..:: "Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..tetapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia di dalamnya..begitulah dengan kehidupan manusia.. riang ketawa..tetapi ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.. jika kau terasa kecewa, pandanglah ke sungai..airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang..jika kau sedih, pandanglah ke langit..kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.." ::..


Followers

Friday, March 25

malu bertanya kau sendiri yg parah!

written by; CikTupaii at 5:47 PM
petang tanpa ujan di taiping!

pagi tadi dapat call dari staff nurse semalam. semalam tunggu call dia, tapi tak pulak dia call. rupa-rupanya dia call hp sy tak dapat. yg tak best tu, bila dia cakap GL ada problem, tak boleh baca. tambah lagi dia mintak fax semula. aish, terus hilang mood pagi-pagi.

nak call ke tak nak klinik UMP. sy memilih untuk msg en bf dulu. tanya lah kalu pos cepat tak sampai. nih ayat kiasan sebelum nak mintak tolong. bijak tak sy? heee =) masa tu dah berkali-kali mak offer guna tefon rumah jer. mungkin mak nampak muka sy yg berat nak call klinik guna hp sendiri. sangat memahami. lepas hanta 2 msg nak tau dia boleh tolong poskan ke tak. tapi no respon! terus call klinik malas nak tunggu dah. makin serabut pulak rasa. takut sebenarnya nak call sana. takut kena marah suruh fax banyak-banyak kali. sy memang budak penakut. *sigh*

Alhamdulillah, akak semalam ingat sy lagi. lepas sebut nama terus dia tanya fax semalam tak dapat ke. cepat-cepat sy explain perkara sebenar. sangat bersyukur dia memahami, dan siap pesan lagi kalu ada problem lagi ngan fax tu bagitau. okay! terima kaseh akak staff yg baik! settle dah masalah. terus call balik hospital penang untuk inform-kan kat diorang. lega! =) betul kata pepatah, malu bertanya sesat jalan. tapi dalam kes sy kena ubah sikit kata pepatah tu. malu bertanya kau sendiri yg padah! hihihi. selamat RM500.

tadi dapat call daripada dari ayah tanya pasal fon. hee, hp off abis bateri. ayah pesan nati staff nurse call rumah. okay! elok-elok jer ayah off fon, terus bunyi tefon rumah. berlari pecut sy. dan sah! staff nurse call. hidup sy skarang sentiasa ditemani dengan call from hospital sejak tak berulang-alik ke hospital. macam orang becinta jugak lah. kalu orang lain hari-hari dapat call dari bf diorang, sy pulak dapat call dari staff nurse, teheee. T_T kali nih bukan pasal fax, tapi pasal diet sy pada 29-31hb nati. banyak betul tak boleh makan. paling sdey 31hb nati just boleh makan 3 keping roti dan air masak atau segelas susu dan 2 keping roti. gastrik balik lah sy. kesian kau perut, bersabarlah. dah lah sampai petang scan tu. mau muntah tak hengat dunia nati. *sigh*

0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |:

Post a Comment

Drop your comment here

Lilypie Second Birthday tickers
 

fiena jaafar ♥ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting