh nak rawat". alahai, jangan lah cakap kuat kuat, tersentap lah,huhu. tunjuk result ct scan. berita gembira "cell size dah reduce". berita buruk "ada biji cam sel kanser kat ovari kiri awak. sy rasa tak ada pape. tapi kalu awak nak check sy boleh wat kan surat. awak ada masalah period?". takpelah doktor. sy tanak check. cukup satu penyakit yg sy dah tau. . nak nanges! tahan, tahan, blakang doktor nati kita nanges. kali nih memang terkejut macm berok. terdiam kau! hari nih tak boleh wat kimo, tapi kena tambah 2 pack darah. masa tak cukup kena tambah 1 jer dulu. memang sy ada masalah period pas wat kimo. stat wat kimo bulan 9 period ada, bulan 10 tak ada, bulan 11 ada balik, bulan 12 tak ada. tapi pas tambah darah semalam ada balik. sebab tak cukup darah ke die jadi macam tuh?

sepanjang kat katil, asyik menitis jer air mata. non stop. mak ngan ayah pun tak cakap pape. silent jer sume. orang cakap silent is better. right? pastu nurse datang suh tanda tangan ntok tambah darah. prosedur hospital katanya. sy tanak tambah darah lah kak misi. pas dengar keburukan tak tambah darah, mak ngan ayah terus suh tambah jer. sy? masih was was. yelah, darah orang nak masuk dalam badan kita. mak ayah dah risau sebab akak misi tu cakap kalu tak tambah darah nati kalu awak balik, awak pengsan boleh bawak maut. sebab darah awak tak cukup. bunyi seram kan? tapi biar je lah. darah orang kita tatau lagi macam mana wlpn dh discreening. bler mak ngan ayah dh bulat sore, sain je lah. pasrah. masa masuk darah, tiba tiba wat hal. darah tamau turun. rupa rupanya line blok. skali akak tu bukak laju menjerit kau. sakit! sume orang dah tengok. nanges memang teruklah. terus akak misi tu pujuk macam budak budak "shahfina budak baikkan, jangan nanges eh. jom kita tukar jarum". *hehe, umur dah 22 tapi kena pujuk macam budak 2 tahun.ngee*cucuk lagi! adeh~

alhamdulillah, sume okay pastu. thanks kepada penderma yg darah diorang type O+ve. tatau darah sape, tapi thanks. at least banyak sangat membantu. ayah pun cakap muka dah nampak merah tak pucat pucat macam dulu. thanks jugak kat akak amoi yg cun melecun sebab bg coklat kat sy. mesti cian tengok sy muntah muntah dari mula sampai abis. akak memang cun lah! ngee.. =)

thanks awak semalam call sy, dengar sy nanges. dan masih sokong, beri semangat kat sy. sy pegang janji awak tu. awak tunggu sy okay macam awak dah cakap. yes, sy rindu awak sangat sangat! bunga bunga chenta masih ada, sangat suka. =)

day two: 11-jan-2011

okay, pagi pagi dah ke hospital. nak tambah darah satu beg lagi. jumpa doktor ensem kau! sempat die beramah mesra ngan i. sila jeles! okay, doktor tu memang sweet bler senyum macam en airol sy! sepanjang masa die senyum jer. alahai, murahnya senyuman doktor nih. tapi gler kau. extreme gler cara doktor nih amik darah. nak 2 test tube, tapi bila tabung ke2 darah dah tamau kuar. die siap picit picit tangan bagi kuar darah. okay lah, kita tukar tempat lain sambil tersenyum. senyum lagi. mesti korang dapat bayangkan doktor nih tersenyum senyum. sambil amik darah doktor tu tnya awak memang nak jadi engineer ke? i'm speeches *haha, macam fbi cakap*.hurm..nak jawab macam mana eh? sy tak minatlah doktor. *tak jawab macam tu pun, diam jer*

pas dah dapat darah, hooorey! sok tak yah tambah darah. darah dah naik sangat mendadak. darah putih 8.4, drh merah 12.7, plt pun dah 300 lbh. berbeza ngan semalam darah putih 1.8, darah 7.1, plt 27 jer. doktor lee call hospital penang. then die cakap tak perlu tambah darah sebab darah merah awak dah 12.7. doktor penang cakap kalu 9 baru tambah. okay, tq doktor. sy pun memang tanak tambah darah, hee. tapi jumaat nih mintak kat doktor ntok check darah. takut darah turun balik. kimo semalam dah delay 17hb nati. kang tak cukup darah pulak nati. hari jumaat nati dah tak jumpa doktor lee dah. die dah pindah bhgian surgery mulai sok. tak sedey pun! ngee~ sebelum balik, sempat pakcik guard tu tny. "nak g mana pulak nih?". "nak balik lah pakcik, penat dah ni". laju jer sy jawab, hehe. masih sopan kan?


siapkah gerangan ustaz yunan?

written by; CikTupaii at 3:17 PM 1 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |


sedang best best berehat tadi (tido), penatlah baru balik hospital tadi. tiba tiba diganggu oleh bunyi baby-justin beiber. macam kenai jer bunyi. of course lah bunyi fon sendiri. kelam kabut bangun. no ump lah. dengar sore macam tak penah dengar. yes! memang tak penah dengar pun. bukan sore en arif, bukan sore pn faridah dan bukan jugak sore staff kat bahagian kk or bendahari.

die kenalkan diri die ustaz yunan. *kalu tak salah dengar lah*. kawan kawan, korang kenal tak sape ustaz yunan nih? sius tak tau! tapi cop cop, macam penah dengar pun ada nama tuh. hurm..*thinking*. tak penah pun contact die sebelum nih. bler tnya kenapa call, die cakap saja tanya khabar. dah lama tak jumpa. automatik mulut nih jawab, "dah lama tak jumpa??". pastu die gelak gelak. mesti sebab jawab macam tu. sape yg tak terkejut, tak penah penah jumpa tiba tiba cakap dah lama tak jumpa. haha, terkejut tak lah macam berok, tapi comey skit. macam panda, heee.

alahai ustaz, sory eh tak kenal. secara jujur lecturer perkasa pun tak sume sy kenal. tapi terima kasih atas doa tu. nati sy balik ump, insyallah sy try cari ustaz okay. 


Monday, January 10

kelesuan berkaitan dengan kanser

written by; CikTupaii at 2:28 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

Apakah kelesuan berkaitan dengan kanser?

Boleh menyebabkan seseoran lemah dan hilang minta dalam aktiviti harian dan masyarakat. Kelesuan ialah kekurangan tenaga harian yg memberi kesan ke atas setiap aspek kehidupan seseorang. Boleh disebabkan oleh penyakit itu sendiri, rawatan perubatan seperti kemoterapi, radiasi dan pembedahan.

Tidak berkaitan dengan aktiviti fizikal atau boleh dipulihkan dengan tido yg mencukupi. Jika menghadapi kanser dan mengalami kelesuan, jangan bimbang kerana bukan anda sorang mengalaminya. Kebanyakan pesakit kanser mengalami kelesuan dan ini merupakan kesan buruk utama rawatan kanser. Kelesuan juga menjadi salah satu kesan sampingan kanser yg paling sering diabaikan dan yg paling kurang dirawat.

Apa yg menyebabkan kelesuan berkaitan kanser?

* Anemia                    * jangkitan
* kerisauan               * pengubatan
* kemoterapi             * loya atau muntah
* kemurungan          * radiasi
* demam                     * pembedahan
* ketumbuhan

Cara mengetahui sama ada kelesuan?

* kepayahan menaiki tangga atau berjalan jarak jauh
* kepayahan untuk memberi atau menumpukan perhatian
* sesak nafas selepas aktiviti ringan
* kepayahan untuk melakukan tugas mudah; memasak, membersih atau mandi
* tidak boleh melakukan aktiviti harian sebanyak yg biasa
* keinginan untuk tido yg lebih
* percakapan yg perlahan
* perasaan ingin menangis atau kemurungan
* kepucatan atau menggigil

Cara mudah mengurangkan kelesuan.

* dapatkan rehat yg cukup
  - tido awal dan bangun lambat
  - jangan lawan kelesuan
  - elakkan dari meminum kafeina di waktu petang

* rancang dan wakilkan aktiviti
  - cuba kekalkan rutin harian tetap yg berpatutan tetapi jangan berasa anda mesti mengekalkan aktiviti kehidupan normal
  - hadkan dan utamakan aktiviti
  - terima pelawaan kawan atau keluarga untuk membantu melakukan kerja harian

* uruskan tekanan anda
  amat penting untuk menguruskan tekanan di dalam kehidupan. Ambil masa untuk berfikir dan singkirkan ketegangan.

* diet seimbang

* teruskan kehidupan sosial
  hadkan kehidupan sosial untuk menyimpan tenaga, tetapi  amat penting melakukan perkara dalam kehidupan harian yg membuatkan anda gembira.

* bersenam setiap hari
  -rancang untuk melakukan sedikit senaman setiap hari
  - pilih satu aktiviti anda gemari; mengayuh basikal, berjalan, berenang
  - berbincanglah dengan doktor tentang jumlah dan tempoh senaman yg bersesuaian untuk anda.

Anggapan salah tentang kelesuan.

Ramai pesakit mendapat maklumat yg salah tentang keadaan dan rawatan yg boleh didapatkan. Antara anggapan salah yg biasa adakah tiada apa yg boleh dilakukan oleh doktor dan kelesuan adalah sesuatu yg pesakit harus tempuhi tanpa dapat menanganinya.

Fakta mengenai kelesuan.

kini terdapat pengubatan yg diberi nama erythropoietin untuk anemia berkaitan dengan kanser. Boleh meningkatkan sel darah merah yg mengurangkan anemia dan mengurangkan kelesuan berkaitan dengan anemia. Diet, pemakanan, senaman, vitamin dan pemakanan tambahan mineral serta pengubatan mungkin efektif untuk melawan kelesuan.

Lilypie Second Birthday tickers
 

fiena jaafar ♥ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting