APA ITU TB?
TB (Tuberculosis) ataupun dikenali sebagai batuk kering. tuberculosis merupakan penyakit berjangkit yang merbahaya. Ia menyebabkan penderitaan dan boleh membawa maut jika tidak mendapatkan rawatan.
Tuberculosis disebabkan oleh kuman-kuman halus yang dikenali sebagai Tubercle Bacilli yang mana biasanya menyerang paru-paru. Ia juga boleh menyerang beberapa anggota badan lain seperti;
* otak
* tulang
* kelenjar
* kulit
* buanh pinggang
TANDA-TANDA & SIMPTOM-SIMPTOM TB
* batuk selama 2 minggu ataupun lebih
* kahak yg berdarah
* demam, biasanya berpeluh, kebiasaannya pada waktu petang dan malam
* kurang berat badan dan selera makan
* mudah penat dan sering lemah
BAGAIMANA TB MEREBAK?
TB merupakan penyakit airborne. Kuman-kuman TB merebak melalui udara dalam titisan halus yang berasal dari batuk seseorang yang menghidapi Tuberculosis aktif pada paru-paru ataupun juga dikenali sebagai 'pulmonary' TB. sesiapa yang bernafas dalam titisan kecil yang mengandungi kuman-kuman TB berisiko mendapat jangkitan dan mengahapi penyakit ini.
BAGAIMANA UNTUK MENGETAHUI TB?
Sekiranya anda mengalami symptom2 TB;
* Ujian kahak dan/atau
* X-ray dada di pusat kesihatan/hospital berdekatan
RAWATAN TB MENGGUNAKAN LANGKAH DOTS
DOTS (Directly Observed Treatment-Short course) sangat digalakkan oleh World Health Organization.
DOTS strategy;
* Pesakit mengambil ubat selama 6 bulan
* Termasuk rawatan harian permulaan selama 2 bulan dan pengambilan ubat dipantau oleh pegawai perubatan terlatih.
* Diikuti dengan rawatan 'administered' 2 kali seminggu selama 4 bulan.
BAGAIMANA MENGATASI TB?
* BCG, bayi baru lahir dan pelajar sekolah (darjah 1)
* Sesiapa yang mengalami batuk selama 2 minggu atau lebih segeralah berjumpa doktor
* Keluarga ataupun sesiapa yang rapat dengan pesakit TB dinasihatkan segera melakukan ujian.
INFO;
* Biarkan cahaya matahari masuk ke dalam rumah kerana cahaya matahari dapat membunuh kuman- kuman TB di dalam udara.
* Peredaran udara yang baik dapat mengatasi TB dari merebak. Buka semua tingkap semasa siang.
* Amalkan gaya hidup sihat dan amalkan pemakanan seimbang untuk meningkatkan sistm imuniti kita.

