..:: "Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..tetapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia di dalamnya..begitulah dengan kehidupan manusia.. riang ketawa..tetapi ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.. jika kau terasa kecewa, pandanglah ke sungai..airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang..jika kau sedih, pandanglah ke langit..kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.." ::..


Followers

Monday, September 24

Rupa Jadi No1

written by; CikTupaii at 12:22 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Salam and Good day..

Saya tertanya-tanya, kenapa ya bila ditanya pasal seseorang mesti RUPA yang dinyatakn dulu? Padahal bagi saya perangai atau sikap tu yang lebih penting. Macam tadi perbualan dengan teman. Awal-awal dia dah cakap "bagi sy dia ensem". Hurm... erkk,,, bukan tu nak tanya.

Kalu cakap pasal rupa, mata sendiri pun boleh nampak. Ye dak? Lagipun cantik tu kan subjektif. Cantik pada mata kita, tidak pada mata orang lain. So mata masing-masing, masing-masing dapat nilai kan. Jadi, tak perlu kot nak mention RUPA tu. 

Pandai-pandailah pikir sendiri. Bagi saya, rupa tolak tepi dulu. Yang perlu tengok dulu sikap. Dan samada dia boleh masuk dengan kita atau tak.

Renung-renungkan, dan selamat beramal. *gaya ustaz amirul #SalamCinta.

Friday, September 14

Ainan Tasneem | Aku suka dia

written by; CikTupaii at 10:25 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

Finally got this song.. Orang tak pandai nak download kecuali dari sharing ump ginilah. Mengharap ihsan orang lain.. Thanks awak! :)



kita macam baru kenal

written by; CikTupaii at 1:32 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |
Perkara yang lepas jangan dikenang, hidup perlu diteruskan. Berat macam mana pun, kena terima semua tu. Bila situasai dah berubah, macam mulakan hubungan baru lah jugak. Konsep sama macam BARU KENAL. Nak mulakan salam perkenalan tu, of course lah guna ayat baik-baik. Tak ada sebab nak mulakan teguran dengan kata-kata yang menyakitkan hati. YE DAK??

Samalah macam kita jumpa kawan-kawan yang dah lama kenal, tapi tak rapat. HOW YOU TREAT THEM? Mesti korang tegur dengan adab sopan dan sewaktu dengannya kan. Nak orang BAIK dengan kita kenalah kita mula dulu baik dengan orang. Tak gitu awok?

Awak layan saya baik, saya layan awak baik jugak. Sebab saya rasa kita baru nak berkawan semula, MAaf kalu ada kata-kata yang menyentap. Itu sebab angin saya tak berapa nak baik bila awak datang tegur dengan teguran yang tak sedap bagi saya. Sebab kita bukan kawan RAPAT mana pun..

*lembu boleh kawan dengan transfomer duduk semeja. Motif?? *

Lilypie Second Birthday tickers
 

fiena jaafar ♥ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting