..:: "Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..tetapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia di dalamnya..begitulah dengan kehidupan manusia.. riang ketawa..tetapi ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.. jika kau terasa kecewa, pandanglah ke sungai..airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang..jika kau sedih, pandanglah ke langit..kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.." ::..


Followers

Tuesday, November 13

renungan | masa

written by; CikTupaii at 5:21 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
betul, kita terlalu memikirkan tentang masa depan sampai kita terlupa dengan masa yang ada. kita selalu mengatakan tidak cukup masa bila banyak kerja atau tanggungjawab yang perlu dilakukan. tapi, hakikatnya bila punya banyak kelapangan kita abaikan masa yang ada dengan kerja yang tidak sepatutnya (macam apa yang sy lakukan 4 hari nih, banyak keje, tapi still buat keje tak berfaedah lebih dari kerja yang sepatutnya).

bila terlalu banyak benda yang perlu dikejar, makin kurangkan masa kita rasa? cuba bila banyak masa lapang, selalu kita 'hold' kan dulu kerja yang patut kita buat. jadi, mari sama-sama muhasabah diri. gunakan masa yang ada dengan sebaiknya. tingkatkan amal kepadanya, seimbangkan dunia dan akhirat. In-sha-Allah, masa kita diberkati-Nya.

masa itu emas, kalau masa itu dapat dilihat seperti emas, mesti kita lebih menghargainya bukan?

renung-renungkan, dan selamat beramal *gaya ustaz amirul #salamcinta* hee ^^,
#pesanan buat diri sendiri juga yang susah nak istiqamah. huhuhu :(

Monday, November 12

re-post | antara suka dan cinta

written by; CikTupaii at 11:44 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
suka follow satu tumblr nih, sebab banyak jugak pengisian rohani. dah lama sangat tunggu tumblr dia update, tak jugak. at last, arini terdetik nak usha tumblr tersebut. tersenyum.. :) senyum gembira sebab ada update baru. ada sebab sy suka follow tumblr nih. sesuatu yang positif. ahha ^^,

tertarik post yang telah di re-post oleh tuan tumblr "Antara Suka Dan Cinta"

petik sikit dari post asal penunggu langit

"Kalau kita suka pada sekuntum bunga, kita akan petik bunga tu sebab bunga tu cantik. Tapi kalau kita cintakan bunga tu, kita akan biarkan ia pada dahannya dan sentiasa siram ia agar ia sentiasa segar."

bermakna..cukup bermakna.. :)

#bila baca post-post dia dapat kawal diri untuk jatuh cinta. Utamakan cinta kepada DIA YANG SATU dulu. In-sha-Allah, sy berusaha mengawal hati buat Sang Pencipta dahulu.

"Cinta manusia itu urusan Dia. Cintakan Dia itu urusan kita. Jangan sibukkan diri dengan urusan Dia sedangkan kita gagal menyempurnakan urusan kita."

#I"Myoursilentreader, you can call me as your stalker :P
 

Sunday, November 11

LIFE | realiti kehidupan

written by; CikTupaii at 5:07 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
sambil menaip layan lagu matahari. oke, dah boleh paham loghat org borneo kan. hehehe

hujan lebat saat nih, buat diri malas nak buat keje y wajib sebagai student. buat mata mengantuk sebab sejuk dan kekenyangan makan hidangan air tangan sendiri. dan mulalah nak rajin update diari ini yang lama diabaikan. Ntah kenapa dah tak serajin dulu. Rajin meng-update tumblr je skg. Senang, pantas, tak leceh taip perlu panjang-panjang. hehehe.

cuaca syahdu nih mula lah nak berjiwang sebentar. mula mengingati saat nih sepatutnya dah abis blaja dan ntah apa yang dilakukan sekarang, dan di mana berada sekarang. ohh, sad... Apa yang sy rasa sekarang, sy gembira dgn hidup sy sekarang. bebas melakukan apa sahaja, lebih bahagia, lebih gembira lebih ceria. Syukur, Alhamdulillah atas rezeki, nikmat dan kebahagiaan yang telah Kau berikan.. :)

apa yang dah jadi sebelum nih memang banyak mengajar dan sekarang dijadikan 'guide' dalam meneruskan hidup. sepanjang 23tahun bernafas nih macam-macam dugaan, ujian, cobaan, kebahagian dirasa. Benar kata orang; pengalaman mematangkan kita.

setahun, belajar mengubah segalanya. eh, mungkin lebih setahun. Alhamdulillah, lama-lama dah boleh hadap semua tu. terima kasih kepada semua yang pernah hadir dalam hidup nih. dalam tempoh nih, lebih rasa tenang, lebih rasa bahagia dan yang lebih penting. dapat rasa perubahan besar pada diri berbanding dulu; lebih matang. terima kasih buat insan-insan yang hadir disaat sukar sy, memberikan sokongan, dorongon, nasihat dan jugak yang meminjamkan bahu. How sweet you are. :)

betol! memang semua yang jadi nih ada hikmahnya. kalau tak, sy tak kan kenal kawan-kawan sekarang. kawan yang ikhlas, caring, baik, dan membantu. sangat menghargai. :) terima kasih. 23 tahun dapat merasa dihargai, disayang, ditindas, ditikam, dihormati dan segala perasaan yang tak pernah sy sendiri pikir. sy akan gunakan semua pengalaman yang telah sy kutip ini dengan sebaiknya.

barang yang lepaskan jangan dikenang. tapi boleh diingati untuk dijadikan ikhtibar dikemudian hari. semoga kehidupan kalian diberkatiNya, bahagia dunia akhirat. InsyAllah. rindu kelian yang bernama SAHABAT. ^^.


Lilypie Second Birthday tickers
 

fiena jaafar ♥ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting