..:: "Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..tetapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia di dalamnya..begitulah dengan kehidupan manusia.. riang ketawa..tetapi ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.. jika kau terasa kecewa, pandanglah ke sungai..airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang..jika kau sedih, pandanglah ke langit..kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.." ::..


Followers

Wednesday, August 11

Ramadhan penghulu segala bulan

written by; CikTupaii at 9:35 PM

Kenapa Ramadhan dipanggil 'penghulu segala bulan'? Ini adalah kerana dalam bulan ini Allah menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad saw. Di samping itu dalam bulan Ramadhan ada satu malam yang digelar 'Lailatul-Qadr'. Malam ini mempunyai kelebihan yang menyamai amalan 1000 bulan (83 tahun) malahan lebih lagi. Ini bermakna hanya beramal satu ibadat diberikan pahala seolah-olah mengerjakan ibadat itu selama 83 tahun.


Nabi Muhammad ada menjelaskan "Permulaan Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya pengampunan manakala akhir Ramadhan merupakan pelepasan dari seksa neraka." Betapa besar rahmat Allah diberikan kepada umat Nabi Muhammad saw. Meskipun berusia pendek namun ganjaran pahala yang diberikan seolah-olah menjadikan usia kita lebih panjang.


salam ramadhan sume... moga ramdhan kali ini lebih baik dr sebelumnya.. selamat menjalani ibadat pose..


0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |:

Post a Comment

Drop your comment here

Lilypie Second Birthday tickers
 

fiena jaafar ♥ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting