..:: "Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..tetapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia di dalamnya..begitulah dengan kehidupan manusia.. riang ketawa..tetapi ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.. jika kau terasa kecewa, pandanglah ke sungai..airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang..jika kau sedih, pandanglah ke langit..kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.." ::..


Followers

Wednesday, March 16

written by; CikTupaii at 10:29 PM
chemo cycle 7:

hari nih ke hospital Penang. Act, sy tatau untuk wat apa, mungkin chemo mungkin tidak. rasa malas jer nak bangun pagi tadi sebab mengantuk sangat. ubat panadol cum selsema yg sy ngap semalam terasa masih berkesan dan membuatkan sy ngantuk sangat-sangat. tapi kena paksa diri jugak bangun sebelum kena marah. ikut hati tamau pegi, sebab tamau chemo dah dan sy takut kalu-kalu kena buat boomeroo (macam nih kot ejaanya dan sory, rasanya last post salah sebut, hehe). hati rasa berat sangat-sangat. lepas solat subuh tadi, sy doa dan nanges semahu-mahunya.hurm,

otw, sy tido jer, sebab ngantuk sangat (as usual bila pegi sana, hee). kalu jalan je mesti nak tido, macam mana nak drive, kehkeh. nak dekat sampai baru bangun, siap-siap untuk turun. yg penting mask musti pakai. hari nih pegi selain ditemani ayah, adik lelaki sy dan adik bongsu sy teman. mangsa-mangsa bakal menadah muntah sy masa chemo nati, hehe. kredit kat diorang sume sebab sentiasa disisi setiap kali sy balik chemo walaupun masa muntah.

sampai-sampai, muestilah panjat tangga sampai tingkat dua. mak cakap exercise, so jadi biasa lak bila pegi sana naik tangga tak naik lif. lepas letak buku tunggu nurse panggil. masa nurse panggil untuk amik buku, nurse tu tnya sy datang untuk chemo atau boomeroo. sy cakap tatau. tapi memang sy tatau ditambah dengan terkejut dengar perkataan "boomeroo" seram sejuk kau! terus terasa macam tak sedap badan pulak. then, nurse tu pun terus call dalam nak confirm sy patient pe. resultnya "in patient" means sy buat chemo hari nih. hiphiphoorey, bukan buat boomeroo. as usual, pegi letak buku kat kaunter dalam pulak, tunggu turn nak wat FBC, anta result, tunggu result dan jumpa doktor. tapi bab-bab anta ngan tunggu result darah keje ayah bukan sy, hee.

masa dah ready-ready kat katil, dah msg bagitau en bf yg hari nih sy wat chemo lagi. bila doktor pakar datang, time tu dah pukul 10 lebih. doktor tgk fail, baca report ct scan baru nih. dan dia pun cakap; "berdasarkan result tinggal lymph nodes, bijik-bijik kecil pada leher dan dada. perut takda bengkak. awak rasa sihat tak? saiz lymph nodes tu kurang drpd 1cm. kalu saiz kurang 1cm. tu tanda normal. tapi kita tatau dia masih aktif lagi ke tak. untuk detect sama ada aktif kena tak kena buat "pep scan" (tak pasti ejaan dia macam tu ke tidak). buat pap scan kena bayar RM500. kita tak paksa. duit takda masalah, kita boleh refer jabatan kebajikan untuk kurangkan bayaran. kalu nak kita boleh tolong booking kan." sy setuju untul buat pap scan. so maknya hari nih tak buat chemo. next month baru pegi hospital penang balik untuk check darah.

otw ke kete, sy msg en bf bagitau pasal nih. of courselah dia orang first sy nak share citer gembira nih. dengan harapan dia rasa tak rugi bagi support kat sy selama nih. untuk semua, terima kasih atas sokongan dan doa kalian. hanya ALLAH saja yg boleh balas. hope pasnih keputusan posititf lagi. dapat senyum lega sekarang. Alhamdulillah. =)

0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |:

Post a Comment

Drop your comment here

Lilypie Second Birthday tickers
 

fiena jaafar ♥ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting