..:: "Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..tetapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia di dalamnya..begitulah dengan kehidupan manusia.. riang ketawa..tetapi ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya.. jika kau terasa kecewa, pandanglah ke sungai..airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang..jika kau sedih, pandanglah ke langit..kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.." ::..


Followers

Wednesday, February 23

status facebook

written by; CikTupaii at 10:39 AM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

Apa yang kita jadi harini adalah kesan apa yang dibuat 10 tahun dahulu...
Apa yang kita lakukan harini akan manjadi kesan pada 10 tahun akan datang...

Berhemahlah dan cermat dalam berkongsi status kita di Facebook 
kerana ianya menujukkan siapa kita harini dan 10 tahun akan datang... 

...kerana itulah diberi nama FACEBOOK(BUKU MUKA) 
untuk menerangkan siapakah kita...dan ada apa di muka kita...hehe

nota: copy paste from status rafiee rahim. pandangan beliau yg agak menarik untuk di-sharing. sebab tu sy slealu terpikir-pikir blia nak meng-hapdate status mahupun menulih entry untuk di-muat-naik. sekian, renung-renungkan dan selamat beramal. -pesanan ikhlas dr penaja-

Tuesday, February 22

kemurungan

written by; CikTupaii at 4:54 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

kemurungan adalah kesedihan. kesedihan adalah emosi normal bila seseorang menghadapi peristiwa yg tidak menggembirakan. kemurungan boleh menjadi penyakit jika terlalu serius atau terlalu lama hingga menjejaskan keupayaan seseorang menjalani aktiviti harian.

tanda dan gejala

1. perubahan perasaan
   - kesedihan yg berpanjangan melebihi 2 minggu
   - perasaan rendah diri

2. gangguan terhadap fungsi kognitif
   - berasa putus asa, tidak mempunyai harapan
   - berasa bersalah, tidak berharga, tidak bermaya
   - fikiran ingin membunuh diri
   - hilang keseronokan
   - hilang tumpuan, hilang minat

3. tanda biologi
    - hilang selera makan
    - hilang berat badan
    - gangguan tido
    - hilang keinginan seksual
    - gangguan kitaran haid
    - cepat lesu
    - anemia

4. kesan sosial
   - pencapaian sekolah yg lemah (remaja)
   - ponteng
   - penyalahgunaan dadah atau minuman keras

komplikasi

kemurungan menyebabkan seseorang itu lebih berkemungkinan mengalami kemalangan. kemurungan memberi kesan terhadap keyakinan dan merendahkan jati diri sesorang. ia mengurangkan keupayaan seseorang melaksanakan tanggungjawabnya.

rawatan

kemurunga boleh dirawat secara berkesan. penilaian menyeluruh oleh doktor adalah perlu sebelum sesuatu diagnosis dibuat dan rawatan dimulakan.

1. pharmacotherapy:
   - terdapat banyak ubat-ubatan anti kemurungan pada masa sekarang. ubat-ubatan ini membantu merubah perasaan dan membuat seseorang itu lebih bersedia menerima lain-lain rawatan.

2. terapi psychologikal:
   - ianya meliputi psikoterapi dan kaunseling untuk membuat seseorang itu memahami dirinya dan menemui kemahiran dalam menyelesaikan masalah.

3. terapi kognitif:
   - terapi ini membantu mengubah cara pemikiran dan menerima peristiwa yg berlaku disekelilingnya dan membantu mencapai pemahaman yg lebih baik.

4. terapi berkumpulan:
   - ianya melibatkan perjumpaan satu kumpulan orang yg mempunyai masalah yg sama, duduk bersama berbincang pengalaman, kesukaran dan cara mereka mengatasi masalah tersebut.

5. terapi "Electro-convulsive":
   - cara ini boleh dilakukan kepada mereka yg tidak menunjukkan sebarang perubahan selepas dos yg sesuai dan tempoh rawatan ubat anti kemurungan. ia juga boleh digunakan bila perubahan segera diperlukan contohnya dalam situasi mengncam nyawa atau dalam masa selepas bersalin dimana bayi memerlukan menyusuan dan penjagaan ibu dan bagi pesakit yg tahap pemikiran membunuh diri yg tinggi.

nota: kemurungan boleh menjadi satu penyakit yg berbahaya. jadi, berwaspadalah.

orang cakap

written by; CikTupaii at 4:50 PM 0 drop ur comment here, arigatto =) | tabungkomen |

orang selalu ucap;
"semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin"

orang kadang-kadang cakap;
"semoga berkekalan hingga ke anak cucu"

orang jarang-jarang cakap;
"semoga berkekalan hingga akhir hayat"

mungkin tulah sebabnya ada yg kekal hingga jinjang pelamin jer, pastu bercerai. mungkin tu jugak sebabnya, ada yg kekal pas ada anak dua tiga orang. tu kira bernasib baik. kadang-kadang ada yg baru anak sorang dah bercerai. tapi kenapa jarang sangat dengar orang ucap "berkekalan hingga akhir hayat"? 

apa yg kita ucapkan tu kan satu doa. sepatutnya kita ucaplah yg terbaik. betul tak? mak kita pun ada tegur jangan cakap bukan-bukan kat adik beradik sendiri. itu satu doa. adakan? kan? kadang-kadang kawan-kawan kita pun akan tegur bila kita cakap yg tak best pada tinge diorang. at least diorang mesti cakap "janganlah cakap camtu wey, karang jadi betul-betul lak". 

kesimpulannya, pasnih kita kena jaga setiap ucapan kita. sekian, terima kasih.

nota: terima kasih sebab sudi membaca entry merapu nih, bhahhaaa =D

Lilypie Second Birthday tickers
 

fiena jaafar ♥ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting