hai, hai readers.
sangat-sangat letih siang tadi dah terbalas dengan tido yg cukup dr pukul 2-6 petang. haha, hebatkan? hari nih adalah hari paling lama 'bertapa' di hospital. 5 jam yg boleh diisi ngan tido. tido, tido, dan tido. lately sy suka tido lah. tapi bila malam, prob nak tido pulak, aiseh!
macam biasalah, bler pas kimo, next week-nya mestilah pegi check darah. okay, white blood cell sy trun 2.0 lebih. apa lg, of courselah kena cucuk neupogen. neupogen tu dah macam nyawa skang nih. tapi kali nih lain pulak. sebab doktor pakar penang suh cucuk dua hari berturut-turut. makanya tiga hari tanpa cutilah kena pegi hospital. hari rabu repeat FBC (check darah). lepas cucuk neupogen of course lah darah putih naik. tapi pegi repaet FBC lagi hari nih (jumaat). mak aii, kejut ko! dari 7.0 sumthing turun sampai 2.0 sumthing. gila kau! banyak tuh.
dan apa lagi, atas arahan doktor pakar di hospital penang, kena cucuk neupogen hari nih, sabtu ngan ahad. alamak! neupogen dah abis. dapat 2 botol je hari tu. selamat lah farmasi hospital taiping ada stok. so, takyah nak ke penang. sebab tunggu neupogen tadi lah kena dok 5 jam kat day care tu. nasiblah ada budak-budak comey yg sudi melayan, taklah sdey sangat kena tinggal sorang-sorang.
tadi jumpa budak kecik tu, dia pakai mask macam sy. tapi mask dia lg comey, ada gambar katun. nak jugaakkk! dia sangat comey macam shin bi, lupa lak citer pe. sy doakan adik tu cepat-cepat sembuh. sangat-sangat berterima kasih kat cik doktor tadi yg penat ke hulu, ke hilir sebab nak cari neupogen sy. i sayang u lebih lah cik doktor yg sporting, ♥ ngee~
nota: isnin nati hospital penang lak, huhu.
